Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EPILOG

Semuanya gelap.Hitam!

Aku menarik nafas.Kemudian menghembuskannya keluar melalui rongga hidung.Aku cuba untuk bergerak.Bangun dari pembaringan.Ternyata tubuh aku akan berasa sangat sakit apabila aku melakukan demikian.Aku hanya mampu gagahkan diri utk duduk bersandar di kepala kaki.Bebola mata mula meliar ke arah sekeliling,menganalisi setiap apa yg aku lihat sekarang.

Sebuah bilik yang kecil.

Dinding berwarna biru langit.

Terdapat satu tingkap di bahagian kanan aku.

Aku terlantar di atas katil.Selimut yang menutupi separuh tubuh aku ditarik.Aku sedikit terkejut bila melihat kaki kanan aku berbalut.Aku meraba raba bahagian atas kepala.Turut sama berbalut.

Aku di mana?

Apa yg sudah jadi pada aku lepas letupan tu?

Prakk!Lamunan aku terhenti.Seseorang menguak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik.Dia tersenyum memandang aku.Dia mendekati aku.Dia memeluk aku.Erat sehingga agak sukar utk aku bernafas.

"Tae sedar jugak akhirnya.Syukurlah sebab Tae selamat.Appa betul betul risaukan Tae!" kata lelaki.Aku mula bingun dengan bicaranya.Kenapa dia membahasakan dirinya sebagai appa.Jujur aku cakap,aku betul betul tak kenal dia.Entah dari ceruk mana dia datang dan mengaku sebagai anaknya.

"Appa?"Aku pamer air muka pelik,memandang lelaki itu.

"Nae!Ni appa Tae!Kim Jong Kook!" Jadi nama lelaki itu Kim Jong Kook.Terus terang,aku tak pernah dengar nama tu.

"Kim Jong Kook?Mian saya tak kenal awak!"

Lelaki itu mencengkam tubuh aku.Memerhatikan aku dengan pandangan tajam.

"Takan Tae tak ingat.Ni appa!" Dia cuba menyakinkan aku.Seakan akan memaksa aku mengaku yang dia tu appa aku.

Aku cepat cepat menggeleng.

"Apa yang dah terjadi pada saya sebelum saya sampai ke sini?" soal aku.

"Tae kemalangan.Tae koma utk beberapa bulan.Dan sekarang appa gembira sangat bila Tae dah sedar semula"Dia memeluk aku lagi.Aku mula rimas.Cepat cepat aku menepis tubuhnya menjauhi aku.

"Tae!"Dia terkesiam dengan tindakan aku.Aku kembali bebaring.Terus tarik selimit dan tutupi tubuh aku.

"Saya letih.Saya nak rehat!"kata aku.Lelaki itu keluar dari bilik,meninggalkan aku keseorangan.

*    *    *    *

"Macam mana dengan keadaan anak saya doktor.Dia tak apa apa kan?"Tuan Kim mula resah.

"Memang keadaan dia ok.Tapi,disebabkan kemalangan tu...dia mengalami amnesia.Mungkin ia akan mengambil jangka masa yg lama utk ingat semula memori dia.Tapi Tuan jangan risau,dia akan sembuh seperti sedia kala.Esok,Tuan dah boleh bawa dia keluar." balas Doktor itu.Tuan Kim sekadar diam.

Membisu!

*    *    *    *

Seorang jururawat melangkah masuk ke dalam bilik.Dia membawa troli yg berisi makanan dan ubat ubatan.Bekas makanan diletakkan di atas meja kecil yang berada bersebelahan dengan katil.

Dia membuka balutan pada kaki aku.Luka pada bahagian tersebut dicuci dan disapu ubat.

"Lepas ni,Encik kena makan ubat dan bekal yg saya bawakan ni.Esok Encik dah boleh keluar.Tapi,hari ni Encik kena bermalam di sini dulu." katanya memberi nasihat.Aku memandang wajah jururawat itu.Aku kenal wajah itu.Pandangan aku beralih ke arah bahagian dadanya.Aku bukan nak mengintai,tetapi aku cuma mahu melihat nametag yg dipakai olehnya.Nametag tersebut tertera dengan nama Jeong Ye In.

"Saya macam kenal awak,tapi saya tak ingat!"

Dia ketawa kecil.

"Mungkin Encik kenal saya dalam mimpi.Maklumlah siang malam saya jaga Encik masa Encik koma!"

Aku kebingunan lagi.

"Berapa lama saya koma?"

"Lebih kurang 3 bulan!"

Agak lama.Aku terpinga pinga.Apakah sebenarnya yg berlaku.Aku hanya ingat satu perkara.Letupan tu!

"Oklah,saya keluar dulu yer!Kalau Encik perlukan apa apa,jangan saja saya." Selepas menyiapkan kerjanya,jururawat itu keluar.

*    *    *    *

Aku kebosanan.Asyik terperak di dalam bilik itu membuatkan aku rimas.

Aku buat keputusan utk keluar ambil angin sekejap.Duduk terlantar di atas katil bukan boleh buat apa pun.Tidur dan lepas tu tengok syiling warna putih.Bosan tahap babon.

Dengan menggunakan dua batang tongkat itu,aku terkedek kedek keluar dari bilik dan pergi meneroka seluruh kawasan hospital.

Kelihatan terdapat beberapa orang pelawat sedang duduk menuggu di kaunter.Peliknya,bila aku lalu saja di depan mereka,mereka pandang aku semacam jer.Aku naik rimas.Seperti aku ni makhluk pelik seperti alien di hospital itu.

*    *    *    *

Aku berada di taman. Keseorangan di situ.Taman sunyi saja.Tiada pengunjung yang datang.Malah seorang kanak kanak pun takde bermain di situ.Aku pelik dengan hospital ni.Suasananya suram.Sepi.Tidak seperti hospital hospital lain.

Kemalangan?Aku keliru sama ada apa yg dicakapkan oleh jururawat dan lelaki itu adalah betul aku pernah kemalangan dan koma utk beberapa.Tapi bila?Aku lupa tarikhnya?

Tak mungkin!Aku tak percaya dan takan pernah percaya.Diorang tipu aku.Aku dimasukkan ke sini bukan sebab kemalangan.Diorang sorokkan sesuatu dari aku.

Dunia ni memang gila.

Dunia ni dah tak betul.

Dunia bodoh.

Seorang wanita tua,berkerusi roda datang tercunggap cunggap mendekati aku.Aku sedikit terkejut apabila wanita itu menerjah aku dari belakang.

"Taehyung!" Dia panggil nama aku berkali kali.Mulanya aku ingin lari,tapi dia pegang tangan aku.Halang aku pergi.

"Ahjumma ni siapa?"

"J.Nyawa kau dalam bahaya.Cepat pergi dari sini.Setan tu dah ubah dunia.Dia akan bunuh kau.Keluar dari sini sekarang jugak!" wanita itu menengking aku tanpa sebab.Entah apa yg dikatakan,aku pun tidak faham.Dia keluarkan sehelai kertas daripada poket bajunya dan kertas itu diberikan kepada aku.

"Ambil ni!Kau akan tahu kebenarannya nanti." katanya.Seorang doktor muda menuju ke arah kami.

"Mian Encik,ahjumma ni ada masalah mental.Jangan layan sangat apa yg dia cakap td." Doktor itu terus membawa wanita tua itu pergi.

Aku pandang kertas itu.

Wanita tua.Hanya dikenali dengan nama J.

Jururawat bernama Jeong Ye In.Aku macam kenal dia.

Lelaki yang paksa aku mengaku sebagai anaknya.

Apa semua ni?

*    *    *    *

Waktu sudah berganjak senja baru aku kembali semula ke bilik.

Masuk saja ke dalam bilik,aku lihat seorang pesakit baru ditempatkan bersebelahan dengan katil aku.Aku perlahan lahan naik ke atas katil.

"Hi!" Aku menyapa kawan sebilik baru aku itu.Dia duduk di atas katil,memandang ke arah tingkap.

Dia hanya senyap saja.

"Pesakit baru ker?"

Dia menggeleng.

"Bukan.Aku dah lama duduk kat hospital ni.Doktor pindahkan aku ke sini." balasnya.

"Ooo!Nama kau apa?"

"Jeon Jung Kook!"

Baru aku perasan yg mata Jung Kook berbalut.Dia menoleh ke arah aku.

"Kalau kau tak nak duduk lama kat sini,baik kau keluar secepat mungkin." katanya.

*    *    *    *

"Tolong!tolong!tolong!!!" Aku tersedar.Terus bingkas bangun dalam keadaan terkejut.Tadi,dengan jelas aku dapat mendengar seseorang meraung raung meminta tolong.Suaranya sungguh jelas.Seakan akan bunyi itu berada berdekatan dengan aku.Aku berkalih memandang ke arah katil Jung Kook.Jung Kook tiada di situ.Sebaliknya,lelaki itu sedang berdiri menghadap tingkap yg dibiarkan terkuak luas.

"Kau belum tidur lagi!" Aku menyapanya.

"Tak.Baguslah sebab kau dah bangun.Aku nak kau keluar dari sini!"

Aku mula keliru dengan kata kata Jung Kook.Kenapa semua orang yg aku jumpa suruh aku keluar dari sini.Alasannya,nyawa aku dlm bahaya.Shit!

"Kalau aku keluar,aku nak lari kena mana?"

"Jangan fikir pasal hal tu.Yang penting kau perlu tinggalkam tempat ni.Jangan sampai setan tu dapat kau dan bunuh kau!" Nada suara Jung Kook mula kasar.Aku menggapai tongkat yg tersandar pada dinding.Aku cuba mendekati Jung Kook.

Dia berpaling memandang ke arah aku.Terkejut aku apabila melihat muka Jung Kook dipenuhi dengan ulat dan sangat buruk dengan isi mukanya yg menggelupas menampakkan tulang.Darah busuk mengalir keluar melalui mulutnya dan melimpahi lantai.

Aku cepat cepat berlari keluar dari bilik.Aku berjalan tanpa arah tuju sehingga aku tak sedar yg aku berada di hadapan bilik mayat.

Empat orang jururawat,menolak katil yang terdapat mayat di atasnya berhenti di hadapan bilik tersebut.

"Taehyung!Lari sekarang!" jelas aku dengar yg mayat itu memanggil memanggil nama aku.Dia bangun.Tubuhnya berlumuran darah.Dengan bebola matanya yg tersembul keluar dari soket membuatkan aku seram sejuk.

"Lari!Dia akan bunuh kau!"

Aku membuka langkah seribu,lari meninggalkan bilik mayat.

*    *    *    *

Aku berhenti di kaunter.Melabuhkan punggung sekejap di atas sebuah kerusi yang terdapat di situ.Memandangkan waktu itu sudah larut malam,bahagian kaunter hospital sunyi sepi.

Sob!sob!sob!

Satu tangisan kedengaran memecah kesunyian.Bulu roma aku mula tegak berdiri.

Sob!sob!sob!

Ia berbunyi lagi.

Sob!sob!sob!

Dan lagi.Lebih jelas.

Aku mula panik.Di hadapan kaunter terdapat seorang budak perempuan kecil sedang duduk berteleku di atas lantai.

Aku bangun.Gagahkan diri melangkah ke arahnya.Budak itu menangis sambil sedang mewarnakan lukisannya.

"Adik ok tak ni?Kenapa masih duduk kat sini.Omma dan appa adik mana?"

Dia hanya diam.Dia tidak menghiraukan aku.Dia terus mewarna lukisannya dengan pantas dan kasar sehingga kertas tersebut terkoyak.Perbuatan itu diulangi olehnya sehingga tangannya haus,hancur dan berkecai dagingnya memercik ke arah aku.

"Loki akan bunuh kau!"

Semuanya gelap.Hitam!

*THE END*

Endingnya agak sedikit tergantung.Author harap readers semua akan faham apa yg ingin disampaikan pd chapter terakhir ni.Terpulang pada fikiran korang utk membuat rumusan tentang apa yg berlaku pd Taehyung.Fikir dalam dalam dan korang semua akan temui pengakhirannya sama ada ia baik ataupun buruk.

Terima kasih banyak banyak kepada korang semua yg sudi baca,vote dan comment ff author yg merapu dan membosankan ini.Terima kasih banyak banyak utk sekali lagi.Jasa korang akan author kenang.

Sebelum author blah,author nak buat satu permintaan...tolong tinggalkan komen terakhir korang di chapter ni.

Bye!Jangan lupa baca ff baru author.

A lot of love from,
Songyongbie.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro