Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 47

DAPUR aku lihat sedang berasap-asap. Mesti tengah masak lauk berbuka. Aku tuju ke dapur untuk masak lauk khas untuk Fakeeh. Biasalah lelaki tu. Lidah sensitif. Nak aku juga masak. Tapi tak apa, aku sudi.

Melihat bonda khusyuk menguli tepung, aku pun dekatkan diri.

"Bonda buat apa tu?"

Tersentak bonda. Dia toleh ke sisi. Senyum kecil.

"Ara rupanya. Buat terkejut bonda ajelah."

Aku garu kepala lantas mendekati bonda. "Bonda nak buat apa tepung tu?"

"Nak buat pie."

"Pie?" Berkerut dahi aku. Siapa pula makan pie ni?

"Abang Har minta, itu yang bonda buatkan. Dia suka makan pie buah."

Oh... yelahkan. Untuk siapa lagi? Semua yang Faharin nak laju saja bonda tunaikan. Demand sangat lelaki tu.

"Bonda tak pernah pun masak untuk Ara." omelku tapi cukup untuk buat tugasan bonda terngendala. Aku buat-buat bodoh ajelah sambil sibuk-sibuk keluarkan lauk untuk dimasak.

"Tak baik Ara cakap macam tu. Abang Har tu bertahun duduk dekat luar. Baru ni dapat merasa ada keluarga sendiri. Dapat rasa air tangan bonda. Ara jangan mengada sangat. Kesian dekat Abang Har."

Tak fasal-fasal dapat bebelan percuma.

"Ni bonda nak tanya."

"Hmm, apa dia?" soalku malas. Kalau topiknya adalah Faharin, memang aku malas.

Tangan aku lincah mencapai kunyit dan garam. Masak senang-senang sajalah. Tak ada moodInak masak sebabkan bonda. Kalau boleh nak cepat keluar dari dapur.

"Kenapa Ara degil sangat nak pegang takhta tu? Ara tahukan undang-undang Istania ni macam mana. Tak baik tau menganiaya Abang Har macam tu. Tahulah Abang Har tu baru lagi dalam keluarga kita tapi dia tetap ada hak."

Haih, isu ni lagi ke? Dah seminggu Ramadhan berlalu dan sudah hampir dua minggu lebih sejak suami aku angkat sumpah, bonda masih mempersoalkan? Mesti Faharin desak.

"Ala, tak ada beza pun Faharin ke Ara ke. Sama aje."

"Arabella." Bonda jujut nafas dalam. Tepung ditolak tepi. Mata merenung ke wajah aku yang tak berperasaan.

"Apa yang Ara benci sangat dengan Abang Har tu? Dia abang Ara tau. Kenapa? Ayahanda cakap bukan-bukan ke tentang Abang Har sampai Ara tak suka dia dapat apa yang selayaknya?"

Bahu aku jatuh. Nafas dihembus lemah. Kacang buncis aku basuh lalu digunting panjang.

"Bonda... pepatah orang putih kata don't judge a book by its cover. Depan bonda mungkinlah dia nampak macam anak paling soleh, belakang bonda pula macam mana? Bonda bukan tahu pun kehidupan Faharin tu sebelum ni."

Kerling wajah bonda, sudah merah. Ah, masak aku! Betul-betul anak kesayangan.

"Ara pun sama aje macam ayahanda. Prejudis dengan keluarga sendiri. Mentang-mentanglah Faharin tu dikira baru lagi, semua benci pada dia. Nak atau tak nak, Ara kena sedar bonda juga yang mengandungkan dia. Kamu berdua ada darah yang sama!" Tegas bonda berkata-kata.

Mengucap panjang aku dalam hati. Aku pandang bonda dengan hujung mata. "Suka hati bondalah."

.

.

"AYAHANDA mana?" soalku pada Fakeeh yang turun bersama Eilman. Azan bakal berkumandang bila-bila masa saja tetapi bayang ayahanda tak nampak.

Fakeeh ambil tempa sebelum angkat bahu. "Tak nampak pula tadi. Cuba tanya bonda."

Tanya bonda? Memang taklah. Kejadian petang tadi masih lagi segar. Bonda pun masam muka dengan aku.

Di meja ini hanya ada empat orang. Fakeeh, bonda, Faharin dan aku. Yang lain semua pergi bentang kain panjang di dapur untuk makan. Sudah aku ajak tetapi mereka menolak. Manakan tidak. Kena jerkah dengan Faharin, semua kecut perut. Tak nak muncul masalah lain, mereka sendiri akan pergi dulu.

Penat aku nak cakap. Bonda pun mengikut, lagilah semua pun akur saja.

"Bonda, ayahanda tak berbuka sekali ke?" Fakeeh menyoal. Pinggan berisi nasi diambil daripada aku. Disebabkan ini bulan mulia, rajinlah aku sendukkan untuk semua orang termasuklah Faharin.

"Manalah bonda tahu."

Aku jeling bonda hujung mata. Suami sendiri pun tak tahu. Kalau bab Faharin, dialah yang tahu semua.

Azan berkumandang sebaik aku duduk. Fakeeh mengimamkan bacaan sebelum bekas kurma dihulur kepada semua orang.

"Makanlah, Man. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri."

Eilman hanya senyum. Kepala mengangguk kecil. Dia pun selesa hidup dekat sini. Dah masuk hari kedua, Eilman di sini. Banyak masa Fakeeh terluang bersama Eilman.

Aku? Cemburulah. Nasib Fakeeh pujuk. Kalau tak, aku tak nak masak untuk dia lagi. Tapi, dah merajuk banyak kali pun Fakeeh nak juga spend time dengan Eilman. Hmm, apalah nasibkan?

"Memang tak malu eh?" Faharin mula cari fasal. Suapan Fakeeh mati. Dia tenung Faharin.

"Kau siapa nak duduk semeja?"

Aku pandang Eilman. Dia diam saja. Tak nampak pula wajahnya berubah atau apa. Dia nampak tenang saja.

"Biarlah dia duduk sini. Kau tu yang siapa."

"Well, aku berdarah raja. Unlike him."

"Yelahkan. Darah raja tu boleh bawa sampai ke kubur. Boleh jadi tiket agaknya masuk syurga." Pedas Fakeeh perli.

Faharin tawa kecil. "Kenapa? Marah ke aku tegur kawan kau?"

"Nah... tak terkesan pun."

"Dah tu, diam. Aku cakap dengan dia. Bukan dengan kau. Atau kawan kau tu bisu?"

"Tak bisu. Hanya malas nak bazir air liur cakap dengan orang yang tak beradab." Eilman menjawab dulu sebelum Fakeeh. Dia sunggih sinis melawan renungan Faharin.

Faharin berdengus. "Berapa lama lagi kau nak duduk sini? Dah tak ada rumah ke sampai nak merempat dekat sini?"

"Are you the king? What, no? Oh, pardon. I don't take orders from strangers." Eilman gelak kecil. Malah dia lagi galak memanaskan hati Faharin dengan makanan. Suapan penuh selera masuk ke mulut.

"Bonda, bonda tahu tak ada orang tadi masuk bilik Har? Privasi Har dah kena ceroboh."

Dahi aku berkerut. Ceroboh? Siapa aje? Dayang? Dia lupa gamaknya orang istana juga yang basuh baju dia. Kalau tak masuk macam mana nak kumpul baju kotor?

"Siapa? Beraninya dia masuk!"

"Kawan Fakeeh tu bonda. Har nampak dengan dua mata Har tau."

Terus bonda memandang Eilman tajam. Faharin sudah senyum lebar.

"Eilman, bonda tak kisah kalau ada tetamu nak datang. Tapi sebagai tetamu Eilman tak boleh nak senang-senang masuk bilik itu ini tanpa kebenaran tuan punya rumah. Kalau Eilman tak boleh nak buat benda mudah macam tu, bonda rasa baik Eilman pulang."

Oh, wow. Aku terdiam. Hanya dengan satu aduan Faharin, bonda punya backup bukan main.

Eilman senyum manakala Fakeeh sudah memerah wajah. Dadanya juga berombak. Lantas tangan kiri aku naik mengusap pahanya.

"Fitnah tu lagi besar dosanya daripada membunuh." Eilman berkata mudah. Tak melatah langsung bila dituduh sebegitu.

"Bonda tak fitnah tapi kalau anak bonda dah mengadu, bonda tak boleh abaikan. Benda ni serius tau, Eilman. Bonda tak suka sesiapa kacau anak bonda."

"Baiklah tuanku. Maafkan patik. Lepas ini patik akan jaga diri. Jangan risau."

Bonda mengangguk puas hati. Tak lama, bonda bangkit dan masuk ke ruang dapur meninggalkan kami. Suasana kami hanya khali, menikmati waktu berbuka dengan segera. Selepas ini nak solat berjemaah sebelum mengaji.

Dan aku sebenarnya masih menanti ayahanda untuk turun berbuka sekali. Makin lama makin hambar hubungan kami sekeluarga. Bonda masih begitu dengan ayahanda. Kasihan ayahanda.

Beberapa minit kemudian, bonda kembali dengan pie buah yang tadi dibakarnya. Untuk anak dialah yang pasti.

"Har, ni bonda dah buat pie yang Har minta. Rasalah."

"Bonda buat? Har gurau aje. Tak sangka bonda buat betul-betul. Terima kasih bonda! Sayang bonda."

Oh, drama sangat!

Aku garu hidung. Mengesat dengan belakang telapak tangan. Entah mengapa, bau kurang enak menyapa hidung. Terus mati selera aku. Air aku capai dan teguk perlahan.

Aku cuba tutup sekejap hidung lalu dialihkan. Masih sama. Ada yang tak sedap baunya. Tapi, apa?

Mata aku berhenti pada pie yang sudah dipotong bonda. Faharin makan dengan selera.

Pie tu ke?

Tiba-tiba rasa loya hadir.

"Bonda..." seruku.

"Ara rasa pie tu busuklah." Aku tekup mulut dan hidung. Dahi berkerut menahan bau yang menyucuk-cucuk.

"Ara! Sampai hati cakap masakan bonda macam tu! Ara nampakkan bonda baru masak tadi?" Nada suara bonda yang melengking kuat tidak menjadi kisahku sebab loya diri lagi kuat menyerang.

"Serius, bonda. Buanglah. Busuk tu."

Sebelah tangan aku paut lengan Fakeeh. Dia sudah pandang aku yang pucat. Mukanya juga tak kurang pucat.

"Ya Qalbi okey ke tak ni?" soalnya. Aku geleng lemah.

"Busuk..." aduku.

"Ara kenapa macam ni ya? Apa yang Ara benci sangat dengan Abang Har ni? Semua tak betul dengan mata Ara. Eh, Fakeeh. Kamu tegur isteri kamu ni. Ajar sikit dia cara nak urus cemburu. Dengan abang sendiri pun nak cemburu!"

Aku telan liur payau. Tak menahan mata mula berpasir. Tajam kata-kata bonda.

"Bonda..."

"Eh, sudahlah. Ara ni melampau tau!" Bonda berlalu meninggalkan meja makan.

Aku mencebik. "Fakeeh..."

"Shh. I'm here, Ya Qalbi."

"Ara rasa..." Tak dan habis ayat aku rasa tekak mengembang. Terus aku tolak kerusi jatuh dan berlari masuk ke ruang dapur. Semua pekerja istana yang berbuka di situ tergamam melihat aku berlarian ke singki. Fakeeh mengejar di belakang. Aku muntahkan segalanya.

"Tolong ambilkan air!" suara Fakeeh bergema. Dia sibuk mengusap belakang tubuh aku.

"Ya Qalbi... Ya Allah, kenapa ni? Tak sihat ke?"

Usai lega tekak, aku basuh mulut. Sudah itu, aku pandang Fakeeh. Dia menanti aku beri penjelasan tetapi yang aku buat hanya menggenggam bajunya di bahagian dada lalu menangis.

"Hey Ya Qalbi. Please tell me what happen. Jangan buat Ya Rohi risau macam ni."

"Bo... bonda benci Ara ya?" Dan air mata makin deras membasahi pipi. Tipulah kalau aku terasa. Sakit sangat hati ini. Aku bukannya tipu, memang betul aku bau benda tu busuk. Bonda pula marah aku. Kecik hati aku. Mesti bonda benci aku.

"Tak Ya Qalbi... bonda tak benci Ya Qalbi pun."

"She is. She does." Aku tak percaya. Bonda naikkan suara pada aku bermaksud bonda benci aku.

"Tak, Ya Qalbi. Itu perasaan Ya Qalbi saja. Sekarang ni, Ya Qalbi minum air ni dulu. Ya Qalbi kena rehat. Badan Ya Qalbi penat ni." Dia paut bahu aku lalu dihulur gelas yang sudah berisi air putih. Lambat-lambat aku minum. Sambil minum tu Fakeeh tolong lapkan air mata di wajah aku.

Apa yang busuk sebenarnya? Aku tak faham. Fakeeh pun aku paksa dia mandi lagi sebelum tidur. Deria bau aku tengah rosak ke apa? 

.

.

WAJAH keruh aku dari meja makan sampai ke lewat malam begini. Fakeeh pun dah banyak kali mengeluh melihat aku. Dia duduk di sampingku di atas katil.

"Kenapa ni? Terasa lagi dengan bonda?"

Aku pandang Fakeeh dengan bibir menyebek. Kepala mengangguk kecil.

"Ya Qalbi, bonda marah sekejap aje tu. Nanti-nanti dia okeylah."

"Bonda benci Ara. Semuanya Faharin yang lebih. Ara pun anak dia juga." Suara dah serak dengan mata berpasir. Tunggu masa aje untuk air mata tumpah.

Segera tubuhku dibawa ke dalam satu pelukan. Lagi tangisanku menjadi-jadi.

"Kenapa sensitif sangat Ya Qalbi? Ya Rohi tahu tak mudah dengan adanya orang lain dalam keluarga ni tapi Ya Rohi yakin isteri Ya Rohi ni orang yang kuat semangat. Jangan sebabkan Faharin, Ya Qalbi rasa semua tak berpihak pada Ya Qalbi. Allah hadirkan Faharin untuk uji kita semua Ya Qalbi. Bonda pun. Allah uji kita semua. Tapi Ya Qalbi kena ingat, selain bonda Ya Qalbi juga ada ayahanda dan paling penting sekali Ya Qalbi ada suami Ya Qalbi ni. Depan mata lagi."

Makin aku eratkan pelukan. "I know... tapi Ara sedih sangat."

"Shh... nanti kita sama-sama pujuk bonda, ya?"

Aku angguk bagai belatuk. Usapan Fakeeh di belakang tubuhku terus-menerus meredakan juga hati yang sendu ini. Lama kami dalam keadaan begitu sebelum aku meleraikan.

"Maaf sebab dapat isteri macam Ara."

"No. You're my lucky one, Ya Qalbi. Ya Rohi sedia layan semua perangai pelik isteri Ya Rohi ni." Kepala aku diusap.

"Pelik ke?" Kembali hangat tebing mata aku. Sampai hati Fakeeh cakap aku pelik. Pelik sangat ke aku ni?

"Hey, jangan nangis lagi. Pelik-pelik pun Ya Rohi sayanglah."

"Betul ke sayang? Janji tak tinggalkan Ara?" Entah kena sampuk angin apalah aku keluarkan jari kelengking. Fakeeh nampak nak tergelak sebelum aku jeling dia. Terus dia diam sebelum menyambung jari kami.

"Janji selagi Allah mengizinkan."

Mataku disapu dengan jemarinya.

Tak lama kemudian kedengaran pintu diketuk bertalu-talu. Terkejut kami di sini. Aku berbalas pandang dengan Fakeeh. Dia jongket bahu manakala aku menggeleng tidak tahu. Fakeeh capai selendang yang digantung lalu diberi pada aku. Tanpa buang masa aku selempangkan ke bahu, menutup aurat. Lantas Fakeeh jadi orang pertama yang melihat gerangan di pintu.

Terpampang wajah Ahmad dan Eilman yang nampak sedang menahan sabar. Merah wajahnya.

Tapi... ada apa mereka ke kamar kami di waktu begini? Sudah lewat malam.

"Maaf patik menganggu tuanku dan isteri. Ada berita buruk yang baru kami terima. Tadi..."

"Kita kena balik Alka, bro!" cantas Eilman terus. Mungkin dah hilang sabar.

"Kenapa? Dah malam ni, Man."

"Sulnayah is declaring war!"

Bagai nak luluh jantung aku mendengar. Perang?

"Sulnayah dan Alka berperang? Sekarang?"

"Takkanlah tahun depan, gila! Surat Zuhair baru sampai kau tahu? Dan tarikh surat dia tu adalah dua hari yang lepas!" 

Mengucap panjang Fakeeh. Dia pandang aku sebelum kembali memandang Eilman.

"Tapi Istania..." Fakeeh bungkam, tak tahu cara nak berkata-kata.

"Bro, aku tahu tanggungjawab kau dekat sini. Tapi kau jangan lupa tanggungjawab kau dekat sana juga. Family kau, adik-adik kau, ibunda kau semua dalam bahaya! Kita kena balik, bro! Your hometown! Sumpah aku cakap Fakeeh, kau kena balik. AFEZ perlukan kau! Aku tunggu kau dekat depan istana. Lambat, aku gerak dulu. Kita berperang bukan untuk orang lain tau Fakeeh, demi agama dan negara." Eilman tepuk bahu Fakeeh sebelum berlari pergi. Ahmad menunduk.

"Tuanku..."

"Nanti saya cari awak semula, Ahmad. Awak boleh pergi."

Ahmad tak banyak bicara. Menghormati permintaan Fakeeh.

Aku renung Fakeeh. Fakeeh nak balik Alka? Aku bagaimana? 

.

.

.

Opss... Fakeeh nak tinggalkan Ara? Then, Faharin...?

Sebelum ni saya cakap target sampai bab 50 tapi terbatallah target tu sebab macam panjang lagi. Teruskanlah melayan cerita pelik ni ye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro