CHAPTER THREE
SEGERA aku turun kerusi. Nafas semerta jadi laju. Turut diikuti dada yang berombak kencang. Kepala menggeleng kecil.
"A... Ayaan... Saya... Saya gerak dulu." Kalut aku pinta diri untuk pulang.
"Kenapa? Itu bukannya tuanku raja dan tuanku permaisuri." Ayaan cekup hujung lengan baju aku, enggan lepaskan aku yang berura-ura nak lari pecut.
Kepala aku garu. Memanglah bukan ayahanda mahupun bonda.
Tapi itu Putera Fakeeh Al-Attar!
Matilah kalau Fakeeh bocorkan rahsia pada ayahanda dan bonda! Kantoi hubungan aku dengan Ayaan nanti! Kenapa Ayaan tak boleh faham?
"Itu tetamu saya, Ayaan. Kalau dia tahu kita berjumpa secara diam-diam, mesti dia cerita pada ayahanda bonda."
"Kenapa pula dia nak cerita?"
"Mestilah dia pelik tengok saya pakai baju macam ni lepastu lepak dengan awak seolah-olah saya ni orang biasa. Tolonglah Ayaan, saya kena pergi. Saya minta maaf sangat-sangat tapi ni menyebabkan hal hidup dan mati saya." Wajah aku dah menyebek. Dah tak tahan lagi nak berlama di situ. Kaki asyik gatal nak berlalu. Rasa seram berada di dalam kafe ini bila mengetahui kehadiran Fakeeh.
Kalau Fakeeh tak nampak aku tak apalah sangat. Ini siap boleh bertentang mata! Cuak la!
"Tak sampai satu jam kita jumpa..."
Bahu aku jatuh. Lemahlah macam ni. Wajahnya aku pandang penuh simpati. Beberapa ketika ada juga aku menjeling ke depan kafe, mencari susuk Fakeeh. Pelayan sibuk nak menghadap putera kerajaan Alka itu. Baguslah, biar Fakeeh tak nampak aku. Senang sikit hidup aku.
"I'm truly sorry but I do this for us. Dia tak boleh tahu tentang hubungan kita. Or else will happen. Saya janji saya akan jumpa awal lagi. Mungkin malam ni. Tolong ya, Ayaan. Saya pergi dulu."
Lengan aku rentap dengan sedikit paksaan. Senyuman kecil aku tayangkan sebelum berlalu. Aku sempat bertanya laluan pintu belakang sebelum berjaya keluar dari kafe dengan selamat.
Keluhan aku lepaskan.
Hidup macam pesalah. Takut sangat orang diraja tahu keberadaan dia.
Setakat ini yang tahu tentang kegiatannya hanyalah tiga orang dayang diraja. Haniya, Janna dan Asiyah. Paling banyak yang pegang input adalah Haniya. Tiga orang ini saja kepercayaan aku.
Selama aku jalinkan hubungan percintaan dengan Ayaan, tidak pernah kantoi. Mereka bertiga juga yang tolong backup aku sekiranya ada perkara jadi.
Namun tak sangka pula aku yang Fakeeh nak berkunjung ke pekan. Apa agaknya yang ada dalam kepalanya? Boleh pula tu terpilih kafe sama. Punyalah banyak kafe-kafe lain dekat Istania ni, nak juga kacau daun. Haih, bilalah aku boleh hidup senang...
Dengan rasa berat hati, aku menghayun langkah pulang. Nak jalan-jalan pun tak ada mood. Semua sebab kehadiran Fakeeh. Terpaksa aku tundakan lagi temu janji bersama Ayaan.
Susahnya bila kena bercinta dalam diam. Susah juga bila ada strict parents.
Keluhan dibuang. Kawasan istana aku hampiri. Dah kalau tiada benda menarik boleh buat, memang kembali pada istana sajalah yang termampu. Jikalau bosan, aku akan ke taman istana. Antara tempat yang indah untuk aku kunjungi.
Aku bukan perempuan yang minat pada flora. Bahkan aku lagi tak suka nak bercucuk tanam. Alasan aku ke sini pun sebab kawasan ini penuh dengan haiwan. Ayahanda tak pernah kisah sekiranya ada haiwan yang bertandang.
Kucing, anjing, burung, arnab, tupai, hamster, keldai, kuda. Semua pun adalah kecuali haiwan buas.
Andai kata haiwan tersebut rosakkan kawasan taman, jaranglah aku nampak ayahanda murka tak tentu fasal. Kalau marah pun mungkin sebab babi yang masuk.
Setakat ni, tak adalah.
Sebelum aku melencong ke taman, aku panggil Haniya untuk ambil baju aku. Kena tukar identiti semula.
"Ampun tuanku puteri, izinkan patik hendak bertanya. Tuanku puteri baru saja berangkat beberapa minit yang lalu, kenapa tuanku puteri pulang?" Soal Haniya sambil sibuk membantu mengemaskan pakaian aku.
Mendengar soalannya lantas mengenangkan aku pada Fakeeh. Haih, kenapalah aku terserempak dengan mamat tu?
"Haniya, doakan Ara tak kantoi."
"Maksud tuanku puteri? Patik kurang faham." Sudah itu, Haniya mencapai sikat untuk menyikat rambutku terlebih dahulu sebelum diikat bulat.
"Tadi... Ara dah jumpa pun Ayaan cuma beberapa minit kemudian, Ara bertembung dengan Fakeeh. Ara risau kalau dia tahu itu Ara. Bonda dengan ayahanda pun belum tahu lagi, Ara tak mahu orang lain yang maklumkan pada dua orang tua Ara selain Ara. Sebab tu Ara pulang awal walaupun Ara tak nak."
Entahlah, aku tak berapa reti sangat nak ber'beta' walaupun dengan dayang sendiri. Rasa kaku aje lidah ni. Selalunya aku terpaksa pakai jikalau melibatkan urusan rasmi. Selebihnya, aku bedal melayu biasa. Bukan orang kisah pun. Aku cakap dengan bonda pun tak pakai bahasa istana.
"Maafkan patik sekiranya soalan patik ini menyingguh perasaan tuanku puteri. Apa tuanku puteri enggan beritahu tuanku raja dan tuanku permaisuri tentang Ayaan?"
"Ayaan seorang yatim piatu dan bukan orang yang berada, Haniya. Ara takut jikalau bonda dan ayahanda tidak mahu terima pilihan Ara. Kamu tahu sajalah sistem kerajaan kita. Tiada lagi musyawarah bagi pelantikan raja. Sebaliknya, mereka gunakan sistem pewarisan. Hendak tak hendak, sesiapa yang bakal bernikah dengan Ara harus ilmu yang cukup di dada untuk menggantikan tempat ayahanda. Ayaan mungkin akan terkedu andai dia tahu tentang masalah Istania yang tak pernah habis. Ara risau ayahanda tidak percaya pada dia." Panjang lebar aku meluah perasaan.
Sesudah Haniya dandan aku, dia sarungkan selendang lalu dibetulkan kedudukannya. Aku beriak bagaikan patung, menerima segala sentuhannya pada wajah dan kepala.
"Pada pendapat patik, ada baiknya tuanku puteri jelaskan pada tuanku permaisuri. Tuanku puteri dan tuanku permaisuri sama-sama perempuan, memiliki nurani yang seiras. Patik tak berani jamin tetapi patik yakin tuanku permaisuri boleh faham perasaan tuanku puteri."
"Kalau bonda tak terima Ayaan bagaimana, Haniya? Nanti Ara murung!" Aku menyebek. Bibir dah terjuih ke depan dengan mata melayut sedih. Haniya yang memandang aku senyum tipis.
"Sekurang-kurangnya tuanku permaisuri tahu ada lelaki yang bertakhta dalam hati tuanku puteri. Tuanku permaisuri mesti enggan menyakiti hati anak perempuannya. Itu satu sikap tuanku permaisuri yang patik sangat hormati. Lihat saja malam semalam, tuanku permaisuri tidak pernah murka bilamana tuanku puteri berangkat tiba di istana lewat malam. Malah, tuanku permaisuri sekadar menasihati dengan penuh santun. Tidakkah tuanku puteri berfikiran begitu?"
Hmm, ada betul juga kata Haniya ni. Bonda tak pernah marah aku. Kalau marah pun senang sejuk. Tak pernah lagilah bonda naik tangan pada aku.
Ayahanda adalah marah sikit-sikit. Itu tak boleh, ini tak boleh. Laju aje mulut ayahanda nak larang perkara yang tak kena di matanya.
Biarpun begitu, aku tetap rasa walang. Aku tak dapat bayangkan sekiranya aku perlu putuskan hubungan bersama Ayaan. Dialah lelaki pertama yang mengajar aku murninya cinta itu. Aku tak pernah rasa sakit hati dalam hubungan kami. Merajuk dan marah sikit-sikit tu adalah tetapi tak adalah sampai berperang besar. Ayaan tu bukannya boleh kalau aku merajuk. Laju aje nak memujuk. Mengenangkan kami yang selalu berjumpa senyap-senyap, lelaki itu tak putus asa untuk pastikan pertemuan kami itu bermakna.
"Tuanku puteri, jodoh itu di tangan Ilahi. Dia lebih Maha Mengetahui daripada kita semua. Jikalau benar memang nama tuanku puteri ditakdirkan menjadi isteri kepada Ayaan, tuanku puteri pasti bersama dengan dia pada penghujungnya biarpun satu dunia menentang penyatuan itu. Tuanku puteri usahlah terlalu memikirkannya. Patik akan susah hati sekiranya tuanku puteri jatuh gering." Usapan lembut Haniya pada bahuku memakukan pandangan aku pada wajah bujurnya yang ayu. Dia tersenyum kecil seraya mengangguk kecil.
Lambat-lambat aku membalas senyumannya.
Ya, jodoh di tangan Tuhan. Aku hanya perlu percaya pada aturan Allah.
.
.
MALAM ni aku nekad lagi hendak bertemu Ayaan. Sudah aku kirimkan surat melalui burung merpati putih milikku. Rindu aku membuak-buak. Sudahlah tengah hari ada orang ganggu sampai tak dan aku habiskan masa bersama Ayaan. Harapnya malam ni tak adalah orang yang ganggu.
"Haniya, Ara pergi dahulu."
Sudah menjadi rutin untuk aku maklumkan pemergianku pada Haniya. Tukang penyimpan segala rahsia aku. Dah jadi orang utama kepercayaan aku.
Dengan lafaz bismillah aku melangkah pergi.
Kunjungan dari Kerajaan Alka masih di sini. Menetap di dalam istana. Aku pun tak pasti sampai bila mereka akan tinggal di sini. Objektif mereka di sini pun aku tak tahu. Tak pernah ada niat hendak cungkil maklumat. Semua gara-gara kedatangan Kerajaan Alka menyekat waktu aku untuk keluar dengan Ayaan.
Setelah memastikan tiada orang di koridor istana, laju kaki aku menghayun langkah keluar melalui satu pintu di belakang ruang masak. Melihat langit malam, aku senyum kecil.
Pintu aku tutup.
Selipar yang aku jinjit bersama aku letak ke tanah dan sarung ke kaki. Usai itu, aku mula berlari. Tak ubah macam pencuri. Memastikan keadaan selamat dahulu baru aku bergerak. Padahal dalam rumah sendiri. Tak kisahlah, yang penting selamat keluar.
Derapan kaki dari arah simpang mematikan langkah aku. Melekat kuat ke tanah. Mulalah hati bergemirap mencari tempat bersembunyi. Melihat hanya ada semak saja untuk aku sorok, laju aku melompat ke dalam semak. Saat itu juga tangan aku terseret dengan duri semak. Bibir aku berdesis.
Nah, rasakan! Suka sangat buat kerja gila! Pokok pun menyampah dengan kau!
Lengan aku gosok perlahan. Tak tahu pula aku yang semak ni berduri. Menyesal pula aku pilih semak untuk menyorok. Tahu aku patah balik masuk istana.
Beberapa saat aku menanti gerangan orang untuk melintasi kawasan itu. Paling tidak pun yang berjaga malam jam 10 ni hanyalah pengawal istana. Meronda untuk memastikan kawasan istana tidak diceroboh. Istana yang besar tidak menjamin keselamatan yang utuh. Dek kerana itu ayahanda akan upah ramai pengawal lebih-lebih lagi untuk waktu malam.
Lama jugalah aku tunggu orang tu lalu tapi tak lalu-lalu. Terus aku garu kepala. Bukan tadi aku dengar bunyi tapak kaki ke? Dah lesap?
Fikir punya fikir, hadir satu andaian buruk dalam kepala. Buatnya bunyi yang aku dengar tadi datangnya bukan dari manusia bagaimana? Ah, sudah! Setan mana pula yang nak gagalkan rancangan seludup keluar aku ni? Jeles ke apa? Pergilah cari pasangan setan sendiri kalau ya pun jeles.
Baru aku nak bangun, lengan baju aku tidak semena-mena ditarik ke bawah. Sekaligus, menyebabkan kepala aku menoleh. Bertentang mata, kotak suara laju mengeluarkan suara.
"Argh!" Terbongkang aku jatuh ke belakang dek terkejut. Natijahnya, punggung aku sakit!
Lekas aku bangun sebelum hendak berlari keluar. Namun tak kurang juga dia yang menarik aku kembali bercangkung di sebelahnya. Deru nafas aku laju, seiring dengan degupan jantung.
"Aku tertanya-tanya juga, apa yang kau tengok sampai bersembunyi dekat sini, Puteri Nuraisya Arabella?"
Penyamaran aku terbongkar!
Tak betah, aku kerah kaki bangkit lalu keluar dari semak. Begitu juga dengan dia yang turut berdiri. Aku bersihkan baju sebelum menjeling ke arahnya.
"Kau buat apa dekat situ? Menghendap eh? Miang!" Aku kalau dah marah memang senang aje nak tuduh orang macam-macam. Lagi-lagi spesies sombong dan beku macam mamat depan mata aku. Siapa lagi kalau bukan Putera Fakeeh Al-Attar?
Eh, aku hairan betullah. Macam mana mamat tu boleh ada dalam semak juga? Dah buang tebiat ke nak main dalam semak? Buatnya kena sorok dengan setan macam mana? Pelik betullah putera kerajaan Alka ni. Tak faham aku.
Wajah aku yang memerah aku kipas dengan tangan. Marah satu hal. Malu pun satu perkara. Dahlah bak nangka busuk aku tertiarap tadi selepas sendiri terkejut dengan kehadiran Fakeeh ni.
"Aku? Bukan kau ke yang main lompat macam nak terjun loji?"
Pergh! Bibir aku kemam rapat. Mulut tu... ada yang aku sental dengan air loji!
"Biarlah aku nak buat apa pun. Ni rumah aku, bukan rumah kau. Kau tu hanya tetamu aje dekat sini tapi dah berani nak hendap orang. Muka dahlah macam penyagak! Tak tahu malu!" semburku. Tak mahu kalah.
"Mudahnya kau buat tuduhan. Kau tahu tak yang perbuatan memfitnah tu kagi berdosa besar daripada membunuh?"
Melihat senyuman sengetnya yang tajam, makin menjadi-jadi amarah aku. panas aje hati nak meletup dekat sini.
"Aku tak tuduh ya! Memang betulkan kau dekat dalam semak tu! Kau nak aku laporkan pada ayahanda atas jenayah gangguan seksual pada orang istana ke?!" tangan aku silang ke dada. Kepala aku dongak lagi sedikit. Angkuh berkata-kata. Mentang-mentang aku berada di tanah air sendiri, mudah aku nak selamatkan diri.
"I bet you will be the one who being accused." Fakeeh menyinis. Dia tunduk sedikit lalu tangannya mengaut sesuatu. Bila dia berdiri tegak, di tangannya ada seekor kucing ragdoll yang elok menyelesakan diri dalam pelukan Fakeeh.
Terus membulat mata aku.
"Mu'izza! Weh, itu kucing aku!" Beberapa tapak ke hadapan aku melangkah. Jemari cuba mencapai Mu'izza tetapi laju Fakeeh membawanya pergi, menghadang dengan bahunya.
Terus menyirap darah aku. berani dia pegang kucing aku sembarangan.
"Tak cukup kau hendap orang, kucing aku pun kau nak ambil!"
Fakeeh ni memang suka buat emosi aku kacau la! Kalau tak fikir kami ni berlainan jantina, memang melepas buku lima aku pada mamat ni.
"Double fitnah." Dengan muka selamba di tuduh aku semula.
Penumbuk aku kepal erat. Tegang wajah aku saat ini. Tak kurang nafas yang kasar terlepas dari rongga hidung.
Sesaat, Fakeeh menoleh. Dia angkat kaki keluar dari semak. Tangan setia mengusap kepala Mu'izza, kucing ragdoll aku yang sememangnya manja sejak kecil.
"He's injured and I help him. Just that. Kau yang tiba-tiba muncul lepastu terjun macam nak bunuh diri dalam semak tu." Fakeeh turunkan Mu'izza sebelum dibaringkan kucing itu. Kaki belakang Mu'izza ditelek.
Aku yang nak marah terus mati perasaan itu bilamana lelehan darah mula kelihatan dari kaki Mu'izza. Semerta rasa pusang mendominasi diri. Lutut segera rebahkan diri. Wajah aku berubah pucat, lebih pucat dari wajah yang sudah tersedia putih. Teragak-agak tangan hendak menyentuh Mu'izza.
Kenapa aku tak tahu yang dia cedera? Manik-manik air mata mula terbit tanpa dipinta.
"Tak payahlah risau. Dia luka sama macam tuan dia, main lompat dalam semak. Tak perasan semak tu berduri."
Berkerunyut dahi aku memandang Fakeeh. Terus memori tadi menerjah akal. Ah, dia perli aku!
Tangan Fakeeh ligat mengeluarkan napkin dari poket bajunya lalu dilap luka Mu'izza. Sedikit pun Mu'izza tidak meragam. Sudah itu, Fakeeh balut kaki kucing itu. Kepala haiwan itu diusap.
"You are good to go. Lain kali hati-hati." Pesan Fakeeh ibarat haiwan itu faham bahasa manusia.
Kucing itu mengiau kecil sebelum berlalu pergi. Sikit pun tak pandang aku. sebagai tuan yang membela Mu'izza selama lima tahun kucing tu hidup, terasa maruah dicalarkan. Auch, Mu'izza!
"Yang kau... jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat belakang Raja Muttaqin dan Permaisuri Alaina." Fakeeh bersihkan tangan dengan melagakan dua telapak tangan sebelum bangkit dari kedudukan bercangkung.
Mendengar amarannya, jantung yang sudah tenang tadi mulai rasa luluh. Terus anak mata tak berani nak pandang wajah Fakeeh. Keberanian melawan dia pun laju aje mengecut.
Ah, dia sedarlah yang aku ni Arabella sewaktu di kafe. Aduh! Matilah aku macam ni! Hidup aku bakal jadi tak tenang!
"Sebagai seorang perempuan, kau sepatutnya tahu bahawasanya tidak manis untuk anak dara keluar malam-malam tanpa ditemani mahramnya. Sebagai anak perempuan kepada Raja Muttaqin, kau seharusnya lebih tahu bahawa bercinta sebelum nikah itu haram. Sebagai seorang muslim, sehendaknya kau tahu yang keluar berdua-duaan dengan ajnabi adalah satu jalan menuju ke zina sedangkan Allah berfirman dalam surah Al-Isra ayat ke 32. Kau nak aku bacakan ke ayat tu?"
Ayat yang keluar dari dua ulas bibir Fakeeh ibarat menampar-nampar pipi aku bertali arus. Semuanya menusuk ke jantung terdalam. Langsung tak tapis dia nak bercakap. Main sembur aje anak orang. Dan-dan itu juga meluap-luap rasa nak terajang mamat ni.
"Aku tahulah!"
"Dah tu? Kau fikir dengan berpakaian macam orang gaji ni orang tak tahu yang kau tu puteri kerajaan Istania?"
Terus wajah yang berkerut mula merenggang. Tubuh aku tilik. Eh, betul ke orang senang cam aku? Aduh, maknanya sia-sia ajelah aku jadi macam pencuri bersiri?
Petikan jari di hadapan mata aku mematikan lamunan aku. Fakeeh kembali ditatap. Dia sudah menyilang tangan sambil wajah menunduk. Yelah, aku ni pendek. Paras bahu dia aje. Mamat depan mata aku ni keturunan Arab, tu yang tinggi-tinggi belaka. Tubuh pun berkulit gelap tetapi tak adalah terlampau gelap. Aku tak pastilah dia gelap sebab memang sejak lahir atau gelap sebab berjemur.
Aku ni pula ada baka cina, sepet mata dan warna kulit putih. Moyang belah bonda aku yang merupakan cina-islam. Sayangnya, aku tak pandai berbahasa cina. Kata bonda, nenek aku yang berhenti belajar bahasa cina. Hinggakan lahirnya bonda, dia tak galakkan anak sendiri belajar bahasa cina. Itu yang sampai ke aku pun tidak reti berbahasa cina.
"Kau pasti tahu implikasi sekiranya puteri kerajaan Istania diculik tapi kau masih lagak macam kau ni orang biasa. Kau tak pernah fikir ke perasaan mak bapak kau? Dah candu sangat nak berlaki ke?"
Tersentap. Aku palingkan wajah. Terherot-herot bibir aku. Nak menyangkal memang ada betulnya. Kalau kena culik ni memang satu Istania akan heboh. Lebih parah, pasti perasaan ayahanda tercalar. Anak yang dia tantang elok-elok dan jaga rapi kena kebas dengan musuh. Juga perlu keluarkan banyak duit dan harta untuk dapatkan anak dia semula yang degil ni. Hesy, janganlah jadi kenyataan.
"Kau tak payahlah nak membebel dekat sini. Aku tahulah apa aku buat."
"Teruskan dengan sikap degil kau. Sekarang kau tak rasa lagi. Sekali kena, kau tak akan berani nak pandang mak bapak kau bertentang mata." Fakeeh berdengus kecil. Dia melangkah pergi namun beberapa detik, dia berhenti.
"Lupakan ajelah hajat kau nak keluar. Lebih baik kau masuk dalam, pergi buat solat witir sebelum tidur. Daripada kau kejar kasih sayang lelaki ajnabi, baik kau kejar kasih sayang Allah yang tak bertepian." Tanpa berpaling lelaki itu berkata-kata. Kaki kembali menyambung langkah yang terkendala hinggalah susuk itu hilang di balik tubuh.
Aku pula termangu-mangu. Tipulah kata tak kena tampar dengan ayat pedas dia tu. Sakit wo!
Mulalah aku bertarung dengan perasaan sendiri. Sebelah jiwa mendambakan pertemuan dengan Ayaan. Separuh hati lagi telah didiamkan dengan nasihat lelaki itu.
Beberapa minit, aku lepaskan keluhan. Tubuh diusung pergi, akur dengan nasihat Fakeeh. Biarpun pedas dan tak bertapis, Fakeeh tak salah. Semua yang dia katakan itu benar-benar belaka.
Sebelum tidur, aku kirimkan surat kepada Ayaan, meminta maaf sekali lagi. Usai merpati aku pergi, aku terus salin baju. Tak panggil Haniya pun. Malam aku harini terasa sunyi, disentapkan oleh Fakeeh Al-Attar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro