14 -CAMELLIA
Aurora/Meisara pov
Suasana di dalam kereta tidak berubah dari mula kereta menyusur ke lebuh raya. Aku perasan Evan menjeling aku sekilas lalu memandang jalan di hadapan kembali.
Evan kelihatan curiga. Jangan cakap dia curiga dengan kelakuan aku tadi! No. Aku tak nak dia tahu aku adalah Meisara.
"Aurora?"Evan menegur. Aku menoleh dan memandang Evan perlahan-lahan.
"Kau kenapa hari ni? Macam lain je?"
Seperti apa yang aku jangkakan. Evan curiga dengan aku. Jari Evan menolak signal kereta lalu stereng dipusingkan untuk membelok ke kanan.
"Aku... datang bulan. Maaf."aku menjawab dengan nada perlahan.
"Oh. Habis kau okay ke ni? Atau kita nak cancel je plan hari ni?"
"Ah tak apa. Aku okay. Teruskan je ikut plan kau dan A..."
Damn. Meisara, kau kenapa? Jangan sampai kau tersalah sebut nama Aurora sekarang.
"Dan aku macam nak makan steak."
"Jangan risau. Semua aku dah siapkan."
Kereta usai diparkir di hadapan sebuah cafe. Brek tangan ditarik lalu enjin dimatikan oleh Evan.
"Tunggu."
Evan membuka pintu lalu segera berlari keluar ke arah pintu seat aku. Pintu tersebut Evan buka dan aku keluar sambil tersenyum.
Evan menghulur lengannya lalu memandang aku. Apa dia nak? Oh, I see. Aku memaut lengan Evan lalu Evan memulakan langkah untuk masuk ke dalam diikuti aku di sisi.
Pintu cafe dibuka oleh seorang pelayan lalu pelayan tersebut membawa kami ke sebuah meja.
"Evan, kenapa cafe ni tak ada orang? Tak laku ke? Kita je yang datang?" Aku menyoal dengan nada berbisik. Tiada siapa di sini. Cuma pekerja cafe sahaja yang ada. Pelik.
"Aku dah booked cafe ni."
"What? Booked? For what?"
Aku memandang Evan hairan. Evan hanya membalas dengan menggariskan senyuman di bibir.
"For us."jawab Evan pendek. For us? Are you kidding me? Jadi Evan buat semua ni untuk Aurora?
Evan menarik keluar kerusi dari meja dan mempersilakan aku untuk melabuhkan punggung. Aku yang sedang terpinga-pinga lalu duduk di kerusi tersebut. Evan melangkah perlahan ke arah kerusi berhadapan dengan aku lalu melabuhkan punggung di situ.
"Apa semua ni, Evan?"aku mula menyoal Evan lagi untuk lebih tahu apa yang sedang berlaku.
"For our lunch."
Evan menepuk tangannya dua kali. Dua orang pemain biola datang ke arah kami lalu mereka mula menggesek biola tersebut.
Aku hanya memandang mereka sekilas sambil mendiamkan diri. Selepas lima minit berlalu, pemain biola cafe ini mengundurkan diri selepas alunan yang mempersonakan habis dimainkan.
"Evan, boleh tak kita makan sahaja lepas tu terus ke tempat lain?"
Pertanyaanku tidak berjawab lalu Evan mengeluarkan satu kotak berwarna merah lalu dihulurkan kepada aku. Now what? Aku mengambil kotak itu lalu memandang Evan semula.
"Apa ni?"
"Buka dan lihat."
Aku segera membuka kotak merah itu. Terdapat seutas rantai emas putih berloketkan bunga di dalam.
"Necklace? For me?"
"Yes, princess."
"Ini bunga apa?"
"Itu bunga yang kau suka Aurora. Bulan lepas kan kau beri tahu aku yang kau sukakan bunga camellia. Takkan kau tak perasan itu bunga kesukaan kau? Loket itu ada satu sahaja di dunia ini. Aku tempah khas, just for you."
Bunga camellia? Yaa, thats right. Aurora sukakan bunga camellia.
"Oh really? Terima kasih."
"Sini, aku pakaikan."
Aku memberi Evan semula rantai tersebut. Evan bingkas bangun dan berjalan ke arah belakang aku.
Aku memegang rambutku kemas lalu rantai tersebut Evan pakaikan di leher aku. Evan was a nice guy. Aku tak pernah lihat lelaki sebaik dia. Kalau lah aku berada di tempat Aurora, aku takkan lepaskan kau, Evan. Kau sempurna.
"Tolong jaga rantai tu seperti nyawa kau. Rantai tu melambangkan hati aku, hati yang aku beri kepada kau. Aku cintakan kau, Aurora Rose."
Dia luah perasaan dia kat aku? Wait, bukan untuk kau, Meisara. Kau tak dengar ke? He said Aurora Rose. Not you, silly.
"Kau betul-betul cintakan aku?"
Evan memberi senyuman sambil kepala dianggukkan. See, he love Aurora. Jadi apa kau tunggu lagi? Mulakan misi kau sekarang, Meisara. Do something, buat dia tinggalkan Aurora. Buat dia kecewa.
"Evan, maaf. Aku tak cintakan kau. Mungkin aku patut pergi sekarang. Aku ada hal."
"Apa kau merepek ni? Kau nak ke mana?"
Aku bingkas berdiri. Mata kami berdua saling berpandangan.
"Sorry."
Aku terus melangkah pergi setelah mengucapkan kata maaf.
"Aurora!"
This is the right thing, Meisara. Leave him. Kau kena lakukan ini semua.
***
Kelopak mata aku buka seraya tangan memicit kepala yang berdenyut-denyut. Aku bingkas duduk. Dah pukul berapa ni? Aku melihat sekeliling bilik. Chloe masih lagi tidur di katilnya. Aku mencapai smartphone di bawah bantal. Almost 6 AM. Masih awal lagi untuk ke kelas.
Apa berlaku semalam? Kenapa kepala aku sakit sangat pagi ni? Terasa sesuatu sedang terlilit di leher. Apa ni? Tangan mula menyentuh benda tersebut. Rantai? Mana aku dapat rantai ni? Otak yang baru mula untuk berfungsi setelah bangun dari tidur terus ligat memproses.
Meisara?! Ini mesti rantai Meisara. Jadi semalam dia munculkan diri? Loket rantai tersebut aku lihat. Ini... ini bunga camellia. Mana Meisara dapat rantai ni?
Tunggu! Semalam bukan sepatutnya aku keluar date dengan Evan ke? Dan semalam Meisara muncul. What was exactly happened yesterday? Meisara tak lakukan perkara bodoh, kan?
***
Love from,
Fiixorra
💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro