Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 42

PAGI keesokkannya, aku dan Fakeeh tergamam melihat ruangan meja makan. Kaki bagaikan digam ke lantai. Kami saling berpandangan. Fakeeh segera sambungkan jemari kami lalu digenggam. Aku teguk liur.

"Ara, Fakeeh. Marilah sarapan dengan kami." Bonda menegur kami yang kaku di depan pintu.

Lambat-lambat aku mengangguk. Langkah diayun ke tempat kami. Duduk, sekali lagi aku berbalas pandang dengan suamiku. Lelaki itu senyum tipis sebelum pahaku diusap kecil.

Dayang istana langsung meletakkan pinggan dan gelas di hadapan kami. Untuk beberapa ketika kami kekal begitu. Tidak memulakan sarapan.

Bukan kerana terkejut dengan bonda yang riang di pagi hari tetapi...

Faharin Khaliq.

Lelaki itu kini di depan mata aku!

Duduk berhadapan dengan aku!

Siapa yang benarkan dia masuk? Oh, mestilah bonda kalau wajah bonda sudah berseri begitu.

Ayahanda tahu ke?

Aku kerling ke tempat ayahanda. Kosong. Lelaki itu belum turun lagi gamaknya. Bukan selalu ke ayahanda turun bersama bonda? Hmm... mesti salah faham belum lagi terlerai.

"Makanlah Ara, Fakeeh. Hari ni bonda masak semua ni. Rasalah."

Aku pandang hidangan. Banyak sangat menu untuk sarapan pagi. Aku pandang Fakeeh. Pagi ini suara aku bagaikan disekat untuk bersuara. Dengan hanya mengangkat kening aku menanya sarapan Fakeeh.

"As usual." Perlahan suara Fakeeh. Aku akur.

Seperti selalu pastilah roti dan susu kurma. Fakeeh memang tak makan banyak di awal pagi. Nanti waktu makan tengah hari dan malam baru pinggan dia penuh.

Aku capai sebuku roti lalu disapu dengan jem strawberi yang diimport dari negara musim sejuk. Namun, mata aku gagal untuk fokus. Berkali-kali aku menjeling ke hadapan. Pergerakan aku sangat lambat hinggakan Fakeeh usap lagi paha aku.

Usai sediakan makanan Fakeeh, aku bersandar. Nak tunggu ayahanda sebenarnya. 

"Bonda, sedaplah masakan bonda. Har rasa masakan bonda akan jadi makanan kegemaran Har. Pandainya bonda masak."

Mata aku perhati saja tingkah laku Faharin yang sedang bermanja dengan bonda. Bukan aku cemburu tetapi aku sedang berhati-hati. Rasa was-was datang bertapa dalam hati ini.

"Ish, Har ni mengada la. Biasa aje bonda rasa. Dah muak makan masakan sendiri." Bibir bonda melukis senyuman sempurna.

"Eh, betullah bonda. Har tak tipu. Susah tau Har nak dapat rasa masakan sesedap ni."

"Kalau betul sedap, Har kena habiskan semua ni tau."

"Mesti punyalah!" Lelaki itu sengih.

Lama wajah itu aku perhatikan. Macam pernah aku nampak lelaki ini. Di mana ya?

Ini kali pertama wajahnya terpampang selepas kemunculan dia dengan kufiya. Rambutnya botak. Kalau ada pun mungkin baru tumbuh. Wajahnya sedikit gelap kalau dibandingkan dengan bonda. Matanya sama dengan ayahanda, tajam pandangannya. Ini kalau jeling mahu orang rasa tercekik bagaikan ditikam mata itu. Hidung pun aku agak ikut ayahanda. Pekerti mungkin persis bonda. Baik semacam sampai aku jadi curiga.

Kalau disimpulkan, mungkin Faharin ni bonda versi lelaki manakala aku adalah ayahanda versi perempuan. Kerana aku ni kan degil dan ego.

Cuma entahlah. Sukar untuk aku terima orang baru dalam keluarga aku. Lagilah orang tua seperti Faharin. Rasa kekok. Daripada aku percaya yang aku ni anak tunggal, muncul pula lelaki seorang ni mengaku anak ayahanda. Tak pelik ke?

"Ya Qalbi." panggil Fakeeh di sebelahku. Aku tersentak lalu menoleh.

"Tak nak makan?"

Aku senyum tipis. "Tunggu ayahanda."

Perbualan ringkas kami termati di situ. Aku kembali memandang Faharin. Otak cuba mengerah akal untuk mencari di mana aku pernah temui lelaki ini ya? Kenapalah saat ini otak aku tak boleh nak berfikir?

"Ara." Suara bonda membuntangkan mata aku. Pandangan aku dan Faharin bertembung sebelum aku alihkan menghadap bonda.

"Ya? Kenapa bonda?"

"Kenapa Ara pandang Abang Har macam tu?"

Abang? Oh, aku nak kena panggil lelaki ni abang? Erk, peliknya nak disebutnya.

"Ara mesti terkejutkan? Bonda pun sama. Tapi tu la, tak sangka Allah beri anak bonda ni semula." Bonda usap bahu Faharin sambil berbalas senyum dengan lelaki itu.

"Abang Har tahu adik tak sangka yang adik ada abang. Tak apa, nanti lama-lama adik biasalah." 

“Erm...” Tak berani aku nak cakap lebih. Bonda nampak sangat bahagia hari ini. Berseri sangat wajah bonda. Berkali-kali aku tengok tangan bonda naik mengusap kepala Faharin.

Aku tak tahulah macam mana bonda boleh terima Faharin ni bulat-bulat. Bonda tak ada rasa pelik ke anak lelaki yang hilang boleh muncul tiba-tiba? Paling aneh sekali adalah bonda dah dapat semula ke memori tentang Faharin atau kerana ikutkan emosi terus menerima Faharin tanpa ragu-ragu? Itu yang aku pelik sangat. Sedangkan aku juga berlawan dengan perasaan sendiri.

Saat yang sama juga telinga menangkap dehaman ayahanda. Spontan kami tertarik ke arah punca suara. Ayahanda lengkap berpakaian formal menghampiri kami di meja makan. Mata ayahanda tajam merenung ke arah Faharin dan bonda yang seolah-olah tidak kisah dengan kelibat ayahanda.

Duduk di tempatnya, laju dayang meletakkan pinggan dan gelas.
Ayahanda statik di tempatnya dengan mata melirik ke belah kanan meja, tempat bonda dan Faharin. Sikit pun bonda tak pandang suaminya. Dewan makan ini hanya hangat dengan suara dan tawa Faharin serta bonda. Bagaikan orang lain tidak wujud di sini.

Keluhan tanpa suara aku lepaskan. “Ayahanda nak makan apa?”

Dah kalau bonda tak nak layan, biarlah aku yang sediakan untuk ayahanda.

“Dinda, ambilkan.”

Bibir aku kemam. Melihat bonda menjeling ayahanda, lagilah bergemirap jantung aku. Janganlah bergaduh lagi dekat meja makan ni. Depan rezeki ni.

Fakeeh aku pandang minta pandangan. Dia menggeleng kecil.

“Ada tangankan? Ambillah sendiri.”

“Salah ke kanda nak minta isteri sendiri ambilkan?”

“Tangan tu kenapa? Tak boleh guna dah ke?” Bonda berdengus dengan wajah berkerut seribu.

Ayahanda pandang aku pulak. “Ambilkan nasi tu, Ara.”

Bak lipas kudung aku letakkan sarapan ayahanda. Berkali-kali jugalah aku pandang bonda jikalau dia baru tersedar tugasnya tapi nampaknya dia pun tak kisah aku layan suami dia. Haih, teruk juga ya orang tua merajuk?

Meja makan jadi sepi. Hanya suara bonda dan Faharin mendominasi bilik ini.

Suapan aku sangatlah perlahan. Nasi yang ada di pinggan pun aku tak ambil banyak. Tak ada selera. Dengan keadaan keluarga aku yang sedang bermusuh sebegini, selera pun berterbangan pergi. Walaupun Fakeeh ada menegur, hati ini masih sendu.

Kunyahan aku perlahan saja.

“Fakeeh, nanti jumpa ayahanda dekat bilik utama. Ahmad dah siapkan dokumen yang perlu.”

Aku tersentak. Kunyahan terhenti. Fakeeh juga sama. Kami terus memandang ayahanda meminta jawapan.

“Ayahanda tapi…”

“Ayahanda ada alasan sendiri dan tiada sesiapa boleh halang. Kalau ayahanda mati hidup semula pun, ayahanda tetap mahu Fakeeh teraju Istania biarpun kalau sejuta anak lelaki ayahanda datang semula.” Tegas. Juga sinis.

Pap!

Mata berkalih ke Faharin. Merenung wajah Fakeeh seperti mahu tembus.

“Ayahanda tak takut ke dituduh pemerintah yang kejam? Ada anak lelaki sulung, tetapi lebih memilih menantu. Sedangkan sah-sah dalam perundangan, Har lebih layak.”

Persis ada aura hitam menyelubungi ayahanda dan Faharin. Dua-dua saling membalas renungan dengan maksud yang tersendiri.
Aku teguk liur.

“Haahlah. Aina setuju dengan Har.”

Bila bonda dah buka mulut, rasa gamam bertubi-tubi menghimpit aku. Tak cukup Faharin dibawa ke sini, semua kata-kata Faharin bonda turuti. Auch. Aku dan Fakeeh ni bukan anak dan menantu bonda ke?

“Tak ada apa yang salah dalam keputusan yang ayahanda buat. Ayahanda bukan tolol untuk serahkan kerjaaan bulat-bulat kepada orang yang baru saja di sini.”

“Awak merepek apa ni, Aslan? Ni anak kita, kan? Mestilah dia ada hak juga.”

Terkelu.

Faharin sudah senyum lebar. Mestilah suka bonda berpihak pada dia.

Persoalan aku hanya satu. Mengapa Faharin mahukan takhta Istania ini? Demi apa?

Seorang yang tidak tahu selok-belok Istania dan segaka permasalahan yang wujud cuba merebut kuasa, itu pelik namanya. Aneh dan ganjil. Paling patut pun pasti ada udang di sebalik batu.

“Dinda diam. Jangan nak pertahankan sangat orang yang dinda baru kenal.”

“Sebab awaklah saya tak kenal anak saya sendiri. Awak yang tipu saya. Jangan halang lagi saya dengan anak saya.”

“Dinda jangan mengarutlah. Dinda sendiri tak tahu kehidupan dia ni macam mana sebelum ni, buatnya dia berpihak pada musuh? Dinda masih nak butakan mata pekakkan telinga semata-mata dia anak? Ini bukan soal keluarga sekarang ni. Ini soal negara yang kita tak boleh ambil mudah.”

“Ala, Har pun bolehlah belajar semua dari zero. Kalau Fakeeh pun kita yang ajar, sama jugalah kita buat pada Har.”

Aku cengkam dada. Bagaikan ada sembilu halus tertusuk ke dada aku. Wajah suamiku sudah keruh. Menunduk aje dari tadi. Tapi tangannya sudah menggenggam buku lima.

Kasihan Fakeeh. Apa aku boleh buat untuk redakan semua masalah ni?

“Tolonglah. Fakeeh daripada kecil dididik untuk menjadi seorang pemimpin. Sedangkan anak awak tu… entah apa-apa yang dia belajar.”

“Oh, dah buang anak lepastu perlekehkan anak. Ini anak saya!”

“Aina, please! Saya tahu awak marah tentang semua yang saya rahsiakan tapi kalau semua keputusan didorong dengan nafsu dan emosi awak, ranaplah sesebuah negara!”

Dada Fakeeh berombak. Aku capai bahunya. Dia tersentak lantas memandang aku. Sekejap saja sebelum kembali menunduk. Tak betah, lelaki itu terus bangkit.

“Ayahanda, bonda. Tolong. Fakeeh minta maaf andai kehadiran Fakeeh di sini merosakkan kebahagiaan semua orang dekat sini. Fakeeh minta diri dulu.”

Terus berlalu. Serentak itu juga aku mengejar langkah suamiku. Untuk kali terakhir aku toleh ke meja makan. Ayahanda memandang sayu sementara bonda juga sudah angkat punggung. Faharin pula… hanya senyum. Senyum yang aku tidak tahu maksudnya.

.

.

Sian Fakeeh 🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro