Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 58

Kepada admin tt yang sudi buat vid gempak2, nah untuk kamu.

.

.

MALAM tadi Fakeeh tidak tidur di bilik. Aku seorang diri monopoli katil. Di mana dia tidur, aku tidak punya idea.

Subuh pagi itu diimamkan Taheem. Fakeeh masih tidak nampak bayang.

Waktu makan sarapan juga tiada.

Semerta aku disapa kerisauan. Mana pula dia pergi?

Aku putuskan hendak bertanya pada adik-adik Fakeeh.

"Leena!" Seruku sebaik terserempak dengan adik kandung Fakeeh yang seorang ini.

Gadis montel itu terkebil-kebil memandang aku sebelum tersenyum. "Kak Ara cari Leena ke? Maaf, tadi Leena bantu agihkan makanan dekat dewan."

"Er... Leena ada nampak Abang Fakeeh?"

Diam lalu menggeleng. "Dari Subuh Leena tak nampak."

"Oh, tak apalah. Terima kasih, Leena."

Aku mengeluh. Ke mana perginya Fakeeh? Adik dia pun tak nampak dia sedari Subuh.

Jalan serata istana, aku cari Fakeeh. Mana tahu kot-kot terjumpa di antara banyak-banyak ruang ini? Namun setelah aku jelajah seisi istana, memang tiada. Orang yang aku lalu lalang jenuh aku tanya, semua cakap tak nampak. Naik hairan aku.

Lelaki aku ni pergi mana?

Aku tenangkan diri sekejap.

Dia merajuk ke sebab semalam?

Tiba-tiba aku rasa nak gelakkan diri.

Kau dah tuduh dia macam-macam, kau harap dia terima kau semula macam tu aje ke Ara oi?

Perut rasa sebu. Berdosa rasanya mengenangkan emosi aku yang tak betul. Habis semua ayat aku menikam hati Fakeeh hingga dia berjauh hati.

Dan tangisan Fakeeh malam tadi... Sangat menyayat hati aku.

Ya Allah Ara! Apa kena dengan kau ni?

"Ara? Ara!"

Aku jadi terpinga-pinga. Mata terus menangkap susuk Permaisuri Marwah yang sibuk melambai di depan mata aku.

"Eh, ibunda. Maaf, Ara mengelamun pula." Tersipu-sipu aku jadinya. Buat-buat betulkan kain baju supaya tidak gugup.

"Ara buat apa dekat sini?" Bangku di sebelah Permaisuri Marwah labuhkan duduk.

"Erm..." Mahu jujur, rasanya ibunda pun dah tahu kes aku dengan Fakeeh.

"Apa pandangan Ara tentang anak ibunda, Fakeeh?"

Soalan rawak secara mengejut itu buat lidah aku terkelu seribu bahasa.

Entahlah. Sejak kejadian semalam, aku pun tak pasti dengan perasaan aku.

Kala aku kasihan. Kala rasa benci itu hadir saat teringat ayat Taheem. Semua bercampur-baur meracuni akal aku untuk berfikir secara lojik.

Dan kenyataan tentang Fakeeh itu sangat tidak terjangkau dek akal aku. Kerana itu aku mudah meletus.

"Anak ibunda, Fakeeh tu... Dia tak seperti orang lain."

Aku diam mendengar butir bicara Permaisuri Marwah. Tunduk sambil meramas tangan.

"Anak ibunda, Fakeeh... Dia tu rapuh. Walaupun orang nampak dia macam tu... Jauh dalam hati dia, ada beban berat yang dia pikul."

"Anak ibunda, Fakeeh... Dia pernah salah arah."

Aku kemam bibir.

"Ibunda tak tahu apa yang Taheem katakan pada Ara tapi ibunda takkan nafikan kenyataan yang anak ibunda tu pernah... Murtad."

Ya Allah...

Luluh hati ini mendengarnya. Maknanya, benarlah kata Taheem. Fakeeh bukan seperti yang aku sangkakan. Semua kesempurnaan dia hanyalah untuk menutup imannya yang langsung tidak mengenal apa itu Tuhan.

Menyesal. Itu yang aku rasa.

"Fakeeh pernah hilang arah. Dia berkawan dengan kawan yang tak sepatutnya hingga mempengaruhi dia untuk tidak percaya Tuhan. Depan ibunda dan depan walid juga dia mengaku Tuhan itu tiada dan Allah itu semua hanya sampah. Wallahi ibunda faham perasaan Ara sekarang ni. Tapi itu semua dulu, Ara."

"Fakeeh yang Ara nampak sekarang bukan seperti yang dulu. Fakeeh yang sekarang gigih mengenali cinta Allah. Bersungguh-sungguh mencari ketakwaan demi redha Allah. Walaupun Fakeeh pernah melencong, dia tetap anak ibunda. Doa ibunda tak pernah putus untuk anak ibunda."

"Walid benci dengan Fakeeh saat Fakeeh hina Allah yang satu. Hinggakan Fakeeh pernah diugut bunuh oleh walid dia sendiri. Sebagai seorang ibu, ibunda tak tegar untuk membiarkan Fakeeh mati begitu. Banyak kali ibunda selamatkan Fakeeh daripada cubaan bunuh oleh walid, Ara..." Suara Permaisuri Marwah mula bergetar. Aku perasan mata Permaisuri Marwah sudah bersalut air mata.

"Takkan pernah lenyap dekat telinga ibunda ni suara rintihan, rayuan Fakeeh yang nak lepaskan diri daripada seksaan walid dia. Ibu mana yang tak sayang anak, Ara? Ibunda tak kisah walid nak marah ibunda, tapi ibunda takkan pernah mampu biarkan anak yang ibunda kandung kena seksa macam binatang semata-mata khilaf dia." Tangan Permaisuri Marwah mengesat air mata yang tumpah.

"Kita ni manusia yang lemah, Ara. Iman turun naik itu biasa. Syaitan tak henti menghasut meragui Yang Maha Esa. Fakeeh diuji begitu. Mungkin semuanya jadi sebagai kifarah pada ibunda dan walid yang terlalu fokus pada Taheem. Makanya, solusinya hanya kembali pada Tuhan. Doakan Fakeeh siang dan malam. Tanpa henti. Kita jangan paksa dia, biar Allah yang tegur secara berhikmah. Biar dia nampak Allah yang selama ini dia sangkal."

"Dan hari yang ibunda nantikan muncul. Fakeeh ajak ibunda untuk jumpa seorang ustaz untuk dia kembali mengucap dua kalimah syahadah, Ara." Senyuman Permaisuri Marwah melebar seraya air mata yang tumpah.

Aku turut terkesan. Sedar-sedar pipi sudah basah.

"Silam Fakeeh terlalu perit untuk dihayati sebab tu Fakeeh tak mahu buka cerita. Sebab dia tahu dia pernah salah dan dia redha. Dia terima semua hinaan walid dan Taheem. Saat dia minta izin berkahwin dengan Ara, walid dan Taheem la yang menentang dahulu. Tapi ibunda percaya Fakeeh maka ibunda izinkan dan ibunda rela bantu dia pinang Ara."

"Fakeeh memang ada niat untuk cerita semua pada Ara tapi keraguan dia memakan diri dia untuk bertangguh. Dan saat Ara tahu daripada mulut Taheem, hati dia hancur Ara. Dia kembali mencari Fakeeh yang hilang punca."

Nafas ditarik. Tangan aku dicapai ibunda.

"Ara maafkan anak ibunda. Maafkan ibunda juga yang silap mendidik anak. Maafkan kami kerana tak berterus-terang."

Aku ikut teresak. Lama aku ambil masa untuk mengangguk.

"Tolong dengar dari mulut Fakeeh, Ara. Jangan dengar sebelah pihak. Tak adil untuk Fakeeh, Ara."

"Mana Ara boleh cari dia, ibunda?" Akhirnya aku bersuara.

Wanita itu senyum. "Saat Fakeeh hilang arah, rumah pokok satu-satunya tempat dia akan lari. Carilah dia dekat sana. Ibunda yakin dia dekat sana."

Aku angguk berkali-kali. Sudah itu aku salam tangan tua itu. "Maafkan Ara sebab menuduh melulu."

"Tak. Ara tak salah. Ara bereaksi normal kepada hal-hal seperti ini."

Dan kenyataan itu buat aku rasa aku ini isteri yang teruk. Juga seorang muslim yang teruk.

Hanya kerana satu hamba Allah yang pernah terpesong, aku keji dia bagaikan akulah yang terpaling bagus. Walhal belum tentu aku dimasukkan ke dalam syurga.

Ya Allah...

.

.

.

SEPANJANG perjalanan ke rumah Fakeeh yang satu itu, tanah Alka banyak yang botak. Tidak seperti dahulu yang penuh rimbauan kehijauan.

Kini aku mendongak. Teragak-agak nak panjat tangga tali ni dengan keadaan aku mengandung.

Hailah anak, moga kau tak ikut lasak macam ibu ya.

Dengan lafaz bismillah aku panjat. Ini kalau tahu dek bonda, mesti panjang leteran dia. Dahlah anak pertama, buat benda lasak-lasak.

Tak apa. Kita tak payah bagitahu mereka.

Sampai di atas, aku jadi semput. Penat juga naik benda alah ni. Sekurang-kurangnya naik tangga dekat rumah tak adalah penat macam ni.

Sekarang ni, kita cari Fakeeh. Kata ibunda, dia di sini. Jadinya, di mana suami aku?

Langkah aku corak menyeberangi jambatan yang menghubungkan dua pokok. Penuh berhati-hati. Risau juga kalau buatnya jambatan ni runtuh. Aku dahlah makin berat.

Nafas lega aku lepaskan sebaik selamat tiba di hadapan rumah Fakeeh ini.

Salam diberi.

Sesaat. Dua saat.

Hanya bunyi cengkerik yang menjawab salam aku.

Usai salam ketiga, aku garu kepala. Eh, mana pergi Fakeeh ni? Betul ke dia dekat sini?

Pintu itu langsung aku buka. Tak berkunci.

"Assalamualai..." Tergantung sepi bicara aku sebaik melihat darah-darah yang bertompok di lantai kayu rumah. Semerta aku disapa rasa gundah.

Tak betah, laju kaki dan mata ini mencari empunya diri.

"Fakeeh! Fakeeh!" Laungku mahu dia sedar aku di sini.

Makin aku jalan ke belakang, makin banyak darah yang kelihatan.

Menggeletar tubuh aku memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Pantas aku ke dapur dan kelihatan Fakeeh sedang bersandar lesu ke dinding sambil tangan kanan menggenggam pisau yang diacukan ke pergelangan tangan kirinya.

Aku tersentak dengan mata membulat.

Bergegas aku menepis kuat tangannya yang memegang pisau.

"Fakeeh! Apa yang awak buat ni?!" Aku berlutut di hadapan Fakeeh sambil memegang dua tangannya. Bila dibelek, banyak kesan torehan-torehan yang melelehkan darah likat.

Aku capai kain yang ada lalu membersihkan segala kekotoran darah itu.

"Kenapa sampai macam ni sekali?"

Kebisuan Fakeeh benar-benar menguji aku. Hujung mata sudah basah melihat keadaan Fakeeh yang jelas tidak bermaya. Bawah matanya hitam. Pipinya terselit kesan darah.

"Fakeeh... Tolong jangan diam. Jawablah..."

"If I die... will you be happy with the baby?"

Pertanyaan Fakeeh mengelukan lidah aku. Dia merenung aku dengan mata yang basah.

"Will you..."

Melihat dia terdesak mahukan jawapan, aku menggeleng. "Tak..."

Wajah Fakeeh nampak keliru. "Jangan... Jangan gugurkan anak tu... Dia tak salah... Fakeeh yang salah... Fakeeh yang berdosa..."

Dan tiada apa lagi yang harus aku perkatakan selain menyesal dengan tindakan aku menghukum Fakeeh tanpa usul periksa. Melihat dia yang sebegini teruk, aku rasa nak marah diri.

Tubuh itu terus aku dakap. "Ara minta maaf, Fakeeh. Ara minta maaf..."

"Ara tak salah. Fakeeh yang salah. Fakeeh bukan suami yang baik untuk Ara."

Teresak-esak aku di situ.

Kalaulah Fakeeh tahu betapa sempurnanya dia di hati aku... Hanya kerana kata-kata Taheem membutakan hati mata aku dengan segala peribadi Fakeeh yang tiada cela itu.

"Fakeeh minta ampun, Ara. Fakeeh bukan imam yang baik untuk Ara."

"Tak... Fakeeh dah cukup baik. Dah cukup segalanya."

"Mesti Allah marah dengan Fakeeh. Fakeeh tak jujur. Fakeeh diamkan diri. Sampaikan Allah gesa hati Ara untuk kita berpisah. Allah baik sangat, dia selamatkan Ara dari lelaki macam Fakeeh. Lelaki yang pernah hina Tuhan yang satu. Cemuh Tuhan yang berkuasa di atas segalanya."

Kepala aku naik pusing dek digeleng-geleng tanpa henti.

Ya Allah, aku berdosa sangat.

Aku tak patut cakap macam tu pada Fakeeh.

Allahuakbar!

Dada aku perit melihat Fakeeh. Tak sanggup biarkan dia begitu.

Kalaulah aku lambat tadi...

Liur diteguk.

"Ara... Jangan buang bayi ni. Izinkan dia melihat dunia. Izinkan dia, Ara. Izinkan dia... Fakeeh rela bunuh diri kalau dengan itu Ara jaga anak kita ni..."

"Tak! Jangan! Ara sayang Fakeeh! Ara perlukan Fakeeh! Jangan macam ni, Fakeeh. Ara tak sanggup kelihangan Fakeeh. I need you." Luahku tegas.

Entah berapa lama kami melekat begitu. Mulut Fakeeh menceceh perkara yang sangat aku tidak suka.

Nak bunuh diri.

Dia yang paling teruk.

Dia paling hina.

Sakit telinga aku. Juga sakit hati aku mengenangkan aku punca dia begitu.

Lama kelamaan, Fakeeh diam. Lama. Hinggalah aku perasan Fakeeh terlelap dalam dakapan aku.

Wajah polos itu aku tatap penuh minat. Air mata merembes lagi.

Aku berdosa Ya Allah memperlakukan hambaMu sedemikian rupa.

Tanpa berlenggah aku bersihkan tubuh Fakeeh yang bermandi darah itu. Sudah itu aku baringkan dia ke atas toto yang ada. Berbaring di sebelah dia, aku dakap pinggan Fakeeh.

Lama mata merenung ke wajah itu.

"Ara minta maaf, Ya Rohi... Ara bukan isteri yang baik." Diakhiri kucupan di dahi.

.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro