Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 20-First Love

Yein menerung skrin telefonnya yang terpamer gambar Eun Woo.
Gambar itu diambil olehnya secara senyap senyap ketika Eun Woo tidur.Bila difikirkan balik,dia memang seorang ibu begitu kejam.Dia membiarkan sahaja Eun Woo diseksa dan dibunuh.Kini,baru dia sedar akan kesalahannya itu.Dia betul betul berdosa pada Eun Woo.

"Omma rindukan kamu!"Air matanya merembes keluar membasahi pipi.Skrin telefonnya dikucup.Lama.Dia betul betul rindukan Eun Woo.Yein menangis di situ.Teresak esak!

*    *    *    *

Disebabkan kehausan,Suga pergi menjelajah ke dapur untuk mendapatkan air.Keadaan di dalam villa sunyi sepi.Mungkin penghuni penghuni yg lain sedang lena tidur,begitu juga dengan Hara.Siap berdengkur lagi.

Ruangan dapur masih cerah.Mungkin tukang masak yang bernama Jin tu lupa untuk matikan lampu.Dia memang baik dengan Jin.Sememangnya,sepanjang dia tinggal di sini...dia dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan yg sedap, air tangan Jin.Mungkin dulu lelaki itu pernah bekerja atau menyandang jawatan Chef.

Suga menguak pintu peti sejuk.Sempat lagi dia menjelajah ruangan peti itu.Bahagian frezeer dipenuhi dgn daging.Bahagian tengah pula diletakkan jag air strawberry dan air sejuk.Suga menggapai jag air sejuk.Dia lebih suka air sejuk daripada air manis.Gelas yang berada di atas rak dicapai.Lantas,air sejuk yang berada di dlm jag dituangkan ke dlm gelas.

Diteguknya beberapa kali.Terasa hilang sedikit kehausannya.

"Sob!sob!sob!!!"

Suga sedikit terkejut apabila sayup sayup kedengaran tangisan seseorang.Habis air yang diminumnya tadi tersembur keluar.Mulanya,dia ingatkan itu cuma khayalannya sahaja.Tapi lama kelamaan tangisan itu semakin jelas kedengaran malah ia lebih kuat.Gelas  diletakkan di atas meja.Suara tangisan itu datang dari arah bilik stor yang berada bersebelahan dapur.

Dengan langkah perlahan,dia menghampiri stor.Memang betul sangkaannya,bunyi itu datang dari sana.

Setapak demi setapak langkahnya diatur sehingga dia betul betul berada di hadapan stor.Suga mengintai di sebalik
celahan daun pintu stor yg tidak ditutup rapat.Melalui pandangannya,dia melihat seorang wanita sedang memeluk sesuatu sambil menangis.

Kasihan melihat gadis itu,Suga terus mara ke dalam stor tanpa mengetuk pintu dahulu.Wanita itu tidak perasan akan kehadirannya di situ.

"Awak tak apa apa?"soal Suga.Wanita itu menoleh memandang ke arahnya.Pandangan mereka bertemu.Bebola mata masing masing terbuntang luas seperti hendak tersembul keluar dari soket.

"Yein!"

"Suga!"

*    *    *    *

"Lepaskan aku!Kau nak apa lagi hah!"Yein meronta ronta.Suga mencengkam bahunya.Wajah Yein berkerut.Sakit.

"Oppa sayangkan Yein.Oppa nak tebus balik atas apa yang telah oppa buat pada Yein dulu."

Dia cuba utk melepaskan diri,tetapi gagal.Suga telah mengunci pergerakannya.

"Pergi mamposlah kau tu.Kenapa baru sekarang kau datang nak mintak maaf.Bagi aku,kau dah lama mati!"balas Yein kasar.Semakin kuat Suga mencengkam tubuhnya.Wajahnya mempamerkan satu riak yg menunjukkan dia betul betul bersalah.Tapi bagi Yein,walaupun Suga menyesal separuh nyawa atas perbuatam yg dia lakukan dulu pada dirinya....dia takan sesekali pun memaafkan lelaki itu.Min Yoongi telah lama mati dlm hidupnya.

"Oppa tahu oppa salah.Oppa lebih pentingkan wang daripada Yein sehingga oppa sanggup tinggalkan Yein dan kahwin dengan perempuan lain.Oppa bodoh!oppa bodoh!"Suga merayu.Dia melutut di hadapan Yein.Kaki wanita itu diraih.

"Kenapa sekarang baru kau sedar.Kau tahu tak,aku cintakan kau separuh mati.Tapi...apa yang kau balas pada aku.Kau langsung tak hargai cinta aku.Malah kau rela pilih wang daripada aku dan Young Min.Lelaki jenis apa kau ni!"Yein menengkin Suga.Amarahnya terhadap lelaki kian membara.Biar pun Suga mencium kakinya sehingga pecah bibir,dia takan memaafkannya.

"Yein...tolonglah.Oppa mohon,tolong maafkan oppa.Hidup oppa jadi tak tenang bila Yein terus membenci oppa macam ni."

"Apa kaitannya hidup kau dengan aku.Setahu aku...kau dah lama buang aku dari hidup kau.Aku dah takde kena mengena dengan kau.Aku tahu betina tu kaya raya.So,sebab tu kau nak sangat kahwin dengan dia!"tebak Yein.

"Memang.Oppa mengaku oppa kahwin dengan Hara sebab dia kaya.Oppa tak nak hidup susah lagi.So,oppa buat keputusan utk kahwin dengan dia.Tapi...oppa ingatkan oppa akan bahagia bila hidup dengan Hara.Tapi sebenarnya tak."Terus terang Suga berkata kata.Memang benar dia langsung tidak mencintai Hara.Malah dia langsung tidak merasai kebahagian apabila dia hidup dengan wanita itu.Ini kerana dia mencintai Yein.Jeong Yein merupakan first lovenya.

"Ada aku kesah.Aku dah takde kena mengena dengan kau.Manusia yg bernama Min Yoongi dah lama mati.Dan aku menyesal sebab kenal dia.Disebabkan kaulah aku jadi begini.Disebabkan kau jugalah aku kehilangan Young Min.Cukuplah apa yang kau buat apa aku dulu.Tolong jangan ganggu hidup aku lagi.Terus terang aku cakap...yang aku takan maafkan kau!"Dia memberi kata putus.Kakinya yang digenggam erat oleh Suga ditepis kasar.Kenapa lelaki itu harus muncul kembali di dalam hidupnya?

Yein ingin melangkah pergi tetapi dihalang oleh Suga.

"Oppa tahu yang sangat suka utk Yein maafkan oppa.Oppa faham!Tapi sebelum tu oppa nak buat satu permintaan.Oppa janji lepas Yein tunaikan permintaan oppa ni...oppa takan kacau lg Yein."

"Permintaan apa?"

"Bagi oppa jumpa Young Min.Oppa rindu dia."

Permintaan Suga itu membuatkan Yein hilang kata kata.

"Aku tak boleh tunaikannya.Young Min dah lama mati."balasnya dan terus berlalu pergi.Suga diam membisu.

*    *    *    *


Jeong Yein.Dia cinta pertama aku.She's my first love.Tapi aku yang sia siakan cintanya.Aku memang lelaki tak guna.Aku sanggup buang Yein dari hidup akusemata mata untuk hidup senang.

Aku masih ingat lagi,kali pertama aku bertemu Yein,di sebuah kedai makan.Dia bekerja sebagai pelayan.Dia baik orangnya.Bercakap dengan lemah lembut.Bagi aku,dia merupakan seorang wanita yang sempurna dan luar biasa.

"Annyeonghaseyo,boleh tak berkenalan."

"Tak boleh!"

Mulanya,aku ingat Yein akan cair dengan ketampanan yang aku ada.Tapi tak.Yein langsung tak layan aku.Pandang aku pun tidak.Kalau pandang pun hanya sebelah mata.Aku semakin tercabar untuk mendekati Yein.Aku terus terusan berusaha untuk mendapatkan Yein.Setiap hari aku pergi kedai makan tu semata mata untuk melihat Yein.Kalau sehari aku tak tengok muka Yein...aku akan meroyan.Wanita itu telah berjaya mencuri hati aku.

"Awak nak apa lagi hah?"

"Awak jahat.Pencuri!Satu saja kesalahan awak?"

"Sejak bila saya curi barang awak!"

"Awak dah curi hati saya!"

Banyak kali jugak aku guna ayat pickup line untuk pikat Yein.Tetap tak menjadi.Rasa bodoh pulak guna benda tu.Aku lelaki.Mesti jadi gentelman bila memikat wanita.

Tak boleh jadi ni.Yein mesti jadi milik aku!Aku ni boleh dikategorikan sebagai pesakit gila bayang.Siang malam aku angaukan Yein.Teruk!

Disebabkan terdesak,setiap hari aku pergi ke restoren tempat Yein bekerja.Aku ekori dia sehingga aku lupa akan kerja kerja di pejabat yg berlambak gila.Apa nak jadi dengan aku ni?

Tidak disangka,mengekori Yein bukannya perkara bodoh dan sia sia yg aku lakukan.Suatu hari Yein diragut.Dan akulah yg menjadi penyelamat setia gadis itu.Aku kejar peragut tu sampai dapat.Belasah dia habis habisan dan ambil balik beg Yein.Sejak dari peristiwa itulah Yein mula rapat dengan aku.Sedikit demi sedikit aku mengenali Yein dgn lebih dekat lagi.Bahkan,kami bercinta dan hubungan itu diakhiri dengan sebuah perkahwinan.Aku bahagia hidup dengan Yein.Wanita itu telah melengkapi hidup aku.Wanita itulah separuh drpd jiwaku.Separuh drpd nyawaku.Dia segala galanya bagi aku.Aku mencintai Yein sampai mati.

Kehidupan kami semakin bertambah bahagian dengan kehadiran cahaya mata kami yg pertama.Sememangnya,aku sudah lama ingin memiliki anak lelaki.Tuhan mengabulkan hajat aku.Aku bergelar appa kepada Min Young Mi,putera kesayangan aku.

Aku dan Yein sama sama menjaga Young Mi walaupun kami hidup dalam kemiskinan.Serba kekurangan.Ini semua angkara appa aku.Dia tidak merestui aku berkahwin dengan Yein.Sebabnya?Yein miskin.Shit punya orang tua.Aku pulak tetap berkeras kepala mempertahankan keputusan aku.Ternyata appa bukan main main.Dia pecat aku dari syarikat.Ambil semula semua harta sehingga aku jadi miskin.Tetapi nasib baik ada Yein.Dia yang sara aku dan Young Mi.Yein bekerja dan aku pula duduk di rumah jaga Young Mi.

Macam pelik bunyinya.Sepatutnya aku yg cari nafkah utk keluarga.Dah terbalik jadinya

Langit tidak sentiasanya cerah.Ada kalanya...langit menjadi mendung.Begitu jugaklah rumah tangga aku apabila appa kembali masuk campur.

Suatu hari,aku berjumpa dengan appa.Tu pun sebab kena paksa.Apa jadah nak hadap muka orang tua tu.

"Appa tahu hidup kamu tak bahagia.Kamu perlukan duitkan.Come on lah,appa kesian tengok kamu jd miskin macam ni.Ok,straight to the point....appa akan bagi kekayaan pada kamu.But with one condition,tinggalkan Yein dan kahwin dengan Hara."

Sememangnya appa sangat licik.Pada mulanya aku tolak tawaran appa.Tapi lama kelamaan....aku terpaksa terima tawaran tersebut.Tambahan pula,aku dan Yein terpaksa menjadi pengemis apabila Yein dibuang kerja kerana telah dituduh mencuri duit pelanggang restoren.

"Ok...Suga terima tawaran appa.I will marry Hara and tinggalkan Yein."

Aku terpaksa buat semua tu.Seperti yg disuruh oleh appa...aku kahwin dengan Hara dan tinggalkan Yein.Selepas Yein tahu perkara tersebut....dia lari dari rumah bersama Young Mi dan tinggalkan aku.

*    *    *    *

Bersambung....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro