CHAPTER EIGHTEEN
KAFE yang hangat dengan bicara manusia menjadi pilihan Fakeeh untuk bawa aku makan tengah hari.
Menu di depan mata aku belek namun tak tahu nak pesan apa.
"Nak makan apa? Tak nak makan?"
Soalan Fakeeh aku biarkan berlalu. Menu ditutup. Bibir terjuih. Bahu dijongket.
"Apa yang sedap?" Tanya aku. Ruang kafe aku jelajah. Black and minimalist. Aku suka tema dia.
"Aku."
"Hah?" Tumpuan aku kembali pada Fakeeh dengan dahi penuh kerutan.
"Kau tanya apa yang sedap kan tadi?" Dia sunggih senyum senget.
"Merepek la." Aku kibas tangan. Mata kembali merayap ke seisi kafe. Tak besar pun kafe ni. Kecil tapi dua tingkat. Ada tangga yang menghubungkan tetapi aku dan Fakeeh memilih tingkat bawah saja. Dekat dengan tingkap besar. Tak adalah suram sangat.
"Tak betul ke?"
"Nonsense, Fakeeh." Jelingan diberi.
Lelaki itu hambur tawa. Dia bangkit sebelum berlalu. Tak tanya aku apa-apa tapi kelihatan dia menuju ke seorang lelaki. Mereka berlaga buku lima sebelum aku lihat lelaki itu terangguk-angguk faham.
Siapa mamat tu? Aku pun tak tahu. Tapi sedaplah mata nak memandang. Specky guy. Menariknya lelaki itu pandai bergaya. Rambut disikat rapi ke belakang. Apron di tubuh tersemat kemas. Kemeja yang disarung juga tak nampak kesan kedutan. Kaki tersarung sneakers.
Boleh tahan. Elok sikitlah dari mamat Ajad tu. Tapi tak boleh bezakan juga. Si Ajad tu jaga kuda, memanglah penampilan dia nampak selekeh sikit. Yang seorang ni kerja sektor perkhidmatan, kena jaga keterampilan. Baru orang datang.
Seketika aku geleng kepala. Dah kenapa aku nak fikir tentang kawan-kawan Fakeeh ni? Aku kan ada Ayaan. Cukuplah tu. Ayaan pun sedap mata memandang juga. Bonus pula dia baik dan penyayang. Juga memahami aku.
Bukan macam Fakeeh. Menyakitkan hati. Semua benda dia tak puas hati. Suka sangat aku ada darah tinggi.
"Menung apa?" Wajah Fakeeh muncul di hadapan. Aku tengok, lelaki tadi pun hilang juga.
"Siapa tadi tu?" Aku balas dengan soalan.
"Zuhair."
"Kau memang berkawan dengan rakyat marhaen aje ke? Tak ada kenalan kerabat?"
"Ada tu ada tapi tak serapat mereka bertiga."
"Tiga? Oh, ada lagi seorang la ni?"
"Ya, tapi dia dekat Lodi. Sambung medication. Kau tak sambung pula ke sana?"
"Malas. Aku tak nak berjauhan dengan bonda."
"Anak mak." Usik Fakeeh.
"Eleh, dia pun sama. Mengada tak nak makan masakan orang lain. Dah tu, kenapa kita makan dekat sini?" Aku jongket sebelah kening. Pelik juga kalau Fakeeh oder makan di kafe ini. Permaisuri Marwah tak ada nak masakkan untuk dia.
"Zuhair masih ada. Dulu waktu satu team dengan tiga ketul tu, Zuhair paling pandai masak. Jadi, selain ibunda, masakan Zuhair juga aku boleh telan. The next one will be your cooking."
"Tapi aku tak pandai masak. No joke." Aku segera serah diri. Mengaku daripada terkulat-kulat dekat dapur kelak.
"Jangan risau. Kau boleh belajar."
"Penatlah, Fakeeh. Pembelajaran dengan tok guru pun tak habis lagi." Keluhku. Tak sukalah kena paksa macam ni. Dari awal kahwin, mendesak sekali. Suruh buat itulau, inilah. Semuanya aku tak suka. Fakeeh pula tak pernah nak kisah hal aku.
Serius aku tak tipu. Fakeeh ni tegas campur degil. Aku pun degil sama. Itu yang selalu mencuka aje kalau menghadap Fakeeh.
"Okeylah, aku bagi pilihan. Antara kau masak dan aku izinkan kau belajar dengan Wahyu. Atau... Kau tak payah masak dan aku tak izinkan kau belajar dengan Wahyu lagi."
Dua-dua pilihannya buat mata aku terpisat-pisat. Dua-dua tak adil. Dua-dua tak memihak pada aku.
Terus aku berdengus. Malas nak layan Fakeeh, aku tongkat kepala merenung ke luar. Dada masih tebal dengan rasa menyirap. Kalau tak fikir dekat luar sekarang ni, memang tak habis sampai situ pergaduhan ni.
Susah betullah nak hidup dengan Fakeeh ni. Dia punya cerewet tu bikin kepala angin. Manja dan mengada. Budak kecil pun tahu nak berdikari sendiri.
"It's not hard, Ya Qalbi."
"The tough phase is to feed your satisfaction, Fakeeh." Bidasku geram. Bibir dikemam rapat. Mata dikecikkan sambil memanah ke wajah Fakeeh yang bersahaja.
"Aku yakin kau boleh memuaskan hati aku."
"Orang itu bukan aku."
"Laa, kenapa pula? Kau dah jadi isteri aku. Mestilah kau aje yang boleh puaskan aku."
"Pernah ke kau puas hati sepanjang kita kahwin ni? Tak pernah kan?" Aku golekkan bola mata ke atas lalu menggeleng kecil.
Perbalahan kami termati saat lelaki tadi yang aku rasa Zuhair membawa dulang berisi nasi dan lauk pauk serta dua gelas air. Berkali-kali aku pandang lelaki itu dengan dulang. Memang satu aje ke nasi tu?
"Khas untuk pengantin baru." Suara serak-serak basah itu mula kedengaran menyapa halwa telinga kami.
Hidung spontan tergugat dengan aroma yang memikat. Terus aku teguk liur. Semerta perut berkeroncong minta diisi.
Sudah hidang semua, Zuhair minta diri untuk berlalu pergi.
Aku pandang pinggan lalu pandang Fakeeh. Siapa punya ni? Aku ke dia? Kenapa dia tak oder dua?
"Aku makan apa?" Soalku.
Fakeeh tolak pinggan itu ke arah aku. Bibir terus melebar. Kiranya Fakeeh la yang tak nak makan. Cun!
Belum sempat aku nak jamah, tangan Fakeeh sekali ada dalam pinggan. Aku mendongak dengan penuh tanda tanya. Fakeeh selamba suap nasi ke dalam mulut usai membaca bismillah.
"Kau punya ke?"
"Tak. Kita punya." Fakeeh merapatkan tubuh kami. Penuh selera dia menjamu makan. Sedangkan aku masih terdiam.
"Makanlah, Ya Qalbi."
Aku masih belum puas hati. Kenapa pula dia tak nak oder dua? Dah pokai ke sebab harga kawan-kawan dengan si Ajad tadi? Aku berdengus kecil.
"Tak baik mengeluh depan rezeki."
"Kenapa kau tak oder dua? Kenapa oder satu? Kenapa kau nak makan atas pinggan aku? Kau dah papa kedana ke?" Bertali arus soalan aku tembak. Rasa tak puas hati masih belum surut hingga jawapan Fakeeh logik diterima akal.
"Nabi Muhammad berkasih dengan Saidatina Aisyah dengan makan dalam dulang yang sama tahu tak? Apa salahnya kita hidupkan sunnah nabi?"
"Tak nak makanlah." Terus aku seret satu gelas. Kalau bau sikit macam ada bau kopi. Untuk aku ke ni? Fakeeh minum air apa?
"Kalau kau tak nak makan, aku pun tak nak makanlah."
Fikiran aku tentang air tadi mati sebaik mendengar rajuk Fakeeh. Seriously?
Dahi aku mula berdenyut-denyut. Jemari naik memicit. "Boleh tak kau jangan nak mengada? Membazir la, Fakeeh."
"Kalau tak nak aku membazir, kau kenalah makan sama."
"Aku tak lapar."
Saat akal dan tubuh badan tak bergerak seiring, laju perut mula menafikan kata aku. Serentak itu darah merah menyerbu pipi. Melihat sengihan Fakeeh lagi aku rasa nak sembunyi bawah meja.
"Jangan ditahan-tahan makan. Nak aku suap ke macam mana?"
"Yelah, aku makan la ni. Kau jangan kacau aku makan."
"Tak kacau. Hanya nak makan sama. Orang kata kalau makan kongsi ni, rasa dia lagi nikmat."
Apa-apa ajelah. Terus aku mula makan. Sikit pun aku tak pandang Fakeeh. Sesekali jemari berlaga, aku segera alihkan. Dengan bisik-bisikan orang dekat sini, wajah aku jadi lagi merah.
"Tengok tu, sweet la mereka. Sama cantik, sama segak. Untung!"
"Ya Allah, aku pun rasa nak kahwin la kalau macam ni!"
Aku buat pekak telinga biarpun rasa panas ditiup ke wajah. Ah, apa yang kalian nampak tak sama dengan apa yang aku rasa.
"Ya Qalbi..." Meleret suara Fakeeh memanggil aku. Nak tak nak, aku berpaling.
Fakeeh sudah jongket kening sambil tangan disua ke arah aku. Bibir aku ketap.
"Ingat aku ni budak-budak ke nak suap-suap? Aku boleh makan sendirilah."
"Shh, tak baik menolak. Orang ramai perhati aje ni. Nanti apa pula orang kata? Kalau sampai dekat bonda macam mana?" Pandai dia manipulasi akal aku.
Dengan rasa sebu aku buka juga mulut. Mata meliar ke tempat lain, tak sudi nak pandang Fakeeh. Telinga tahan saja mendengar sorakan dari beberapa orang dalam kafe. Bila dah masuk makan, laju aku gigit jari Fakeeh.
"Auch, Ya Qalbi sakitlah. Kalau ya pun nak gigit, nantilah dekat bilik." Galak dia mengusik. Boleh pula dia sambung makan dengan gembiranya.
Di bawah meja aku kepal buku lima. Setiap sel tisu di wajah aku terasa menegang dek bengang. Nafas yang kasar aku jujut perlahan dan lepaskan.
Sabar Ara, perjalanan kau masih panjang. Jangan bagi Fakeeh muka untuk jatuhkan kau. Kau kena bangkit. Lawan semua.
"Lepas ni kita balikkan?"
"Ada nak pergi mana-mana ke?" Soalan aku dibalas dengan soalan lain.
Aku jongket bahu. Manalah aku tahu tempat yang menarik dekat Alka ni. Fakeeh pun satu. Kalau tanya berkenaan Istania bolehlah aku jawab.
Tapikan aku ada satu soalan nak tanya dekat Fakeeh.
"Fakeeh."
"Yes, Ya Qalbi?" Lembut dia balas panggilan aku. Tak habis-habis lagi dengan Ya Qalbi. Kadang-kadang aku tak faham kenapa dia bahasakan aku sebagai Ya Qalbi. Sedangkan kami berjumpa pun sekali dua sebelum disatukan, masakan dia sudah cintakan aku?
Ah, apa-apa sajalah.
"Kau tahukan yang 900 ribu dirham tu lagi mahal dari 850 ribu dirham?" Aku sebut perkataan tu satu-satu. Manalah tahu Fakeeh ni nampak aje pandai tapi tak reti kira-kira.
"Mestilah tahu."
Oh. Dia tahu. Jadinya...
"Kenapa kau setuju nak bayar 900 ribu dirham berbanding 850 ribu dirham? Kan lagi jimat 850 ribu dirham? Aku tahulah keluarga kau boleh tanggung harga tu tapi tak salahkan kita berjimat-cermat? Banyak lagi benda kita boleh buat dengan duit tu."
Lelaki di hadapan aku ni melebarkan senyuman sebelum matanya dipakukan ke wajahku. "Kau fikir aku ni bodoh matematik ke?"
Tersentap hati aku mendengar sindiran dia. Aku selambakan wajah sebelum mengiyakan. "Ya."
Tak tahu celah mana lawaknya tetapi Fakeeh sudah hamburkan tawa. "Kau ni kadang-kadang kelakar juga ya?"
Eh?
"Ya Qalbi... salah ke kalau aku nak bayar lebih?"
"Memanglah tak salah tapi..." Aku mengeluh. Macam mana nak jelaskan ya?
"Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa support bisnes kawan dia yang lain. Kalaulah kau anggap Ajad akan bagi harga lagi murah pada aku semata-mata aku ni kawan dia, percayalah mesti ramai yang nak berkawan dengan Ajad tu. Sebab apa? Dapat beli kuda dengan harga murah. Siapa aje tak nak?"
"Walau bagaimanapun, kami tak macam tu. Kami dah biasa bayar harga lagi tinggi daripada harga biasa. Tanda sokongan pada mereka. Bukan setakat Ajad, si Zuhair ni pun sama juga. Segala urusan jual beli, kami lebihkan. Itu cara kami hargai mereka." Ulas Fakeeh atas tindakan dia.
"Tapi melampau sangat 50 ribu dirham tu." gerutuku, masih tak puas hati.
"Bersedekah takkan jadikan kita lebih miskin. Sebaliknya tanda kita bersyukur dengan kurniaan dan rezeki daripada Tuhan." Penuh santai Fakeeh memberi ulasan. Sudah itu dia bersihkan tangan dan menyicip air yang terhidang.
"Ya Qalbi, bila kita buat baik niatlah kerana Allah. Sesudah itu, janganlah mengungkit semula. Tak baik. Seolah-olah kita tak ikhlas dengan perbuatan itu. Aku ikhlas lebihkan 50 ribu dirham pada Ajad. Kau tak perlu pelik ataupun rasa tak puas hati. Hari ni kita buka ruang untuk rezeki orang, esok lusa Tuhan lapangkan rezeki kita pula." sambung Fakeeh lagi.
Kebisuan aku mematikan perbualan kami. Sedikit-sebanyak aku mulai faham. Senyum tipis aku tayang. Rasa senang menyapa melihat persahabatan Fakeeh ini. Dia tak kisah pun berkawan dengan golongan lain dan tak luak berhabis duit untuk mereka. Itu satu sisi baik Fakeeh yang aku kagumi.
.
.
.
Huzair tu single. Sesiapa nak boleh cop dulu 😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro