Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER TWO

Aduh! Aduh! Dah lewat!

Mananya tak lewat kalau malam tadi aku mimpi indah? Aku tak tahulah nak kata mimpi tu mimpi yang baik atau buruk. Sebabnya, dalam mimpi tu ada seorang lelaki. Yang tak bestnya bila tak nampak muka mamat tu. Tapi yang lebih merisaukan tu adalah ada bayi!

Orang kata kalau ada bayi dalam mimpi, jangan sambut. Itu tanda sihir.

Tapi... Macam mana aku nak elak diri aku dari ambil bayi tu?! Tu kan mimpi? Tak gitu?

Aku jadi bahagia dengan mimpi tu sebab lelaki tu caring sampai aku pun boleh cair walaupun tak nampak muka. Harapnya manusialah, bukan setan. Kalau setan, berhuhu aku nanti. Tak pasal-pasal menyusahkan bonda dan ayahanda.

Kes sihir dekat Istania pun banyak. Ada pusat sehenti yang dibina oleh ayahanda untuk jadi tempat bantuan kepada mangsa-mangsa sihir bangkit semula untuk lawan sakit itu.

Nak elak perbuatan sihir dalam masyarakat tu sukar. Kadang-kala yang tertangkap itu sekadar orang yang bersubahat. Dalang sebenar selalu ghaib. Tak kurang yang berada di wilayah lain tetapi menyerang mangsa di Istania. Hal ini memang menjadi masalah kepada Istania dan dunia juga.

Okey, tutup topik pasal sihir. Berbalik kepada mimpi aku, aku rasa lelaki tu suami aku. Mungkinlah. Takkan ada lelaki berani-berani nak manja dengan aku? Memang mati kena kelar leher dengan ayahanda akulah gamaknya nanti!

Itu belum aku sebut tentang kawasan sekitar mimpi aku. Aku kenal tempat itu. Itu adalah kawasan istana Istania. Di depan pagar utama. Dan waktu itu, aku, seorang lelaki dan anak kami mungkin, sedang melambai ke arah rakyat. Saling bersalaman dan bergelak tawa. Semua nampak indah dan bahagia. Seingat aku, bibir aku merekah senyum sahaja hingga ke sudah.

"Tuanku, jangan bergerak sangat. Kami perlu cepat siapkan tuanku. Nanti tuanku permaisuri murka."

Haniya pegang bahu aku ketat-ketat, mematikan pergerakan tubuh aku yang tak reti duduk diam. Terus hilang lamunan aku. Mata menyoroti Haniya, Janna dan Asiyah yang ligat tangan mereka membetulkan kedudukan pakaian aku. Haniya pula meletakkan selendang ke atas kepalaku yang sudah bertutup dengan anak tudung. Dibetulkan awning aku sebelum diselempangkan selendang. Dipastikan kedudukan tudung aku labuh menutup dada dan bahu. Kalau tak, memang kena dengan ayahanda. Ayahanda aku tu sangatlah cerewet. Kalau dayang baru masuk, memang kena tahan telinga dengar leteran ayahanda lagi-lagi melibatkan aurat anak dia. Pantang nampak aneh, terus di situ juga diulas. Tak pandang kiri kanan.

Tangan aku garu kepala. Rimas. Cermin di hadapan aku telek. Serasa aku dah cukup sempurna pun baju aku. Tak ada cacat cela. Apa lagi agaknya yang dibetulkan dayang aku ni?

"Ara!" Suara bonda sudah muncul. Lagi laju tangan dayang-dayang aku buat kerja.

"Coming!"

Terus aku goyangkan tangan, menyuruh dayang itu beredar. Aku pandang penampilan di depan cermin sepintas lalu.

Cun macam Puteri Nuraisya Arabella binti Raja Aslam Muttaqin!

Terus kaki menghayun langkah. Kain aku angkat sedikit, memudahkan larian anak aku. Bergegas turun dan mendekati ayahanda dan bonda yang sudah lama berdiri di lobi istana. Pintu utama pula sudah terbuka luas. Trompet sudah dimainkan, menandakan tetamu sudah mulai masuk ke dalam istana.

Melihat rombongan yang masuk, terus pucat muka aku. Kaki diteruskan melangkah. Hampir saja aku tersembam ke lantai sebelum bonda tahan lengan aku. Kaki tak boleh nak brek dek cemas.

"Maaf lewat, bonda." Bisikku kecil.

"Senyum, sayang."

Arahannya aku turuti. Bibir mencalit senyuman. Tangan di kain dilepaskan sebelum dicantum sesama sendiri. Kepala aku sedikit menunduk dengan anak mata sesekali menjeling ke arah tetamu yang sudah berdiri di hadapan kami.

Fuh, ramai bak hang!

Ada apa ya Kerajaan Alka datang? Aku lupa nak tanya pada bonda.

"Assalamualaikum!" Salam diberi oleh raja Kerajaan Alka. Siapa nama dia, aku tak pasti. Aku tak pernah ambil tahu pun. Bonda pernah cakap, bahkan aku pernah nampak wajah lelaki berusia ini.

"Waalaikumusalam tuanku Raja Zahin Imtiyaz!"

Bila ayahanda sebut nama penuh raja itu, terus aku anggukan kepala kecil. Di sebelahnya pula ada seorang wanita yang bersalaman sebelum berpelukan dengan bonda aku.

Ni mesti permaisuri Kerajaan Alka. Siapa pula nama dia?

"Lama tak jumpa Marwah." Bonda sengih lebar.

"Itulah. Tak sangka ada rezeki lagi nak jumpa Aina."

Aku jengukkan kepala. Ramai-ramai datang ni, siapa pula? Eh, mestilah askar merekakan? Entahlah, malas nak ambil tahu.

"Ni ke Ara?" Nama aku dipetik. Semerta aku menoleh dengan kening terangkat.

"Yelah. Siapa lagi. Anak kita seorang aje."

Bila permaisuri Alka pusing menghadap aku, laju aku hulur tangan untuk bersalam. Tak sempat aku angkat kepala, tubuh didorong ke dalam pelukan. Terkebil-kebil aku sudahnya.

"Dulu kecik aje aunty tengok Ara ni. Sekarang dah besar, dah makin cantik. Makin anggun."

Fuh, pujian melambung! Hidung pun pandai nak mengembang sendiri.

"Ara ingat aunty lagi tak?" Soalnya kemudian, sekaligus mengecutkan hidung aku. Aduh, memang taklah aku ingat. Siapa nama dia tadi? Marwah, kan? Tapi Marwah apa?

Permaisuri Alka sudah lepas gelak kecil. Mesti dia perasan aku macam rusa masuk kampung. Total kosong dalam kepala!

"Nama aunty Marwah Suffiyah. Panggil aunty ajelah. Tak payah tuanku semua. Lagi mesra."

"Okey aunty..."

Canggung. Aku rasa nak lari aje.

"Ni ke anak kedua kau, Hin?" Kami bertiga yang perempuan laju menoleh ke arah raja.

Tangan ayahanda menunding ke satu arah. Laju aku ikut gerak tangan ayah. Satu wajah menyapa dan erk... Mata dia menikam aku. Segera aku larikan pandangan. Saat-saat ini juga jantung aku buat senaman.

Gila! Lelaki tu pandang aku dari tadi ke? Padanlah aku rasa aura seram menyelubungi ruang lobi istana.

"Betullah tu. Fakeeh, kenalkan diri."

Arahan si bapa dituruti anaknya.

"Saya Putera Fakeeh Al-Attar. Panggil Fakeeh saja."

Pendek pengenalannya. Buat aku rasa macam lelaki ni memang tak punya emosi. Ke memang jenis dingin? Tak mesra alam langsung. Senyum pun tak ada. Sekurang-kurangnya Raja Zahin adalah senyum juga. Manis lagi.

Seperkara lagi yang aku kisah dekat sini, mata dia tu nak aku julingkan ke macam mana? Tahu tak kita sebagai umat islam tak kira lelaki ke perempuan perlu tundukkan pandangan?

Ewah aku, sedap nak mengata orang walhal aku pun sama. Tapi tak salahkan menegur sesama sendiri? Kita pun bukan maksum.

"Si Taheem tak datang ke Zahin?" Soalan ayahanda buat aku buang fikiran pasal anak lelaki tetamu ini. Terus kaki aku ke belakang sedikit, menghalang pandangan Fakeeh dengan tubuh bonda aku.

"Kalau dia datang, siapa pula nak jaga Alka tu, Taqin."

"Marilah kita ke ruang makan. Kau orang mesti belum makan lagi."

"Boleh, boleh."

Ayahanda dan Raja Zahin melangkah dahulu diikuti Fakeeh. Sempat aku jeling mamat tu. Rasa menyampah hadir saat melihat gaya dia berjalan. Angkuh semacam!

Sombong pun ya. Senyuman langsung tak ada. Ke dia yang tak tahu buat satu senyuman? Aneh, aneh.

Malas nak fikir, aku membontoti langkah bonda dan Permaisuri Marwah. Hidung nak menangkap bau sedap dari ruang lobi lagi. Kalau tak ada tetamu ni, mahu aku berlari ke ruang makan. Kali ini tak boleh kerana ada tetamu. Kalau aku buat perangai tak semenggah aku ni juga, memang tempah bala!

Di meja santapan pun aku perlu jaga perlakuan. Tak boleh kasar-kasar. Kena jaga ayu. Makan kena perlahan-lahan. Sunnah kunyah 44 kali. Lebih-lebih lagi jika ada tetamu.

Oh menyeksakan!

Aku buat jugalah sebab ayahanda dah jeling pada aku. Macam tahu-tahu aje ayahanda aku ni. Tak bagi aku ngelat betul.

Bacaan doa kali ini diketuai oleh mamat nama Fakeeh itu. Rasa sedikit kagum juga mendengar bacaan ringkas itu. Sedaplah juga. Ada bertaranum lagi.

Saat ini aku rasa masa bergerak sangat perlahan. Berjam-jam aku menanti untuk meminta diri.

Dah masuk zohor baru mereka lepaskan aku untuk masing-masing berehat. Terus aku pecut masuk bilik. Panggil Haniya untuk siapkan pakaian aku. Janna pula menghulur telekung pada aku. Lekas aku ambil wudhu dan menyarung telekung. Sesudah itu, solat didirikan sebelum bak lipas kudung aku menyalin baju yang diberi Haniya. Penampilan aku yang lain itu aku pandang dengan senyuman lebar. Dah terbayang wajah seseorang. Oh, rindu!

"Ara pergi dulu tau. Ingat, jangan bagitahu bonda dan ayahanda. Kalian saja yang Ara percaya." Wajah tiga orang dayang yang sudah lama berkhidmat untuk aku, aku pandang penuh harapan. Biar pecah di perut, jangan di mulut. Aku tak sanggup berdepan dengan reaksi orang tuaku saat ini.

Masa itu akan tiba, cuma bukan sekarang.

.

.

SUASANA kafe aku masuk. Bahagian dalam aku tuju. Mendengar suara yang bergelak tawa menambahkan panjang kelebaran senyuman aku.

"Ayaan!" Sapaku girang.

Lelaki yang tadinya berbuat mula mengalihkan pandangan. Bertentang mata, lelaki itu turut menghulur senyuman manis. Ruang kosong di sebelahnya ditepuk, tanda kerusi itu milik aku.

"Ingatkan tak datang. Lama saya tunggu."

Bibir menyengih. Laju aku hempas punggung ke tempat duduk yang dikhaskan buatku.

"Mana boleh tak datang. Kan dah janji. Cuma lewat sikit sebab ada tetamu tadi. Nak lari tak boleh nanti ayahanda murka." Jelasku.

"Saya faham. Minumlah dulu, saya dah oder." Satu gelas disua ke arahku.

Usai aku berterima kasih padanya, rakus aku teguk air yang terhidang. Sedap! Lain benar air tangan rakyat marhaen daripada air tangan cef istana.

"Perfecto!" Pujiku. Sempat beri chef kiss.

"Khas untuk tuanku puteri."

Usikan Ayaan menggelikan hati aku. "Janganlah. Saya dah ubah gaya jadi orang gaji ni."

Baju di tubuh ditelek. Aku minta Haniya pinjamkam baju dia sebab saiz badan kami lebih kurang saja. Tudung pula sarung tudung lusuh.

Kenapa aku buat begitu?

Supaya ayahanda dan bonda tidak perasan. Kalau aku keluar dengan baju mewah diraja, memang senanglah orang nak cam aku. Lagi-lagi ayahanda. Sekurang-kurangnya dengan baju Haniya, bolehlah mereka fikir yang aku ni sekadar orang gaji yang keluar nak beli barang dapur. Lagipun, wajah aku sudah didandan supaya jadi pucat. Macam mayat hidup pun ada. Tak kurang tahi talat yang aku lukis di bawah bibir. Kening pun aku ubah, melukis jadi lagi tebal dari kebiasaan. Bagi hilang rupa Puteri Nuraisya Arabella.

"Saya tak kisahlah siapa awak pun. I accept it."

"Tapi, kalau kita berkahwin suatu hari nanti, awak akan jadi raja. Dah bersedia ke?" Saja aku menduga walhal aku sendiri belum bersedia jikalau perlu memegang jawatan permaisuri. Memang indah di nama tetapi tidak di tanggungjawab.

"Parents awak masih hidup."

"Memanglah tapi one fine day, we both will become the king and the queen. Untuk jaga Istania dan lindungi semua rakyat. Saya tak sabar untuk itu. Untuk lihat awak dalam persalinan sut diraja. Bantu rakyat-rakyat kita. Perbaiki segala kemudahan Istania. Paling penting, untuk jaga martabat Istania dan negara Islam dunia." Tangan melambai kecil, ibarat angan-angan aku terjadi realiti di hadapan mataku. Dapat aku bayangkan kehidupan kami kelak.

"Nak ke ayahanda awak terima saya? Saya rakyat marhaen saja. Yatim piatu lagi."

Terus kejung senyuman aku sebelum melengkung jatuh. Lelaki di sebelah aku kerli sepintas lalu.

"Kenapa pula dia tak nak terima? Hidup saya, biarlah saya tentukan dengan siapa saya nak hidup. Lagipun, awak kebahagiaan saya. Dia takkan tergamak hancurkan hati anak perempuan dia ni. Rakyat marhaen ke bangsawan ke, saya tak kisah. Saya tetap akan pilih awak, Ayaan. Dah dua tahun kita bersama, takkan sebab ayahanda saya, awak nak undur diri?"

Bila hati dah terusik sedikit, laju aje bicara keluar bak bertih jagung. Satu aje perkara yang aku lemah dengan Ayaan ni. Dia jenis merendah diri.

Aku tahu aku ditakdirkan puteri kepada pasangan diraja manakala dia sekadar anak kecil yang hilang arah hidup selepas dua orang tuanya meninggal dunia. Ikutkan, sangatlah tidak sekufu. Bahkan Ayaan bukan orang berada jika nak dibandingkan dengan aku. Mudah kata, bagai langit dengan bumi perbezaan kami. Satu saja yang menyatukan.

Hati yang saling mencintai.

Itu sudah cukup, bukan? Bukan tak pernah dibuat orang. Wujud dalam sejarah perbezaan darjat yang berbeza namun bahagia juga akhirnya.

"Saya tak yakin ayahanda awak akan terima saya." Ayaan senyum tipis ke arahku.

Bertambah cemberut wajah aku. "Jadinya, awak tak yakin dengan cinta kita? Nak beralah?"

"Bukan. Saya sayang awak, Ara tapi..."

"Then that's enough. Saya yakin kita berdua akan dapat restu ayahanda dengan bonda. Saya perlukan masa yang sesuai untuk beritahu mereka. Mungkin selepas kedatangan kerajaan Alka berangkat pulang." Putusku mudah.

Ayaan diam membisu. Wajahnya tertunduk. Aku tak pasti apa yang difikirnya. Cuma aku harap sangat dia percaya pada aku. Sikit saja lagi untuk semuanya sempurna. Satu langkah untuk menjadi batu loncatan kepada hubungan kami.

"Lepas ni kita nak pergi mana?" Aku pecahkan suasana yang terasa pilu. Tak mahu tenggelam dengan emosi yang galau.

Lelaki di sebelahku mendongak. Mata memandang aku sebelum menoleh ke arah pelayan. Dikeluarkan wang dari poket untuk membayar namun aku tegah.

"Biarlah saya bayar. Awak simpan duit awak."

Lelaki itu menggeleng. "Saya lelaki, sayalah yang bayar."

"Duit saya banyak, Ayaan. Awak tak perlu nak bazirkan duit awak."

Laju aku keluarkan duit. Dihulur pada pelayan. Duit Ayaan aku tarik lalu letak semula ke meja di hadapan dirinya.

"Soal kewangan biar saya yang uruskan. Simpan duit awak, banyak lagi perkara awak kena biaya. Hal kecik ni biar saya aje bayar."

Wajah Ayaan sedikit berkerut bersama kening yang meruncing tajam menghiasi sepasang mata hitamnya.

"Am I that..."

Ting!

Pintu kafe berdeting, memaksa kami berdua mengalihkan pandang. Juga mematikan perbualan.

Dari suasana kafe yang santai sekali, hadir khali memenuhi ruang. Dan kesemua pelanggan bangkit tanpa disuruh.

Aku panjangkan leher untuk melihat gerangan yang masuk. Kalau dah semua bangun, sahlah bukan orang biasa-biasa. Lebih parah kalau ayahanda dan bonda sudah tangkap gejala tidak bermoral aku.

Terjengket-jengket kaki nak mencuri pandang. Maklumlah orang pendek saja.

Dek rasa panasaran membuak-buak, aku panjat kerusi. Ayaan di sebelah aku sudah gelabah melihat aku. Terus aku sengih.

Angkat kepala, mata kami bertembung.

Terus mati senyuman.

"Oh, shoot!"

.

.

Next chapter will be very very very late. Nak exam katakan :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro