Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 27-Awake

The Seven Guardians kembali bersatu.Tujuh orang pelindung dan penjaga bumi itu sedang berada di dewan ruang tamu.Madam J muncul.Dengan sekali petikan jari sahaja,dewan ruang tamu tersebut berubah menjadi satu gelangang perwalanan yang luas.

"So,inilah para The Seven Guardians yang bakal kalahkan aku.Merepek!Kenapalah tujuh orang budak mentah ni yg terpilih.Tak setanding langsung dengan aku." Madam J ketawa mengekeh.Bergema hilainya di sekeliling.

"Kau sape nak nilai kitorang.Kau sekadar setan yang angkuh.Tempat kau bukan di sini,tp di neraka!" laung Namjoon.Semangat jitu mula berkobar kobar dalam diri masing masing.Walau apa cara sekalipun,mereka mesti kalahkan Madam J.Semua makhluk bergantung pada mereka.Biar pun nyawa yg hilang,perjuangan mesti diteruskan.

"Korang semua bodoh.Aku ratu dunia ni.Aku berkuasa.Aku boleh ubah segalanya dgn sekelip mata.Dan satu lagi,korang semua awal awal lagi sudah diperbodohkan oleh aku.Bambam tu anak aku.The Devil's Son!"

Mereka terkejut terutama sekali Jin.Rupa rupanya Bambam adalah The Devil's Son.Bambam terbang ke udara,menuju ke arah Madam J.

Perlawanan bermula.

Beratus ratus pengawal Madam J dikerah masuk ke dalam gelangang.Madam J bertukar rupa.Tubuhnya membesar.Satu kepala tumbuh keluar dari perutnya.Kulitnya berubah menjadi warna merah.Tanduk dan taring menerjah keluar dari kepala dan mulutnya.Belakangnya pula keluar sayap besar berwarna hitam kemerahan.Tiada rupa manusia pada dirinya.Itulah dia.The Devil's Master!

Mereka mula mengambil posisi masing masing.Kesemua mereka lengkap berbaju perisai dengan pedang masing masing di tangan.

"Serang!"

Pengawal pengawal Madam J mula melancarkan serangan.Mereka menyerang ahli bts.Walaupun bilangan mereka agak ramai,tetapi tidak mustahil utk BTS mengalah.

Jung Kook memukul tangannya ke permukaan tanah.Tanah merekah.Rekahan tersebut menelan pengawal pengawal Madam J.

Jimin pula melancarkan berpuluh puluh batang anak panah elektrik ke arah pengawal pengawal Madam J.Habis semuanya hangus dan rentung dalam sekelip mata.

Bukan sahaja di darat,pengawal pengawal Madam J juga turut menyerang dari arah udara.Makhluk makhluk yang berbentuk burung helang gergasi itu membawa bebola api dan melemparkannya pada mereka.Itu tidak menjadi masalah.Taehyung dan Namjoon menjadi penghalang.

Taehyung dan Namjoon bergabung kuasa menghasilkan satu taufan berapi,menghapuskan burung burung tersebut satu persatu.Bukan itu sahaja,mereka juga terpaksa bertempur dengan Bambam.Sememangnya kuasa bayang Bambam sangat kuat.Dia mampu menyedut kuasa Taehyung dan Namjoon.Bahkan dia juga boleh mematikan pergerakan mereka.

"Tak guna kau Bambam!" Namjoon menyemburkan larva keluar dari mulutnya dan menyasarkan ke arah Bambam.Sepantas kilat Bambam mengelak.

Taehyung pula cuba utk menangkap Bambam.Mereka sama pantas terbang di udara.

Pertempuran menjadi semakin sengit.Bilangan pengawal pengawal Madam J semakin bertambah.Dari semua arah mereka menyerang The Seven Guardians.

"Tak guna!" Pengawal pengawal itu mula mengepung Suga dan Jin.Mereka memuntahkan sejenis cecair hitam berbau busuk ke arah Suga dan Jin.Jin sempat mengelak.Malangya Suga yang kena.Cecair itu menyerap seluruh kuasa dalam tubuh Suga.

"Suga,kau kena bertahan ok." Nasib baik ada Yein yang tolong menyembuhkan Suga.Jin menghasilkan satu buih besar melindungi Yein dan Suga.

Dia juga turut menukarkan pengawal pengawal Madam J menjadi patung ais.

Pertempuran di bahagian udara masih lagi tidak reda.Bambam mengeluarkan klon-klonnya mengepung Taehyung.Taehyung berputar sambil menghunuskan pedang ke arah sekeliling.Klon klon Bambam hilang satu persatu.Tetapi di mana Bambam yang sebenar?Taehyung mula keliru.

"Taehyung!" Bambam memanggil.Muncul di hadapannya dengan sengihan sinis sambil melambaikan tangan.Cepat cepat Taehyung menghalakan pedang ke arah Bambam.Namun,itu hanya klon sahaja.Bambam muncul lagi di belakang.Perkara yang sama turut dilakukan.Klon juga yg ditikam.

"Kau tak payah main benda bodoh macam ni lah.Aku takde masa.Kalau kau berani,keluarlah lawan aku.Tak payah gunakan klon klon bodoh kau tu." jerit Taehyung.Tercabar!

Tanpa disedari,Bambam muncul di belakang tubuhnya.Dia menikam Taehyung.Sayang sekali Taehyung tidak sempat mengelak.Bambam bergerak ke hadapan.Perut Taehyung bertubi tubi dirodok dengan pedang.Dia juga sempat menyedut semua kuasa yang ada pada Taehyung.

"Kau memang tak guna!"Tubuh Taehyung terus jatuh menghempas ke bumi.

Melihat keadaan tersebut,Namjoon mula mengamuk.Terus dikeluarkan naga apinya dan diarah utk menyerang Bambam dan Madam J.Naga tersebut menyemburkan larva api ke arah Madam J tertubi tubi sehingga mereka tidak berpeluang utk menyerang balas.

"Jung Kook,kau pergi tolong Namjoon serang Madam J.Biar Hyung dan Hoseok yang uruskan pengawal pengawal ni dan Bambam.Jangan biarkan Bambam bergabung dengan Madam J." Jin memberi arahan.Jung Kook mengangguk setuju.Memandangkan Suga dan Taehyung cedera teruk,hanya mereka berlima sahaja yg menjadi harapan.

Bukk!Jung Kook menumbuk tanah.Ia menghasilkan satu gegaran yang kuak.Tanah merekah lagi,mengeluarkan satu figura makhluk gergaji yang berbentuk dinosaur spesies T-Rax.

T-Rax menundukkan kepalanya di hadapan Jung Kook,membenarkan lelaki itu menaikinya.

"Serang dia!"arah Jung Kook.Lantas makhluk tersebut menuju ke arah Bambam yg cuba utk bergabung dgn Madam J.T-Rax melibaskan ekornya ke arah Bambam.Lelaki itu jatuh,terpelanting jauh menghempas bumi.

T-Rax dan Naga Api Namjoon menyerang Madam J dari semua arah.Sekumpulan pengawal pengawal Madam J yang telah dipukau oleh Hoseok pun turut menyerang wanita itu habis habisan.

Ternyata,Madam J masih lagi bertahan.Dua kepalanya itu, melancarkan tembakan ke arah Naga Api dan T-Rax.

"Tanah pelindung!" Jung Kook mengangkat tangannya ke udara.Serta merta satu tembok tanah naik dan menjadi benteng pertahan mereka.

Namjoon bersama Naga Apinya terbang di udara dan melancarkan bebola api ke arah Madam J.Madam J berlindung dengan sayap hitamnya.Menggunakan sayap tersebut,dia juga terbang di udara dan bertempur dengan Namjoon.

"Kau memang jahanam.Kau memang tempah maut dengan aku." Madam J berubah lagi menjadi seekor naga hitam.Madam J semakin mengganas menyerang balas Namjoon.Disebabkan kekurangan kuasa,Namjoon menjadi lemah.Naga apinya itu turut pun hilang.

"Masa utk mati budak!" Naga Hitam itu menelan Namjoon hidup hidup.

"Tidak!" Jung Kook hampir menangis melihatnya.Satu persatu kawan kawannya terkorban.Walaubagaimana pun,dia takan pernah mengalah.Semangat kawan kawannya akan sentiasa berada dengan dirinya.

"Jangan pernah ingat kitorang dah mati,kitorang akan sentiasa hidup menjadi semangat kau Jung Kook." kata kata itu masih terngian ngian di telinganya.

*    *    *    *

Jin pula sedang berdepan dengan Bambam.Dia sebenarnya tidak sanggup utk mencederakan Bambam kerana dia sangat mencintai lelaki itu.

Bambam menumbuk Jin.

Jin menahan.Tidak menyerang balas.

Bambam menghalakan pedang ke arah Jin,mengenai bahunya.

Jin menahan.Tidak menyerang balas.

Bambam menyedut kuasa Jin.

Jin menahan.Tidak menyerang balas.

"Kenapa kau buat aku macam ni Bambam.Aku percayakan kau!Tapi kau tipu aku!" Jin sudah lemah.Kuasanya semakin berkurangan.

Bambam ketawa mengekeh.

"Well,nilah yang dinamakan penjahat.Dalam mana mana cerita pun,penjahat memang suka menipu." balas Bambam.Hancur remuk hati Jin tika itu dengan kata kata Bambam.

"Tapi kenapa kau layan aku dengan baik?Aku sangkakan kau kawan tapi sebenarnya lawan.Aku kecewa dengan kau.Aku kecewa sebab....dah jatuh cinta dengan kau." Jin mengalirkan air mata.

Bambam ketawa lagi.Lebih kuat.

"Babi.Kau gila ke apa?Aku buat baik dengan kau sebab aku nak raih kepercayaan kau.Tapi tak sangka pulak kau sampai boleh jatuh cinta dengan.Ni kali pertama aku jumpa lelaki bodoh macam kau ni.Jatuh cinta pd sama jantina.Lawak duh!"

Terasa seperti maruahnya dipijak pijak oleh Bambam seperti sampah busuk.Inilah sakitnya cinta apabila cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan.Sakit,pedih.Lebih sakit luka di dalam hati jika dibandingkan dengan luka yang ada pada tubuhnya

"Sanggup kau buat aku macam ni Bambam." Iris mata Jin berubah menjadi warna biru tua.Cahaya warna biru tiba tiba sahaja memancar keluar dari cincin yang dipakai olehnya dan cahaya itu menular melitupi seluruh tubuhnya.Jin telah mencapai tahap The Greatess Guardian.Hanya yang terpilih boleh sampai ke tahap tersebut.

"Aku sakit sebab cinta aku pada kau." Dia bangkit.

Bambam melancarkan serangan ke arah Jin.Jin mengelak.Sepantas kilat dia bergerak ke arah Bambam dan menusuk pedang aisnya pada dada lelaki itu.

Bambam rebah.Terjelopok di situ.Dia cuba bangun.Tetapi Jin terlebih dahulu menendang kepalanya.Bambam terpelanting udara.

Jin mengangkat tangan.Satu ombak besar keluar dari tanah dan menghala ke arah Bambam.Ombak tersebut membeku bersama Bambam.

"Maafkan aku Bambam!" Ucapnya bersama tangisan.

*    *    *    *

Kuasa Madam J sudah tidak terkawal.Kuasanya terlalu kuat sehinggakan T-Rax kepunyaan Jung Kook hancur lebur.Jika beginilah keadaannya,Jung Kook terpaksa mengabungkan kuasa dengan Jin,Hoseok dan Yein.

"Ready!" Keempat empat mereka berpegangan tangan antara satu sama lain.Semua kuasa disalurkan kepada Yein dan kemudiannya diberikan kepada Jung Kook dan Jimin.

Jung Kook mencapai tahap The Greatess Guardian.Dua ekor dinosaur berjaya dikeluarkan.Seekor dikawal oleh Jung Kook dan seekor lagi pula dikawal oleh Jimin.Mereka menyerang Naga Hitam Madam J.

T-Rax menggigit ekor Black Dragon.Dihayung beberapa kali sebelum dilempar jauh.Diikuti dengan Jimin pula melepaskan beberapa anak panah petir ke arah Black Dragon.

Makhluk itu mula lemah.Tidak bermaya untuk menyerang mahupun bergerak.Black Dragon memuntahkan kembali Namjoon keluar melalui mulutnya.

"Tak guna...aku takan kalah dengan korang semua.Aku ratu dunia.Aku yang lebih berkuasa." Madam J mula sasau.Tidak tentu arah.Habis semua kuasa dikeluarkan dari tubuhnya.Dia sudah tidak dapat mengawal kuasa The Devil's Master dengan betul.

"Jimin,kita perlu kunci kuasa The Devil's Master sekarang.Kalau dibiarkan begini,bumi akan musnah.Hancur lebur."

Jung Kook, Jimin, Hoseok, Jin, Suga,Namjoon dan Taehyung mula berkumpul.Mereka mengambil posisi masing masing,membentuk satu bulatan mengelilingi Madam J.

Serentak dengan itu,ketujuh tujuh cincin yg dipakai oleh mereka mengeluarkan cahaya.Bersama sama mereka menghalakan cahaya itu ke arah Madam J.

Tiba tiba sahaja satu ribut taufan mengelilingi Madam J.Api yg marak dan panas turun dari langit dan membakar wanita itu.Hujan mula turun diikuti dengan kilat kilat yang menyambar ke arahnya.Air air hujan itu pula membekukan Madam J menjadi patung ais.Tanah merekah luas.Satu tumbuhan berduri menjalar keluar melalui.Ia membelit tubuh Madam J dan mengheretnya masuk ke dalam rekahan tersebut.Tanah kembali tertutup rapat dan satu gegeran kuat berlaku.

"Kita dah berjaya kunci kuasa The Devil's Master.Tapi,kita kena mesti keluar dari tempat ni cepat sebelum tubuh Madam J meletup!Kalau tidak,kita semua akan turut hancur!" Mereka mula panik.Gegeran semakin kuat.

Hoseok menggunakan kuasa telepotasinya dan menghasil satu portal utk keluar dari tempat tersebut.

"Cepat masuk dalam portal ni?" jerit Hoseok memberi arahan.Jung Kook,Taehyung dan Namjoon melangkah mendekati portal.

Jin pula berlari menuju ke arah Bambam.Dia memangku tubuh Bambam utk bangun.Tetapi Bambam tidak boleh bergerak.

"Aku akan selamatkan kau.Aku sayang kau.Aku cintakan kau.Aku takan biarkan kau mati!" kata Jin sambil memeluk Bambam.

"Dah....terlambat.Tinggalkan saja aku di sini.Biar aku hancur.Maafkan aku Jin sebab dah kecewakan kau." Bambam tersenyum.Jin melepaskan pelukan.Dia merapatkan bibirnya dengan bibir Bambam.Lama mereka bercium.Ciuman itu menyebabkan Bambam menjadi patung batu.(rujuk mv Blood,Sweat and Tears masa Jin cium patung tu)

"Aku takan biarkan kau hancur.Aku cintakan kau sampai mati.Saranghaeyo Bambam!" Dengan langkah yang berat Jin melangkah pergi meninggalkan Bambam dan masuk ke dalam portal diikuti oleh Jung Kook,Taehyung dan Namjoon.

"Korang tak nak ikut?"

Suga,Hoseok dan Jimin menggeleng.

"Selamat tinggal.Jangan lupakan kami tau." Mereka melambaikan tangan.Portal perlahan lahan tertutup dan terus lenyap.

Tempat tersebut meletup.Hancur segala galanya.

Dan semuanya bertukar gelap.Hitam!














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro