Starry Night
Bintang malam ini nampak lebih indah daripada malam-malam sebelumnya. Joshua tidak mampu untuk menghiraukan keindahan tuhan ini. Dia terdiam di beranda rumahnya sambil mendongak melihat langit malam.
Deru angin malam yang dingin menyapa dirinya. Walaupun suhu malam ini dingin, Joshua masih berdiam diri. Matanya tidak lari daripada menghayati kelipan bintang-bintang. Bunyi-bunyi alam bagaikan menjadi peneman dirinya di malam yang sunyi nan sepi ini.
Suasana malam ini membuatkan dirinya nyaman. Bibirnya mengukirkan senyuman manis dengan seribu maksud tersembunyi. Dari kejauhan, Joshua dapat melihat kelip-kelip yang sibuk menari di balik pepohon sakura. Tidak mekar tidak juga berwarna merah jambu tetapi masih menujukkan keindahan.
Diulik keindahan alam membuatkan Joshua melayan perasaan. Memorinya melayang-layang ke beberapa hari silam, di mana hatinya sentiasa melonjak kegembiraan apabila menatap sang pujaan hati.
Gadis itu. Gadis dengan senyuman mengoda. Hati Joshua sentiasa mengeluarkan kuntum-kuntuman bunga sewangi kasturi. Hidupnya bagaikan di syurga duniawi. Segalanya sangat indah sehingga Joshua tidak mampu berhenti tersenyum. Hanya dengan mengingati gadis tersebut dia mampu berada di awan-awanan.
Gadis berambut ikal mayang. Tubuhnya seelok model bertaraf dunia. Senyumannya mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta. Suaranya bak buluh perindu. Joshua benar-benar angau dengan susuk seindah malaikat ini.
Masih segar dalam ingatannya, bagaimana dia cuba mendekati gadis indah tapi misterinya. Joshua memang gentleman tapi dia juga seperti lelaki-lelaki lain juga. Lemah dengan cinta. Kerana cinta itu mampu mengubah manusia.
Fazreena. Gadis yang menjadi sahabatnya dari kecil lagi. Dia bagaikan malaikat sungguhan. Gadis peramah dengan tikah laku humor ini sanggup membantunya. Walaupun sekadar memperkenalkan tapi Joshua bersyukur. Terlampau bersyukur sehingga dia mula melupakannya.
Bermula dengan senyuman malu-malu dan bantuan Fazreena, Joshua berjaya mendapatkan nama gadis tersebut. Serangkai nama pendek Hani yang berjaya merendamkan Joshua ke lembah cinta penuh keindahan.
Joshua masih ingat bagaimana dia melompat kegembiraan dan memeluk Fazreena. Bahkan dia mengucup puncak dahi Fazreena tanda kasih dan terima kasih yang utus kepadanya. Joshua mengucupnya beberapa kali sehingga pipi Fazreena merah padam.
Dan bermula dari itu lah semuanya berubah. Baik Joshua mahupun Fazreena sendiri.
Joshua mula menjadi rapat dengan Hani. Dari kata perkenalan sehingga lah teman rapat. Hari-hari Joshua dilengkapi cinta hatinya, Hani. Gadis bertaraf model dengan perwatakan yang paling membuatkan hatinya memanas.
Gadis itu selalu berjaya membuatkan tenang bagaikan dunianya adalah Hani. Setiap masa setiap waktu adalah untuk Hani. Bahkan Joshua tidak dapat melupakan gadis itu walaupun untuk hitungan detik.
Selepas beberapa waktu, akhirnya Joshua menyatakan perasaannya yang sudah lama mekar. Terketar-ketar dirinya takut ditolak. Tapi Joshua sudah menemui cinta sejatinya. Tanpa banyak soal, Hani menerima cinta nya. Tiada apa yang boleh mengambarkan perasaannya. Hanya tuhan sahaja yang tahu.
Tapi perjalanan nya bukan seindah yang disangka. Bunga yang mekar suatu hari nanti akan mati juga. Taman yang subur kelamaan gersang juga. Cinta yang indah mungkin perih juga.
Dalam minggu ke tiga percintaan, betul-betul di depan mata Joshua melihat Hani menikam belakangnya. Dengan tanpa perasaan bersalah Hani bermesraan dengan seorang hamba berpakaian suit. Terlihat megah dan kaya.
Joshua tidak terlalu bodoh untuk menyangka mereka hanya sekadar teman. Dia tidak bodoh terpedaya cinta sehingga menganggap ciuman di bibir itu hanya ciuman tanpa hubungan. Joshua menang digilakan cinta tapi dia masih waras.
Hatinya bagaikan pecah beribu-ribu. Segala urat sarafnya bagaikan tidak dapat berfungsi lagi. Dia mati perasaan. Segala pujuk rayu orang di sekitar hanya seperti angin yang lalu.
"Josh kau ni putus cinta sikit pun dah macam mayat. Aku ni cinta tak di balas lek je hidup. Dia tak Notice aku pun" Fazreena yang berada di sebelah Joshua berkata sambil mencebik. Dia memakaikan Joshua selimut tebal. Takut kawannya seorang ini jatuh sakit.
"Fazreena oii aku tengah sakit hati jangan buat lawak"
"Ehh bercakap lagi mayat ni"
Kata-kata Fazreena itu berjaya membuatkan Joshua naik geram. Dia lantas menarik pipi semi tembam milik Fazreena. Geram dengan kawannya seorang ini.
"Apa ni main tarik-tarik pipi!! This belong to my future husband" Fazreena menepis tangan Joshua dan menyilang tangannya ke dada. Berpura-pura menjadi gadis sombong yang tidak perlukan lelaki.
"Fazreena I love you.. Please be mine. Please help to forget Hani. Please! I know you love me since we're children!! Jebal!!"
Fazreena jatuh ke dalam pelukan Joshua dalam satu tarikan. Dia tersentak. Tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Lagi-lagi apabila mendengar kata-kata Joshua tadi.
Melihat Fazreena terdiam, Joshua tersenyum. Dia berfikiran Fazreena malu untuk membalas perkataannya. Baru sahaja dia ingin meraup bibir Fazreena, satu tamparan melayang di pipinya.
"Faz.. Fazreena wae?" Joshua memandang gadis di depannya tidak percaya. Sebelah tangannya memegang pipi yang di rasa pedih dan perit.
"Kau dah tahu aku suka kat kau dari dulu tapi baru cakap sekarang? Kau bercinta dengan Hani walaupun kau tahu aku suka kat kau?! Kau nak aku jadi penganti Hani lepas kau sakit hati?! Kau ingat aku ni perempuan murahan ke??!!"
Joshua terkedu. Dia memandang tepat kepada iris mata Fazreena yang kemerahan menahan tangisan. Bibirnya kelu untuk berkata.
"Joshua Hong kau dengar sini. Memang aku suka dekat kau. Tapi tu dulu. Dulu sebelum kau lupakan aku. Dulu sebelum kau ignore perasaan aku! Dulu!! Dan perasaan tu tak akan datang balik. Sebab kau!! Kau dah musnahkan semua harapan aku!!"
Fazreena perlahan-lahan mengundurkan diri dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.
Selepas segala apa yang dilakukannya untuk melupakan Joshua, cinta hatinya, ini balasan yang dia terima? Dia sanggup lupakan cintanya kerana dia sayangkan persahabatan mereka. Tapi tak sangka Joshua hanya mengganggapnya sebagai penganti dan sanggup mempermainkan perasaannya?
No thanks. Lebih baik dia patah hati terlebih dahulu sebelum hatinya betul-betul hancur pada masa hadapan.
****************
Requested by sherawawaa_
Haaa begitu lah al kisahnya -,-
While me on malam raya.
Sit alone outside until 10pm. Totally alone.
Doing thing im good.
Being me.
Being Got no feel while no one here.
Just the world and Allah.
GotNoFeel_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro