Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 55

Saya udpate sebab JDT menang ehehe tapi kadangkala sedih juga nak update mengenangkan cerita ni dah nak sampai ke penghujung. Tak lama lagi kita akan ucap selamat tinggal kepada Fakeeh dan Arabella sobsob.

.

.

.

MULUT aku nak melompong melihat perbicaraan dalam dewan mahkamah ini.

"Bukti telah jelas menunjukkan bahawa tuanku Faharin telah berasuah dengan Sulnayah untuk menyeludup masuk arak dan juga daging babi ke dalam Istania sedangkan perkara itu adalah haram dalam negara Istania. Tuanku juga telah menipu para peniaga dengan menjual daging babi ini dengan harga yang lebih murah untuk mengaburi mereka dengan kesesakan kewangan sekarang."

Arak? Kenapa aku tak pernah tahu? Dahi aku picit.

Seperkara lagi... Daging babi.

Allahu...

"Ini bermaksud ramai rakyat Istania yang naif telah memakan daging babi yang haram dalam segi agama. Memakan daging babi dalam Islam adalah haram selain daripada terdesak tiada makanan lain dan penipuan tuanku telah menyebabkan ramai rakyat tertipu dan menelan daging ini yang disangkakan daging bersih dari penyembelihan yang halal. Kita semua sedia maklum bahawa daging babi ini harganya jauh lebih murah disebabkan dagingnya yang tiada khasiat dan kehidupannya yang makan najis."

"Keuntungan yang tuanku peroleh semuanya adalah haram untuk digunakan atas unsur penipuan dan fraud."

"Cukai yang tuanku kenakan amatlah tidak padan dengan keadaan Istania. Selama tempoh enam bulan, tuanku berjaya meraih lebih dari 1 billion dirham dalam akaun bank diraja. Dan laporan kewangan menunjukkan semua duit ini dilaburkan untuk merasuah Sulnayah. Arak ini semakin meluas penggunaannya di sempadan Istania dan banyak kes mabuk yang terlapor."

"Juga, tuanku menyekat kanak-kanak Istania daripada mendapat pendidikan yang selama ini percuma. Mereka terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. Kesan daripada tindakan tuanku telah menyebabkan ekonomi dalam Istania jatuh merundum walaupun secara jelas kekayaan Istania itu makin melimpah-ruah."

"Beberapa mangsa telah tampil mengaku bahawa tuanku ada mengugut mereka menyerah harta benda mereka dengan cara yang salah. Emas yang tuanku dapat itu semua dari sumber yang haram."

"Tak dilupa bahawa lebih tiga puluh ibu bapa datang bersama anak-anak mereka untuk memberi kenyataan tuanku merogol mereka baik lelaki mahupun perempuan."

Nauzubillah min zalik! Ya Allah! Aku tergamam di tempatku. Fakeeh sudah menggenggam tangan aku menyalurkan kekuatan tetapi tubuh aku kuat meligih.

Rogol kanak-kanak? Ya Allah...

"Tuanku juga telah menyangkal kuasa Tuanku Permaisuri Arabella sebagai penguasa mutlak. IWA juga telah bergaduh sesama sendiri untuk merebut kekayaan yang tuanku janjikan."

Semakin erat tautan jari aku pada Fakeeh. Sungguh, semuanya melebih apa yang aku sangkakan. Faharin telah tersasar jauh.

"Dan... Tuanku dituduh atas penyebab Tuanku Raja Muttaqin jatuh lumpuh."

Dia juga puncanya?

"Tuanku ada apa-apa untuk diperkatakan?" Hakim yang tadi bersuara panjang mula meminta Faharin bangkit dan bersuara.

Wajah Faharin jelas memerah. Dadanya juga berombak. Sesaat, dia menjeling ke arah aku. Terkaku aku bagaikan dipanah mata itu.

"Jangan takut, Ya Qalbi. Semuanya akan berakhir. Faharin akan dapat balasannya."

Lemah anggukan aku. Tapi, bagaimana Fakeeh boleh tahu segala kegiataan Faharin? Aku yang berada dengan Faharin pun tak tahu semua ini.

"Semua ni mengarut! Aku yang patut jadi raja Istania! Itu yang termaktub dalam undang-undang sepatutnya!" Jeritan Faharin bergema ke seisi dewan.

"Tuanku silap. Dalam perundangan yang baru dikemaskini..."

"Bodoh! Itu semua tipu daya untuk menafikan aku sebagai penguasa!" Pintas Faharin.

"Tuanku tak boleh lari kerana semua bukti telah berjaya dikumpul."

"Siapa... Siapa pengkhianat tu?! Kau semua memang bodohlah!" Meja di depannya ditumbuk dan ditendang, melampiaskan nafsu amarah. Menyinga pandangannya ke seisi ruang dewan.

"Tuanku... Hidup kita bukan sekadar kepentingan diri. Sebagai peneraju, adalah wajib untuk peneraju itu membangkitkan rakyat dan kebajikannya. Bukan menjatuhkan dan meragut kebahagiaan."

"Kau jangan nak mengajar aku! Kau bukan sesiapa!" Telunjuk naik mendongka ke arah hakim yang masih tenang.

"Patik akan bacakan hukuman untuk segala kesalahan yang tuanku lakukan."

Hakim menarik nafas dalam sebelum bibir lancar menyatakan hukuman selayaknya.

"Dalam semua kesalahan yang telah dibuktikan... Kesalahan rogol adalah satu-satunya kesalahan yang masih memakai hukuman hudud. Dan untuk kes rogol kanak-kanak, hukuman yang selayaknya tuanku dapat adalah..."

Hakim diam sebentar. Mata memandang Faharin yang masih tak puas hati. "Mati."

Berderau darah aku mendengar hukuman itu.

"Tetapi tuanku perlu berhadapan dengan hukuman lain sebelum hukuman mati itu dijalankan. Untuk kesalahan rasuah..."

Hakim terus menyatakan senarai-senarai hukuman.

Aku tak sanggup nak dengar. Walaupun memang betul Faharin silap, tapi mengenangkan keakraban bonda dan Faharin hati aku jadi terusik.

Faharin ni pun...

Dia patut bersyukur bonda layan dia baik-baik. Tapi ini yang dibalasnya. Terlalu taksub dengan kuasa. Akhirnya makan diri semula. Nak menyesal, tiada guna.

Memang sebagai penguasa, boleh saja nak lepaskan Faharin tapi mengenangkan masa depan kanak-kanak yang menjadi mangsa... Biarlah perundangan menentukan. Mereka terlalu muda untuk ini semua.

Ya Allah kenapa tergamak sangat? Kenapa bernafsu pada kanak-kanak yang belum baligh ini? Kenapa cemarkan dunia kanak-kanak mereka?

Faharin terlalu jauh terpesong.

"Yang Arif, izinkan beta buat permintaan." Fakeeh bersuara usai hakim selesai bersuara. Dengan mudah Fakeeh diberi peluang.

"Beta tidak menyokong perbuatan bermoral Faharin dan tidak sama sekali akan membantah segala hukuman yang dijatuhkan. Beta mahu segalanya dijalankan secara adil dan hak mangsa-mangsa terbela. Namun, beta mahu Faharin tinggal bersama Tuanku Raja Muttaqin dan Tuanku Permaisuri Alaina selama tempoh sebelum Faharin berhadapan hukuman mati. Dan tak dilupakan juga, ibu dan bapa angkat Faharin serta isteri Faharin. Beta sudah sediakan satu tempat untuk mereka bertiga. Beta harap permintaan beta ini tidak akan menerima bantahan dari mana-mana pihak."

Sang hakim mengangguk faham. "Patik juga tiada bantahan untuk itu namun Faharin akan diawasi dengan ketat walaupun berada bersama keluarganya."

Fakeeh senyum puas hati. Dia mengangguk bersetuju.

"Eh, lepaskan aku la! Aku tak bersalah! Kalau kau nak tuduh aku aje, dah tu orang lain kau tak nak pula heret orang lain yang bersubahat sama! Aku aje yang kena, bodoh betullah kau orang ni! Semua tak puas hati dengan aku, kan?!" Faharin menepis semua tangan yang mahu menangkapnya. Dia merenung aku tajam. 

Tanpa kata, lelaki itu terus menyamperi aku sepantas kilat. Tangannya menjulang tinggi. Aku mengucap panjang sebelum menekup mata. Ya Allah!

"Lepaskan aku la!"

Aku celik. Liur ditelan. Aku berundur beberapa langkah.

Fakeeh menghadang tubuh Faharin dengan tubuhnya. Sekelip mata Faharin pula yang menjadi mangsa tangkapan Fakeeh. Wajah Fakeeh keruh dengan kerutan. Tajam matanya menikam abang aku.

"Aku tak izinkan kau sentuh isteri aku hatta seinci daripada jari kau pun, Faharin. Cukup kau buat isteri aku sengsara selama aku tak ada. Sekarang masanya kau berhadapan dengan muka keadilan." Tubuh Faharin ditolak terus ke arah pengawal-pengawal yang sudah bersedia. Dua tangan Faharin lantas diikat.

"Tak guna kau, Fakeeh! Kau patut mampus aje la!"

Aku mengambil tempat di sebelah Fakeeh. Lengannya aku sauk. Pandangan aku jatuh ke lantai. Tak sanggup melihat Faharin diseret pergi. Meronta-ronta bagai anak kecil. Syukur bonda tiada di sini, jikalau tidak mungkin berat untuk segala keputusan dibuat.

Ya Allah...

Tamat jua segala beban aku. 

Terima kasih, Allah.

.

.

"ER... TUANKU?"

Suapan aiskrim vanila di tangan Fakeeh terhenti. Aku menengadah. Haniya berdiri di situ dengan wajah gelisah. Di sisinya ada dua beg besar. Eh, Haniya nak balik kampung ke?

"Kenapa?" Aku tolak tangan Fakeeh yang setia menanti aku menyuap masuk aiskrim. Mengidam punya fasal dan Fakeeh segera mencari untuk aku.

Ini agaknya dah makanan ketiga aku minta dia cari. Yelah enam bulan mengandung, aku senyapkan aje kemahuan aku. Bila ada Fakeeh, terus aku mengadu. Kalau dia tak turutkan, mulalah aku buat drama sedih seribu episod. Siap ungkit yang baby yang nak makan. Dengar aje aku sebut baby, Fakeeh terus pecut.

Jelaslah dia sayang dengan ni. Hmm, untunglah awak baby. Belum keluar pun babah awak dah manjakan awak.

"Patik bukan nak minta izin tetapi hanya nak maklumkan yang patik takkan berada lagi dengan tuanku untuk tempoh dua bulan."

Dahi aku berkerut. Eh lamanya dia nak cuti? Pergi buat umrah sekali ke?

Haniya garu kepala sebelum menunduk. "Patik minta ampun sepanjang patik menjadi dayang tuanku."

"Awak tak ada salah dengan Ara, Haniya. Awak dayang yang sangat baik dan awesome pernah saya jumpa tau! Walaupun Ara ni degil macam minta kena cekik, awak tetap setia. Terima kasih kerana jadi kepercayaan Ara." luahku tulus. Bibir mudah menguntum senyum.

Haniya seorang gadis yang sangat senang untuk berdamping. Dia seorang yang naif dan polos tetapi hati dia sangat murni. Terima kasih kepada orang tua aku yang mengupah Haniya untuk jadi dayang aku. Dia sangat memudahkan kerja aku.

Aku jadi tersentak saat terdengar esakan Haniya. 

"Eh, Haniya..." 

"Tuanku... patik minta maaf. Patik minta diri dulu. Tuanku jaga diri."

"Haniya!" seruku saat dia berlalu pergi tanpa berpaling lagi.

Aku dibiarkan terkebil-kebil. Fakeeh dipandang. "Ya Rohi tahu ke apa kena dengan Haniya?"

Lelaki itu diam. "Dia pasti ada alasan tersendiri. Ya Qalbi nak makan lagi tak? Kalau tak nak Ya Rohi habiskan."

"Eh, nak la! Tu kan Ara punya. Tak baik makan." 

"Yelah, yelah. Meh, makan. Lambat-lambat nanti cair."

Terus aku buka mulut minta disuap. Walaupun aiskrim ni sedap tapi tak mampu untuk menghalang akal aku memikirkan Haniya yang nampak macam tak kena. Kenapa ya? 

"Ya Qalbi, minggu depan kita balik Alka ya?"

"Boleh, Ya Rohi. Ah, tapi nak tanya sikit. Macam mana Ya Rohi boleh tahu cerita detail tentang Faharin daripada Ara sedangkan Ya Rohi berperang masa tu?" 

Soalan cepumas. Dia ni ada kuasa pecah dua ke? Eh, wujud ke manusia macam tu?

"Tak ada apa yang pelik, Ya Qalbi. Huzaifah dapatkan semuanya sekelip mata."

Laa... kerja Huzaifah rupanya. Patutlah. Terselit rasa kagum dengan Huzaifah ni. Dia yang tak duduk sekali dengan Faharin pun boleh bongkar rahsia Faharin sebegitu dalam. Berterima kasih kepada dia, sekarang Istania sudah baik-baik.

Segala cukai yang dikenakan sebelum ini ditarik semula. Tiada lagi bayaran yuran persekolahan. 

Orang-orang Sulnayah yang menapak ke Istania juga sudah dihantar pulang. Sempadan kembali menjadi ketat.  Dengan kekalahan Sulnayah dalam peperangan lepas, nampaknya mereka tak seagresif dahulu.

Istania kembali menjadi lebih baik. Walaupun banyak lagi yang harus diselesaikan, segala progres menunjukkan peningkatan. Syukur.

"Kenapa Ya Rohi minta Faharin tinggal dengan ayahanda bonda? Bukan ke itu menjejaskan keselamatan mereka?" Soalku seketika.

Kepala diusap lembut. "Faharin tu... Kurang kasih sayang."

"Mind to elaborate?"

"Seperti yang kita tahu, Faharin tak ada kehidupan seperti kita. Dia terpaksa bergantung pada ibu dan ayah angkat dia. Dan keluarga angkat dia bukan orang yang senang. Faharin cepat memberontak. Kemahuan dia tak dituruti. Itu yang Ya Rohi dapat daripada Huzaifah. Bila dia tahu yang dia anak kandung ayahanda, hati dia membara dengan dendam. Sebab tu dia datang ke mari dan tunjuk taring."

"Dalam tempoh Ya Rohi tak ada, Faharin jadi bebas. Semua orang dengar cakap dia. Ikutkan segala kehendak dia. Dari situ dia pupuk sifat tamak hinggalah membentuk diri dia yang sekarang."

"Sebab tu Ya Rohi nak dia duduk dengan ayahanda bonda dan juga keluarga angkat dia. Ya Rohi nak dia tahu sedar kasih sayang keluarga dia tu dah cukup untuk hidup. Dan Ya Rohi juga nak dia berdamai dengan diri sendiri dan keluarga sebelum ajalnya dijemput. Paling penting sekali, dia insaf dan bertaubat sebelum hari hukuman dia."

Aku terdiam panjang. Bukan kerana penjelasan Fakeeh tetapi kelopak mata Fakeeh yang berair sebelum jatuh setitis dua.

Kenapa Fakeeh menangis?

Dia sedih sangat ke dengan apa yang terjadi? Hmm, mungkin. Dia tak ada untuk temankan aku selama 6 bulan berhadapan dengan tekanan Faharin.

"Okey, macam tu la rasionalnya." Sedar aku tenung dia, terus dia tekup wajah seketika. Diraup-raup seperti tiada apa yang terjadi.

"Okey..." Melihat reaksi Fakeeh, aku tak rasa aku patut tanya. Tak apalah, nanti dia dah bersedia pasti dia akan cakap dengan aku. Ada baiknya aku tukar topik.

"Ya Rohi cakap Ya Rohi terperangkap dalam bunian. Macam mana boleh masuk sana?"

Seperti yang aku jangka, terbantut emosi negatif Fakeeh tadi. Dia terkebil-kebil sebelum menggaru kepala.

"Ya Rohi tak rasa Ya Qalbi akan senang mendengarnya."

"Ceritalah. Itu pengalaman benar tau."

"Haih... Yelah. Malam tu waktu kami tidur, Ya Rohi terdengar bunyi azan. Masa tu Ya Rohi tak lelap lagi, tak boleh tidur sebab fikirkan banyak benda. Kena pula azan waktu tu. Dan Ya Rohi tersentak bila perasan azan tu azan subuh. Dari situlah mereka perasan Ya Rohi sedar."

"Ooo..." Kepala aku mengangguk-angguk.

"Kenapa mereka ambil Ya Rohi? Kenapa bukan orang lain?"

"Er... Tak payah tahulah, Ya Qalbi."

Wajah aku nak mengeruh. "Ara tahu kalau bunian perempuan tu lawa dan mereka berpendapat bunian lelaki mereka tak sekacak orang lelaki."

Mata aku memincing. Tiba-tiba aku terdetik.

"Mereka nak kahwin dengan Ya Rohi ya?!" Melengking tinggi nada suara aku saat sel-sel otak berhubung.

"Ya Qalbi tenang, Ya Qalbi."

"No tenang-tenang right now. Baik Ya Rohi cakap dengan Ara. Kalau tak tidur luar." Ugut!

Fakeeh sudah membulat mata. "Ya Qalbi! Ya Rohi baru balik tau beberapa hari lepas. Takkan nak bagi tidur luar juga? Tak kesian ke?"

"Dah tu Ya Rohi tak kesian ke sembunyikan semua ni daripada Ara?"

Ha, lawan cepat. Mana boleh menang. Perempuankan selalu betul.

"Ya Allah... Okey Ya Rohi cerita tapi Ya Qalbi kena janji jangan cemburu."

"Ee, boleh pula macam tu. Perasaan kita, suka hati kitalah nak rasa apa."

"Taknaklah cerita macam tu."

"Okey, Ya Rohi tidur luar."

"Urgh Ya Qalbi..." Fakeeh mengeluh. Dia tenangkan diri sebelum pandang aku.

"Ya Qalbi nak tahu sangatkan?"

Angguk.

"Jangan menyesal ya."

"Tak menyesal. Lagi menyesal kalau tak tahu."

Fakeeh golekkan biji mata. Tiba-tiba rasa comel pula. Terus aku cubit pipi dia. Geram!

"Eh budak ni!"

"Ahaha!"

Lepas dah reda tawa aku, Fakeeh buka mulut.

"Memang mereka culik Ya Rohi untuk lamar Ya Rohi bernikah dengan puteri mereka."

"Ee, gatal!" Ujarku spontan bila dengar.

"Dia yang nak tahu sangat tadi." Omelan Fakeeh jelas di telingaku.

"Okey, sambung. Apa yang perempuan gatal tu nak sangat dengan suami orang ni?" Aku peluk tubuh. Wajah dah cemberut yang pasti. Kalau aku jumpa mereka ni bergaduh agaknya. Tak kisahlah manusia ke bunian ke. Berani-berani dia nak ambil suami kita. Helo, Arabella tak rela dimadukan ya.

"Seperti yang Ya Qalbi katakan, mereka beralasan yang Ya Rohi ni kacak dan beriman. Bahkan mereka tak izinkan Ya Rohi pulang. Mereka gesa Ya Rohi untuk bersetuju. Tapi sebab Ya Rohi sedar yang Ya Rohi ada keluarga dan paling penting asa isteri, Ya Rohi juga tak putus asa menolak. Bersyukur kepada Allah, mereka beralah juga. Dari situ Ya Rohi boleh keluar. Kalau Ya Rohi bersetuju, tak adanya Ya Qalbi jumpa lagi dengan Ya Rohi."

Sepanjang Fakeeh bercerita tu aku mencebik.

Ewah-ewah, dah culik suami kita lepastu tak bagi suami kita balik. Gatal! Gedik! Urgh!

"Haa tengok tu. Dah berkerut muka dia. Tak sukalah tu. Sebab tu Ya Rohi tak nak cerita, nanti Ya Qalbi juga yang sakit hati."

Jemari Fakeeh pantas menarik wajah aku lalu melurutkan segala kerutan yang terlukis di wajahku. Sudah itu dia labuhkan kucupan ke dahi. 

"Dia orang la yang gedik sangat dengan Ya Rohi."

"Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, Ya Qalbi. Lagipun Ya Rohi dah tolak dan kembali pada isteri Ya Rohi ni."

Aku hela nafas. Aku lekapkan tangann ke atas tangan Fakeeh yang masih di pipi aku. "Sorry."

"Tak perlu. Ya Qalbi berhak untuk rasa cemburu. Itu tanda Ya Qalbi masih sayangkan Ya Rohi."

"Ini kalau Ya Rohi teruskan niat kahwin dengan bunian, memang Ara kerat 56 badan Ya Rohi!" Tokokku lagi. Mata dah mencerlung tajam.

"Janganlah jadi bangsa kanibal, Ya Qalbi sayang." Ditekan telapaknya hingga wajah aku tertenyeh. Aku pandang dia lama sebelum dia menyengih. Pantas dia lepaskan wajah aku.

"I love you, Nuraisya Arabella." Ucap Fakeeh tak semena-mena. Dia senyum kecil sebelum peluk lutut.

"Cara terhebat untuk menunjukkan kita mencintai pasangan kita adalah dengan mencintai penciptanya. Itu cinta yang sangat agung..."

"Dan Ya Rohi nak Ya Qalbi tahu... Ya Qalbi sentiasa ada dalam doa Ya Rohi. Sama ada kita jauh ataupun dekat, Ya Qalbi. Selama kita berjauhan, Ya Rohi pernah terfikir jikalau ada antara kita yang akan berhijrah fasa kehidupan dahulu dan saat itu Ya Rohi belajar untuk lepaskan Ya Qalbi dalam jagaan Allah. Ya Rohi tak nak berfikiran bahawa hanya Ya Rohi saja yang mampu jaga Ya Qalbi hingga lupa yang memberi perlindungan itu hanyalah Allah SWT."

Aku sembunyikan wajah dengan menunduk. Bibir mengukir senyum biarpun cecair jernih mula mengaburi bebola mata.

Ya, perpisahan kami mengajar erti pengorbanan.

Perpisahan kami mengajar erti kesabaran.

Perpisahan kami mengajar erti tawakal kepada Ilahi.

Kami sama-sama lepaskan diri kami kepada Allah.

"Ara pun... Sama. Bila datang berita Ya Rohi kononnya kata dah mati, Ara meraung mahukan Ya Rohi. Ara lupa Allah sebaik-baik melakar takdir kita. Mimpi demi mimpi menganggu Ara. You were there... Suffering. Saat Ara lepaskan Ya Rohi... Ara rasa... Tenang walaupun Ara sayang sangat dengan Ya Rohi." Luahku, terdorong mendengar luahannya.

"Cinta itu suci yang hadirnya daripada Allah."

"Bilamana kita sedar cinta itu milik Allah, akan bercambah indah saat segala perhubungan bersandarkan Allah." Fakeeh menarik bahu aku merapat. Kepala aku sandar ke bahunya. Aman.

"Ara sayangkan Ya Rohi." Bisikku perlahan.

"Cinta kerana Allah, Ya Qalbi. Dia yang zahirkan cinta dalam diri Ya Qalbi."

Aku tak nafikan.

Allah pemegang hati. Yang membolak-balikkan hati.

Aku pernah membenci Fakeeh. Berperang dengan hati sendiri untuk tidak terleka.

Buatlah segala cara sekalipun, Allah boleh jadikan perkara yang mustahil kepada tidak mustahil.

Dan perancangan takdir Allah itu adalah terbaik untuk hambaNya.

Syukur.

Aku sangat bersyukur.

Takdir yang aku benci hakikatnya mendorong aku ke arah kebahagian.

Fakeeh adalah salah seorangnya.

Watak penting dalam hidup aku.

Aku cinta dia... Kerana Allah.

Anna uhibbuka fillah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro