
CHAPTER 59
FAKEEH termenung jauh. Sejak bangun tadi, dia tak kata apa. Hanya keluar dan bertenggek di dahan pokok. Merenung ke langit petang tanpa sebarang kata.
Boleh aku kata hampir sejam dia begitu. Tak tahu apa yang difikirnya cuma aku harap dia tak buat perkara bukan-bukan.
"Fakeeh..." Panggilku seraya mendekati dia. Turut duduk dengan dia walaupun dipisahkan dengan kayu pokok. Aku duduk di papan rumah sedangkan Fakeeh di dahan pokok.
"Ara, hm... Baliklah. Nanti ibunda risau."
"Fakeeh tak nak balik?"
Dia senyum tipis seraya menggeleng.
"Ara pun tak akan balik kalau Fakeeh tak balik."
Wajah Fakeeh sugul. Dia menunduk. "Kenapa?"
"Kenapa ya? Mestilah sebab Ara ni isteri Fakeeh. Seorang isteri tempatnya hanyalah di sisi seorang suami."
"Fakeeh bukan suami yang baik." Ujarnya kemudian.
"Pada Fakeeh. Pada Ara, Fakeeh lebih dari segalanya. Terlebih baik sejujurnya."
Suasana bisu kembali mendominasi.
Seketika Fakeeh mengeluh. "Rumah ni hadiah daripada ibunda."
Dahi aku berkerut tapi tidak menyoal lebih. Mungkin ada lagi yang hendak diluahnya.
"Istana Alka ibarat penjara. Ibunda upah orang binakan rumah ni supaya Fakeeh boleh rasa selamat hidup di Alka. Setiap kali walid menggila, ke sini juga Fakeeh akan lari."
Bersandar ke batang pokok, mata Fakeeh berkaca-kaca.
"Fakeeh mengaku pernah silap dalam berkawan. Mereka semua daripada Anaria dan juga Sulnayah. Waktu tu Fakeeh tak tahu pun ajaran mereka tu sesat. Day by day, mereka tunjukkan keseronokan dan kuasa sampai mereka hasut dan pengaruh Fakeeh. Mereka juga... Tak percaya Tuhan."
"Ibunda satu-satunya manusia yang terima Fakeeh di saat semua orang sangat bencikan orang murtad seperti Fakeeh. Tiada satu kali pun ibunda tunjuk kebencian dia. Bila walid tak izin orang beri makan pada Fakeeh, ibunda yang selalu masak untuk Fakeeh. Sebab tu Fakeeh tak boleh kalau tak makan makanan daripada ibunda. Bila orang lain masak, semuanya rasa... Haram. Walid ugut sesiapa yang tolong Fakeeh akan dihukum bunuh kerana beranggapan orang yang bersubahat dengan Fakeeh sama fakir. Hukuman hudud untuk seseorang yang mengisytiharkan dirinya keluar dari agama Islam waktu tu adalah bunuh. Ugutan itu berjaya buat orang lain turut benci Fakeeh. Kecuali ibunda. Ibunda tak takut dengan ugutan tu. Dia layan Fakeeh sama macam anak-anak dia yang lain. Sampai Fakeeh tak tahu itu adalah ibunda atau bidadari dari syurga. Ibunda terlalu... Baik dengan Fakeeh." Gugur air mata Fakeeh.
"Sampai Fakeeh tak faham kenapa ibunda masih mempertahankan Fakeeh sebegitu sekali?"
"Berterima kasih kepada dia, Fakeeh nampak apa sebenarnya yang Fakeeh selalu buta. Tiap kali sebelum Fakeeh lari, ibunda akan doa dekat dengan Fakeeh sebelum cium dahi Fakeeh. Doa ibunda serupa setiap hari. 'Ya Allah, kau lindungilah anak aku ini dan tunjukkan hikmah kepadanya atas segala perlindungan yang kau berikan. Tunjukkan pada anak aku ini bahawa Kau yang berkuasa di alam ini dan tiada sesiapa mampu mengingkar segala percaturan Kau'. Dan doa tu tak pernah sekali pun gagal untuk lindungi Fakeeh biarpun..." Jemarinya naik ke dahi sendiri. Mungkin terkenang saat dahi itu mendapat kucupan kasih sayang seorang ibu.
Dada Fakeeh berombak kencang.
"Biarpun Fakeeh pernah dilemaskan oleh orang ramai. It was a miracle that I still breathing... Walaupun berpuluh minit lama mereka lemaskan Fakeeh."
Fakeeh teresak.
"Sampai ayahanda yang bantu Fakeeh daripada perbuatan orang ramai itu lalu bawa Fakeeh tinggal dengan dia."
Kali ini telinga aku berdesing. Ayahanda?
"Di Istania, semua orang baik sangat. Walaupun tiap kali mereka ajak solat dan Fakeeh cakap Fakeeh tak percaya Allah itu wujud, tidak terbias pun perasaan benci di wajah mereka. Mereka siap cakap Saidina Umar Al-Khattab dahulu bermati-matian bencikan Islam juga boleh jatuh cinta dengan Islam, kenapa tidak dengan budak yang baru berusia 14 tahun ni?"
"Until that one little girl helped me. Dia ajar Fakeeh segalanya. Dia akan tunjuk segala apa yang diperkatakan oleh Allah dalam Al-Quran itu terbukti. Dua bulan lebih dia tak jemu berceloteh itu ini dan mengajak Fakeeh mengaji di depan ayahanda. Everything was beautiful that time until I cried silently. Bacaan gadis itu merdu sangat sampai Fakeeh terngadah untuk tahan air mata gugur. To be honest, bacaan gadis itu terlalu tenang sampaikan hati Fakeeh boleh terusik. Anehnya sebab Fakeeh sendiri tak tahu dan tak faham maksud ayat yang gadis tu baca."
"Ayahanda ada cakap, 'Allah akan uji kita dengan perkara yang kita sayang'. Semua itu betul. Fakeeh terlalu bangga dengan diri sendiri, dengan segala pencapaian diri Fakeeh. Hinggakan apabila Fakeeh pilih untuk tidak percayakan Tuhan, diri Fakeeh yang diuji. Keimanan diuji. Nyawa diuji. Sampaikan Fakeeh hampir dibunuh berkali-kali, Allah masih beri izin untuk bernyawa hinggakan Allah pertemukan Fakeeh dengan keluarga ayahanda. Yang mengajar siang malam pagi petang walaupun Fakeeh tak mahu mendengarnya. Tapi pendekatan yang ayahanda guna sangat berbeza dengan walid. Ayahanda sama macam ibunda."
"Tiap-tiap kali solat ayahanda akan panggil Fakeeh yang hanya melihat orang lain solat. Dia akan pegang ubun Fakeeh lalu dibacakan doa. Sampai hati yang keras boleh lembut. Sampai jiwa yang memberontak boleh nangis macam anak kecil."
"Berkat doa ayahanda, berkat doa ibunda dan berkat gadis kecil itu sendiri yang akhirnya membuka hati Fakeeh untuk percaya Tuhan itu wujud."
Fakeeh akhiri kisahnya dengan senyuman kecil. Dia menoleh ke arah aku sebentar sebelum kembali memandang pemandangan yang terbentang.
"If anything makes you curious, ask away."
Aku kemam bibir. Kan bagus dari awal aku begini. Beri ruang untuk dia menjelaskan asbab diri dahulu. Bukan serang melulu.
"Siapa gadis tu?"
Kali ini Fakeeh ketawa kecil. Dia renung aku biarpun mata dah merah sangat.
"Who do you think it was? It was you. I told you before, you are my light. Thanks to you, I'm back to what I should be."
Aku terkelu.
Akal kembali memutar memori. Kalau Fakeeh kata pada waktu itu usianya 14 tahun, jadi aku pada waktu itu adalah... 9 tahun.
Aku boleh mula baca Al-Quran usai usia 8 tahun. Itu aku ingat cuma memori tentang Fakeeh, di mana aku letak?
"Genap setahun Fakeeh kembali ke Alka dan perbaiki semuanya. Waktu tu Fakeeh dah sedia untuk perbetulkan semua. Orang yang Fakeeh jumpa dulu mestilah ibunda. Seperti sebelum ini, ibunda tak pernah menolak Fakeeh. Dia terima Fakeeh seadanya buatkan Fakeeh rasa gagal sebagai anak dia. Fakeeh anak yang suka menyusahkan orang tua dia hingga mereka kecewa dengan Fakeeh yang pilih membelakangi Tuhan."
"Kalau diberi peluang untuk undur waktu, Fakeeh rasa itu satu-satunya yang Fakeeh nak baiki. Untuk tidak bertindak sedemikian lupa dan memilih berpaling dari Tuhan. Kalaulah orang tahu berapa lama Fakeeh pendam rasa kecewa dengan diri sendiri ni..." Dia tepuk dada.
"Fakeeh tahu Fakeeh bukan hamba yang baik. Fakeeh menafikan Tuhan Maha Esa tapi... tak salahkan Fakeeh kembali pada Tuhan? Tak salahkan Fakeeh belajar mengenali dia semula? Kan, Ara? Atau... Fakeeh masih salah?"
Aku geleng perlahan.
Tak salah...
Usia bukan pengukur untuk belajar agama.
Padahal ramai para sahabat sudah dewasa baru mengenali Allah.
Yang salahnya bilamana kita menghukum orang yang hendak mengenal Tuhan. Persis aku... yang tahu menuduh dan mencemuh biarpun itu semua hanyalah kisah lama Fakeeh yang tak ingin dia ingat semula.
"Ara minta maaf... Ara tak patut hukum Fakeeh sesuka hati."
"Kadang-kadang Fakeeh rasa bersalah mengahwini Ara. Iman Ara sempurna sebagai seorang muslim sedangkan Fakeeh..."
"Tak, Fakeeh. Ara juga hamba Allah yang banyak kurang. Ara hukum Fakeeh sesuka hati sedangkan itu semua kerja Allah. Dia saja yang tahu sama ada kita akan dijemput ke syurga atau dihumban ke neraka. Ara minta maaf. Sebagai seorang isteri, Ara gagal to be your comfort place."
"Ara..." panggil Fakeeh.
"Ya?"
"Janji dengan Fakeeh, jangan benci anak tu. Dia tak salah. Dia masih boleh dibentuk menjadi manusia yang mengabdikan diri pada Allah SWT."
Permintaan Fakeeh yang satu itu buat aku rasa hiba. Dia tak percaya ke aku cakap aku sayang dia? Atau semua yang berlaku masih meragukan dia?
"You will be a great father to this child."
Perut aku usap.
"Am I? Fakeeh sendiri gagal sebagai seorang muslim. Layak lagi ke hendak menjadi seorang ayah yang mendidik anaknya serba-serbi tentang Islam?"
"Fakeeh masih ada Ara, kan. Kita boleh didik sama-sama. Ara salah, Fakeeh betulkan. Fakeeh salah, Ara betulkan. Tak boleh ke macam tu?" Tangisan aku mula bergema. Suasana sayu ini melemaskan aku.
"Ara masih nak Fakeeh sebagai seorang suami ke?"
"Ya, Fakeeh! Tak ada orang lain boleh jadi suami Ara selain Fakeeh Al-Attar! Hanya lelaki bernama Fakeeh Al-Attar saja yang berhak jadi syurga Ara okey? Cukup, Fakeeh. Sekali kita berkahwin, perkahwinan ini akan kekal sampai kita berdua mati. Fakeeh sendiri cakap cinta itu suci yang hadirnya dari Allah. Wallahi, Ara sayang dan cintakan Fakeeh. Okey? Jangan tanya lagi. Ara cuma nak jadi hak milik Fakeeh. Titik!" Tegasku. Kalau boleh aku seberang pokok ni dah lama aku seberang. Tapi keadaan aku yang hamil membataskan pergerakan aku. Dan Fakeeh pula masih begitu buat aku rasa nak meraung.
Aku mengaku aku salah.
Janganlah sedih begitu lama.
Aku rindu Fakeeh aku.
"Fakeeh pun sayangkan Ara. Sejak gadis itu berusia 9 tahun lagi."
Tak betah aku berbalas pandangan dengan Fakeeh, aku menunduk.
Sejak aku 9 tahun? Lama betul.
"Ingat lagi pertemuan pertama kita? Ara pernah tanya kalau Fakeeh ada orang yang Fakeeh sayang. Dan orang itu adalah Ara sebenarnya. Tiada istilah perempuan lain dalam hati Fakeeh."
Fakeeh mula bangkit. Kembali bergayut pada satu dahan kayu sebelum menghayun tubuh ke rumahnya. Dia ambil tempat di sebelah aku.
"Can we rewrite our story again?"
Tak perlu fikir aku sudah menggeleng. Terus keruh wajah Fakeeh. Belum sempat dia nak bangun aku dah tarik tangan dia.
"Kita takkan mampu padam masa silam kita tapi... kita boleh rancang masa depan kita. Biarlah apa yang dah jadi di waktu lalu kita. Semua itu adalah perjalanan penghijrahan kita yang menjadikan kita lebih baik berbanding waktu dahulu. Sekarang ni, kita cuma perlu teruskan kehidupan. Terus maju ke hadapan. Kali ni dengan orang baru." Aku bawa tangan Fakeeh ke perut aku, mengingatkan seorang lagi yang ada di antara kami.
Bibir Fakeeh mengoyak senyum. "Fakeeh janji akan ajar dia agama yang sebenar dan takkan ada yang akan ikut silam Fakeeh lagi."
Tak banyak yang mampu aku katakan.
Kerana aku juga pernah bersangka buruk pada Tuhan di saat apa yang aku mahukan seakan bertentangan. Namun, takdir yang Allah beri hanyalah untuk kebaikan hamba-hambaNya. Mendekatkan lagi hamba dengan pencipta Maha Esa.
Takdir Allah itu indah persis pelangi di awangan. Pelangi muncul di setelah hujan menghentam bumi. Persis hikmah Allah yang kelihatan selepas peritnya dugaan.
"Dan inshaAllah, Ara akan sentiasa ada dengan Fakeeh. Ara juga minta maaf. Ara bukan isteri yang menyenangkan suami."
"Ara lebih daripada segalanya. You're my Qalbi, remember?"
"Dan Fakeeh itu my Rohi."
"I love you, Nuraisya Arabella. Really loves you. To make you my wife is my dream when I came back to Islam. Thanks Allah for this chance."
Matanya terpancar kejujuran.
Ya Allah, aku cinta dia.
.
.
.
A few more chapters to go! Let's do this!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro