Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER NINETEEN

SEMINGGU berlalu.

Pantas sekali masa berlalu. Sudah masuk dua minggu aku bergelar isteri kepada Fakeeh Al-Attar. Mengenangkan itu, aku mengeluh buat sesekian kalinya.

Aku tak tahu bila waktu Fakeeh akan lepaskan aku. Tiada ura-ura topik itu dibuka. Bahkan bila aku cuba tanya, Fakeeh akan ubah topik sehingga aku putus asa. Berkali-kali dia lakukan hal yang sama. Seperti dia tahu aku senang muak.

Fakeeh patut tahu yang aku ni jenis takkan putus asa. Aku akan desak juga dia lepaskan aku bila tiba waktunya. Aku berhak bahagia dengan pilihan aku, bukan bersama dia. Buatlah 1001 kebaikan dengan aku sekali pun, aku enggan. Siapa nak Fakeeh ni ambillah. Aku tak terliur sikit pun.

Seminggu juga aku terpaksa cover semua pengajian aku dengan Tok Guru Wahyu. Letih. Seminggu aku pulang lewat untuk catch up semuanya. Dan sepanjang itulah Fakeeh yang tukang ambil dan hantar aku. Sudah puas aku menolak ajakan dia, Fakeeh tetap Fakeeh. Laju dia dukung aku sebelum disuruh Lizaz berlari pantas. 

Oh, sebut tentang kuda... Kuda aku dah seminggu berada di Alka. Nama yang aku pilih adalah Subbah. Sama seperti kuda Rasulullah yang berwarna keperangan. Subbah milikku pun perang juga tetapi lebih cerah hampir keputihan.

Balik dari pengajian dengan Tok Guru Wahyu, Fakeeh paksa aku belajar naik Subbah. Berkali-kali aku menjerit takut jatuh. Kuat genggaman aku pada Subbah. Semua kerana takut. Sebelum ini bolehlah pegang Fakeeh, bila bersendirian aku gugup. Nasiblah Subbah tak rimas dengan aku. Dia kuda yang memahami tuan dia yang masih kekok.

Malam menjelma, dia kerah aku ke dapur pula. Buat apa? Semestinya nak suruh aku masak. Ketahuilah dah lima hari masakan aku tidak menepati citarasa dia. Leceh betul dengan seorang manusia ni. Syukurlah orang lain boleh menerima masakan aku. Tidaklah terbazir.

Hidup bersama Fakeeh sangatlah penat. Lemau seluruh tubuh. Kalau jumpa katil, kepala ingat nak tidur aje. Dah tak ada benda lain. Mata mengantuk dek jadual tidur aku yang berubah.

Rutin hidup aku berubah seratus peratus gara-gara Fakeeh!

"Fakeeh," panggilku di atas katil. Fakeeh baru keluar dari tandas dengan tangan yang asyik mengelap rambut dengan tuala kecil.

Baju sudah aku sediakan di atas katil. Sejak jadi isteri dia, akulah yang buat semua tu. Awal-awal memang rasa marah, tapi nanti Fakeeh kembali buli aku. Serik aku nak tengok lebam-lebam kat leher. Ngeri. Lagi ngeri kalau orang pandang dan tanya macam-macam. Denda paling mengarut!

Sejak itu, aku jadi biasa. Syukurlah Fakeeh ni tak banyak baju. Rasanya baju yang sama diulang-ulang pakai. Dia pun tak kisah. Ambil saja baju kosong dan kain pelikat waktu malam. Pagi saja yang akan runsing. Kena tahu jadual dia dulu. Selalunya Fakeeh akan bagitahu dia perlu pakai apa. Aku tinggal ambilkan.

Hidup tak ubah macam hamba. Serius aku kata. Dah terbalik tahu tak? Aku ni yang tuan rumah kena layan segala kerenah Fakeeh. Malas nak gaduh, aku turutkan juga. Kalau sampai masa aku nak bangkang, memang berkelahi lagilah kami.

"Kenapa? Ada apa-apa ke?" Soalnya memandang aku.

Wajah aku pusing menghadap dinding. Beribu kali aku maklumkan pada Fakeeh supaya pakai baju dalam tandas, kedegilan dia menjadi-jadi makin hari. Syukurlah dia tak gila lagi nak keluar tandas dalam keadaan telanjang. Mimpi ngeri aku rasanya.

"Aku nak cakap."

"Tentang?"

"Tentang kita."

"Go on."

Nafas aku tarik dalam-dalam dan dilepaskan perlahan. Doa aku moga Fakeeh berlembut hati untuk turutkan permintaan aku.

"Sampai bila kita akan macam ni?"

"Macam ni macam mana?"

Aku berdecit. Haih, mula dah. Kesabaran aku ni bukannya tinggi sangat nak menghadap Fakeeh.

"Sampai bila kau nak simpan aku jadi isteri kau? Aku tak suka kita terus jadi macam ni. Aku nak bebas." Jujurku.

"Kau dah bebas, Arabella."

"Tak! Aku tak rasa aku bebas. Sekarang ni aku diibaratkan berada dalam cengkaman kau, tahu tak?" Bidasku sedikit geram. Sempat aku hentak buku lima ke tilam.

"Kau rasa terkongkong?"

"Ya, sangat!"

"Aku masih izinkan kau keluar untuk menuntut ilmu."

"Kau tak faham, Fakeeh."

"Enlighten me, then." Suara Fakeeh kedengaran tidak puas hati. Kepala aku hala ke arah Fakeeh. Dia sudah siap berpakaian. Duduk di hadapan aku bersila. Mata tajam memandang aku.

"Maksud aku, aku tak nak jadi isteri kau. Kita tak serasi, Fakeeh. Aku tak boleh nak penuhi semua permintaan kau. Dan kau sendiri pun tak pernah cuba nak bertoleransi dengan aku. Perkahwinan ni menyemakkan kepala aku tahu tak? Pagi, petang, siang, malam aku rasa macam nak tercabut kepala aku ni." Satu per satu aku sebut, menghamburkan rasa yang berlenggu di dada.

"Baru dua minggu kau dah mengalah?"

"Bukan soal mengalah ataupun tidak. Kau tengoklah sendiri. Kita berdua ni tak sebulu. Tak ada guna kita teruskan hidup kalau kita memang tak boleh nak sekepala. Faham tak?"

"Kau yang keraskan hati untuk terima aku, Ara."

"Kau tahu aku ada siapa, kan? Kau tahu siapa yang aku nak, kan?" Bidasku, sedikit tinggi nada.

"Lelaki tu?"

"Ya, lelaki tu!" Angkuh aku mengaku. Tak fikir jikalau tindakan sendiri membawa padah.

Sesaat Fakeeh lepaskan hela nafas yang terkumpul. Bibirnya rapat tertutup sebelum keningnya kian meruncing tajam.

"Aku tak suka nak bercakap soal lelaki lain dengan kau. Kau dah jadi isteri aku. Lupakan ajelah lelaki lain. Fokus kau seharusnya pada aku. Kalau kau tak mampu nak terima sekalipun, belajar menerima biarpun makan beribu tahun. Lebih baik mencintai yang halal iaitu aku dari mencintai yang haram."

"Tolonglah, Fakeeh. It doesn't work that way. Buang masa ajelah kalau akhirnya memang tak ada jodoh antara kita. Fakeeh, satu perkara yang kau kena tahu. Dalam dunia ni, tak semuanya milik kita. Kita kena lepaskan apa yang bukan milik kita walaupun kita sayang sangat dengan benda tu." Bersungguh-sungguh aku keluarkan hujah untuk menyakinkan Fakeeh tentang hala tuju kami.

"You're mine, Nuraisya Arabella. Mine!" Tekan Fakeeh di hujung pangkal ayatnya. Suaranya meninggi sedikit sambil mata sedikit pun tak beralih daripada menikam wajahku. Deru nafasnya kedengaran kasar, memancarkan rasa tercabar dalam diri itu.

Bicaraku terganggu seketika. Merenung ke wajahku, rasa gugup mula hadir. Segera aku alihkan pandangan.

"But I don't want to be yours."

"Tch!"

Fakeeh mula bangun. Kaki menapak beberapa tapak ke depan dan berpaling lalu menapak beberapa tapak ke belakang. Langkah yang sama berulang-ulang. Tangan sudah meraup rambut.

"Benda tu takkan terjadi. Kau paksalah macam mana pun, aku tak akan izinkan perkara tu berlaku. Kau akan tetap jadi isteri aku sampailah dunia ni kiamat."

"Tergamak kau nak seksa aku, Fakeeh? Kau tahu aku tak mampu sayang kau, kenapa kau perlu simpan aku lagi? Dekat luar sana ramai aje nak kahwin dengan kau. Pilihlah antara mereka." Semangat nak berpisah masih kental. Mahu Fakeeh setuju.

"Cukup soal perpisahan. Aku tak nak dengar, Ara. Daripada terus-menerus kau paksa aku, lebih baik aku tidur." Dia duduk semula ke katil sebelum baringkan tubuh. Ditarik seluruh selimut menakup tubuh sasanya.

"Fakeeh..." Aku tarik selimut tetapi tak berjaya. Kuat pegangan Fakeeh pada selimut itu. Keluhan melepas dari bibirku.

"Why not we make a deal?" Cadangku setelah jadi buntu.

"What deal?" Suara Fakeeh kedengaran dari dalam selimut.

"Aku bagi masa kau sebulan untuk buat aku terima perkahwinan ni. Bagaimana?"

Selimut tak bergerak. Dahi aku mula berkerut. Dia dah selamat tidur ke apa?

Baru nak kejut, selimut itu laju saja terbang lalu melibas ke wajah aku. Tak sempat tahan, rasa sakit menyinggah. Perit pada bebola mata yang tak sempat aku pejam. Kebas rasanya. Berkali-kali aku kelip mata meredakan rasa pedih.

"Maksud kau, aku kena buat kau jatuh cinta dalam masa satu bulan?"

Riak wajah Fakeeh tidak seperti tadi. Kali ini nampak lebih bercahaya, lebih ceria. Aku tak pasti kenapa dia nak gembira. Dari tadi aku suruh lepaskan aku, mendung aje muka.

Jatuh cinta? Dia ingat aku akan jatuh cinta pada dia ke?

"Sort of."

"Dalam satu bulan?" Tanya dia lagi dan sekali lagi aku angguk malas.

"Kalau tak berjaya?"

"Kita cerai."

Terus mati kata dia. Dahi bergerak-gerak hendak berkerut tetapi dia hela nafas perlahan. "Kalau bonda dengan ayahanda tahu ni, kau telah kecewakan dia Ara."

Terus aku berdengus. Sakit pula hati dengar ayat dia.

"Semua nak fikir kecewa orang. Kecewa aku siapa nak tanggung?"

"Okey, aku setuju." Fakeeh angkat dua tangan.

"Serius?" Mula rasa was-was hadir. Tadi punya beria dia tak nak, ini aku buat tawaran dia terima pula?

"Dengan syarat, aku pun nak letak deal aku."

"Shoot."

Dengan senang hati.

"Dalam masa sebulan juga, kau kena buktikan pada aku yang kau layak jadi the one and only Queen of Istania. Maksud aku, kena faham segala berkaitan Istania dan pentadbiran dia. Dan, aku akan letakkan juga ujian-ujian yang kau kena lepasi untuk diangkat sebagai ratu. Dalam konteks yang aku katakan, bukan sekadar tahu tentang negara tapi kau kena mahir dalam beberapa bidang juga. Contohnya, perang, ekonomi, politik dan banyak lagi." Bagai anak kecil Fakeeh menjelaskan. Penuh celoteh dia. Riak muka pun tak dapat kawal. Sekejap senyum, sekejap serius.

Aku yang mendengar mula jatuh rahang. Dia ni nak kenakan aku ke apa?

"Fakeeh, aku tak main-main tau." Tegurku geram.

"So do I. Ada berani?" Terus mood Fakeeh berubah serius. Siap senyum senget.

"Kalau aku berjaya, kau akan lepaskan aku?"

"Aku akan pastikan hanya kau seorang yang bakal diangkat sebagai ketua kerajaan Istania. Ratu tanpa raja." Matanya mengecil.

"Tapi banyak gila kau punya syarat. Aku bagi kau sikit aje tahu tak?" Wajahku mengeruh. Bahu jatuh.

"Take it or leave it. Kalau kau tak setuju, tawaran kau pun boleh pergi mampus!" Dia buat gaya menghalau sebelum kembali rebahkan diri. Mata terpejam.

Terkulat-kulat aku di situ. Kaki menendang cadar tilam. Bibir menyebek jatuh.

"Oh, nanti esok bagi aku bagi senarai yang kau perlu lepasi."

"Fakeeh, tolonglah longgarkan syarat tu!" Rayuku.

"Kau yang cabar aku satu bulan. Bagi aku, itu senang kacang. Tinggal kau sajalah yang kena selesaikan cabaran aku. Kalau aku berjaya lepasi cabaran kau, kita suami isteri sampai kiamat. Kalau dua-dua berjaya, maksudnya aku masih kekal jadi suami kau. Selamat malam, Ya Qalbi!" Senang hati dia senyum dalam mata terpejam, membiarkan aku jadi sesak dengan mainan aku sendiri. Terperangkap dalam usaha nak lepaskan diri.

Aku gigit bibir. Akal laju cuba mencari kebarangkalian cabaran kami sendiri.

Dalam satu bulan, aku boleh tak jatuh cinta dengan dia. Lagipun, dia suka buat aku rasa menyampah. Jadi nak benci tu senang aje. Jatuh cinta tu takkan pernah wujud.

Cuma...

Cabaran Fakeeh tu... Argh!

Mana aku tahu tentang Istania ni? Gila ke apa nak suruh aku belajar semua dalam masa sebulan? Boleh strok aku gamaknya! Itu mesti dia lagi sibukkan aku dengan belajar naik Subbah, memasak sampai menepati citarasa dia dan uruskan pakai, makan minum dia hinggakan masa aku terbatas untuk belajar perihal negara. Matilah aku!

Kalau begitu, awal-awal aku dah kalah!

Aku geleng kepala. Tak boleh, aku kena menang cabaran ni! Fakeeh tak boleh jadi suami aku. Untuk aku kembali bersama Ayaan, jalannya hanyalah bercerai.

Kalau aku gagal, terikat matilah ikatan aku dengan dia.

Tapikan... Kalau kami dua-dua gagal?

Fakeeh gagalkan buat aku jatuh cinta dengan dia dan aku gagal untuk faham tentang Istania. Apa akan jadi?

Kemenangan tetap berpihak pada Fakeeh.

Terus aku rasa nak meraung. Licik betullah mamat ni! Tak ada gunalah kalau dia gagal buat aku jatuh cinta kalau aku sendiri gagal untuk jadi ketua negara.

Bodoh, Ara. Bodoh!

Kan dah makan perangkap!

Nak tak nak, kau kena juga berjaya faham tentang Istania. Lepas semua senarai cabaran yang Fakeeh katakan itu. Saat itu, baru aku benar-benar bebas daripada Fakeeh.

Mengenangkan itu, mata mula jadi basah. Risau melanda seandainya aku gagal. Tolonglah, izinkan aku berpisah dengan Fakeeh!

Lambat-lambat aku padam lampu sebelum juga berbaring di sebelah Fakeeh. Membelakangi dia, aku tak mampu tidur. Termenung memikirkan nasib aku kelak. Berjaya ke aku? Berjaya ke? Huhu.

.

.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro