Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prolog

Encik Rashdan duduk di bangku yang telah disediakan. Sementara isterinya di Labour room.

Semoga semuanya selamat. Kalaulah dia keluar dari officenya tadi lebih awal sudah pasti dia dapat masuk Labour room itu.

••••••••••

Bukkk!!!

Rashdan pandang orang yang telah melanggarnya.

"Maa.. Maaf." kata orang tua itu.

"Hey buta ke apa? Lain kali ada mata guna." marahnya.

"Kurang ajar."

"Apa kau cakap?" tanya Rashdan walhal dia mendengar kata-kata wanita tua itu yang agak perlahan.

Wanita tua itu membisu apabila dia terlepas cakap.

"Eh tau dengar sini kau ni tak kenal aku ni siapa ke?"

"Aku boleh saman kau tau."

"Untuk orang yang sombong dan angkuh macam kau ni perlu terima pengajaran yang setimpal." kata wanita tua itu.

"Apa maksud kau?"

"Aku sumpah anak kau apabila umurnya semakin meningkat dia akan hilang dari dunia ini." balas wanita tua itu.

"Maksud kau anak aku akan mati ke?"

"Tak. Dia akan pergi ke dunia lain."

"Karut. Zaman sekarang mana ada sumpah² ni semua."

"Untuk memastikan sumpah aku ni benar anak kau nanti akan bernama Kaizen. Anak kau tiada nama lagi benar?"

"Aku tak akan namakan anak aku nama itu." lagi Rashdan melangkah pergi.

••••••••••

Rashdan tersenyum sambil memandang anak lelakinya selepas diazankan sebentar tadi.

"Abang dah ada nama anak kita?"

"Belum lagi. Sayang dah ada?" matanya masih memandang wajah yang masih kemerahan anak lelakinya.

"Dah. Namanya Aizen."

"Aizen? Macam nama jepun je." wajah pucat isterinya pula dipandang.

"Abang ni lupa agaknya yang sayang ni minat kartun jepun." Haliza berkata geram.

"Hahaha iya lah. Aizen apa?"

"Kaizen Aizen." balas isterinya.

Rashdan kaget. Wajah isterinya ditenung. Kaizen? Manik-manik peluh keluar. Muka menjadi pucat.

••••••••••

Air putih itu berkali kali dibasahi mukanya.

Gila ini semua gila. Jadi anak aku benar-benar disumpah? Tolong sesiapa bagitau aku apa dah jadi sekarang?

"Masih tidak percaya?"

Rashdan toleh belakang.

"Kau nak apa lagi?" tanya aku pada wanita tua itu.

"Apa patut aku sumpah isterimu sekali? Supaya lebih sopan berbicara denganku."

"Jangan pernah kau cuba lakukannya. Akan aku mencari cara menghapuskan kau."

"Sungguh angkuh dan yakin kau ini."

"Kau siapa dan apa mahumu? Benar anak aku akan hilang dari dunia ini? Adakah dia akan mati?"

"Kau mungkin tak kenal siapa aku. Tapi aku kenal siapa kamu Rashdan. Aku mahu menghancurkan keturunan kau Rashdan."

"Apa salahku padamu? Aku tidak kenal siapa kau?"

"Jangan tanya apa salahmu dengan aku." tengking wanita tua itu.

"Mati atau tidak hanya anakmu sahaja yang dapat tentukan."

Sekelip mata wanita itu menghilang. Aku ternganga terkejut. Kini aku mengaku bahawa wanita tua itu tidak main-main dengan apa yang dikatakan olehnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro