Dont take it too much
Dino Pov
Beberapa hari lalu aku masih ingat segala usaha aku. Apa yang aku dah buat untuk berjaya. untuk kecapi semua kebahagiaan walaupun bersifat sementara. Aku buat semuanya tanpa jemu kerana aku tahu tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.
Aku masih ingat setiap larut malam yang aku lalui tidak pernah lengkap tanpa titisan keringat.
Setiap keluhan yang keluar dengan penuh kesengsaraan.
Setiap renungan yang membawa kepada butir-butir suci.
Tanpa dorongan mahupun kata-kata semangat.
Hanya aku sendirian ditemani bayu malam yang menyentuh kalbu.
Pelajar dan belajar. Keduanya sudah cukup sinonim antara satu sama lain.
Dan aku sudah cukup muak dengan kedua-duanya.
Tekanan tekanan dan tekanan.
Kadang-kala aku terfikir lebih baik diserang sakit jiwa daripada terus diseksa.
Kerana seksaan itu bagai menikam aku agar segera dijemput sang kematian.
Kejiwaanku tergoncang. Aku musnah jatuh tanpa harapan. Tiada lagi kegembiraan dan kehangatan rasa kebahagiaan yang mampu aku rasai.
Hatiku tidak sekeras batu mahupun sehalus tisu . Tidak layak ditendang mahupun dibuang.
Kerana hatiku sebenarnya sebentuk berlian permata yang tidak mudah digapai.
Terlihat teguh namun sebenarnya roboh. Bersinar memancar walaupun redup tertutup rintangan.
Yang hidup sahaja pasti akan mati.
Apatah lagi hatiku yang merasai kesakitan tanpa obat penawar ini? Ditikam beribu-ribu membuatkan aku kebal kerana Alah bisa tegal biasa. Namun racun kadang-kala membunuh jua.
Entah di mana aku tersilap langkah. Ketika aku terlalu yakin kah? Ataupun ketika rasa sunyi yang membuatkan aku meringkuk kesepian? Yang pasti langkah yang aku ambil seperti jalan lurus menuju ke neraka.
Tersenyum salah.
Berduka juga salah.
Salah dimarahi.
Betul diingati.
Aku menahan tangis tapi dianggap menahan amarah.
Apakah bening suci ini sebenarnya kotor di mata mu? Adakah segala rasa yang aku tunjukkan layaknya hanya sebuah lakonan di mata mu?
Beberapa kali aku terfikir untuk belajar di rumah ataupun home-schooling. Tetapi mengingatkan pendapatan ayah ibu yang tidak seberapa menghancurkan segala hasrat aku.
Kerana aku menganggap diriku sebagai bebanan buat semua orang.
Beban yang ingin disingkirkan tapi berat untuk dilepaskan.
Aku ingin mengecapinya. Kejayaan cemerlang yang belum pernah aku kecapi. Buat ibu ayah dan kehendak sendiri.
Tapi kenapa sang kejayaan semakin menjauhi pada setiap langkah aku mendekati?
**********************
Aku terduduk meringkup diruangan bilik sederhana ku. Cahaya samar-samar kelihatan menerusi tingkap yang sedikit sebanyak tertutup langsir.
Keputusan peperiksaan yang lepas aku gengam dengan penuh kekecewaan.
Apakah ini balasan yang aku terima setelah aku korbankan segalanya? Masa dan tenaga aku terbazir hanya untuk kegagalan ini?
Apa kurangnya aku dengan orang lain? Usaha dan kerajinan? Sebanyak mana lagi usaha yang aku perlu tunjukkan? Sebanyak mana lagi latihan yang perlu aku lakukan?
Hatiku memanas menahan amarah yang bercampur dengan kekecewaan. Keputusan tadi aku genggam erat dengan titisan air mata yang tiba-tiba mengalir.
Hatiku retak bahkan hancur beribu-ribu. Apa lagi yang aku harus tempuhi? Ejakan kawan-kawan dan sekarang kegagalan?
Inikah jalan hidup aku? Dipenuhi kegagalan tanpa sedikit pun cahaya kejayaan?
Sudah!!! Jika ini lah jalan nya aku kan tunjukkan apa itu kegagalan hidup yang sebenar!!!
Tanpa berfikir panjang aku mencapai sebilah pisau lipat yang sentiasa berada didalam poketku dan menggores pergelangan tanganku.
Perit dan pedih aku rasai tapi berbaloi dengan kekecewaan yang aku alami. Aku menekan pisau tersebut semakin dalam hingga hampir dengan nadi ku.
Cairan pekat berbau karat terus mengalir keluar dari goresan tangannku tanpa sedikitpun halangan yang harus ditempuhi.
Aku tersenyum penuh kemenangan sebelum tubuhku jatuh lonlai rebah ke lantai. Kegelapan terus menyelembungi diriku.
Eomma, appa.
Channie dah menang. Channie dan berjaya dengan sedikit usaha sahaja. Channie dan lepas dari seksaan manusia.
Dan sekarang channie perlu hadapi seksaan tuhan.
Maafkan channie tak berjaya jadi anak yang baik.
Channie dah tak nak terseksa.
Channie nak hidup denga penuh kebahagiaan.
Bukan disini tapi mungkin disana.
Eomma appa..
Keputusan peperiksaan tak menentukan kebahagiaan juga tak menentukan kepandaian.
Ada sahaja yang cemerlang tapi tidak bahagia. Ada sahaja cemerlang tapi tidak berjaya. Ada sahaja cemerlang tapi tidak berguna.
Jadi berhenti kejar keputusan cemerlang dah mula kejar tuhan.
Kerana kejayaan dan kebahagiaan berada ditanganNya
Bye Channie. Hello Lee Chan.
********************
Lol what's this? Hai guys lama tak muncul disini huhuhu
GotNoFeel_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro