Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23 -SACRIFICE

Aurora/Meisara pov

Aku terjaga apabila terasa ada seseorang sedang memerhatikan aku. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku sedang duduk di atas sebuah kerusi seraya tangan dan kaki aku diikat ketat. Aku cuba untuk melepaskan diri, namun tidak berjaya.

"Nice try, my dear stepdaughter."kata seseorang kepada aku. Aku mengangkat wajah lalu memandang Leon sedang berdiri sambil memeluk tubuh di hadapan aku.

"Kau buat apa ni? Bagaimana aku boleh sampai ke sini? Apa yang berlaku?"aku menyoal bertalu-talu lalu aku memandang sekeliling.

Aku dan Leon berada di dalam sebuah gudang lama, dan.. Chloe! Chloe pun terikat di kerusi sebelah aku.

"Chloe!"aku menjerit memanggil namanya. Namun tiada jawapan. Chloe kelihatan tidak sedarkan diri. Matanya tertutup rapat dan mulutnya ditutup dengan kain putih.

"Kau mahu apa sebenarnya? Tolong jangan babitkan Chloe. Dia tak bersalah, Leon. Let her go."aku merayu sepenuh hati. Sengihan sinis terukir di bibir Leon.

"Ya, aku tahu. Aku akan lepaskan kawan kau lepas aku bunuh kau, Aurora. Kawan lelaki kau kemungkinan sedang dalam perjalanan ke sini. Jadi, jom lah kita ke neraka? Oh silap. Aku yang akan hantar kau ke neraka. So, how?"balas Leon lalu berjalan menghampiri aku.

"Aku.. aku.. aku setuju. Tapi.. kau kena lepaskan Chloe. Dia tak bersalah."

"Allright, darling. Kau tak perlu risau. Dendam aku hanya untuk kau, bukan kawan kau."

Ikatan tangan dan kaki aku dileraikan. Leon segera menarik lengan aku kasar agar aku berdiri dan mengikutinya. Dia membawa aku keluar daripada gudang lama tersebut. Apabila kaki melangkah keluar, aku memandang sekeliling. Where am I? Aku tak pernah ke sini sebelum ini. Di hadapan aku terdapat satu lautan yang asing bagi aku.

"Jalan cepat sikit boleh tak?!"Leon menarik lengan aku dan serta merta aku lajukan langkah kaki. Dia membawa aku ke sebuah jeti lalu kami berhenti di hujung jeti tersebut. Air laut biru ini sangat deras. Ombak memukul antara satu sama lain. Dia nak buat apa dengan aku? Leon kembali mengikat tangan dan kaki aku.

"Kau nak buat apa dengan aku?"

"Aku nak buat apa? Aku nak tengok kau menderita dan mati perlahan dalam laut ni. Bila kawan lelaki kau sampai, aku nak kau terjun. Kau faham tak?!"

"Aku tak nak!"balasku dengan nada tinggi.

"Atau kau nak tengok gudang tu meletup? Hahahaha. Dan kawan perempuan kau mati dalam gudang tu?"soal Leon.

"Kau kejam, Leon! Kau kejam!"

Leon tertawa kuat di sebelah aku. Aku kembali memandang air laut tersebut. Aku akan mati jika aku terjun ke dalam laut ni. Tapi Chloe? Dia tak bersalah. Aku perlu korbankan diri aku. Maafkan aku, Evan. Maafkan aku sebab ambil keputusan ini.

"Baiklah. Aku setuju."tuturku perlahan.

"Kan bagus macam ni? Kau duduk sini, tunggu kawan lelaki kau sampai. Aku pula akan masuk ke dalam. Kalau kau ikut arahan aku, Chloe selamat. Tapi, kalau kau ingkar arahan aku.. Hahahaha.. Boommm! Gudang tu akan meletup. Macam mana dengan tawaran aku? Kau setuju?"

"Kau memang binatang, Leon."

"What goes around will comes around, little girl. Anyway, good bye. See you in hell. "balas Leon lalu menapak pergi.

Kau boleh lakukan, Aurora. About Evan? Come on. Dia boleh cari perempuan lain jika kau sudah tiada. Dia akan bahagia walaupun kau tiada di sisi dia. Jadi, lakukan. Lakukan apa yang Leon mahukan.

Di sebalik bunyi pukulan ombak, peristiwa antara aku dan Evan kembali terimbas di fikiran. Sejak sewaktu kali pertama dia mula-mula menegur aku.

"Aurora? Jadi itu nama kau?"Evan memandang aku. Aku menggerakkan bebola mata ke kanan dan memandangnya. Evan tersenyum sinis memandangku.

"Aku Evan Alexander. Mungkin kita boleh berkawan."Evan menghulur tangannya kepadaku.

Aku menggigit bibir bawahku lalu menyambut huluran tangan Evan.

"Aurora Rose."tuturku perlahan.

"Jadi kita sudah berkawan kan?"soal Evan.

Aku laju menggelengkan kepala. Sengihan sinis terukir lagi di bibirnya.

"Kau tak perlu risau, aku tak sama seperti Tyler. Seriously, aku ikhlas mahu berkawan dengan kau."katanya dengan nada perlahan.

Aku hanya menunduk. Tidak berani aku hendak membalas pandangan tajamnya itu.

"Aku mula tertarik dengan kau sejak kejadian siang tadi."tambahnya.

Bulu romaku mula berdiri tegak. Gosh, I don't know why. His voice sound scary and I hope this guy not a pervert!

"I'm not joking around, Aurora. Aku betul-betul mahu berkawan dengan kau." bisiknya perlahan.

Dan satu lagi ungkapan yang pernah Evan luahkan kepada aku dahulu. Apa yang dia katakan tentang kesempurnaan diri aku selepas dia mengetahui aku penghidap multiple personality.

"It's okay. Aku tahu kau siapa. Kau seorang yang baik, Aurora. And look at you, what a perfect girl, here? I am lucky guy. Because I got you."

Rantai yang terkalung di leher aku ini.. adalah hati dan cinta Evan. Waktu itulah Evan meluahkan perasaan dia terhadap aku.

"Aku beri kau hati aku. Aku cintakan kau, Aurora. I love you."tutur Evan dengan nada lembut.

"Rantai yang kau pakai itu..."sambungnya lagi.

"Berloketkan bunga Camellia, kan?"aku memintas.

"Yes, princess."

"I love you too, Evan Alexander. Lama aku tunggu detik ini tiba. Thank you so much."

Maafkan aku, Evan. Aku tak dapat buat kau bahagia. Tapi aku tetap cintakan kau.

"Aurora!"

Evan? Itu suara Evan. Dia sudah tiba. Tapi.. Hm, selamat tinggal, Evan Alexander. Aku akan bawa memori kita ke syurga dan aku akan tunggu kau di sana. Aku memejamkan kelopak mata lalu melompat masuk ke dalam laut.

Sometimes you have to sacrifice your love in order to save your bestfriend.

***

Love from,

Fiixorra
💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro