CHAPTER 60
KATA Fakeeh harini kita pulang semula ke Istania.
Saat bersalaman dengan keluarga Fakeeh, Taheem juga ada. Dia hanya bereaksi selamba seperti tiada apa yang berlaku.
Fakeeh masih tetap salam Taheem. Aku tak tahulah apa dia bisikkan tapi wajah Taheem nampak berubah. Dia jeling Fakeeh tanpa kata.
Sudah itu Fakeeh menghampiri Permaisuri Marwah. Bersalaman lalu mendakap tubuh tua itu penuh erat. Mata sudah terpejam, memercikkan air mata yang terbina.
"Terima kasih ibunda jaga Fakeeh hingga ke hari ni. Tanpa ibunda, Fakeeh takkan hidup. Tanpa ibunda Fakeeh takkan dapat rasa kasih sayang Allah." Terhinggut-hinggut bahu Fakeeh diiringi tangisan jantannya. Menzahirkan rasa syukur atas kurniaan ibu sebaik Permaisuri Marwah.
Aku yang turut menyaksikan mengelap birai mata. Sebak!
"Fakeeh tetap anak ibunda walau apa pun yang terjadi."
Lepas pelukan, ibunda hulur satu kertas. Wajah Fakeeh berkerut-kerut. Juga dahi aku. Mata memerhati kertas yang dibuka oleh Fakeeh.
Faheem Al-Nasaai.
Fadhwa Nursakeena.
Kami memandang Permaisuri Marwah serentak, menginginkan jawapan.
"Daripada walid. Cadangan nama untuk anak kamu berdua." Dua tangan Permaisuri Marwah naik mengusap bahu kami. Wajahnya dihiasi senyuman.
Aku melihat air muka Fakeeh. Tak senyum tetapi matanya basah lagi.
"Terima kasih ibunda. Terima kasih... walid." Perlahan namun sampai ke cuping telinga aku.
Usai itu kami terus masuk ke dalam gerabak. Menanti masa untuk pulang. Sebelum jalan, aku perasan wajah Taheem tu mendung dan ada air mata yang tumpah. Eh, lelaki tu menangis?
Sebaik bergeraknya kami, aku terus tanya Fakeeh.
"Apa Ya Rohi cakap pada Abang Taheem?"
"Hmm? Kenapa nak tahu?"
"Ala, tak boleh tahu ke?"
"Man's talk."
"Kedekut." Terus aku tarik muka. Termuncunglah bibir ni. Pandangan aku buang ke luar. Baru beberapa hari berbaik dah mula masam muka balik.
"Ya Qalbi, Ya Rohi hanya berterima kasih pada Taheem."
"Kenapa?"
Fakeeh senyum kecil. "Sebabkan Taheem, semuanya dah selesai sekarang. Ya Qalbi dah tahu tentang silam Ya Rohi yang Ya Rohi takut sangat nak jelaskan. Dan disebabkan kebencian Taheem juga memaksa Ya Rohi untuk berusaha lebih keras mencari redha Allah. Mungkin kalau tiada walid dan Taheem, Ya Rohi akan tetap jadi manusia yang tak percaya Tuhan."
Kata-kata Fakeeh itu menyentuh perasaan aku. Wallahi, Fakeeh sudah menjadi seorang lelaki yang terbentuk mulia peribadinya.
Orang benci macam tu sekali pun dia boleh berterima kasih lagi. Kalau aku, ada yang kena gayang.
"I'm so proud of you, Ya Rohi."
"Masih banyak yang Ya Rohi perlu belajar, Ya Qalbi." Dia merendah diri.
Memang banyak lagi yang harus kita belajar kerana kita manusia yang tak akan pernah lari dari kesilapan. Kita juga manusia yang tidak pernah sempurna.
Untuk kali ini aku mahu belajar daripada Fakeeh.
Penerimaan dia pada takdir dan kesabaran yang dia bina itu sangat aku kagumi. Bagaimana agaknya dia menanggung selama hidup 27 tahun di atas muka bumi ini?
.
.
AKU labuhkan kepala ke riba Fakeeh saat tubuh tiba-tiba rasa penat. Lenguh belakang tubuh aku membawa anak aku yang semakin membesar. Meniti masa sahaja untuk melahirkan. Sejujurnya aku takut. Namun dengan adanya Fakeeh di samping aku, aku tidaklah begitu getar. Aku yakin Fakeeh akan jadi seorang ayah yang sangat baik.
"Wanginya Ya Rohi." kataku sebaik membawa telinga ke perutnya.
"Aik? Wangi pula? Awal-awal dulu punyalah busuk sampai tak bagi tidur atas katil selagi tak mandi."
Ketawa aku mendengar perlian dia. Terhibur. Nak buat macam mana? Dah anak yang sensitif sangat. Maknya tukang pengantara aje.
"Dulu lain. Sekarang lain."
"Apa-apa ajelah untuk Ya Qalbi ni." Dia cuit hidung aku lalu tersenyum bahagia.
Lama kami diam sebelum Fakeeh mengutuskan untuk membuka mulut.
"Ya Qalbi... nanti lepas Ya Qalbi dah bersalin dan anak kita dah besar sikit, kita buat umrah ya?"
Mendelik mata aku memandang Fakeeh.
Umrah?
Terus mata aku berair. Dah lama aku teringin tetapi tiada waktu yang mengizinkan. Dulu aku sibuk dengan pengajian aku. Sekarang pula dengan tugas sebagai tabib. Sampai aku hampir terlupa hajat aku untuk ke tanah suci.
Tak sangka, Fakeeh mengajak aku. Semestinya aku tidak menolak.
Aku rasa untuk ke tanah suci itu impian semua muslim.
"Ya Rohi bersyukur Allah masihkan pinjam Ya Qalbi untuk Ya Rohi." luahnya secara tiba-tiba.
"Hmm?"
"Ya Rohi terkenang semula semua yang terjadi. Rasa macam tak percaya Ya Qalbi masih mahukan Ya Rohi."
"Of course I want you. Kan Ara dah cakap. Tiada orang boleh jadi suami Ara selain lelaki bernama Fakeeh Al-Attar. Noktah. Tiada dakwa-dakwi."
"Ya Rohi beruntung memiliki wanita seperti Ya Qalbi." Ubun-ubun aku diusap. Sebelah tangan pula mengusap kandungan aku.
"Ara yang lebih beruntung memiliki Ya Rohi. You're the best husband ever! Walaupun kisah cinta kita tak seindah pasangan lain, Ara bersyukur masih bersama dengan Ya Rohi. Ya Rohi ajar Ara banyak perkara. Terima kasih."
Tangan Fakeeh di kepala aku capai dan kucup.
"Terima kasih juga Ya Qalbi kerana izinkan Ya Rohi merasa nikmat bekerluarga. Sejujurnya Ya Rohi takut sangat saat rahsia Ya Rohi terbongkar. Ya Rohi tak sempurna sebagai seorang Islam tapi Ya Rohi masih berkeinginan memiliki Ya Qalbi."
Dari bawah ini aku perasan matanya berair lagi. Sedaya upaya dia larikan pandangan, mendongak supaya air mata tak tumpah tapi dia tak boleh tipu aku lagi. Aku dah boleh tahu bila masa Fakeeh akan dilanda emosi. Saat kisah silamnya disentuh. Satu perkara itu mampu membuat Fakeeh tersungkur.
Sejak kebelakangan ini, mudah sangat Fakeeh beremosi. Hinggakan dalam solat, tak putus air mata dia biarpun aku di belakang menjadi makmum.
Tangisan dia terlalu ikhlas. Aku juga jadi terusik.
Begitu dalam rasa cintanya buat agama. Mampu menangis tanpa segan-silu.
Cemburunya pula aku rasa. Aku juga tidak mampu jadi seperti Fakeeh. Sepenuh jiwa dan raganya diberi buat agama. Sedangkan aku, cepat sangat marahkan takdir.
Fakeeh...
"Ya Rohi dah bertaubat. Ya Rohi dah insaf. Tak bererti Ya Rohi tak layak terima segala kebaikan di atas dunia ini. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sebab Allah sayangkan Ya Rohi, dia beri Ara kepada Ya Rohi. Dan kerana itu Allah kurniakan anak ini kepada kita."
"I was blessed... with so much things. Benar kata Allah dalam surah Ar-Rahman ayat 13; Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Betul kata gadis tu. Semua yang tertulis dalam Al-Quran itu nyata-nyata belaka."
Semerta aku senyum saat dia sebut perkataan gadis itu. Mengenangkan aku salah satu punca dia kembali kepada Islam, tiada rasa lain yang aku panjatkan selain bersyukur.
"Assalamualaikum Tuanku Raja Fakeeh dan Tuanku Permaisuri Arabella. Maafkan patik kerana menganggu waktu senang tuanku bersama isteri." Ahmad muncul berdiri tidak jauh daripada aku dan Fakeeh.
"Kenapa Ahmad?"
"Huzaifah hadir untuk menghadap tuanku."
"Oh, yeke? Kejap beta ke sana."
Ahmad menunduk hormat.
Fakeeh kembali memandang aku. "Ya Qalbi, kejap ya. Nanti Ya Rohi minta Janna dengan Asiyah temankan Ya Qalbi."
Perlahan-lahan aku duduk dibantu Fakeeh. Perut diusap. "Kenapa Huzaifah cari Ya Rohi?"
Fakeeh jongket bahu. "Adalah tu sesuatu. Kejap ya Ya Qalbi. Nanti kalau penat, masuklah dalam. Lepas jumpa Huzaifah, Ya Rohi masakkan makan malam ya?"
Belakang kepala aku ditarik lalu dilabuhkan kucupan kudus di dahi. Aku hanya mengangguk.
Mata menyoroti tubuh Fakeeh yang hilang bersama Fakeeh ke dalam. Seketika aku hela nafas perlahan.
Mengenangkan semua yang sudah aku lalui bersama Fakeeh buat aku sedar, dalam kesempurnaan yang kita nampak terselit ketidaksempurnaan yang terlindung. Nampak tak betapa Allah menjaga aib kita semua begitu rapi?
Maka, tak perlu pun kita nak mencanang. Kalau itu boleh merosakkan hubungan sesama kita, ada baiknya kita tutup saja mulut ni.
Adakah kita perasan, bilamana kita asyik berkata tentang aib orang, aib kita sendiri hakikatnya sedang bocor?
Sebab tu pepatah melayu kata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.
Namun aku sebagai orang baru kepada keluarga Fakeeh tidak mahu cakap lebih. Biarlah mereka yang selesaikan sesama mereka. Aku cuma boleh hormat dan sokong segala tindakan yang betul. Yang paling utama, menjadi penyejuk kepada Fakeeh yang sering kali disogok dengan kisah-kisah lamanya.
Bunyi derap kaki di belakang aku membuat aku tersenyum kerana aku dilindungi tubuh seseorang daripada terdedah dengan cahaya matahari. Ni mesti Janna dengan Asiyah.
"Janganlah berdiri. Duduk sama-sama. Tak syok la kalau Janna dengan Asiyah berdiri, Ara seorang duduk."
Baru aku nak menoleh, terasa sesuatu keras menyucuk perut menyebabkan pergerakanku terbatas. Aduh, nak beranak ke? Tapi tak ada pula rasa perit di bahagian ari-ari.
Aku sentuh perut. Mengagau sedikit sebelum aku perasan tangan aku berdarah.
D-Darah?
Tunduk kepala, muka aku memucat.
Ya Allah...
Pisau!
"Ya Rohi!" jeritku.
Rasa panik mula menerjah masuk. Seluruh inci wajah mula berpeluh. Nafas sudah tidak seiring.
Siapa buat?
Aku toleh, kelihatan seseorang yang aku tak dapat nak cam. Tubuhnya berbungkus baju serba hitam. Dari atas ke bawah. Kufiya membalut wajahnya hingga menampakkan dua bola mata yang sudah membuntang dan merah.
"To... tolong!"
Sekonyong-konyong, figura itu berlutut sebelum dia tarik wajah aku. Dipaksa aku membuka mulut sebelum diikat mulut aku. Aku cuba untuk melawan tapi kesakitan yang menyucuk serata perut aku membataskan aku. Dalam hati aku sekarang hanya fikirkan kandungan aku aje.
Usai dia ikat mulut aku, memang aku dah tak boleh nak bersuara. Tak dan aku nak bangun, dia tarik balik pisau itu menyebabkan sakit itu makin menjadi-jadi. Keringat peluh semakin membasahi tubuh aku. Hidung mula tidak tahan dek bau hanyir darah.
Ya Allah... sakit...
Siapa manusia ni? Apa yang dia mahukan daripada aku?
Sepasang mata itu nampak menggeletar tetapi tetap juga dia pegang erat pisau sebelum dibenamkan lagi ke perut aku.
"Grargh!"
Tak terluah!
Dicabut balik pisau itu sebelum dia simpan di balik bajunya. Manusia itu memandang sekeliling sebelum membuka larian, meninggalkan aku sendirian dengan rasa sakit yang tak bertepian ini.
Ya Allah, selamatkanlah aku... selamatkan kandungan aku!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro