Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER TWENTY

SENARAI yang berada dalam genggaman aku menyebabkan aku terkaku. Terdiam tidak mampu berbuat apa-apa. Habis.

"Dalam masa sebulan, kau kena lulus semua ujian tu barulah kau dinobatkan sebagai pemenang kepada cabaran semalam. Kalau ada satu yang tak mampu, dikira kau gagal serta-merta." Fakeeh senang menyandarkan tubuh ke kusyen kerusi harian yang menjadi tempat dia menghabiskan masa.

Kami berada di bilik pengurusan. Ayahanda baru tunjuk. Aku pun baru tahu kewujudan bilik ni. Aku ingatkan hanya ada satu, yakni bilik ayahanda la tapi rupanya tidak. Kata ayahanda, dia jadikan bilik ini untuk suami aku. Saja dia tak maklumkan pada aku.

Awal perkahwinan, bilik ni kosong saja. Hanya ada rak yang terisi sedikit buku-buku ilmiah. Kini, penuh sudah. Meja Fakeeh di sisi pun berlambak kertas-kertas dan gulungan kertas. Di meja besar yang menjadi penghadang tempat duduk aku dan Fakeeh pula bersih dan lapang. Hanya ada alat tulis saja.

Sepatutnya tempat Fakeeh tu aku yang duduk sebab aku bakal permaisuri seterusnya tetapi sebab aku dah berkahwin, tempat itu dibolosi suami aku la.

"Dengar tak ni?"

Petikan jari Fakeeh mematikan lamunan aku tentang seisi bilik pengurusan.

Kertas di tangan aku letak ke meja. Wajah tak puas hati aku tayang. "Tak adil."

Dia hela tawa kecil. Tangan menarik meja, membawa dia lebih rapat ke arah aku. "Ya Qalbi, hati kau pun keras tahu tak? Ingat senang ke nak lembutkan?"

Menganjing!

Haih, kenapalah aku buat benda bodoh macam ni?

"Satu tips yang aku boleh kongsikan adalah jangan menyerah. Percaya pada diri yang kau boleh buat."

"Cakap senanglah." Rengusku.

"Ya Qalbi, aku juga pernah berada di situasi kau. Lagilah aku ni asalnya daripada Alka, kini nak ambil tahu perihal Istania. Siapa lagi susah? Kau sepatutnya rasa beruntung kau dilahirkan di Istania, tahu jugalah keadaan sekeliling sejak kecil."

Bungkam. Aku tak balas pun. Fakeeh cakap tu dah betul tetapi realitinya, aku tak pernah nak ambil tahu perihal dunia luar. Sejak aku kecil, aku selalu mengelat bila ayahanda suruh aku belajar ilmu kenegaraan. Tak sangka pula aku sangat perlukan ilmu itu untuk lepas dari cengkaman Fakeeh.

"Monyok aje. Nak aku longgarkan syarat ke?" Tawaran Fakeeh membuatkan aku mengangguk laju.

Dia senyum lebar. "Syarat dia, aku yang akan jadi personal tutor kau. Aku akan ajar kau dari alif sampai ya."

Wajah aku kembali keruh. Hati nak merusuh dengan tindakan Fakeeh tapi risau dia akan tambah bebanan aku.

"Alahai, pun monyok?"

"Aku tak suka la, Fakeeh. Cabaran kau ni semua mengarut." Luahku geram. Dahlah suruh aku belajar itu ini, lepas tu dia pula jadi cikgu. Memang syok la lelaki tu menempel pada aku. Aku ni sehari pandang muka dia pun rasa macam nak sepak laju-laju sampai melayang. Ergh!

"Tak ada yang mengarut, ya Qalbi. Kelak andai aku perlu ke luar negeri, ya Qalbi yang kena ambil alih semuanya. Menjadi ketua negara interim. Faham? Jadi, tujuan cabaran ni pun bukan saja-saja. Juga mendidik ya Qalbi kenali dunia politik ni." Penuh lembut Fakeeh menyusun kata hinggakan hati aku sedikit tergugat. Dengan senyuman Fakeeh yang nampak ikhlas, aku tahankan hati. Tak nak! Baru hari pertama, takkan dah mengaku kalah pula kan?

Kepala aku geleng kecil.

Kertas panjang itu aku baca semula.

-Tahu geografi Istania dan sekeliling Istania
- Kenalpasti sekutu dan seteru Istania
- Mampu menjelaskan sejarah Alka
- Kenalpasti tentera Alka dan kekuatan tentera Alka
- Jelaskan rekod peperangan Alka
- Sumber utama ekonomi dan pendapatan Alka
- Bilangan tentera Alka mengikut skuad
- Organisasi kewangan Alka

Cukup setakat itu saja sudah buat aku pening kepala. Apa benda la yang aku kena faham ni? Panjang lagi senarai Fakeeh ni tetapi aku tak sanggup nak baca. Yang mula-mula ini saja sudah memeningkan kepala, apakan yang bawah-bawah. Allah!

"These are nonsense." Aku bergumam kecil. Kenapa aku dilahirkan begini? Macam manalah ayahanda uruskan semuanya? Tak pening ke?

"Jangan risau. Tuanku Fakeeh sudi membantu bila-bila masa di mana saja ya Qalbi mahukan."

"Fakeeh, serius benda ni tak masuk akal. Dalam masa sebulan? Kau ingat aku otak apa?"

"Ya Qalbi, kalau ikutkan hati aku mudah saja. Kita mansuhkan semua cabaran ni dan kekal sebagai suami isteri sampai dunia kiamat."

Laju aku geleng. Tak mahulah aku begini.

"Jadi untuk puaskan hati Ya Qalbi, Ya Qalbi kenalah langsaikan segala cabaran itu."

"Boleh mati katak aku macam ni." Gerutuku sambil garu-garu kepala. Selendeng pun macam dah longgar atas kepala. Senget pun sengetlah. Hati lagi membengkak memikirkan cara untuk lepasi semua ini.

"Tak matilah, ya Qalbi. Kalau mati, kakanda sudi bertukar nyawa demi ya Qalbi."

Meremang bulu rona aku dengar ayat Fakeeh. Dengan bibir tersengih sumbing, seram! Ini bukan Fakeeh yang pasti!

"You're insane!" Aku tolak kerusi ke belakang. Kertas aku tinggalkan dan berlalu pergi. Enggan berlama di situ. Fakeeh sangat bijak buat perangkap hinggakan aku terngadah dengan cabarannya.

"Hanya gilakan kamu, Ya Qalbi!"

Aku hempas pintu. Terdengar hilai tawa dari dalam bilik itu menambah lagi rasa sebal di jiwa. Merah pekat wajah aku kini, dihangatkan dengan perangai senget Fakeeh itu.

Langkah aku ambil kasar. Nak pergi mana? Pergi cari buku untuk soalan-soalan pelik Fakeeh tu. Ingat aku tak boleh buat ke?

Dalam sebulan, aku akan jawab soalan dia lancar tanpa gagap. Pasti!

.

.

"SERIUSLAH?!" Hampir nak menjerit aku dekat dapur bilamana Fakeeh menggeleng sebaik merasai masakan aku.

"Shhh, jangan jerit Ya Qalbi. Nanti orang fikir lain."

"Tak, kau ni apa masalah? Orang lain elok aje lidah makan apa yang aku masak. Bukan teruk sangat pun." Hamburku geram. Dahlah aku mengantuk, Fakeeh pula dengki nak paksa aku masak untuk dia.

"Lainlah rasa dia."

"Aku sumbat juga sambal udang ni dalam mulut kau!" Lengan baju aku sinsing. Sudahlah dapur ni panas, Fakeeh saja lagi cari fasal.

"Ibunda masak lain, kau masak lain. Tak sama."

"Tetap sambal udang juga, kan?"

"Yelah tapi tak samalah... Cuba tambah gula."

Kecik besar kecik besar aje aku pandang Fakeeh saat ini. Lepas Isyak dia culik aku terus ke dapur suruh masak. Terganggu jadual aku nak menelaah buku sejarah. Satu benda pun aku tak sempat usahakan untuk cabaran kami itu.

"Cepatlah Ya Qalbi. Janganlah tenung aku macam tu. Tak kuat iman ni oi."

Tawa Fakeeh tak mampu mematikan api yang marak dalam hati aku. Siapa aje mampu gelak-gelak macam orang gila bila seharian penat? Dari pagi ke saat ini aku tak berhenti ke hulur dan hilir. Sekadar dapat curi masa untuk solat aje. Lain, kena heret dengan mamat ni.

"Kenapa kau tak masak aje sendiri?" Bebelku. Mata mencari bekas gula yang tersusun di atas rak. Banyak jenis gula masalahnya dapur ni. Kalau nak dengki, boleh juga aku campak gula icing.

"Masakan dari orang tersayang ni lagi nikmat daripada masakan sendiri."

Alasan! Aku golekkan mata ke atas. Tangan mencapai gula lalu dituang ke dalam kuali. Berapa sudu pun aku dah tak ingat sebab telinga sakit mendengar celoteh Fakeeh. Banyak mulut, tapi tangan tak gerak. Bagus sangat!

"Dah, rasa cepat. Aku mengantuk dah ni."

"Kau suapkan boleh?"

"Nampak ni?" Aku tayang buku lima.

"Bukan macam tu la, Ya Qalbi. Macam ni." Fakeeh capai buku lima aku lalu dibuka genggaman jari. Dibetulkan bentuknya sebelum dia letak sebelah tangannya di sebelah milikku membentuk hati.

Tak dan aku nak marah tiba-tiba terasa kelakar pula. Hampir tersembur air liur aku sebelum aku tarik tangan aku lalu berpaling membelakangi dia. Aku tekup mulut sebelum ketawa kecil.

Aku dah la tengah bengang, mamat ni buat lawak tak kena masa.

Nafas aku tarik dalam-dalam. Riak beku ditayang sebelum aku kembali menghadap dia.

"Jangan sampai aku simbah sambal ni dekat muka kau, Fakeeh. Cepatlah, tadi beria sangat suruh aku masak." Aku buat-buat tak pandang dia, risau rasa geli hati itu kembali menjengah.

"Orang nak manja dengan dia pun salah." Dengan cebikan dia capai sudu dan mencuba sambal udang yang sudah ditambah gula seperti yang dia arahkan.

"Huishh!" Fakeeh terkebil-kebil pandang aku.

Dahi aku berkerut. Selalunya dia sekali rasa terus sembur segala kritikan tentang masakan aku. Ini tidak pula. Terus aku terfikir, mesti kena dengan tekak diakan? Oh, kalau berjaya ni mahu aku lompat dekat sini.

"Kenapa?" Soalku sepatah.

"Aku rasa aku terkena diabetes."

"Hah?"

"Kau nak bunuh aku ke?"

"Kalau tak haram dah lama aku buat." Jawabku selamba.

"Manis, Ya Qalbi. Berpinar mata aku rasa sambal ni. Kot ya letak gula, jangan dibubuh banyak-banyak." Fakeeh bergerak mencapai gelas lalu diisi dengan air putih. Diteguk sehingga habis sebelum mendapatkan aku semula. Dia betulkan tekak sebelum menyilangkan tangan.

"Tambah air." Arahnya mudah.

"Ee, bukannya masakan aku tu teruk sangat sampai bawa penyakit tau masalahnya. Lidah kau tu kekwat sangatlah!" Semburku dengan wajah berkerut-kerut.

"Kau dah cukup manis untuk aku, Ara. Tak payahlah masakan kau pun nak manis-manis." Dia tolak bahu aku supaya buat kerja. Hati menyebal. Masak satu masakan pun berejam. Aku kerat juga lidah Fakeeh ni!

"Tak baik masam muka pada suami. Suami ni la yang kau nak kena hadap 24 jam sehari."

"Tak ingin pun nak pandang." Bidasku. Aku buat kerja tanpa pandang dia. Dah kacau punya kacau aku jeling dia.

"Nah, rasa. Kalau kau complain lagi, aku lari." Ugut aku.

"Janganlah lari. Setakat lari ke hati aku tak apalah juga."

"Otak kau!" Merah padma wajah aku yang mencuka. Sabar aku ni tak tinggi mana. Fakeeh ni pun suka mencabar. Bukanlah mencabar tapi lebih kepada cari fasal. Ayat dia tu semua mengelikan. Rasa nak muntah biru!

"Kalau kau lari sekalipun, aku kejar sampai hujung dunia." Dia tayang senyum sebelum angkat ibu jari. Bersudu-sudu dia suap masuk mulut.

"Perfect! 7 per 10!"

Rahang aku nak jatuh. Sempurna apa tak bagi markah penuh? Bengong punya Fakeeh. Ah, tak kisahlah. Aku nak masuk bilik sekarang ni. Penat. Esok Tok Guru Wahyu nak masuk topik baru. Kalau aku tak cukup rehat, memang ke alam mimpilah aku dalam kelas Tok Guru Wahyu.

"Eh, janganlah tinggalkan aku." Fakeeh lelar tangan aku, menghalang juga dengan tubuh sasanya.

"Fakeeh, kau bukan bayi tau."

"Tapi aku nak dilayan macam bayi. Disayangi, dikasihi dan dicintai isteri sendiri." Laju dia sauk aku masuk dalam pelukan sebelum bertalu-talu kucupan dihadiahkan di atas kepalaku.

Sesak nafas aku bila dibuat begitu. Pelukan Fakeeh terasa sendat. Sesak dada ni!

Tubuh Fakeeh aku tolak sedaya upaya untuk mencari nafas.

"Aku nak naik bilik Fakeeh." Wajah aku jauhkan dari pandangan dia. Nafas yang terasa menghilang dikejar.

"Temankan aku, boleh?"

"Jangan mengadalah."

"Kau dah cabar aku tapi kau lari. Kau sepatutnya terima semua yang aku cuba buat, baru adil. Ini kalau kau lari serupa tak guna cabaran kau tu."

"Hesh, pandai-pandai kau la nak buat macam mana. Cabaran kau sendiri pun buat aku rasa nak mati."

Fakeeh lepas tawa. Lucu apa pun aku tak tahu. Syok sendiri kot.

"Nak mansuhkan tak? Barulah kita hidup dengan aman, makmur dan harmoni."

"Teruskan bermimpi!"

Aku menapak juga pergi. Baru aku nak panjat tangga ke tingkat atas, bonda menyapa aku.

"Fakeeh mana?" Soal bonda melihat aku keseorangan.

Kepala digaru tanpa sebab. Alahai, kenapalah aku terserempak dengan bonda?

"Dekat dapur. Nak makan."

"Yang Ara dekat sini dah kenapa? Suami nak makan tu, pergilah teman."

"Dia bukan budak-budaklah, bonda."

"Memanglah dia boleh makan sendiri tapi tak salahkan isteri teman suami makan? Kesian dia seorang diri dekat dapur. Kita sebagai isteri ni kena pandai melayan suami. Ikut semua kemahuan yang dia nak selagi tak bertentangan dengan ajaran Islam."

Bonda tak nampak ke muka aku yang serabai ni? Mata pun dah tak boleh nak buka dah. Masih nak menangkan Fakeeh? Semua pun nak menangkan Fakeeh. Aku yang dah serupa panda tak ada sesiapa nak kesiankan. Sedihlah hidup macam ni.

"Dengar tak, Ara?"

"Ara mengantuk, bonda. Ara nak tidur."

"Haa, nak tidur pun kena tunggu suami tau. Tak baik masuk tidur dulu. Kalau ya pun, minta izin suami dulu nak tidur."

Makin laju garuan kepala aku. Nak tidur pun kena minta izin? Lepasni apa pula? Bernafas pun kena minta izin?

"Bonda, Ara tak larat." Saja aku buat-buat lemah. Jalan saja terhuyung-hayang.

"Demam ke?"

"Sakit kepala ni, bonda." Aku mengadu dengan bibir tercebik-cebik. Hanya semata-mata nak pelepasan bonda untuk masuk ke bilik tidur.

"Kalau macam tu, pergilah..."

Baru aku nak gembira ada suara menyampuk.

"Ya Qalbi, awak tu kan belum makan dari petang tadi kan. Kesian perut tu masuk angin. Sebab tak makanlah kepala tu pun sakit. Mari makan dulu. Biar suami Ya Qalbi ni suap."

Entah muncul daripada mana, Fakeeh dah tegak di sebelahku. Selamba dia paut pinggang aku hingga aku tergamam. Siku dilagakan pada tangannya, mahu dia lepaskan pelukan sisi itu.

"Laa, padanlah. Pergilah makan dulu. Fakeeh, cepat. Jangan ditunggu lagi. Nanti melarat pula."

"Baik, bonda. Bonda nak masuk bilik, masuklah. Fakeeh ada untuk jaga anak bonda ni. Jom, Ya Qalbi!"

Rasa nak menangis aku dibawa kembali ke dapur oleh Fakeeh. Kenapa semua orang tak suka nak tengok aku hidup dengan aman?

"Tercebik-cebik macam tu nak minta cium ke? Alang-alang tak ada orang dekat dapur ni."

"Perangai tu eloklah sikit! Apa benda macam tu nak dibualkan?" Geram, aku terus hambur. Tangan Fakeeh di pinggang aku tolak kasar. Terus aku ambil duduk di meja makan.

"Antara suami isteri tak ada apa yang salahnya."

"Kalau orang dengar?" Bibir aku ketap. Nak juga menang.

"Okeylah lepasni masuk bilik kita bual lagi ya tentang hal ni." Fakeeh terus gelak sebelum dia letak pinggan ke atas meja.

"Mereng! Cepatlah makan!"

.

.

.

.

Mungkin bab seterusnya akan lambat sikit.

Dan saya nak bagitahu sesuatu ni...

Tadaa, Insha'Allah saya akan keluarkan ebook. Untuk tahu update atau maklumat berkaitan ebook saya ni, bolehlah follow rapat-rapat IG saya (stargazell). Terima kasih!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro