CHAPTER 43
MATA aku lama terpaku pada batang tubuh Fakeeh yang tak henti berada di padang latihan ini. Sejak habis sarapan hingga matahari menginjak senja. Dia berhenti pun untuk diajak solat. Makan tengahari pun katanya tidak mahu makan. Kalau lapar dia akan makan saja biskut atau roti. Dah tak minta aku masakkan. Sahlah fikirannya terganggu.
Nasiblah hari ni aku balik awal. Kata Haniya, Fakeeh begini sahaja. Dia minta semua tinggalkan dia sendirian.
“Fakeeh…” bisikku kecil.
Tak semena-mena Fakeeh mengerang sakit. Membulat terus mata aku. Kaki lincah menapak ke arah suami. Rasa kalut menerpa melihat wajah berkerut itu. Terus aku belek tubuhnya.
“Kenapa ni?”
“Tak ada apa. Sikit aje ni.” Fakeeh tolak tubuhku ke tepi. Dia gapai semula pedang yang terpasak ke dalam kayu lalu dilibas ke batang kayu yang menjadi target.
“Ya Rohi…” keluhku kecil.
Baju sudah basah lokos. Rimas pula aku pandang. Memgenangkan non-stop Fakeeh berlatih, hati ini disapa risau. Bimbang jika Fakeeh jatuh sakit. Sudahlah keadaan sekarang merunsingkan, Fakeeh pula begini.
“Ya Rohi…”
Tak betah, aku capai satu lagi pedang yang ditindih bersama. Banyak yang sudah patah dan terbelah. Mesti kerja Fakeeh.
Berdiri bertentangan dengan kayu, aku tarik nafas dalam. Mata cuba menganalisis kelajuan ayunan pedang Fakeeh untuk aku tepis.
“Bismillah.” Terus aku libas.
Prangg!
Bunyi besi bergesel dengan padang simen membuahkan senyuman di bibir aku. Berjaya dengan sekali cubaan!
Fakeeh nampak tersentak sebelum dia tersedar pedangnya hilang. Dia toleh ke sisi, memandang pedangnya yang selamat tersadai di hujung padang. Seketika dia merenung aku.
Selamba saja aku tayang senyum. Pedang di tanganku aku jatuhkan sebelum berlari menarik Fakeeh ke dalam pelukan.
“Ara, Fakeeh berpeluh ni.”
“Ya Rohi fikir apa? Janganlah macam ni. Haniya kata Ya Rohi dari pagi tak henti-henti berlatih. Ara risau tengok Ya Rohi begini.” Walaupun Fakeeh cuba menolak aku, aku tetap degil. Kaki terus naik memaut tubuh Fakeeh. Memang tak izin dia jauhkan diri daripada aku.
Akhirnya Fakeeh mengalah. Dia diam membisu.
“Ya Rohi terasa lagi dengan bonda ke?” Soalan itu aku tujukan kerana aku pasti itulah sebab Fakeeh jadi begini.
“Bukanlah.”
“Jujur dengan Ara, please. Ara tahu bonda tu bonda Ara tapi Ya Rohi tu suami Ara. Dua-dua penting. Dua-dua Ara sayang. Ara tak suka Ya Rohi yang ni. Yang pasif dan menghukum diri begini. Apa gunanya Ara kalau Ya Rohi tak nak kongsi dengan Ara? Kita dah janjikan, yang kita sentiasa ada untuk kita. Ya Rohi tak ingat ke?”
Lambat-lambat aku turunkan kaki. Aku ni boleh tahan berat. Takut Fakeeh tak larat saja dek latihan tanpa hentinya tadi.
Dongak, mata merenung ke sepucuk mata itu.
“Bukan sebab tu.”
“Simpan lagi dalam diri tu. Simpan lagi. Ara macam tak berhak nak tahu, kan?” Dah kalau degil, biar aku sama degil juga. Baru adil!
“Ya Allah, Ara. Bukan itu maksud Fakeeh.”
“No more Ya Qalbi and Ya Rohi. Ara tahu sangat Ya Rohi ada masalah. Tengah bergelut dengan diri sendiri. Cakaplah dengan Ara. Jangan abaikan Ara sebab tak nak Ara terlihat sama.”
Wajah diraup lelaki itu.
Aku tarik tangan Fakeeh dan dudukkan dia di kerusi. Satu helai kain bersih aku capai dan wajah itu aku lapkan. Melekit tangan aku dengan peluh Fakeeh tapi lagi galau hati ini mengenangkan masalah Fakeeh.
“Cakaplah, Ara dengar.”
Lelaki itu pejam mata. Nafas dihirup dalam lalu dihembus perlahan.
“Honestly, Fakeeh tak tahu. Fakeeh… bingung.”
“Tentang Faharin?”
“Ya. Dia nampak macam tak suka Fakeeh. Mungkinlah disebabkan ayahanda nak serahkan kerajaan pada Fakeeh tapi kedinginan dia buat Fakeeh rasa serba-salah.” Lagi Fakeeh mengeluh.
“Ara tahu. Ara perasan benda tu.” Aku layankan supaya Fakeeh akan terus buka segala yang dipendam.
“Kalau ikutkan, Faharin tu dah pangkat abang ipar Fakeeh. Takkan sebabkan kuasa, kami nak kena bermusuhan? Ara… kalau kita lepaskan aje kuasa ni pada Faharin tak apa, kan?” Tanganku dicapainya lalu digenggam. Terhenti perbuatan aku. Pandangan kami bertaut lama.
Mimik muka Fakeeh sedang mendung.
“Ara… Ara tak tahu.”
Tanganku dilepaskan semula. Aku kemam bibir. Tempat di sebelah Fakeeh aku labuhkan punggung.
“Fakeeh tak nak sebabkan benda macam ni keluarga berantakan. Like what happen to mine. Serik dah tengok ibu bapa bergaduh sebab Fakeeh. Mungkin lebih baik kita yang melepaskan supaya tiada yang tersakiti.”
“Ya Rohi percaya Faharin ke?” Aku lunjurkan kaki lalu lengan Fakeeh aku paut. Dah jadi kebiasaan untuk aku pegang lengan dia ni. Jadi habit.
“Ara percaya ke?”
“Entah.”
“Itu masalahnya. Fakeeh pun ragu-ragu. Apa yang ayahanda cakap mungkin ada betulkan. Kalau dicongak, Faharin tu dah masuk thirty series. Takkan dia baru ada kesedaran nak jumpa balik ayahanda dan bonda?”
Kepala aku angguk. Ada logiknya kata Fakeeh.
“Mungkin Fakeeh akan lepaskan.”
“Ya Rohi… kalau Faharin salahguna kuasa macam mana?”
“I don’t know. Kejadian ni mengingatkan Fakeeh pada waktu Rasulullah wafat. Sewaktu pelantikan khalifah pertama. Begini jugalah keadaannya, Ara. Berkelahi pendapat. Ada yang mahu Abu Bakar Al-Siddiq. Ada cadangkan Umar Al-Khattab. Dan ada yang menyokong Ali bin Abi Talib. Mungkin Fakeeh kena jadi macam Saidina Ali. Kenapa perlu pentingkan dunia kalau akhirat tidak terkejar? Sepertimana Saidina Ali lebih pentingkan pengurusan jenazah Rasulullah daripada perbincangan mengenai khalifah. Mana yang lebih afdal, Ara? Kalau kita lepaskan kuasa untuk dapat akhirat, Fakeeh sanggup.”
“Macam mana dengan ayahanda?”
“Ayahanda kena akur juga. Undang-undang dah berkata begitu. Mungkin memang takdir bukan untuk kita. Tak apalah, asalkan masih berdua dengan Ara.” Tak lama Fakeeh mengusap kepala aku yang sudah bersandar ke bahu Fakeeh.
Aku senyum tipis. Ya, mungkin takdir tidak berpihak pada kami.
“Rasa macam nak pergi jauh dari sini. Tak nak fikir apa-apa. Semua yang terjadi rasa macam mimpi. Terlalu mengejut.” Luahku.
“Jomlah pergi honeymoon. Nak?”
Eh, dia ambil serius pula.
“Buat masa sekarang tak bolehlah Ya Rohi. Kasihan pada ayahanda dan bonda. Mereka kan nak bersara, takkan kita pergi bercuti sekarang? Tunggulah nanti keadaan dah reda.”
Buat seketika kami hanya membisu merenung ke bumantara yang berganti alam. Pancaran matahari mula berkurangan dan tenggelam di balik bumi.
“Ya Qalbi.”
“Hmm.”
“Boleh masak banyak sikit tak untuk khamis ni?”
Permintaan Fakeeh menimbulkan kerutan di dahi aku. Kenapa pula nak masak banyak? Nak melantak ke apa suami aku ni? Ke sebab Faharin dia minta aku masak banyak?
“Kenapa?”
“Zuhair, Ajad dengan Eilman nak datang.”
“Oh, kawan-kawan Ya Rohi tu ya?”
Fakeeh mengangguk mengiyakan.
“Boleh, tak ada masalah. Nak masak apa?”
“Tak kisah. Mereka makan aje semua.”
“Ara tak cakap pasal mereka tu. Ya Qalbi tu, nak makan apa? Lupa ke diri tu cerewet?” Aku cubit lengan dia. Biasa dia ni. Dah lantik aku jadi tukang masak tak berbayar dia, lupa pula nak bagi arahan. Aku main masak nanti dia juga yang merajuk.
Fakeeh gelak. “Tak kisahlah Ya Qalbi. Terpulang.”
“Betul ni? Jangan masa Ara dah siap masak Ya Rohi complain itu ini.”
“Iya Ya Qalbi sayang.”
Aku senyum puas. Kenalah minta kepastian baru Fakeeh tak boleh nak kata itu ini. Kepala dah merancang menu hari tersebut. Apa yang sedap ya?
“Ya Qalbi.”
Aku bergumam kecil. “Hmm.”
“Sekejap aje kita nak masuk Ramadhan, kan?”
Ligat aku mengingati tarikh hari ini. Betullah kata Fakeeh. Kurang lima hari dari sekarang. Tapi itu pun akan diyakinkan selepas anak bulan menampakkan diri di dada langit.
Senyuman aku tayang. Tak sabarnya. Puasa pertama dengan orang yang aku sayang.
“Pertama kali kita berpuasa bersama.”
“Dan bakal bersahur dan berbuka bersama.”
Tak dinafikan. Paling syoknya bulan Ramadhan ni, meja di dewan makan akan penuh. Seluruh pekerja istana akan dijamu sama bagaikan keluarga. Mesti meriah tau. Lepastu sama-sama rewang cuci pinggan mangkuk.
“Hari nak malam. Jom masuk.” Ajak Fakeeh. Dia sudah bangkit.
“Oo baru perasan ke hari dah malam? Yang Ya Rohi bertapa dengan sini dari pagi tak ingat pula? Suka tau risaukan orang.” Perutnya pula jadi sasaran cubitan sebelum Fakeeh mengaduh keras. Terus panik aku.
“Eh, kenapa ni?” Tanpa keizinan aku selak baju Fakeeh. Membuntang biji mata aku melihat darah-darah mula meleleh tumpah. Baru aku tahu jikalau bajunya basah bukan kerana peluh tetapi darah!
“Ya Rohi!”
“Ah, tak ada apalah Ya Qalbi.”
Oh, tolonglah. Tak ada apa sampai berdarah gini? Kot ya nak kelentong, bukanlah dengan orang yang berpendidikan medic macam aku.
“Duduk sekarang.”
“Ala, nak maghrib ni.”
“Sejak bila berdarah ni?”
“Tak tahu.”
Jawapan Fakeeh buat aku rasa nak meletop. Macam ni nak suruh aku tak payah kisah? Ee! Kalau dia bukan suami aku tak kisahlah tapi sengaja buat macam ni. Lupa ke bini sendiri ni tabib?
“Buka baju tu.”
Berkerut-kerut dahi Fakeeh. “Ya Rohi, kita dekat luar tau.”
“Iya, tahu dan aurat lelaki tu kan dari pusat sampai ke lutut. Apa salahnya?” Sebelah tangan aku menekup luka Fakeeh sambil sebelah lagi bercekak di pinggang.
“Dah tu yang Ya Qalbi nak suruh Ya Rohi tayang badan buat apa? Dalam bilik nanti bukalah. Buka semua.”
“Ish, budak ni. Apa mengarut ni? Orang nak berhentikan darah, dia pergi melencong tempat lain.”
“Cakaplah awal-awal. Ingat kita ni sama tabib dengan dia?” Muncung sedepa. Aku nak tergelak tapi ditahan. Serius hodoh wajah Fakeeh bila memuncung begini. Lagi teruk dari perempuan.
Baju Fakeeh aku lilit ke badannya lalu diikat ketat. Cukup untuk hentikan pendarahan dahulu. Nanti di istana baru aku jahit. Mesti tergores dengan pedang tadi tu. Haih, cuai betul Fakeeh ni. Kalau tak sayang badan pun, kesianlah dekat aku. Badan dah cantik tiba-tiba buat parut. Nasib tetap mengancam.
“Kalau ada pendarahan macam ni, kenalah bagi tekanan untuk elak kehilangan darah. Kalau dekat medan perang, takkanlah Ya Rohi tak pernah buat macam ni?” soalku.
Dia geleng. “Kalau terbenam senjata, Ya Rohi tarik aje.”
Melopong mulut aku mendengar. Bahaya betullah budak ni!
“Hey, bahayalah! Ya Rohi ni…”
Aku betulkan nafas. Tak nak cemas. Buang segala andaian kalau Fakeeh perlu berperang lagi. Buat masa sekarang, tidak.
“Kalau jadi lagi, kenalah ikat dengan kain atau apa-apa saja untuk tinggikan tekanan. Boleh buat seseorang tu bertahan. Kalau kena organ penting, pun sama. Janganlah sembarangan cabut. Tabib pun was-was kalau nak cabut supaya tak terkena organ lain, ini pula kalau semua main redah aje cabut. Tak sayang nyawa ke? Cubalah ingat anak bini tu sikit.” Tanpa disedari bebelanku jadi panjang. Aku tekup luka itu. Kepala menggeleng kecil.
“Comel aje Ya Qalbi ni membebel ya? Sebab dah comel, jom mandikan Ya Rohi.” Tangan aku terus digamitnya dan diheret menuju ke istana.
“Ee, tak naklah mandikan. Mandilah sendiri.”
“Please, Ya Qalbi. Suami awak ni sakit. Nampak ni? Sampai berbalut. Kritikal sangat ni. Tak boleh mandi sendiri. Nak angkat tangan pun lemah semacam.” Mulalah Fakeeh bodek.
Guling mata ke atas, aku jeling Fakeeh yang sudah tersengih. “Yelah.”
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro