Fairies
Seperti kisah Tinkerbell si pari-pari pencipta, setiap gelak tawa pertama bayi menghasilkan pari-pari kecil. Gelak tawa tersebut kemudiannya berterbangan menempuhi bunga-bunga hampir mekar terus ke ruangan udara.
Menari-nari di udara dengan bebasnya tanpa beban tanpa kesakitan. Kelopak bunga tersebut kemudian pecah bertaburan sebelum memasuki dunia lain. Dunia penuh impian, magis dan kegembiraan.
Melalui serakan cahaya warna-warni, aurora penuh keindahan. Kelopak-kelopak tersebut terbang lagi, menari-nari dibalik pepohon yang tumbuh menghijau, melalui sungai-sungai jernih terus ke destinasinya.
Ke dunia baru. Dunia pari-pari penuh imaginasi.
*******************
"Woozi yah!! Cepat la!! Hahahahahaha" Hoshi, si pari-pari keceriaan terbang berpusing-pusing menembusi gumpalan awanan. Dia tersenyum lebar merasai kebebasan hidupnya dengan terbang tanpa beban di udara.
"Kau cakap nak ajar aku!!"
Sementara si pari-pari tampan tersebut terbang bebas, seorang lagi pari-pari nada menghentak kakinya ke dedahan pokok yang beribu lipat ganda lebih besar daripadanya.
Si pari-pari tersebut, Woozi, berpeluk tubuh dan mencebik kerana telah ditinggalkan Hoshi sendirian di atas dahan sakura yang belum mekar.
Sebenarnya Hoshi sudah berjanji untuk mengajari Woozi terbang tapi malahan sekarang dia seronok berterbangan dan meninggalkan sahabatnya sendirian.
Merasa dirinya diabaikan, Woozi tersenyum miring. Dia membentuk not-not nada muzik di telapak tangan kanannya dan melemparkannya ke udara. Tepat ke arah Hoshi yang berpusing-pusing gembira.
"YAH!!!" Hoshi yang sibuk bergembira tidak sedar akan gumpalan kuasa magis yang terbang ke arah dirinya. Gumpalan tadi membesar membentuk dinding not klef treble yang besar sehingga Hoshi terhalang dan hilang keseimbangan.
Pari-pari bersayap biru keunguan khas bunga itu melayang-layang di udara sebelum menjunam ke tanah. Cepat-cepat Hoshi mengeluarkan magis nya yang berbentuk bintang-bintang berkilauan menjadi satu gumpalan besar yang lembut selembut gula-gula kapas.
PUFF!!
"HAHAHAHAHAHA PADAN MUKA" Woozi yang juga bersayap biru keunguan itu tergelak memegang perutnya melihat Hoshi yang berwajah datar setelah jatuh kedalam gumpalan gula-gula kapas tadi.
"tak guna aku tak ajar baru tau"
Woozi membentuk not klef treble yang mampu terbang dengan kuasanya dan meloncat naik. Dia menerbangkan not tersebut mendekati gumpalan lembut Hoshi dengan senyuman manis.
"Aloo jangan lah merajuk :P"
"SIAP KAU"
"AHHHH"
Hoshi segera menarik Woozi kedalam gumpalan lembutnya dan mengeletak namja kecil itu sehabis tenaga. Mereka saling tertawa ditemani bunyian nada indah kuasa Woozi dan kelipan keceriaan milik Hoshi.
Itu lah mereka berdua, pari-pari nada dan keceriaan yang terwujud dari kelopak bunga yang sama, gelak tawa yang sama. Tumbuh sihat menjadi pari-pari kuat yang saling bergantungan antara satu sama lain.
Woozi dikurniakan menjadi pari-pari nada dengan kuasa yang menakjubkan. Dirinya mampu mencipta pelbagai nada serta bentuk dengan kebolehan pelbagai. Tugasnya adalah untuk menyebarkan ketenangan dan kegembiraan melalui nada-nada indah. Tidak kurang juga, dia mampu memperdengarkan nada-nada kepada orang yang kurang daya pendengaran ketika berkunjung ke dunia manusia.
Malangnya, dia adalah antara pari-pari yang hilang keupayaan terbang. Sayapnya memang wujud di belakang. Bersinar dan tumbuh sihat seperti sayap lainnya. Tapi, sayap tersebut terlalu kaku kerana hilang kehangatan sehingga tidak mampu berkibaran dan terbang.
Oleh kerana itu lah Woozi sering membentuk not muzik untuk membantunya terbang. Lebih-lebih lagi apabila mereka terwujud kecil sehingga membataskan pergerakan. Tetapi, terlalu sering menggunakan kuasanya, Woozi kelamaan menjadi lemah. Itu lah sebab utama dia ingin sahabat baiknya mengajarinya terbang.
Lain Woozi lain pula Hoshi.
Walaupun terwujud dengan bunga yang sama dengan Woozi, dia dikurniakan dengan kuasa berlainan.
Hoshi merupakan pari-pari keceriaan yang semestinya bertugas sebagai penyebar keceriaan dan kebahagiaan. Kuasanya berbentuk bintang-bintang berkilauan dan tidak terbatas. Dia mampu mencipta apa sahaja yang diinginkan. Di dunia manusia, dia lah yang menemani kanak-kanak bermain dan bersuka-ria.
Kerana pari-pari mampu dilihat oleh kanak-kanak kecil.
Seperti Woozi, dia juga mempunyai kelemahan. Dirinya akan hancur menjadi debu-debuan apabila merasa kesunyian walaupun sekecil zarah. Debu kehancuran mampu mengelapkan hampir separuh dunia pari-pari kerana pari-pari keceriaan adalah yang paling jarang ditemui.
Tapi dia bersyukur mampu hidup ditemani rakan baiknya Woozi. Peneman dan pemecah kesunyian. Walaupun Woozi tidak berada di sisi, namun nada-nada indahnya sentiasa mampu membuatkan Hoshi tersenyum.
"Woozi"
"Ehm?"
Woozi yang berada di dalam dakapan Hoshi itu yang berdehem kecil. Lengan kekar sahabatnya membuatkan dirinya merasa dilindungi dan disayangi. Rasa kehangatan tumbuh dalam dirinya.
"Nak tau tak apa rahsia untuk terbang" Hoshi berkata sambil mengusap rambut pink milik Woozi.
"Apa?"
Hoshi segera menarik Woozi untuk berdiri sejajar dengan dirinya. Dia memegang kedua tangan Woozi dan tersenyum.
Wajah tampan dan senyuman penuh kebahagiaan itu membuatkan Woozi mengecapi suatu rasa. Rasa yang tidak pernah dirasainya. Rasa yang membuatkan dirinya tersenyum dengan erti yang berlainan.
Hoshi menunduk berbisik sesuatu kepada Woozi sehingga namja kecil itu memanas.
Tanpa aba-aba, Hoshi menolak Woozi ke udara dan melompat terjun bersama. Senyuman mereka berdua tidak pernah pudar.
Sayap kaku milik Woozi tiba-tiba sahaja memanas, bahagia dengan rasa yang baru pertama kali dirasai.
Ia bergerak, berkibar. Terbang.
Dalam kehangatan dan kebahagiaan.
Kerana dunia pari-pari memang dipenuhi impian yang tidak pernah tidak tercapai. Tidak dihalangi mahupun dibatasi.
Mereka berdua terbang mencecah awanan dengan sayap biru keunguan yang tiba-tiba bersinar terang membentuk cahaya berkilauan.
Biru keunguan. Warna biru mengambarkan ketenangan yang menghilangkan tekanan.
Sementara unggu mengambarkan kesetiaan dan kekaguman. Sayap mereka pula membawa maksud ketenangan yang abadi.
Paling menguntungkan sayap pari-pari yang menpunyai warna yang sama lebih kuat daripada sayap burung helang.
Kerana sayap mereka bertenagakan kebahagiaan dan cinta suci.
"Woozi ya saranghae"
*****************
My two lovely fairies
Soonhoon shipper? Yes I'm.
GotNoFeel_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro