CHAPTER 39
Saya rajin maka adalah double update
.
.
GEMBIRA saat aku melihat keputusan ujian aku.
Yes, lulus!
Secara rasminya aku sudah berada di tahun akhir.
Berkejar aku masuk ke bilik pengurusan Fakeeh. Nak maklumkan pada dia. Mesti dia suka.
“Ya Rohi!” seruku sebaik memulas pintu biliknya.
Fakeeh yang sedang khusyuk mendongak. Melihat aku, dia tayang senyuman. Tangan menggamit aku menghampiri. Dengan senang hati aku melangkah. Duduk bertentangan, terus aku hulur surat itu.
“Alhamdulillah, tahniah Ya Qalbi.”
Tak mampu aku nak tahan sengihan. Bahagia melihat keputusan itu.
“Anytime soon, I’ll become a tabib!”
“Tahun akhir buat apa?”
“Praktikal. Dekat bawah tu ada tulis nama pusat perubatan yang Ara akan berbakti. Dalam enam bulan sebelum menjadi tabib secara rasmi. Lepastu, habislah pengajian Ara.”
“Ya Rohi bangga dengan Ya Qalbi.” ucapnya tulus. Dihulur semula surat itu pada aku.
“Berkat doa suami Ara juga.”
“Rezeki Allah.”
“Ya, alhamdulillah. Ya Rohi tengah buat apa?” soalku.
“Tengah baca syarat-syarat menjadi seorang raja.”
“Syarat?”
“Perjanjian dengan negara. Setiap pemerintah perlu hadam sebelum turunkan tandatangan dan bersumpah. Ya Rohi nak pastikan yang Ya Rohi sudah penuhi segala kriteria. Ya Rohi tak mahu akhirnya kita diazab kerana bertindak bertentangan dengan perjanjian ini.”
Aku anggukkan kepala, tanda faham. Tak semena-mena aku ukir senyuman. Tak lama lagi lelaki di hadapan aku akan menggantikan ayahanda.
“Ya Rohi teringat sewaktu pemerintahan Saidina Ali bin Abi Talib.” Fakeeh bersandar pada kusyen kerusinya. Matanya berbalas pandangan denganku. Tidak lagi tekun menelaah bahan ilmiah di depan matanya.
“Kenapa dengan pemerintahan Saidina Ali?”
“Ya Qalbi tahukan dari pemerintahan Saidina Abu Bakar lagi umat Islam perlahan-lahan mulai berpecah dan melemah. Tak dapat menandingi waktu pemerintahan Saidina Ali.”
Memang benar kata Fakeeh. Usai kewafatan baginda Rasulullah, berbagai-bagai masalah yang wujud. Nabi palsu dan masalah murtad. Sekembalinya pesuruh Allah kepada Allah, wujud masalah dan konflik yang mengakibatkan perpecahan.
Daripada Saidina Abu Bakar ke Saidina Ali Bin Abi Talib. Semua khalifah ini mempunyai masalah-masalah yang tersendiri pada zaman mereka.
“Muawiyah bin Abu Sufian tidak bersetuju bilamana Saidina Ali yang ketika itu menjadi khalifah tidak membela pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan. Kes pembunuhan Khalifah Uthman sememangnya menghuru-harakan lagi keadaan umat Islam ketika itu. Wujud pula spekulasi bahawa Saidina Ali cuba melindungi pembunuh Khalifah Uthman. Maka, dari situ Muawiyah dan tokoh Syam bersetuju untuk tidak mentaati Saidina Ali sehingga pembunuh Khalifah Uthman diberi hukuman qisas.”
“Saat itulah bermulanya Perang Saudara Islam yang pertama. Perang Jamal dan diikuti Perang Siffin. Perang Jamal di antara Saidina Ali dan Saidatina Aisha yang ketika itu juga menuntut qisas bagi pihak Khalifah Uthman. Ada juga yang provokasi yang berlaku dan fitnah yang menyebabkan Perang Jamal ini berlaku juga. Kalau Ya Qalbi nak tahu, zaman fitnah ni dah bermula sejak dari dulu lagi. Menjadi dahsyat pada pemerintahan Khalifah Uthman.”
“Kenapa fitnah ni boleh berlaku? Sebab penduduk waktu tu tak bersetuju dengan pemerintahan Khalifah Uthman ke?” soalku.
Fakeeh angguk kecil. “Khalifah Uthman kalau kita tahu, sememangnya orang yang lembut dan juga sopan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan menabur fitnah. Antara yang Ya Rohi baca, Khalifah Uthman pernah difitnah Khalifah Uthman menggunakan autoriti untuk lantik ahli keluarganya dalam pemerintahan dan juga beliau melantik orang muda sebagai panglima perang.”
“Hmm... walaupun sekadar fitnah tetapi kalau orang mendengar secara membabi buta, siapa aje tak marahkan?” ulasku ringkas.
Dahsyat impak fitnah sebenarnya. Yang aman boleh berantakan.
“Betul hinggakan bila fitnah-fitnah ni sampai ke pendengaran Muawiyah bin Abi Sufian yang sangat tegas pemerintahannya, Khalifah Uthman keluarkan surat untuk menerangkan hal sebenar. Bukan pada Muawiyah sahaja, tetapi kepada semua negara Islam waktu itu. Namun bukannya semua boleh menerima. Satu masa tiba musim haji, berlaku pemberontakan. Ramai sangat yang berdendam dengan Khalifah Uthman. Bila fitnah saling dilempar, kalau tanya Ya Rohi pun... susah untuk percaya seseorang itu lawan atau kawan. Waktu inilah Khalifah Uthman wafat.”
Suasana hening seketika. Aku juga ingat kisah ini. Ayahanda pernah ceritakan kepada aku. Bagaimana Khalifah Uthman berlembut dengan semua orang pun, beliau tetap dibunuh. Sadisnya lagi, di riba beliau adanya mushaf Usmani ataupun Al-Quran. Sangat menyayat hati.
Sejak dari itu, dunia Islam tidak pernah aman.
“Berbalik pada Perang Jamal tadi, kemenangan berpihak pada Saidina Ali. Saidina Ali melepaskan Saidatina Aisha tanpa dendam. Juga, segala harta benda dikembalikan. Disangkakan setakat itu, tetapi terjadi pula Perang Siffin antara Saidina Ali dan juga Muawiyah.”
“Walaupun Muawiyah pernah cuba dipujuk, hati Muawiyah tetap keras. Muawiyah sangat mahukan pembelaan Khalifah Uthman. Terjadilah Perang Siffin pada 8 Safar tahun 36 Hijrah. Kemenangan berpihak pada Saidina Ali dan pendamaian berlaku.”
“Tapi itu bukan titik akhirnya, kan Ya Rohi?” Aku senyum tipis.
“Ya kerana saat ini mula wujud puak Syiah dan Khawarij.”
Fakeeh urut pangkal mata. Dia tarik kerusinya merapat ke meja.
“Sebab itu Ya Rohi kurang yakin. Sedangkan pada zaman para sahabat pun bertimpa-timpa dugaan yang datang, juga ada yang menentang. Saidina Ali, menantu dan sepupu Rasulullah juga ada tentangannya. Dan Ya Rohi sangat pasti, akan ada yang memberontak bilamana ayahanda akan umumkan kepada Istania.” simpulnya sambil jongket bahu.
“Tapi... selagi kita bersama, kita akan hadap perkara ni sama-sama, Ya Rohi.” Aku gapai tangan Fakeeh. Digenggam erat.
“Ya, tahu. Ya Qalbi sentiasa menjadi kekuatan Ya Rohi.”
“Minggu depan, kan?”
Halkum Fakeeh bergerak naik turun. Senyuman kecil dicoret sebelum mengangguk.
Masa semakin menghampiri buat kami.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro