Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 50

Yeay, we reach chapter 50! 

Ikutkan watak Faharin tak pernah wujud dalam draf tapi saya sendiri lupa kenapa saya wujudkan dia. 🥹

.

.

.

LAPORAN Tok Guru Wahyu aku pandang dengan wajah tidak percaya.

Racun?

Segera aku tinggalkan bilik pengurusan Fakeeh dan berlalu ke kamar ayahanda. Masuk, ayahanda masih di situ. Terbaring seperti semalam. Dengan dada yang sarat rasa rawan, aku hampiri ayahanda.

"Ayahanda tak cakap pun ayahanda tak boleh bangun." Terus pecah suara aku. Surat Tok Guru Wahyu masih di tangan. Aku cengkam melepaskan rasa di situ.

Air teh ayahanda ada racun perosak saraf.

Atau kata lain, ayahanda lumpuh!

"Ara..."

"Kenapa tak cakap? Kenapa ayahanda buat Ara macam ni? Ara ni siapa sampai ayahanda nak kena berdiam diri?" Aku tekup mata. Tumpah lagi bekalan manik-manik jernih untuk hari ini. Di awal pagi.

"Ara... ayahanda..."

"Dah berapa lama sebenarnya ayahanda?" pintasku laju. Aku tahu ini bukan kali pertama. Sebab laporan ni kata peratusannya sangat sedikit.

Aku raup wajah. Patutlah susah nak nampak ayahanda di meja makan. Ayahanda aku sakit! Dan aku sebagai anak tak pernah tahu!

"Tell me, ayahanda. Jangan buat Ara macam ni."

"Minggu lepas dah ayahanda mula rasa sakit-sakit. Rasa kebas, rasa kejang."

Ya Allah...

Anak jenis apa aku ni tak pernah ambil tahu perihal ayah sendiri? Sampaikan kesan racun itu mula tunjuk taring baru segalanya aku tahu.

"Ara jangan fikir sangat."

"Dah tu? Ayahanda nak Ara buat bodoh macam bonda?"

Wajah ayahanda nampak gamam lalu melarikan wajah. Aku tahu dah macam biadap ayat aku ni tapi melihat keadaan ayahanda buat aku makin sakit hati dengan bonda.

Seminggu dan bonda masih gelak ketawa dengan Faharin.

Suami ditinggalkan. Bagus sangatlah tu.

"Tak baik Ara cakap bonda macam tu." ayahanda bersuara.

"Macam mana Ara tak fikir bukan-bukan? Air tu ayahanda dapat daripada bonda. Untuk apa? Untuk bunuh suami sendiri?"

"Nuraisya Arabella." Tegas namaku diseru. Mematikan nafsu aku untuk terus berkata lanjut. Aku berdengus geram.

"Bonda tu tetap bonda Ara. Ayahanda tak suka ara cakap macam ni. Kalau bonda dengar, kecik hati dia tau." tegur ayahanda.

Aku menunduk. Laporan Tok Guru Wahyu itu aku lipat.

"Lepas ni ayahanda tak payahlah makan kalau orang lain masakkan atau bagi. Biar Ara aje masakkan untuk ayahanda. Ara tak nak ayahanda sakit lagi. Keadaan ayahanda pun dah kira teruk sangat ni." putusku.

Aku pandang kaki ayahanda yang diselimuti.

Untuk apa dilumpuhkan saraf kaki ayahanda?

Kepala aku tak boleh berhenti berfikir. Pasti ada sebab.

.

.

SEJAK kes ayahanda, aku sahur dan berbuka dalam bilik ayahanda. Menemani ayahanda. Masak makanan untuk ayahanda. Aku tak izinkan sesiapa bagi ayahanda makan atau minum. Takut hal ni melarat pulak.

Malam ini, anak bulan sudah kelihatan. Bererti esok adalah hari raya Aidilfitri. Sekejap saja bulan mulia itu pergi.

Dan Fakeeh masih tidak pulang.

Raya tanpa suami.

Nafas berat aku lepaskan.

Baju melayu Fakeeh sudah aku gosok, berharap dapatlah aku lihat dia memakainya namun segalanya hanya tinggal angan-angan.

Baju itu aku gantung ke dalam almari. Simpan sajalah.

Dapur hangat dengan orang ramai. Memasak untuk lauk pagi raya pastinya. Aku pula tidak punya semangat menyambutnya. Lalu aku memanggil Ahmad untuk menemui aku.

"Ada apa tuanku panggil patik?"

"Awak tahu berita di Alka?"

Lelaki itu diam sejenak.

"Masih begitu, tuanku. Berdasarkan laporan yang kami temui, tiada tanda-tanda peperangan bakal menutup tirai. Sulnayah makin menggasak dengan meminjam ketenteraan daripada Anaria. Setakat ini, sudah seratus orang panglima Alka gugur manakala yang lain terpaksa berundur. Anak-anak, para wanita dan warga emas dilindungi di istana Alka. Namun Tuanku Raja Muttaqin sarankan untuk bawa mereka ke Istania dan beri perlindungan sewajarnya. Tuanku Raja Zahin enggan bersetuju kerana tidak mahu melibatkan mana-mana negara Islam yang lain terpalit dalam peperangan. Risau kelak peperangan ini menjadi lebih besar. Jadi, Istania hanya mampu meminjamkan kuasa tentera kita untuk membantu mereka."

"Awak rasa berapa lama lagi semua ni akan tamat?"

Lelaki itu teragak-agak hendak menjawab sebelum menggeleng. "Patik tak boleh nak anggarkan. Semuanya terpulang kepada pasukan Alka. Doa daripada kita semua akan menjadi benteng pertahanan mereka, tuanku."

Aku mengangguk lemah dan mengizinkan Ahmad pergi. Aku termenung lagi.

Lama lagi.

Perut aku usap.

Lama lagi Fakeeh akan tahu tentang ini.

"Yow adik! Jauh termenung. Fikirkan siapa?" Aku tersentak sebelum mata menangkap Faharin datang dengan gelas di tangan. Dia mengambil tempat bertentangan dengan aku. Bersandar ke kusyen sofa, dia enak menikmati minuman itu.

Aku tak menjawab. Malas.

"Raya ni, dik. Takkan masam aje muka? Senyumlah sikit."

Huh. Apalah mamat ni nak sebenarnya?

"Kau nak apa? Aku tak ada mood nak bercakap."

Aku berpeluk tubuh.

"Abang Har dengar adik tanya pasal Alka dekat Ahmad tu."

Menyibuk. Satu perkataan yang sesuai untuk Faharin ni.

"Jadi? Ada kacau hidup kau ke?"

Faharin gelak kecil. Dilalukan jari telunjuknya ke lekuk gelas. Bibirnya menyinis.

"Kenapalah adik ni degil sangatkan? Kalau adik dengar cakap Abang Har, semua ni takkan berlaku."

Okey. Ayat Faharin ni sangat pelik. Peperangan ni ada kaitan dengan Faharin ni? Dia sekutu Sulnayah?

"Apa maksud kau?"

"Nak tahu tak cara paling mudah untuk selesaikan semua ni?" Faharin letak gelas ke atas meja. Kaki disilangkan penuh gaya.

Aku tidak membalas tapi Faharin tetap bercakap syok sendiri.

"Alka hanya perlu mengalah aje pada Sulnayah. Paling teruk pun tanah kena ambil aje. Alka akan jadi daerah Sulnayah. By that time, Istania kena ambil kesempatan. Kita jalinkan hubungan dengan Sulnayah dan makan harta mereka. Perlahan-lahan Alka tu jadi tanah Istania dan tak mustahil Sulnayah pun boleh jadi milik Istania. Kau dengan suami kau aje yang lembik sangat. Suka bagi muka."

Fuh, Faharin ni memang bikin angin satu badan betullah.

Mengalah?

Dia suruh Alka mengalah? Ibarat memperkecilkan agama Allah. Memang taklah Alka akan mengalah. Kalau harus pun berperang sampai bermati-matian. Dan aku akan pastikan Alka tidak melemah. Sebagai ratu, aku akan tetap hantar panglima Istania ke sana, memperjuangkan hak agama yang seadilnya.

Aku senyum sinis. Nak gelak macam tak baik. Nak menangis lagi mengarut.

"Mudahnya kau mempermainkan agama."

"Tak. Abang Har tak mempermainkan. Ini strategi. Bilamana kita buat seolah-olah kita kalah, Sulnayah mesti takkan sangka kita tikam mereka. Dan waktu semua tu dah berjaya, sebarlah agama sampai seluruh pelosok dunia sekalipun."

Ketap bibir. Ayat-ayat Faharin nampak biasa tapi berbisa. Dia anggap agama ni macam tak penting. Dalam sesaat waktu pun Islam takkan boleh dibuat main.

"Sudahlah Faharin. Aku takkan terima idea macam tu."

"Kejamnya adik nak tengok ramai manusia mati disebabkan peperangan macam ni."

Jari telunjuk aku terus naik, tepat menala ke wajah Faharin. Nafas aku lepaskan kasar. "Mereka perang untuk dapatkan kemenangan atau mati syahid. Tiada yang lain. Sudahlah. Cakap dengan kau bukannya faham pun."

Malaslah aku nak layan Faharin ni. Menyakitkan hati. Tak ada satu pun yang menyenangkan. Macam manalah bonda boleh suka sangat dengan Faharin ni? Haih...

.

.

HARI RAYA ketiga. Hujan renyai-renyai di luar sana.

Seekor burung hantu berterbangan di balkoni bilik aku. Laju aku menghampiri balkoni. Melihat burung itu basah kuyup, kasihan pula aku jadinya. Segera aku capai tuala untuk membalut tubuh itu.

Seketika burung itu berkicauan kencang hingga dahi aku berkerut.

Sakit ke burung ni?

Aku teliti tubuh burung itu dari atas ke bawah.

Di bahagian sebelah kanannya, ada satu beg kecil yang dibawanya.

Eh, ini burung penghantar surat.

Untuk aku ke?

Beg itu aku buka lalu surat yang ada di dalamnya aku tarik keluar. Kerusi aku capai dan duduk berhampiran burung hantu itu. Sambil mengelap sang burung itu, mata aku terpaku pada sebaris ayat pertama.

Teruntuk Ya Qalbi kesayangan belahan jiwa...

Ya Qalbi... ini... ini surat dari Fakeeh!

Semerta aku menekup mulut. Surat aku sampai kepada dia! Hari raya pertama, aku kirimkan surat. Ikutkan itu sekadar mahu melepaskan rindu tetapi terlihat Sinnichi tiada kerja, aku sajalah ikat dan minta dia bawa ke Fakeeh. Tak sangka pula Sinnichi berjaya serahkan kepada Fakeeh.

Ayahanda tahu hal ini dan dia izinkan kerana aku tidak menyentuh perihal anak kami. Walhal, hati aku teringin sangat memberitahu Fakeeh.

"Burung Fakeeh ke ni?" Aku usap burung hantu itu.

"Terima kasih untuk surat ni..." Seolah-olah burung itu faham.

Aku capai satu balang bijirin yang aku memang tersedia ada lalu aku isi dalam satu bekas lain. Habuan itu aku beri kepada burung hantu itu.

Hujan di luar sana tidak dapat menandingi rasa bahagia aku menerima surat penuh makna ini.

Melihat tulisan Fakeeh, mata mula bertakung. Aku usap tulisan itu.

Fakeeh...

Tak betah, aku mula membaca.

Assalamualaikum kesayangan Ya Rohi...

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Yang pertama sebagai pasangan suami isteri. Maaf diri ini tidak mampu bersama Ya Qalbi di hari mulia.

Surat ini pendek untuk membalas surat daripada Ya Qalbi. Ya Rohi tak punya banyak masa. Biarpun malam kami boleh berehat, tapi malam jugalah kami merancang dan berdoa akan kemenangan. Peperangan ini tidak menunjukkan kata akhirnya lagi dan Ya Rohi sangat berharap ia bakal reda dengan segera. Alka tidak mampu menikmati Hari Raya yang ceria.

Solat sunat Aidilfitri dan jamuan ringkas saja, Ya Qalbi. Itupun sekadar sebuku roti dan sebiji kurma. Makanan di sini sangat terhad jadi kami berpuasa supaya makanan ini banyak disalurkan kepada yang lebih memerlukan.

Hanya doa yang Ya Rohi pinta dari semua orang. Juga doa daripada Ya Qalbi sendiri. Ya Rohi baik-baik saja di sini dan Ya Qalbi janganlah risau. Demi agama, tiada apa yang perit hakikatnya. Allah janjikan syurga buat semua yang berjuang di jalanNya. Tak bertemu di dunia, akhirat bertemu jua Ya Qalbi.

Ya Rohi akhiri dahulu. Salam rindu...

Habis.

Sesungguhnya aku harapkan ada lagi nukilannya tapi cukup hingga ke situ. Aku seka pipi yang basah. Rindu ini menyesakkan.

Surat itu aku lipat dan bawa ke dada.

Doa Ara tak pernah putus, Ya Rohi. Untuk kita. Untuk agama.

Perut diusap. Kami berdua akan sentiasa tunggu Ya Rohi.

Usai habis makanan burung Fakeeh, dia terus terbang pergi. Aku simpan dan bersihkan bekas tadi. Pintu balkoni ditutup dan dikunci. Baju Fakeeh di atas katil aku ambil dan hirup. Satu-satunya penawar biarpun bau Fakeeh makin menghilang.

Usai perkemaskan diri, aku turun ke bawah.

Selendang hijau aku perbetulkan. Di ruang bawah istana sangat bising. Manakan tidak, Faharin minta bonda untuk adakan rumah terbuka. Itu yang sesak istana hari ni. Aku tak kisah kerana memang berlaku tiap-tiap tahun.

"Ara!" Laungan seorang memanggil sepasang mata aku mencari. Madiah sudah melambai-lambai dari kejauhan. Aku menggeleng kecil dengan perangai kawan aku ni.

"Tak serupa perempuan!"

Madiah gelak. Dia heret aku ke lobi istana. Meriah aku tengok rakyat Istania bersalam dan bergurau senda sesama mereka. Definisi keluarga Islam bagiku. Tak kira warna kulit dan latar belakang, kami semua adalah satu keluarga.

"Selamat hari raya, tuanku!" Seorang gadis kecil menghampiri aku dan menghulur tangan. Terus aku sambut.

"Selamat hari raya. Cantiknya awak." pujiku.

Gadis itu senyum hingga nampak gigi. "Nak duit raya!"

"Amboi kau, tak pandang kiri kanan ya minta." komen Madiah selamba. Tawa kami pecah. Aku cari Haniya sebelum mata kami bersambung. Segera dia hampiri aku dengan tangannya penuh sampul duit raya yang sudah berisi.

Melihat tangan Haniya penuh duit raya, ramai mengerumuni aku. Semua beratur di belakang gadis aku.

Madiah sudah tayang muka bosan. Aku hanya senyum. Biasalah budak-budak.

Hampir dua puluh minit juga sebelum barisan panjang itu hilang. Masing-masing gembira saat sampul duit raya bertukar tangan. Ada yang minta aku cium la. Ada yang minta peluk. Tak kurang yang minta bergambar. Aku layankan saja budak-budak kecil ini. Membahagiakan hari mereka.

"Weh, ada lagi tak duit raya kau? Aku pun nak juga. Macam banyak aje kau isi."

Aku siku Madiah. "Kau dah layak jadi mak orang kot. Takkan minta duit raya lagi?"

"Jadi mak orang tu lambat lagi. Jadi makcik orang tu InshaAllah soon."

Aku faham maksud Madiah. Pastilah tentang kandungan aku. Dia juga gembira saat aku maklumkan tentang kehamilan aku.

"Kalau tak ada aral, lahirlah dia. Dah, aku nak makan. Apa yang sedap?" tukasku. Tak mahu buka topik anak. Lagipun, bukan semua orang tahu. Dalam istana saja yang tahu. Oh, Anya juga tahu. Rakyat masih belum tahu. Nanti-nantilah aku bagi tahu.

"Tadi aku tengok ada yang bakar lemang dekat luar tu. Ketupat pun ada dengan rendang. Rendang ayam, daging, kambing. Kuih-muih tak payah cakap, selambak!" celoteh Madiah. Dipimpinnya aku ke meja yang berisi segala jenis makanan. Aku pandang lama dari hujung meja ke hujung meja.

Nak makan apa ya?

Baby nak makan apa? Aku usap perut.

Ketupat nampak sedaplah. Cecah dengan rendang kambing. Lama tak makan.

Lincah tangan aku ambil makanan. Sudah itu aku ikut Madiah ke luar. Katanya nak ambil angin luar. Angin apa pun tak tahu.

"Kejap eh Madiah, aku nak cari ayahanda."

"Eh tadi Ahmad tolak ayahanda."

Mati kaki aku nak melangkah. Terus mata mencari susuk Ahmad. Ayahanda tak boleh gerak lagi. Bergerak pun berbantukan kerusi roda.

Dahi aku berkerut. Ahmad kelihatan santai makan dengan kawan-kawan dia tapi mana ayahanda? Hati mula berdetik aneh. Aku tinggalkan Madiah dan menapak ke Ahmad.

Bila tanya tentang ayahanda, Ahmad kata bonda teman ayahanda makan.

Aku garu kepala.

Langkah aku corak ke sekeliling istana mencari ayahanda dan bonda.

"Kenapa awak susah sangat nak bagi Har tu pergi?"

Termati perjalanan aku yang melintasi bilik bacaan. Aku diamkan diri mendengar butir bicara lanjut.

"Tak boleh, dinda."

"Itu kan anak kita. Bagilah dia belajar juga tentang semua ni."

"Tak bolehlah, dinda. Dia tak layak."

"Jijik sangatkan awak dengan dia."

"Bukan dinda. Faharin masih belum boleh uruskan semua ni. Kira baiklah kanda izinkan dia tinggal dekat sini. Jangan minta lebih-lebih."

"Fakeeh dah tak ada, boleh aje Har tu urus. Awak lupa ke Fakeeh tu dulu pun zero basic?"

Sakit hati pula aku dengar perbualan ayahanda dengan bonda. Sampai hati bonda bandingkan Faharin dengan Fakeeh.

"Sudahlah, dinda. Kanda tak nak bincang lagi hal ni. Biar kanda saja yang pergi mesyuarat tu."

"Kaki awak tu dah lumpuh. Satu kerja orang nak mengangkut awak. Duduk ajelah dekat sini. Bagi Har pergi."

Mesyuarat? Mesyuarat apa ni? Aku tak tahu pula kalau ayahanda ada perjumpaan penting. Selalunya Ahmad tak culas untuk laporkan pada aku. Atau mereka sorok daripada aku?

Pintu itu aku buka luas. Ayahanda dan bonda nampak tersentak. Masing-masing diam.

"Ayahanda nak pergi mana? Ara minta maaf Ara curi dengar tapi Ara nak tahu, ayahanda nak pergi mana?" Aku duduk bertentangan dengan dua mempelai itu.

Tiada seorang pun yang nak menjawab soalan aku.

"Ara tanya ni. Mesyuarat apa sampai Faharin yang kena pergi. Ara ada dan Ara larat lagi nak pergi ke mana-mana. Ara belum sarat lagi."

Sebut nama Faharin, terus bonda yang buka mulut.

"IWAM minggu depan di Inabah. Bonda nak Har yang pergi. Ara ataupun ayahanda duduk sini."

"Kenapa Faharin? Ara masih ada. Bonda lupa ke Ara dah jadi permaisuri? Walaupun Fakeeh tiada di sini, Ara masih boleh galas tanggungjawab ni." Aku cuba berkompromi. Tak mahu ikutkan emosi yang sedang berperang dengan diri sendiri.

"Ara, tak pernah ada IWA hantar wakil wanita. Mereka nakkan wakil lelaki. Sebab tu ayahanda tak cakap dengan Ara." Jelas ayahanda yang sedari diam.

Oh, padanlah.

"Ara fikirkan baik-baik Ara. Ayahanda takkan larat untuk ke Inabah. Kesian pada orang yang nak kena angkut ayahanda. Biar ajelah ayahanda dekat sini. Apa salahnya bagi Faharin tu pergi? Abang Ara juga."

Mata aku berbalas dengan ayahanda. Dia menggeleng kecil, tidak mahu aku akur.

Nafas aku tarik dalam. "Okey. Faharin boleh pergi ditemani Ahmad."

Dalam hal ini, aku terpaksa bersetuju dengan bonda. Aku tak nak menyusahkan orang lain. Lagipun aku nak tengok juga taring Faharin. Kalau dengan menghalang Faharin membutakan bonda dengan sikap kuat ampu Faharin, biar Faharin tu tunjuk perangai sebenar. Aku nak bonda nilai sendiri anak dia. Bermati-matian aku dan ayahanda pesan, bonda tetap keras kepala.

"Ara." Ayahanda gamam. Aku buat-buat tak nampak.

"Nanti bonda bagitahulah anak bonda tu."

Melebar senyuman bonda. "Terima kasih Ara. Sekarang juga bonda cakap dengan Har."

Senang hati bonda harini. Tak apa. Masa akan menunjukkan juga Faharin yang sebenar. Harap bonda tak menyesal.

"Ara, apa Ara buat ni? Kenapa bagi peluang pada Faharin tu?"

"Ayahanda... selama ni kita tegah dan bonda tak pernah nampak salah Faharin. And why not kita ikutkan rentak Faharin tu? Biar bonda nampak anak dia tu macam mana bila dapat kuasa."

"Bahayalah Ara. Ini melibatkan negara, bukan keluarga saja."

Tempat bonda aku duduk. Tangan ayahanda aku capai.

"Trust me, ayahanda. Your daughter now is a queen. She will act like a queen."

Lama ayahanda diam sebelum dia juga akur memberi kepercayaan pada aku. Terus aku senyum. 

Dalam pada masa yang sama, otak aku ligat bekerja. Macam ada kaitan semua ini.

Ayahanda lumpuh. IWA mahukan wakil lelaki semata-mata.

Dan semuanya memberi peluang kepada Faharin untuk masuk campur.

Betul ke apa yang aku buat ni?

.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro