Raining Tears
Warm: Soonhoon, bxb, yaoi
Rate: T
Length: Twoshoot [part 2]
Genre: Fantasy, Angst
****************
Terkadang aku tertanya. Kenapa dia menyapa?
Kenapa dia memeluk ku tika aku menjatuh kan air mata?
Kenapa senyumannya membuatkan aku tersenyum gembira?
Kenapa tariannya sungguh lemah-lembut?
Kenapa dia seperti malaikat di mata ku?
Kenapa dia ingin berkawan dengan makhluk penukar tangisan kepada titisan hujan seperti ku?
Kenapa?
Kenapa dunia ini sungguh kejam?
Aku tak nak berjumpa dengan manusia
Aku tak nak terikat dengan manusia
Aku tak nak suatu hari nanti dia menangis dan bertukar menjadi titisan hujan
Aku tak nak
Dia terlalu berharga untuk aku
Dia lah alasan aku sentiasa muncul di hujang jalan
Dia lah alasan aku menari dengam penuh perasaan
Dia lah alasan aku tersenyum
Dia
Tapi kenapa dia?
Kenapa dia menyukai hujan?
Padahal hujan adalah lambang kesedihan
Kenapa dia suka bermain hujan?
Tidak tahu kah dia ianya tangisan dunia?
Tangisan manusia yang kecewa dengan hidup?
Tidak tahu kah dia yang mereka yang kecewa sudah ku jadikan titisan hujan?
Tidak tahu kah dia aku bukannya manusia!!!
Manusia bodoh!!!
Sialnya aku menyayanginya.
Malaikat kecilku Woozi
******************
Sudah hampir seminggu aku tidak melihat Woozi. Di mana pemuda pendek itu pergi?
Sudah seminggu aku menungu kehadirannya untuk bermain bersama-sama. Sudah seminggu aku tidak melihat senyuman lebarnya. Sudah seminggu aku tidak mendengar gelak tawanya.
Woozi!!!
Ohh aku merinduinya.
Perlu kah aku menjenguknya.
Lagipun rumahnya hanya didepan sana. Tidaklah jauh.
Kalau jauh pun kenapa? Aku boleh muncul sesuka hatiku dibawah aliran hujan.
Tapi...
Ahhh!! Biarkan aku berjumpa Woozi!!
Tanpa berfikir panjang aku menghilang dan muncul didepan rumahnya. Masih dibawah hujan yang tidak begitu lebat petang ini. Beberapa minit lagi matahari akan hilang dan digantikan dengan bulan.
Ting tong
Beberapa minit menunggu, pintu rumah Woozi terbuka. Ahh malaikat kecilku sedang tidur rupanya. Lihatlah rambut kusutnya dengan hidung merah dan muka baru bangun tidur itu. Ahh!!! Kiyowoyo!!!
"Hoshi!!!" dia memekik girang. Mungkin dia juga rindu dengan putera tampannnya. Hehehe
Tapi tidakkah dia terlalu pucat? Tubuhnya juga kelihatan lemah. Hidung merah?
"Kau demam ke Woozi?" dia mengangguk perlahan. Patutlah dia tidak bermain hujan beberapa hari ini. Sakit rupanya.
"Hosh jom lah masuk! Hujan lebat ni" aku teragak-agak untuk masuk. Jika aku masuk maksudnya teduh. Tiada lagi titisan hujan. Dan jika aku kering aku akan hilang dari dunia ini. Tiada lagi pelung untuk aku melihat senyuman malaikat kecil ini.
"Hoshi?"
"Ahh nae"
Dia menarik aku masuk dan mengeringkan rambut ku dengan sehelai tuala. Badanku juga dibalut bathrobe putih.
Ohhh tamat lah riwayat aku tak lama lagi.
"Jom atas" aku mengikut langkahnya ke tingkat atas. Rumahnya tidaklah begitu besar tetapi tersusun rapi.
"Sorry tak boleh join kau.. Aku tak sihat la weh.. Kau teman aku ok?" kami berdua duduk diatas katilnya yang berada disisi tingkap. Ohh hujung jalan sana terlihat jelas dari sini.
"Hoshi kau panas" dia meletakkan tangan kecilnya di dahi ku. Aku sendiri menyentuhnya dan menggeleng kepada. Tentulah panas. Aku nak berubah jadi wap air kot.
"Relax lah si---" dia menarik aku sehingga aku terbaring diatas katilnya. Dia meletakkan kain basah diatas dahiku dan turut berbaring.
"Hosh jangan main hujan kuat sangat.."
Heyy siapa yang suka bermain hujan sekarang sampai demam?
Aku gigit jugak dia ni.
"Woozi kau nak tahu satu rahsia tak" dia berbalik dan memandang aku pelik. Bibirnya memuncung kehadapan dan berkelip-kelip comel.
"Tapi janji lepas ni kau jangan nangis tau"
"APA KAU TAK NAK KAWAN DENGAN AKU KE??!"
Hehehehehe.
"No lah kau terlalu comel auww" dia tersenyum malu. Alahai aku tak jadi nak feeling sedih.
Tapi
Aku perlu cerita perkara sebenar sebelum aku menghilang.
"Woozi.. Aku akan hilang tak lama lagi.. Aku bukan manusia macam kau.. Aku hanya titisan hujan"
"HAHAHAHA TAK LAWAK LAH" dia tertawa sambil memukul badanku. Tertawa lah aku suka.
"Tak percaya sudah" tiba-tiba dia terdiam dan memelukku. Pelukannya terlalu hangat dan penuh perasaan.
"Hoshi kau nak pergi mana!! Jangan lah tinggal aku!! Lepas ni siapa yang nak teman aku main hujan??!! Siapa yang nak menari dengan aku??!!" air matanya terjatuh. Ohh jangan!
"Woozi aku minta satu je!! Jangan menangis!! Aku tak nak kau yang hilang!! Biarkan aku hilang!! "
"Hosh"
Aku memeluknya dengan erat. Dia semakin terisak didalam pelukanku. Ohh salahkan aku berkawan dengan manusia? Salahkah aku menyayangi manusia? Salahkan aku tidak mahu kehilangannya?
Salahkah aku terwujud sebegini rupa?
"Hosh.. Ka-kau makin panas" aku melepaskan pelukan dan memandang diri sendiri. Ya aku semakin panas! Dalam beberapa saat lagi aku akan bertukar.
"Dahh woozi tidur okey? Lepas bangun ni aku nak kau sihat"
"Tapi kau jangan pergi mana-mana!!!"
Aku menangguk dan tidur disebelahnya. Tangan aku melingkari badannya.
Dia menatapa aku tanpa berkelip sebelum memejamkan mata.
Woozi
Maafkan aku
Aku sanggup hilang asalkan kau tak sakit
Ingat pesan aku
Jangan menangis tau
Aku sentiasa ada untuk teman kau main hujan
Ada
Yes Woozi aku setuju dengan kau
Hujan itu indah
Indah sebab ada kau setiap kali hujan turun
Ada senyuma dan gelak tawa kau
Sungguh indah
Woozi buat kali terakhir
Janganlah menangis
******************
Hambar i know
GotNoFeel_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro