Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

"E... Arrgghhhh..."

Rambut digaruk kasar. Stress. Kenapa la jadi macam ni. Aku tak minta pun jadi macam tu.

Kalau diberi pilihan aku mahu yang lebih baik dari ini. Kehidupan yang semua keinginan aku dimakbulkan.

Peristiwa beberapa hari lepas kini terbayang olehnya sekali lagi.

••••••••••

Ringgg!!

Beg aku galas. Langkah aku buka.

Masa untuk balik. Bisik aku.

"Zen!!"

Aku toleh belakang. Jeffry?

"Pehal Jef?"

"Lepak jom."

"Malas ahh. Aku nak balik."

"Kat umah kau tu bukan ada sape pun." Jeffry senyum sinis.

"Dahhh.. Baik kau ikut aku." paksa Jeffry.

Aizen terdiam. Kalau boleh tidak mahu kedua ibu bapanya mengamuk lagi. Cukuplah minggu lepas dia telah buat perangai.

••••••••••

Banggg!!!

Meja kayu itu dihentak dengan tangan. Sakit dihiraukan akibat terlalu marah.

"Zen tau tak apa yang Zen dah buat?"

Aizen telan air liur. Tiba-tiba dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan.

Encik Rashdan bengang apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan.

Puan Haliza pegang dahi. Perangai anaknya makin menjadi-jadi.

"Zen minn.. Minta maaf pa ma."

"Maaf?" Puan Haliza melenting.

"Zen dah pergi club malam. Zen tau tak apa yang Zen dah buat? Pergi club malam dengan bawah umur? Tindakan apakah itu?"

Aizen membisu. Niat mahu menjawab namun apabila fikir akan akibatnya dia membatalkan sahaja niatnya.

••••••••••

"Jahanam kau Jeffry."

Barang-barang di atas meja dicampak. Marah yang teramat.

Kepalanya digaruk lagi. Berfikir. Mencari jalan. Untuk melepaskan dirinya.

Akibat mengikut idea bodoh Jeffry itu aku menerima hukuman berkurung. What? Aku macam tak percaya yang ma dan pa buat aku macam ni.

Aku dah letih. Dah penat. Dengan kehidupan aku ini. Kehidupan yang bukan keinginan aku. Aku mahu lari. Lari dari kehidupan yang bukan keinginan aku ini.

Perlahan-lahan punggung aku hempas tilam milikku. Tangan aku depa seluas-luasnya. Aku betul-betul penat. Tanpa sedar mata tertutup dek kerana kepenatan.

••••••••••

"Wei apa ni." jerit Jeffry apabila Aizen memekik lehernya.

Walaupun badan Aizen lebih kecil berbanding badannya tapi kekuatan dia jangan buat main. Cukuplah dia pernah dikalahkan oleh Aizen. Bukan badan Aizen bersaiz kecil dari orang lain tetapi badan Jeffry ni seakan Hack.

"Sebab kau la aku kena kurung ngan parent aku." genggaman di leher Jeffry tidak dilepaskan.

Jeffry senyum sinis. "Kau fikir aku kesah?"

"Jahanam kau Jeff!! Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau lepas kau dah buat taik ngan aku. Aku tak kan maafkan kau Jeffry."

"Habis dengan kau belasah aku macam ni kau puas? Kau tak rasa kau dah tambahkan masalah kau ke? Kau fikir kau dah bagus sangat ke? Kau baik sangat ke? Kau ingat bila kau dah kalahkan aku kau dah kuat?"

"Kau ni betul-betul mencabarlah. Jangan salahkan aku kalau aku bagi kau sebijik. Sebab kau yang mintak kan?"

"Bagi apa?" ejek Jeffry.

Bushhhh.

Tepat. Padu. Pantas. Pipi Jeffry menerima tumbukan dari Aizen. Aizen senyum puas.

Jeffry senyum sinis. Tak sangka Aizen betul-betul tumbuknya. Berhasil juga apabila dia mencabar kesabaran Aizen.

"Apa kau nak lagi?" tanya Aizen tanpa perasaan.

"Apa kau nak bagi lagi?" senyum sinis lagi.

"Jahanam kau Jeff." tangan digempal. Bersedia membuat satu lagi tumbukan.

"Apa yang dah berlaku ni?"

Langkah Aizen kaku. Jeffry toleh belakang.

Done Part 1

Haiii. Vote banyak² kay. Spam comments please. Sorry tak best. Sila follow account club sis ikut serta contest ini. Dan untuk menjadi ahli. Semoga bertemu di bab 2 nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro