CHAPTER 52
LAHAWLA WALAKUATA ILLA BILLAH...
Sehari demi sehari, Faharin mendesak aku menurunkan tandatangan. Menambah tekanan hidup aku.
Bonda pun turut mendesak. Memaksa aku memikirkan masalah negara disebabkan bonda malu dengan ayahanda. Terasa dirinya terlalu derhaka pada suami hingga Allah turunkan bala melalui anaknya.
Syukur ayahanda membantu. Sangat. Ahmad juga. Haniya, Janna dan Asiyah turut sama. Alhamdulillah hadir manusia-manusia yang berjiwa bersih seperti mereka.
Kandungan aku... Insha'Allah baik-baik saja. Tak meragam. Cuma, aku banyak diamkan segala yang berkaitan dengan anak aku.
Mengidam tak usah kata. Banyak aje. Lagi-lagi tengah malam. Sudahnya aku hanya menangis. Aku tak nak susahkan sesiapa. Segala yang terjadi sudah cukup sukar. Aku tak nak ada yang mengeluh dengan kandungan aku.
Perut aku usap.
Maafkan ibu ya sayang. Banyak benda ibu kena fikir sampai terabai awak. Jangan mengidam pelik-pelik sayang. Ibu tak mampu nak tunaikan sekarang.
Wajah aku raup. Surat-surat yang aku hantar ke Fakeeh tidak terbalas. Hanya yang pertama itu saja aku mendapat balasan. Setelah itu ghaib. Sinnichi kembali dengan surat aku semula.
"Ya Rohi..."
Aku renung gambar kami yang tergantung di atas katil. Gambar sewaktu kami bermandi darah usai akad nikah. Fakeeh tak setuju tapi akulah yang pujuk dia. Kenalah letak yang rare.
Yang formal ada kami bingkaikan yang kecil di tepi katil.
Bibir mengukir senyuman melihat gambar itu. Saling bertatapan sebab terganggu dengan perkataan yang meluncur dari bibir Fakeeh.
Cute. Aku tak lupa perkataan tu.
Entah apa yang comel pun aku tak tahu. Yelah, waktu tu tak ada perasaan pada Fakeeh. Aku anggap dia langau saja.
Kini, lain. Dialah yang beraja di hati.
Buktinya pastilah si kecil dalam rahim aku ni. Walaupun Fakeeh belum tahu, aku yakin dia akan gembira bukan kepalang. Ini anak pertama kami, haruslah kan.
Sedang aku mengelamun sendirian sambil urut kaki, pintu kedengaran diketuk sedikit laju.
Lantas tudung sarung dicapai sebelum aku bergerak membuka pintu. Ahmad berdiri dengan senyuman tersunggih.
"Kenapa Ahmad?"
"Maafkan patik menganggu tuanku tapi Tuanku Raja Muttaqin wajibkan patik untuk maklumkan pada tuanku permaisuri. Alka... Alka dah menang! Tentera Sulnayah berjaya ditawan dan mereka mengaku kalah. Anaria juga sudah berundur dan mengibarkan bendera putih."
Aku terkaku. Terkebil-kebil.
Alka dan menang? Jadinya...
"Fakeeh akan pulang?"
"Benar, tuanku. Tuanku Raja Fakeeh dan kumpulan dari Istania sedang berangkat pulang. Esok pagi Insha'Allah mereka akan tiba."
Membulat mata aku.
Ya Allah!
"Dan patik pasti, rancangan Faharin akan terbatal. Tuanku Raja Fakeeh akan kembali menyarung takhta dan Faharin tidak akan dapat kuasa lagi. Semua akan selamat, patik percaya."
"Alhamdulillah... Terima kasih Ahmad!"
Usai berbalas salam, aku kembali menutup pintu.
Bibir tak berhenti tersengih.
Terus aku melompat terkinja-kinja. Fakeeh nak balik!
Perut aku usap. Baby, kita akan jumpa ayah awak.
Tak sabarnya!
.
.
"EH, APA benda kau semua buat ni?!"
Aku yang turut di dapur berpaling ke hadapan. Faharin datang dengan wajah merah padma. Dadanya berombak kencang.
"Siapa izinkan kau semua masak?! Aku tak nak makan jadi tak perlu masak!"
"Hey, aku bukan masak untuk kau la!" Disebabkan semua menikus, aku buka mulut. Aku letak sudip ke tepi dan berhadapan dengan Faharin.
"Kau!" Telunjuknya tepat ke hidung aku. Sikit pun aku tak tergugat. Kalau dia berani apa-apakan aku, ramai saksi untuk hukuman dia nanti.
"Apa? Kau rasa panas ke? Oh maklumlah orang tu dah nak kecundang. Tak lama lagi dia dah tak ada apa-apa. Silap-silap kena tendang keluar dari istana ni. Opss!" Aku tekup mulut. Lebih kepada mengejek.
Faharin senyum menyeringai. "Kau fikir aku takut?"
"Nampak muka tu macam takut. Telinga aku boleh dengar jantung kau tu berbunyi laju. Dup dap dup dap! Jantung kau tengah race pergi mana?" Banyak aku tabur lada dalam ayat aku.
"Tuanku... Tak baik untuk anak tuanku..." Janna menegur aku. Dia garu dahi.
Ah, maafkan ibu sayang. Ibu geram sangat dengan pakcik awak ni. Jangan tiru perangai ibu ni tau.
"Kau tak kenal aku, Arabella. Kau takkan tahu apa aku mampu buat!"
"Kau nak buat apa? Dunia ni ada undang-undang. Kalau kau terlepas dunia sekalipun, akhirat ada Allah sebagai saksi!" Tegasku dengan kepala mendongak. Berani bertentang dua pasang mata. Tak heran dengan wajah menggila Faharin yang sudah serabai wajahnya.
"Bullshit! Berseronoklah kau sekarang! Aku akan pastikan yang seronok kau termati sekelip mata!"
Faharin jatuhkan pandangan ke perut aku. Hati aku mula berdetik aneh. Terus aku berundur sedikit.
"Haha! Takut ke aku usik anak kau? Kau yang cabar aku, kenapa takut? Dalam perut kau, anak buah aku juga. Jangan sampai dia jadi galang ganti segalanya. Kau ingat tu, Arabella!" Hujung tangannya sempat mengelus perut aku sebelum pantas aku menepis. Tak izinkan tangan itu hinggap ke mana-mana bahagian tubuh aku, apatah lagi menyentuh kandungan yang aku jaga rapi.
"Aku bersumpah Nuraisya Arabella! Anak kau akan jadi bala paling sial dalam hidup kau!" Jerkah Faharin bersaksikan semua orang.
Meligih hebat tubuh aku. Sedaya upaya aku tekup perut seolah-olah menepis gelombang bunyi yang bakal melekat dalam anak aku.
"Kau lihat sajalah Arabella. Anak kau akan jadi pembawa sial hidup kau." Bersama dengusan Faharin berambus pergi.
Suasana tegang mula menghilang sebelum aku terjelepok jatuh. Semua mula menggelilingi aku.
Nafas aku jadi tak stabil. Dada berombang hebat, menahan paluan jantung yang dihampas bertubi-tubi.
Ya Allah... Jangan makbulkan sumpahan itu Ya Allah...
Tak sedar jemari aku mula mencengkam perut aku.
"Tuanku!" Pipiku ditarik lalu Janna usap segala renik-renik peluh yang hadir di serata wajahku. Mata Janna sudah bergenang.
"Tuanku, tak ada apa-apa akan jadi tuanku. Allah pemegang takdir, bukan tuanku Faharin. Tuanku jangan begini."
"Panggil tabib, Asiyah!" Seru Janna. Kepalaku dibawa ke dadanya, mendakap aku.
Ya Allah...
"Jangan bimbang, tuanku. Semua akan selamat. Tuanku Raja Fakeeh akan pulang dan kita takkan hidup derita lagi. Tuanku sabar ya. We'll reach the end of all of this mess."
Fakeeh...
Aku pitam.
.
.
SENYUMAN aku melebar saat Ahmad maklumkan pasukan Fakeeh sudah masuk ke perkarangan Istana. Cepat-cepat aku turun ke lobi, mahu menyambut suami kesayangan.
Soal pagi tadi, aku tolak tepi. Anya pesan supaya aku tidak terlalu memikirkan semua benda dahulu. Tekanan darah aku rendah. Itu yang boleh pitam.
Okey, cukup soal aku.
Sekarang ni aku hanya mahu sambut Fakeeh. Nak peluk dia ketat-ketat. Enam bulan berjauhan, rindu membuak-buak.
Seluruh orang istana pun sudah berbaris, mahu menyambut pahlawan-pahlawan yang menyumbang nyawa dan tenaga. Di sisi aku ada ayahanda yang kerusinya ditolak oleh bonda.
Ya, ayahanda dan bonda sudah berbaik.
Dan kini, kami sama-sama menanti insan yang sudah lama pergi demi negara.
Faharin lantaklah dia dekat mana sekalipun.
"Perhatian! Ketibaan pahlawan-pahlawan negara masuk ke balairung istana!"
Pengumuman Ahmad menambah teruja aku. Aku genggam dua jari aku, menahan diri dari melompat di situ. Terbayang di akal aku susuk Fakeeh yang berlari ke arah aku.
Tak sabar aku nak bermanja dengan Fakeeh. Dan tak sabar juga aku nak tatap wajah gembiranya melihat perut aku yang membukit.
Pintu gerbang terbuka dan satu per satu mula menampakkan wajah mereka.
Aku menanti dengan sabar. Mana Fakeeh? Kenapa lambat sangat dia nak masuk? Tak tahu ke aku nak sangat jumpa dia?
Dahi aku berlapis-lapis melihat tiada orang lagi yang masuk ke dalam lobi. Leher aku memanjang mencari insan yang aku tunggu. Semua orang di sini juga sama kelakuan mereka bersamaku. Ahmad hinggakan menjenguk ke luar pintu jikalau ada lagi yang tertinggal sebelum dia memandang aku lalu menggeleng.
Apa?
Mana Fakeeh?
Dia nak prank aku ke?
Tubuh aku jadi tak sedap badan. Jantung mula berubah rentaknya. Semakin bergemirap.
Mataku dikalihkan ke arah pasukan yang baru masuk itu. Daripada ratusan yang aku hantar pergi, ini saja yang mampu pulang. Selebihnya pulang ke sisi Tuhan.
"Mana Fakeeh?" Soalku tak betah.
Yang paling hadapan menjadi sasaranku.
"Ampun tuanku..." Dia menunduk seketika sebelum berpaling ke belakang. Mencapai barang sebelum memandang aku dan menghulur barang di tangannya.
Bagai nak gugur jantung aku melihat barangan itu.
Pakaian, pedang dan baju besi Fakeeh yang terlipat.
"Ampunkan patik dan pasukan, tuanku... Kami gagal... Patik mewakili satu pasukan mengembalikan segala harta benda Tuanku Raja Fakeeh kepada Tuanku Permaisuri." Dia melutut sebelah kaki. Diikuti pasukannya di belakang.
Dush!
Aku terhenyak di situ. Bersimpuh jatuh. Deru nafasku pantas. Dada aku tekup.
Ya Allah... Fakeeh...
"Ara..." Suara bonda dan ayahanda tak dan masuk ke pendengaranku.
Saat ini aku terbayang ilusi aku tempoh lalu. Fakeeh yang berlumuran darah mengesot ke arahku.
Itu... Petanda ke?
Kepalaku menunduk. Sikit pun aku tak ambil barangan Fakeeh.
Pandanganku kabur. Kepala menggeleng kecil.
Tak mungkin... Tak mungkin...
"Ya Rohi..." Serak.
"Ampunkan patik, tuanku! Patik gagal! Patik gagal lindungi tuanku Raja Fakeeh!" Barang Fakeeh diberi pada sahabat perjuangan sebelum lelaki itu menyembah dahi ke lantai.
Esakanku bergema. Tangan menyentuh perut.
Fakeeh, awak belum tahu lagi tentang ini... Kenapa... Kenapa awal sangat awak pergi?
"Hukum patik, tuanku! Hukumlah patik!"
Aku menjauhkan pandangan. Menunduk memandang perut. Bahu terhingut-hingut. Biarpun Janna sudah di sisi aku, kesedihan ini takkan mampu terpadam.
"Tuanku... Kasihan pada anak tuanku... Tak elok begini, tuanku..."
"Apa yang tinggal lagi, Janna? Suami saya..." Menggeletar aku nak menyambung kata lalu aku menggeleng. Makin menjadi-jadi esakan aku. Melodi petang itu.
Semua di situ menunduk, menghormati emosi aku.
"Tuanku kena kuat. Allah nak uji tuanku."
"Kenapa perlu Fakeeh? Kenapa perlu suami saya? Awak cakap dengan saya, Janna. Suami saya sendiri tak tahu saya mengandung anak dia dan bila saya tunggu dia balik... Dia tak ada!" Luahku kesal.
"Nuraisya." Suara ayahanda bergema. Hujung mata menangkap bonda menolak ayahanda menghampiri aku.
Lenganku dicapai ayahanda. "Bangun, Ara. Jangan tangisi Fakeeh."
Terus aku disapa rasa marah. Wajah yang memerah menjadi lebih pekat.
"Habis tu ayahanda nak Ara buat apa? Gembira? Berpesta?" Hujung ayat aku gelak kecil, tapi tangisan masih turun. Dah macam orang tak betul. Ketawa dalam menangis.
"Ayahanda dah pernah cakap pada Ara sebelum ni. Jangan kita halang jalan syahid Fakeeh. Redhakan pemergian Fakeeh. Dia berjuang demi agama, Ara. Dan dia bukan berada di pihak yang salah. Ara patut rasa beruntung ada suami yang sudah selamat kembali pada Allah dengan janji syurga buat mereka yang syahid demi agama!" Tegas suara ayahanda menghangatkan balairung istana.
Aku kemam bibir.
Bagaimana aku nak redha? Ayahanda senanglah cakap, ayahanda tak ada dekat tempat aku. Ayahanda tak tahu penat lelah aku. Ayahanda tak rasa rindu aku. Ayahanda tak rasa sakitnya menahan perasaan oleh orang tersayang.
Ayahanda tak rasa.
"Kalau betul Fakeeh dah meninggal, bawa balik jasad dia ke sini." Putusku, menyentak seisi lobi.
"Nuraisya Arabella! Mereka yang gugur dalam peperangan akan disolatkan dan ditanam sebaik sahaja perang tamat! Ara nak suruh mereka buat apa? Gali balik tanah tu? Ara dah hilang akal ke?"
Semua terdiam melihat dua beranak saling berbalah. Aku rasa ini paling teruk antara aku dan ayahanda.
Tapi...
"Ara nak tengok dengan mata kepala Ara sendiri. Salah ke?"
"Jangan buat gila, Nuraisya! Jangan seksa orang yang dah pergi!"
"Ara pula macam mana? Seksa Ara siapa nak tanggung?"
"Cukup soal Fakeeh, Nuraisya. Janna, bawa Nuraisya naik. Semua bersurai. Sekarang!"
Aku kekal pegun biarpun dipujuk Janna untuk beredar. Tak! Aku nak Fakeeh!
Barang Fakeeh aku tenung.
"Patik minta ampun tuanku." Pohon lelaki itu sekali lagi sebelum meninggalkan balairung. Lemah langkah yang diambil.
Hilang semua orang, aku kembali rebah. Menangis sambil memeluk lutut.
"Tuanku... Jangan begini..."
"Ya Rohi... Ya Rohi kenapa tinggalkan Ara? Kenapa tak ajak Ara sekali? Ara tak sanggup begini Ya Rohi... Jangan tinggalkan Ara dengan baby kita... Ya Rohi kata nak jaga Ara... Datanglah... Ara panggil ni... Ya Rohi..."
Hati aku berdarah. Meleleh membawa segala tenaga aku.
Hingga satu saat, aku tak sedarkan diri. Yang terakhir aku dengar, hanyalah suara ayahanda memanggil aku tapi aku tak larat. Jiwa aku lelah.
Semua ini terlalu awal.
Aku tak bersedia kehilangan Fakeeh.
Kenapa... Setiap yang aku mahu, berbeza dengan takdir yang tertulis buat aku?
.
.
Berharap suatu saat nanti
Kau dan aku kan bertemu lagi
Seperti yang kau ucapkan
Sebelum kau tinggalkan aku...
.
.
Jangan serang saya. Saya innocent.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro