Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER SEVENTEEN

Promote time
When I started fall in love - itsmissflora
Sunshine - rosesyfqh

.

.

.

Bab ni panjang, serius. 3.7K tau 🥹

.

.

SELESAI majlis di Alka, aku terperuk dalam bilik. Penat melanda. Rasa macam nak tidur setahun. Syukurlah semua dah berakhir.

Tok! Tok!

"Masuklah!"

Kenapa pula Fakeeh nak ketuk bilik dia sendiri?

"Ara?"

Eh, suara siapa pula tu?

Aku terus bangun dari baring. Membuntang mata aku melihat biras aku yang berdiri di muka pintu.

"Eh, akak nak apa? Maaf, Ara penat. Itu yang masuk bilik dulu."

"Ibunda ajak makan."

"Oh, kejap. Ara masuk tandas dulu."

"Akak tunggu Ara. Kita jalan saing."

Aku tak banyak bunyi. Laju masuk tandas untuk betulkan kedudukan baju. Pelik memang peliklah bila biras sendiri yang ajak makan. Bukan suami tapi tak apalah. Malas nak fikir.

Keluar, aku berjalan di sebelah biras aku. Ketahuilah yang aku tak tahu nama dia lagi.

"Nama akak siapa?"

"Abdah Suraya."

"Oh, dah lama ke akak kahwin?" Risik aku lagi. Nak tanya Fakeeh, nampak mood macam tak baik tiap kali buka topik tentang abang ipar aku tu.

"Lama tu tak sangat. Baru tiga tahun. Anak seorang baru aje lahir bulan Rejab lepas."

"Nama dia apa?"

"Muhammad Talhah."

"Sedap nama." Pujiku. Tak tipu. Nama anak-anak ibunda semua sedap-sedap. Unik pun ya. Pandai mereka pilih nama.

"Nama tu walid yang beri."

"Oh, bukan akak dengan suami bagi?" Okey, itu satu perkara yang aku pelik.

"Suami akak kata itu adat keluarga ni. Akak tak kisah asalkan nama anak tu baik."

Abdah ni tak nampak garang macam suami dia. Kalau Taheem tu, satu keluarga pun kecut perut. Cakap fasal Taheem ni, aku rasa macam nak tanya la kenapa Taheem dengan Fakeeh nampak macam tak baik hubungan mereka?

"Akak, nak tanya boleh?"

"Kenapa?"

"Suami akak dengan Fakeeh ada masalah ke?" Penuh hati-hati aku susun kata.

Abdah hanya senyum kecil. "Adalah tu. Akak tak boleh nak cakap lebih, bukan hak akak nak buka cerita fasal dua beradik tu. Kalau Ara nak tahu lebih lanjut, ada baiknya Ara tanya suami Ara sendiri."

Bahu aku jatuh. Memang sampai ke sudahlah aku takkan tahu. Fakeeh pun macam tak mahu bercerita tentang Taheem.

Sampai di dewan makan, memang sunyi. Aku lihat Fakeeh sudah duduk di tempatnya bersebelahan Permaisuri Marwah. Sebelah tempat Fakeeh kosong dan aku agak itulah tempat aku. Di hadapan ibunda ada Taheem manakala sebelahnya kosong mungkin tempat Abdah. Selang satu kerusi kosong, penuh meja makan dengan kehadiran lima orang lagi manusia. Dua lelaki dan tiga perempuan. Total Fakeeh ada empat orang adik-beradik lelaki termasuk dia dan tiga adik perempuan. Nama semua aku tak tahulah. Tak sempat nak tanya mahupun ambil tahu.

Adik-beradik susuan Fakeeh tidak pulak kelihatan. Mungkin dah kembali pada ibu bapa kandung mereka agaknya.

"Semua dah ada? Marilah mula makan. Yasseer, baca doa." Suara Raja Zahin bergema. Aku angkat tangan mengaminkan bacaan doa dari anak lelaki itu. Aku kira dia paling bongsu kot, nampak kecik dari yang lain.

Sepanjang makan kami diam. Fakeeh pun macam tak layan aku. Dia lebih manja kepada ibunda dia. Mulut siap tanya siapa masak ini, siapa masak itu. Kekwat betul!

"Ya Allah Fakeeh, semua ni ibunda masaklah. Tak usahlah ragu-ragu." Permaisuri Marwah geleng kepala dengan perangai anak keduanya ini.

"Ye ke? Ibunda tadi sibuk dengan majlis, sempat ke masak?" soal Fakeeh dengan wajah sudah berkerut.

"Ini ibunda la. Ibunda dah masak dengan perangai anak-anak ibunda. Sebab tahu lidah Fakeeh ni pelik, ibunda suruh semua orang keluar dapur. Jadi, semua ni ibunda masak dalam sesingkat waktu. Itu pun Adeela dengan Leena tolong ibunda. Jangan cakap adik Fakeeh masak pun tak boleh nak telan? Ada yang kena ketuk kepala karang."

"Abang Fakeeh jangan macam-macam. Penat orang masak tau." Seorang daripada tiga anak perempuan ibunda bersuara. Aku tak pasti siapa namanya tapi nampak sopan. Selendangnya cantik terletak di atas kepala. Wajah pun bagaikan disapu sedikit pewarna. Wajah bulat dengan mata bundar. Hidung sama macam Fakeeh, mancung.

"Yelah, yelah. Abang Fakeeh makan la ni."

"Mengada tau, Abang Fakeeh ni. Macam manalah Kak Ara boleh layan Abang Fakeeh ni? Cerewet kalah perempuan!" Yang di sebelah gadis tadi bersuara pula. Siap mencebik.

"Shh. Isteri Abang Fakeeh pandai layan Abang Fakeeh. Jangan risau. Dia suka layan cerewet Abang Fakeeh. Bukan macam kau berdua. Tolong masak sikit je pun dah mencuka."

Tak berkelip aku toleh Fakeeh. Dengan adik pun nak menang? Terserlah sangat sifat dominan dia tu.

"Boleh tak diam?" Kasar suara Raja Zahin menyampuk. Dia berdengus sebelum meneruskan suapan.

Aku yang dari tadi diam makin membisu. Satu perkara pun aku tak tahu tentang keluarga ni. Kekok!

Meja jadi khali.

"Ara, boleh walid nak tanya?" Yang sunyi tadi kembali berbunyi. Aku yang baru nak capai gelas jadi pegun. Anak mata bergolek ke arah Raja Zahin. Spontan rasa kecut perut hadir. Aduh, kenapa pula aku yang dipanggilnya? Aku ada salah ke?

"Erm, kenapa walid?"

Aku pandang Fakeeh cuba nak minta tolong dia kalau soalan pelik-pelik yang keluar dari bibir Raja Zahin tapi anaknya itu hanya membisu dan menunduk.

"Ara betul-betul okey ke nikah dengan Fakeeh ni?"

Aa... Sekejap. Kenapa terasa aneh soalan Raja Zahin ni? Bukan mereka ke yang datang merisik ke Istania. Kenapa pula tanya aku? Lebih tepat, kenapa tanya aku lepas aku dah selamat jadi isteri dia?

"Tch!" Bunyi pinggan ditolak kasar kedengaran. Pandangan aku terteleng ke Fakeeh. Dia sudah renung aku hingga aku jadi gugup.

Raja Zahin diam. Fakeeh diam. Aku juga diam.

Semua nampaknya menanti jawapan aku. Adik-beradik Fakeeh pun sikit tak menyampuk. Permaisuri Marwah pula adalah pandang aku dengan senyuman kecil.

Aih, bedal ajelah Ara.

"Okey aje, walid."

Tipu. Aku hanya tak sampai hati nak buka cerita sebenar. Dulu waktu tunang pun Permaisuri Marwah bagaikan merayu suruh aku terima. Takkan aku nak buat perangai pula? Kesian orang tua tu.

"Ara tengah serius ke ni? Walid tak nampak pun kemesraan Ara dengan suami. Tadi sewaktu majlis pun banyak kali muka tu berkerut-kerut. Ara jujur sajalah."

Memucat wajah aku. Aku tak sangka ada yang perhatikan aku 24 jam dalam majlis. Memanglah ada Fakeeh ni mengada-ngada nak peluk itu ini sampai aku naik rimas. Itu yang aku mencuka jugalah. Geram itu pasti.

"Erm..." Lagi-lagi aku hilang kosa kata. Jujur macam mana? Baru lima hari jadi isteri.

"Walid nak apa sebenarnya?" Fakeeh berdengus sebelum dia tolong jawabkan bagi pihak aku.

Raja Zahin jeling ke arah suami aku. Dua mata bertikam mengakibatkan berbangkit aura negatif. Rasa seram menjalar ke setiap sendi tubuh. Aku teguk liur. Lain macam pandangan dua beranak ni.

"Tak perlulah nak pandang walid macam Fakeeh tu bagus sangat. Diri pun tak betul, belum tentu boleh bimbing isteri."

"Itu antara Fakeeh dengan isteri Fakeeh." Laju Fakeeh balas. Aku kekal gamam. Wajah Fakeeh sudah memerah.

"Orang kalau fikir dia betul, mana nak dengar kata orang lain walid." Taheem turut masuk campur. Tangan elok menyuap makanan. Dia senyum sinis ke arah Fakeeh.

Dada Fakeeh berombak pantas. Aku pun tak tahu celah mana nak bantu. Bila dah Taheem menyebelahkan Raja Zahin, aku jadi gerun. Aku ni siapa aje?

"Ibunda. Esok subuh Fakeeh dengan Ara balik Istania."

Eh? Aku pandang Fakeeh tak berkelip. Esok? Cepatnya. Ikut rancangan asal lagi dua hari di Alka.

"Bukan hari Jumaat ke Fakeeh ke sana semula?"

"Biarlah dia tu." Raja Zahin sampuk.

"Kalau orang tak sudi, Fakeeh boleh aje undur diri ibunda." Fakeeh kerli ke arah Taheem dan Raja Zahin.

"Fakeeh duduklah sini lama sikit. Nanti kalau Fakeeh dah balik sana, bila lagi ibunda boleh nampak batang hidung Fakeeh dekat Alka ni?"

"Ibunda, bukan dia seorang aje anak ibunda. Ibunda ada 7 anak kandung dan 10 anak susuan. Hilang satu bukannya hilang semua." Kasar bahasa Taheem.

"Awak..." Abdah di sisi tepuk paha Taheem seraya geleng kecil. Tak berkenan dengan sikap Taheem.

Lambat-lambat aku teguk liur. Setiap satu wajah aku pandang. Yang adik-adik semua menekur, tak berani nak jawab. Hanya yang dewasa saja bersuara.

Serius aku nak tahu apa yang tak kena dengan keluarga ni?

.

.

PAGI-PAGI lagi Fakeeh dah ajak aku keluar. Mulanya aku ingat nak balik Istania seperti yang dia cakap pada ibundanya semalam rupanya tidak. Bila aku tanya, dia sengih aje.

"Kalau ibunda nak aku stay, aku akan stay. Bila ibunda buat permintaan, aku kenalah turutkan. Walaupun aku dah berkahwin, ibunda tetap syurga aku."

Itu jawapan dia. Aku pun iyakan ajelah. Tapi seronok juga lama-lama dekat Alka. Dapat tinjau kawasan baru. Istania tu aku dah muak pandang banyak kali.

Kini kami menunggang Lizaz ke satu tempat. Yang pasti, aku tidak tahu ke mana.

"Kita nak ke mana ni?"

Jeda.

Aku menyebek. Mamat ni mengelamun ke apa? Sudahnya aku layan pemandangan sajalah.

Lizaz membawa kami tiba ke satu perladangan besar. Sejak masuk tadi di pagar besar depan, aku dah nampak kuda berlari-lari. Ada yang tanpa manusia, ada juga yang ditunggang. Tak kurang yang dimandikan.

Eh, dekat mana ni?

Seketika Lizaz berhenti lalu meringkik. Ekornya melibas kiri dan kanan.

Fakeeh turun dulu diikuti aku. Sampai tahap aku dah tak tahu malu kena angkut dengan suami sendiri. Kalaulah kaki aku ni boleh panjang lagi kan bagus. Fakeeh pernah cakap dengan aku "Biarlah kaki pendek, bagi rezeki dekat aku nak angkut isteri aku."

Semua dia nak menang. Yelah ambillah. Penat aku nak layan si Fakeeh ni.

"Kita dekat mana ni Fakeeh?"

"Alka."

Terus aku berdecit. Kelakar sangat jawapan dia tu.

"Yelah takkan dekat alam barzakh pula kan." Sindir aku.

Fakeeh senyum lebar lalu menggeleng kecil. "Dah ready ke nak ke alam barzakh? Depan suami pun nak masam muka."

Ewah dia kenakan kita balik.

Aku peluk tubuh. Sempat putar bola mata ke atas.

"Haritu kan aku dah cakap nak belikan kuda untuk kau." Kali ini Fakeeh jawab betul-betul.

Spontan bibir aku membulat. Oo... Aku terlupa soal itu. Terus mata aku bercahaya. Bolehlah aku buat Mu'izza jeles.

"Yang mana satu kau beli?" Kepala aku terjengah-jengah melihat setiap satu kuda yang ada.

"Kalaulah pilih kuda ni macam pilih ikan, tak perlu aku bawa kau ke sini, Ara oi."

"Hah? Maksudnya?" Aku garu kepala.

"Nanti-nantilah. Sekarang kita jumpa kawan aku." Disebabkan aku boleh terhenti melangkah dek nak fikir ayat dia, Fakeeh gamit lengan aku dan dipimpin bersama.

Kami tiba di kandang kuda. Dia tolak pintu utama yang besar itu. Salam diberi.

"Siapa izinkan kau nak masuk dalam ni?!" Satu suara pekikan memeranjat aku. Terhincut bahu aku mendengarnya. Tak semena-mena aku rapatkan tubuh ke Fakeeh.

Mata aku punyalah mencari empunya suara tapi tak nampak. Takkanlah kuda-kuda ni boleh bersuara pula? Dunia dah kiamat ke?

"Tu, dekat atas tu Ya Qalbi." Fakeeh menjuih ke satu arah. Laju mata mengekori arah tersebut.

Kelihatan ada seorang lelaki yang duduk di satu batang kayu besar dengan satu kaki terjuntai manakala sebelah lagi dipeluk. Tangan dipaut pada lutut. Bibir mengulum batang padi aku rasa. Entahlah tak tahulah apa benda tapi macam lelaki tu tengah buat stok hilang bosan.

"Kau keluar!" Arahnya keras. Mata tak lepas pandang aku suami isteri.

Kenapa pula mamat ni? Betul ke ni tempat yang Fakeeh nak bawa aku pergi.

"Hoi, dengar tak ni?!" Tengking dia lagi.

Aku pandang Fakeeh. Dia nampak bersahaja, tak terkesan pun dengan pekikan lelaki itu. Tangan Fakeeh mencapai busur yang tergantung sebelum laju dia tarik tali busur.

"Kau sebelum aku lepaskan tali ni baik kau cakap elok-elok dengan aku. Silap-silap tergantung kau dekat bumbung tu!" Cemuh Fakeeh bengang. Wajah berkerut-kerut.

Naik hairan aku di sebelah dia.

"Woi! Woi! Sabar habibi! Sabar!" Dengan kelam-kabutnya lelaki tadi melompat jatuh. Entah mana yang silap dia jadi hilang imbangan sebelum tergelincir jatuh.

Gedebuk!

Teruk sangat bunyi dia jatuh tu. Suara erangan memecah kandang. Kuda yang ada dalam kandang pun meringkik sambil menjamah hampas padi.

"Aduh! Aduh! Kenapalah aku jatuh dalam taik kuda ni?"

Bebelan itu sempat singgah ke halwa telinga aku. Tanpa sedar aku sudah tahan senyum, geli hati.

"Kifarah untuk kau!" Fakeeh di sebelah sudah berdengus. Busur diletak ke tempat asal yang tergantung di dinding kandang.

"Ala, kau ni. Macam tak tahu impian aku nak jadi pelakon teater." Si dia mula menunjuk wajah. Tangan menyapu kesan coklat yang melekat di pipi. Spontan aku mengeliat. Euw, gelinya.

"Sedap bau?"

Si dia hidu bahu kiri dia. "Bolehlah."

"Agaknya aku patut bawa kau pergi jumpa doktor. Tahi pun sedap ke bau?"

"Dude, ni dunia aku kot. Dah biasa." Dia membela diri.

"Kau apa khabar?" Tangan dihulur.

Fakeeh pandang tangan tu sebelum dia cekak pinggang. "Aku takkan tertipu."

"Sekali sekala pegang tahi kuda ni apa salahnya?" Si dia yang aku tahu nama mula mengagah mendekati Fakeeh. Tangan menjulur nak colet tahi kuda ke wajah Fakeeh.

"Weh, jangan gila!"

Bukan setakat Fakeeh, dengan aku sekali jarakkan tubuh. Jauh aku pergi. Sampai ke hujung kandang semata-mata tak nak jadi mangsa. Tangan peluk tubuh.

"Siot la kau ni Ajad!" Tepik Fakeeh, juga ikut langkah aku.

Aku dah bulat mata. Kot ya, jangan dekat dengan aku!

Dah begitu, aku apa lagi berlari keluarlah. Lelaki dua orang tu pun ikut serta lari. Tak cukup nafas aku lari. Dengan pakai kain, ingat senang? Fakeeh ni gila ke apa lari ke arah aku? Larilah ke orang lain!

"Berhenti la Ajad! Aku lapor pada abi kau nanti!"

"Laporlah! Nampak macam aku kisah ke? Aku siap mandi tahi lagi ni, apalah sangat kena bebel. Aku pernah berada di situasi yang lagi teruk daripada itu."

"Ei, yang kau berdua nak kejar aku ni kenapa? Geli la!" Terus aku buka mulut. Nak harap Fakeeh, dua kali lima dengan kawan dia.

"Oh, hai si manis!" Termati langkah Ajad sebaik aku bersuara. Dia senyum panjang sambil tangan melambai.

Dahi aku berkerunyut. Tangan setia menggaru.

"Tak yah nak mengada test isteri aku! Blah, pergi bersihkan diri tu. Najis la woi!" Fakeeh menghampiri aku dan tarik aku. Disorong aku ke belakang tubuhnya sebelum mencerlung tajam ke arah Ajad.

"Eleh, kedekut."

"Syaitan tu dia suka hasut sesiapa walaupun orang tu kawan baik kita sendiri, tahu tak?"

"Yelah, yelah. Kau tunggu. Aku salin baju."

"Bagi sental badan kau tu, Ajad!" Sempat Fakeeh berpesan. Ajad sekadar angkat tangan lalu berlalu ke satu tasik yang ada di tengah padang luas.

Tahu-tahu Ajad terus lompat masuk ke dalam tasik dan biarkan diri ditelan air.

"Kawan kau tu betul ke tidak?" Soalku pada Fakeeh. Pelik jugalah Fakeeh ni ada kawan macam tu.

"Dia okey aje. Otak aje senget."

.

.

"KUDA ni tak mudah nak pilih. Dia kena ada keserasian dengan manusia. Beli mahal-mahal tapi tak serasi pun tak guna." Ajad mendahului kami sambil tangan menepuk-nepuk kuda-kuda yang ada di kandang.

"Kalau untuk orang pendek, kuda yang mana kosong lagi?" Tanya Fakeeh. Jelingan aku dia buat tak pandang. Terus aku kemam bibir.

"Ambillah yang muda sikit. Lagi bagus kalau ambil yang baru lahir. Biar dia hidup dengan kita."

"Lambat nak tunggu dia besar. Aku nak yang ready to go."

Huish, cerewet juga Fakeeh ni. Punyalah banyak kuda yang Ajad ni tunjuk, satu pun dia tak berkenan.

"These are the best I can get for you. Kau pilihlah. Semua ni betina. Kecik sedikit daripada kuda jantan. Jangan risau, mereka semua ni sudah siap dilatih untuk berhadapan dengan perang. Bak kata kau dude, they're ready to go."

Ajad tunjukkan deretan kuda yang dia ada. Semua berlainan baka dan warna.

"Ada paso peru, teluk cleveland, clapper, Kladrubskaya, kiger mustang, caspian, Karachaevskaya bla bla bla..."

Naik pening aku dengar jenis baka kuda yang Ajad ni sebut. Sudah tu lidahnya elok aje menutur semua nama itu. Bagi aku semua nampak sama. Tetap kuda juga.

"Ara." Fakeeh mendekati aku.

"Kau pilihlah."

Eh? Aku pandang Fakeeh dengan mata terkebil-kebil.

Dia senyum kecil. "Kuda kena ada keserasian dengan tuan dia. Takkan aku nak pilihkan untuk kau? Buatnya kuda tu suka aku tapi tak suka kau macam mana? Naya nanti."

Oh, pulak macam tu?

Teragak-agak aku nak pilih. Semua kuda nampak cantik. Jagaan mereka rapi. Kandang pun bersih.

"Pilih dulu. Nanti boleh cuba ride. Kalau serasi, boleh proceed." Cadang Ajad pula.

Dah dua lawan satu, aku pun akur. Setiap satu kuda aku pandang. Liur ditelan payau. Nak dekat dengan Lizaz pun aku takut-takut, ini pula kuda lain.

"Nak jinakkan kuda, kena bagi dia rasa selamat dengan kita. Untuk permulaan, boleh buat macam ni dulu." Ajad mendekati satu ekor kuda. Telapak tangan dihulur sebelum membiarkan kuda itu merapatkan pangkal hidungnya dengan telapak tangan. Dah begitu, Ajad gosok perlahan.

"Ni sebab kuda ni dah biasa dengan aku. Bila kuda dah kenal kita, bukan setakat gosok. Peluk pun boleh. Macam ni." Terus Ajad sauk kepala kuda itu ke dalam pelukan. Siap dicium-cium lagi dahi kudanya. Yang si kuda hanyalah meringkik.

"Tak payah kau nak tunjuk perangai sememeh kau dekat sini, Ajad oi!" Bahu Ajad ditarik Fakeeh.

Aku hanya tayang senyum. Tak tahulah nak kata Ajad di kelakar, macam banyak lawak hambar saja.

Nafas dijujut dalam lalu dihembus perlahan. Langkah diambil mendekati satu ekor kuda. Seperti yang diajari Ajad, aku letak tapak tangan aku dekat dengan kepala kuda. Terketar-ketar takut jari aku digigit.

Dan-dan nafas kasar terhembus ke arah aku. Si kuda itu meringkik sebelum berpaling membelakangi aku. Ekornya dilibas-libas seolah-olah menghalau aku.

"Ceh, tuan puteri punya cantik pun kau reject." Ajad tepuk punggung kuda di hadapan aku itu.

Bila Ajad kata aku kena tolak, terus melengkung ke bawah bibir aku.

"Dah jangan sedih. Banyak lagi kuda dekat sini, Ya Qalbi." Nampak aku sudah mencebek dengan wajah berkerut-kerut, Fakeeh pimpin aku ke kuda sebelahnya. Dia setia di sisi aku, menanti aku mencari kuda yang sesuai.

"Try again."

"Kalau dia tak suka aku juga macam mana?"

"Kita cari sampai jumpa."

"Kalau tak ada?" Dugaku. Tak sanggup rasanya kena tolak mentah-mentah dengan puluhan kuda. Tercalar hati ini. Kuda pun berani nak reject manusia.

"Aku beli poni sajalah untuk kau."

"Poni?"

"Tu, dekat hujung sana. Nampak tak poni yang terkedek-kedek belajar jalan?" Telunjuk Fakeeh naik menghala ke satu arah. Aku pun ikut lihat. Semerta wajah aku keruh.

"Boleh lari ke dia?" Bukan apa, poni tu kecil sangat. Kaki pun pendek.

"Silap-silap bukan kau tunggang dia. Dia yang tunggang kau."

Fuh, main kasar laki aku ni!

Bahu Fakeeh aku tumbuk geram.

"Dah tu? Kau baru cuba satu kuda dah pandai mengalah. Kan banyak lagi kuda dekat sini."

"Yelah..."

Kuda yang dihadapan ini aku pandang. Tak tahu baka apa tapi warna dia cantik. Putih bersih bak susu. Mata pula bulat.

Seperti kuda sebelumnya, aku buat benda yang sama. Kuda itu sekadar membau sebelum statik sama. Aku naik hairan. Fakeeh dipandang. Dia pun jungkit bahu sebelum dia hulur tangan. Tanpa disangka-sangka kuda itu merenyam dengan Fakeeh. Siap gesel-gesel lagi pipi dia dengan Fakeeh.

Membuntang mata aku. Ewah kuda betina ni!

"Peh! Dengan kuda jantan kau tak nak, mamat ni kau nak pulak!" Terus Ajad tarik leher kuda betina itu. Meringkik kasar sambil menjeling ke arah Ajad.

"Tak ada! Tak ada! Yang kau suka tu dah bernikah. Dah ada isteri. Kau tahu?" Lagak Ajad bercakap tu ibarat kuda itu sama manusia dengan dia.

Fakeeh kerli ke arah aku seraya mendekatkan wajahnya di sisi telinga aku.

"Kau tengok, kuda pun nak dekat aku. Kau pula menolak." Lalu dia gelak kecil.

"Biarlah aku nak suka siapa pun." Bisikku sama keras.

"Haih Ya Qalbi ni... Dah dapat tiket emas pun masih ego." Jari Fakeeh naik mencuit hujung hidung. Aku laju tolak jari dia.

"Tiket emas?"

"Yelah. Orang lain mampu pandang tapi kau bukan pakej setakat pandang aje tau. I bet you surely know what I meant." Bibir merah itu merekah senyum nakal. Sempat dia kenyit mata.

Spontan wajah aku rasa terbakar. Terus aku tolak bahu dia jauh. Pipi aku kesat dengan pergelangan tangan.

"Mari cuba lagi."

Perkara yang sama berlaku. Fakeeh juga yang disukai kuda-kuda ini. Makin bertambah cemberut aku. Mencuka.

Bukan jeles tapi menyampah.

"Aku sebat juga sekor-sekor! Tu yang jantan single semua dekat padang tu kalau kot ya pun kau semua nak mengeletis!" Lantang Ajad bersuara dengan pinggang yang sedia dicekak. Dipandang setiap seekor di dalam kandang.

"Kau pula, berambus. Menganggu reputasi aku sebagai orang paling hensem dekat sini!" Fakeeh dipandang dengan jelingan maut. Kecik besar dipandang sahabatnya.

"Salahkan aku pula."

"Bukan setakat isteri kau aje tau jeles, dengan aku sekali jeles. Tak kesian ke?"

Sebut isteri, Fakeeh tenung aku. Gugup aku nak balas pandangan dia. Sudahnya aku jalan ke kuda seterusnya. Buat-buat tak nampak mata Fakeeh yang setia mengekofi aku.

Berdiri di satu kuda lagi, aku pandang dia penuh simpati. Tolonglah jangan tolak aku juga. Jatuh air muka aku nanti!

Belum sempat aku nak julur tangan kuda itu sudah meringkik. Dia mendekatkan wajah dengan milikku. Dibau-bau sebelum meringkik lagi.

"Apa..."

Kuda itu berbunyi lagi. Terus dia gesel pipi dia dengan aku. Sekonyong-konyongnya mata aku basah. Terharu. Oh kuda, kau la satu-satunya tercipta untuk aku!

Tak mampu menanggung sebak, terus aku peluk kepala kuda itu. Baiknya kau, kuda!

"Well, I guess the princess found her horse. So, agree?" Ajad jongket kening ke arah Fakeeh.

"Berapa?" Fakeeh merapati aku lalu diusap-usap kuda itu. Berwarna perang hampir keputihan. Bulu tak lebat sangat tetapi lembut jika diusap.

"Baka Arab isteri kau pilih. Dia akan mahal. Tak kisah?" Ajad minta kepastian.

"Just name it."

"850 ribu dirham."

Aku yang dengar itu terus rasa nak tersedak. Terjerut air liur kat tekak. Mahal gila!

Terus aku lepaskan kuda itu. Usap sikit sebelum berlalu ke Fakeeh. Tak nak dia setuju. Mahal!

"Okey."

"Fakeeh!" Seruku.

Dia pandang aku dengan penuh tanda tanya. Dagu ditolak ke atas.

"Mahal la. Tak payahlah."

"Fine..."

Melebar senyum aku mendengar persetujuan Fakeeh.

"Isteri aku cakap mahal. Takde harga murah sikit ke?"

Mati terus senyum aku. Gila berani minta diskaun, pakai nama aku pula tu. Tak gentleman langsung!

"Untuk kawan aku, semua pun boleh. Disebabkan kau minta, aku genapkan 900 ribu dirham. Setuju?"

Sekejap. Apa? 900 ribu dirham? Itu tak murahlah! Lagi mahal adalah!

"Ini namanya kawan! Aku setuju!"

Lagi membuntang mata aku melihat Fakeeh dah berjabat tangan dengan Ajad. Garu kepala aku di situ. Jammed otak aku!

Aku tengah berada dengan orang bodoh ke apa? Tak tahu ke 900 ribu dirham tu lagi mahal? Aku yang bodoh matematik ke mereka yang bodoh matematik?

"Nanti kau hantar dia ke istana teruslah. Payment pun dekat sana."

"Baiklah. Senang berurusan dengan kau."

Mereka berdua membalas senyum.

.

.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro