Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Sick

Dari tadi Jihoon, namja dari semester pertama, berjalan memegang kepalanya. Dia terlempar ke sana sini akibat kepalanya yang terasa berpusing-pusing.

'Erghh'

Dia merintih sakit apabila terlanggar pintu masuk apartment nya. Dengan cepat dia membuka pintu dan berlari menerjang sofa yang berada di ruang tamu.

Beberapa jam yang lalu, dia masih khusyuk menyiapkan tompokan assigment yang perlu dihantar secepat yang mungkin. Salahkan lah dirinya yang suka melewat-lewatkan kerja sehingga perlu menghabiskan masa tidurnya dengan kerja.

Suhu di perpustakaan yang berhawa dingin dan sunyi membuatkan dirinya fokus dan tidak sedar hari sudah hampir senja.

Kalau diikutkan, Jihoon mahu sahaja tinggal di perpustakaan hingga larut malam demi menyiapkan kerjanya. Tapi tiba-tiba sahaja kepalanya terasa terhayut dan suhu badannya naik mendadak.

Dia sempat menelan beberapa butir panadol namun rasa mual yang dialami menyebabkan panadol tadi menjadi sia-sia. Semua isi perutnya dimuntahkan sehingga dirinya jatuh longlai.

Jihoon menyimpan semua kerjanya dan bergegas pulang. Dirinya yang sudah lemah menjadi bertambah lemah apabila terpaksa berjalan pulang ke rumah. Bas yang ditunggu dari tadi langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk tiba.

Sakit kepala nya semakin menjadi-jadi mengingatkan assigment yang masih tersisa banyak. Ditambah lagi matahari senja masih mengeluarkan bahangnya.

"Ji.. wae?"

Jihoon mendongak lemah. Visual di matanya berpecah-belah namun suara itu sangat tidak asing di telinganya.

"Aniyo.." Jihoon tersenyum dan cuba untuk berdiri. Memang dirinya sangat lemah tapi dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Termasuklah senior yang satu apartment dengan dirinya.

Namja bermata sipit itu terlihat khawatir. Dia memegang bahu Jihoon yang kelihatan akan jatuh pengsan bila-bila masa sahaja.

"Sunbae ah gwenchanayo.." Jihoon menepis tangan seniornya itu dan cuba tersenyum. Dia menunduk dan perlahan-lahan menyusun langkah ingin masuk ke biliknya. Dia ingin segera lari dari seniornya dan berehat di atas katil empuk miliknya.

Soonyoung yang melihat mengikuti Jihoon dari belakang. Dia sesekali mengawasi Jihoon takut-takut dia terjatuh.

Entahlah. Mungkin sakit kepala membuatkan Jihoon lupa Soonyoung sebilik dengan dirinya. Pastinya dia juga berhak masuk ke bilik Jihoon.

"Ji aku dah cakap jangan main hujan kan" Soonyoung menarik selimut ke paras dada Jihoon. Dia terduduk di pinggir katil Jihoon dan mengusap kepala namja tersebut perlahan.

"Mianhaeyo sunbae-nim" Jihoon memejamkan matanya. Memorinya terimbas kembali kepada beberapa hari yang lalu.

Dirinya bersama Soonyoung berjalan pulang bersama ditemani sekaki payung. Soonyoung, sunbae semester terakhir, memegang payung tersebut sementara Jihoon sibuk menceritakan pelbagai hal yang hanya sesekali dibalas dengan anggukan.

Hujan senja ini membuatkan hati Jihoon girang. Sudah lama rasanya bandar Seoul tidak dilimpahi hujan. Bening hujan yang sangat jernih dan suci membuatkan mata Jihoon bersinar-sinar.

Tanpa berfikir panjang Jihoon menari di bawah hujan menghiraukan seniornya yang menggeleng-gelengkan kepala. Dia seronok melompat-lompat di atas lopak air mengecapi kebahagiaan walaupun sementara.

"Oii dah la tu nanti sakit.. Kau dah la kecik"

Jihoon memuncungkan bibirnya mendengarkan perkataan Soonyoung. Dia melipat tangan ke dada tidak setuju diperkatakan kecil.

Soonyoung hanya mampu tersenyum. Dia melemparkan payungnya dan ikut bermain hujan bersama Jihoon.

Mereka berpusing-pusing di dalam hujan. Mencipta kebahagiaan baru yang di temani kehangatan dalam diri. Gelak tawa mereka kedengaran bersama turunnya hujan yang membawa kebahagiaan.

*****************

Soonyoung tersenyum kecil. Jihoon sudah tertidur nyenyak selepas dipaksa menelan ubat. Namja kecil itu kelihatan lemah dengan kulit yang pucat sempurna. Bahkan bibir merah jambu yang suka melemparkan kalimat kasar turut berubah pucat.

Soonyoung meletakkan kain basah di dahi Jihoon berharap agar suhu badannya cepat menurun. Dia turut membersih badan Jihoon yang tidak sempat menukar pakaian yang dipakai sejak pagi lagi.

Sejujurnya melihat junior nya sakit membuatkan hatinya bagai luruh. Jihoon memang sedikit kasar tetapi ada masanya dia suka bermanja. Gelak tawanya sering menciptakan suatu rasa bahagia dalam dirinya.

Entahlah perasaan apa. Soonyoung tidak mahu memikirkannya. Dia hanya mahu mengecapinya sebelum semuanya hilang dengan sia-sia.

"Jihoon Ah get well soon my little kiddo"

Soonyoung mengambil tempat di sebelah Jihoon. Dia menyusup di balik selimut dan memeluk badan kecil Jihoon dengan sepenuh hati.

Biarkan lah dia memeluk Jihoon sebentar supaya hawa badan Jihoon tersalur kepadanya. Lebih baik dia yang sakit daripada melihat malaikat kecilnya tidak berdaya seperti ini.

********************

Aku yang sakit sebenarnya wahahaha

GotNoFeel_

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro