Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 36

USAI mengaminkan doa Fakeeh, semerta air mata gugur tanpa dipinta. Bahu terhingut-hingut sedia menemani tangis. Entah mengapa malam ini terasa syahdu. Rasa lain.

Tekup wajah, makin menjadi-jadi air mata turun. Seka, muncul yang baru. Lap, yang lain berderu turun bagai hujan lebat.

"Hey, Ya Qalbi. Kenapa ni?" Teguran Fakeeh lagi menyayat hati.

Aku geleng kepala namun masih melayani tangisan sendiri. Belakang tubuh terasa didakap terus kepala tersebam ke dada Fakeeh. Diusap-usap belakangku ibarat memujuk aku lepaskan semua. Dan aku akur. Aku cengkam baju Fakeeh lalu tanpa segan-silu melepaskan teriak sedih.

"Ya Qalbi, janganlah buat ya Rohi risau."

Atas kepala dikucup-kucup. Seketika telinga dihidangkan dengan zikir yang dibisikkan oleh Fakeeh. Bak kuasa magis aku mula tersedu-sedan. Mulai tenang.

Sudah itu, Fakeeh tolak bahu aku. Laju tangannya melekap ke pipi dan direnung wajah aku. Jemarinya menyeka pipi yang basah.

"Kenapa?" Soalnya, lembut.

Aku menunduk.

"Cakaplah ya Qalbi."

"Ara..." Tutup kembali mulut. Digigit-gigit isi bibir. Tangan Fakeeh pada wajah aku sentuh.

"Ara rasa tak layak jadi isteri ya Rohi." Jujurku akhirnya.

Setiap sentuhan Fakeeh, kelakuan Fakeeh dan bicara Fakeeh semuanya menyentuh kalbu hinggakan aku berasa kerdil. Teringat kembali akan aku yang memperkecilkan lelaki ini.

"Siapa cakap? Allah dah tentukan, mestilah ya Qalbi paling sesuai untuk ya Rohi. Dah tertulis di Luh Mahfuz, ya Qalbi."

"Ara terkenang waktu dulu... Ara jahat sangat. Ara hina ya Rohi teruk sangat. Ara rasa malu dengan ya Rohi. Dengan Tuhan. Rasa tak layak untuk ini." Kuat cengkaman aku pada tangannya. Dada terasa sebu. Dipalu rasa kurang enak.

Aku khilaf. Namun masih lagi nikmat ini dikurniakan. Apa lagi yang mahu aku dustakan? Allah masih beri pinjam Fakeeh pada aku. Hingga satu saat aku jadi malu.

Layak ke aku setelah apa yang aku lakukan pada suami aku?

"Ya Qalbi, isteriku..."

Lemah aku nak tatap wajah Fakeeh. Lembut baldu. Fakeeh tolak rahang aku ke atas lalu bersambunglah dua anak mata. Meligih anak mata aku hendak berbalas pandang sebelum aku larikan pandangan. Tak betah.

"Baikkan Allah? Allah masih beri pinjam nikmat yang kita ada walaupun Allah tahu kita dah langgar perintah Allah. Sebab apa? Sebab Allah tu Maha Penyayang. Dia sayang setiap satu hambaNya. Allah sayang dengan Ya Qalbi. Nikmat yang Allah bagi tanda sayang Allah pada ya Qalbi."

"Kenapa Ara? Ara malukan suami dan keluarga..." Kendur suaraku.

"Ara juga hamba Allah. Allah juga yang pegang hati kita. Dan ya Rohi selalu berdoa moga Allah balikkan hati ya Qalbi pada ya Rohi. Bukan lelaki lain. Besarkan nikmat Allah beri?"

Aku angguk. Benar.

"Pintu taubat tu sentiasa terbuka selagi nyawa kita belum di hujung pangkal dan juga selagi hari kiamat terjadi."

"Ya Rohi..." Panggilku.

Fakeeh sekadar bergumam kecil. Posisi masih dikekalkan.

"Kenapa ya Rohi maafkan Ara? Kesalahan Ara terlalu besar, ya Rohi. Mesti satu dunia marahkan Ara kerana leka sangat hingga akhirnya agama menjadi pertaruhan." Pecah suaraku diikuti lingangan cecair jernih. Ibu jari Fakeeh terkuis-kuis di pipi aku mengelap.

"Because it's you, ya Qalbi."

"Hmm?" Dahi aku berkerunyut.

Fakeeh ketawa kecil. "Sebab wanita itu adalah Nuraisya Arabella. Andai orang itu adalah lelaki mahupun perempuan lain, mungkin susah untuk ya Rohi maafkan. Tetapi ya Rohi sedar bahawa orang itu adalah ya Qalbi."

"Kenapa?"

"I told you before. You're my light."

"Tak faham..." Rengekku tanpa sedar.

"Cukuplah ya Qalbi tahu Ya Rohi dah maafkan segalanya. Lagipun, ya Rohi taknak ya Qalbi hidup dengan dosa. Cukuplah ya Qalbi hidup dengan ya Rohi. Bahagia."

Dahi aku dikucup.

Senyuman tipis aku tayang. Kalau itu kata Fakeeh, aku enggan menyoal lebih. Tak nak jadi diri yang lama. Panasaran sangat sampai aku tolak tepi segalanya. Aku kena banyak belajar menerima.

"Dah. Tak nak sedih-sedih lagi."

"Okey tak sedih. Cuma... Terharu. Ara bersyukur Allah masih pinjamkan ya Qalbi. Terima kasih sudi terima Ara." Aku dakap suamiku.

"Mari tidur. Esok nak bangun pagi."

"Pagi-pagi nak pergi mana?" Soalku. Ikutkan esok hari minggu. Mana Fakeeh nak bawa aku agaknya?

"Tak pergi mana-mana. Cuma ya Rohi nak makan makanan ya Qalbi. Lama tak rasa sejak ya Qalbi tak sihat."

"Alaa, kena masak lagi ke? Bukan ya Rohi buat sebab nak kenakan Ara aje ke?"

Hidung aku dipicitnya. "Jangan nak mengada."

"Kenapa ya Rohi tak nak makan makanan orang lain? Peliklah."

"Tak peliklah."

"Pelik! Tell me why."

Fakeeh garu pipi. Songkok di kepala ditarik keluar dan diletak ke tepi.

"Sebab ya Rohi nak rasa masakan kasih sayang."

Wajah bersih Fakeeh aku pandang tak percaya. Dia tengah buat lawak ke?

"Ya Qalbi, betullah. Jangan pandang macam tu. Lidah ya Rohi ni exotic sikit. Dia boleh kenal masakan kasih sayang macam mana."

"Kan menyusahkan orang tu." Aku cakap lepas.

Semerta wajah Fakeeh berubah. Tubuhnya mengeras. Lambat-lambat Fakeeh lipat sejadah yang terbentang. Tak pandang aku pun.

"Ara rasa menyusahkan ke?" Suara Fakeeh mendingin.

Erk. Aku gigit lidah. Aduh, salah cakap ke?

"Bukan macam tu..."

"Kalau rasa menyusahkan, tak perlu pun." Cantasnya laju.

Kemam bibir, aku tenung Fakeeh. Dia sudah sedia untuk kemas diri. Bahkan sudah berdiri.

Laju aku bangun juga dan lipat sejadah. Telekung serta kain dicapai lantas lincah menyidai ke penyangkut.

Aku mendapatkan Fakeeh yang sudah berbaring.

"Ya Rohi..."

Aku duduk di atas katil. Bahunya aku sentuh. Melihat matanya terpejam, aku memuncung.

Ah, pandai pula Fakeeh ni nak merajuk.

Jari aku mencucuk-cucuk perut sekepingnya. Selak baju, nampaklah ada ukiran enam ketul. Tak jelas tapi kalau lalukan jari dapat rasa. Nak buat macam mana, panglima perangkan. Berapa lamalah dia berlatih sampai muncul ketul-ketul ni? Patutlah sedap peluk Fakeeh ni.

"Ya Rohi, bukalah baju. Kan ya Rohi selalu tidur buka baju. Kata nanti panas." Sajalah aku cuba nak bercakap dengan dia. Tangan dah menolak baju Fakeeh ke atas, tersekat di lengannya.

Memang tabiat Fakeeh tidur tanpa baju. Kain pelikat sajalah yang tersarung. Bila tanya, dia kata senang angin nak masuk. Tepuk dahi sajalah dengan perangai lelaki seorang ni. Selalunya Fakeeh tertidur dengan baju bila dia betul-betul penat. Atau juga stres.

"Ya Rohi..." Meleret suara aku memanggil dia. Cucuk lagi perut.

"Tidurlah Ara." Fakeeh tangkap tangan aku. Mungkin geli kut. Tapi aku tetap degil.

"Bukalah baju."

"Bukakan." Gumamnya tapi masih terkatup pelupuk mata.

Terus aku senyum. Dengan rela hatinya sudi nak cabut sehelai kain itu. Fakeeh beri kerjasama. Tahu-tahu hilanglah baju itu dari tubuh Fakeeh.

"Dah tidur." Arah Fakeeh.

Hmm... Macam mana nak tidur kalau Fakeeh merajuk lagi? Senang kacanglah nak detect. Kalau Fakeeh panggil aku, Ara. Itulah waktu dia lain macam. Hanya aku saja yang gelarkan diri aku Ara sebab dah biasa.

Tiba-tiba datanglah idea nakal nak paksa Fakeeh tak merajuk dengan aku. Terus aku hempap tubuh atas Fakeeh. Aku lepas tawa kecil menyedari tubuh itu mengeras seketika. Mesti tak jangka.

Sudah itu aku peluk tubuh itu macam tak lepas. Kepala aku jatuhkan ke bahu kanan Fakeeh. Jari tak duduk diam. Merayau dan menala ke rahang Fakeeh yang berbulu halus. Jambang Fakeeh suka aku lagakan tangan.

Fakeeh nampak hensem dengan jambang nipis itu. Kalau tebal, memang aku cabut-cabut. Tak suka tebal. Setakat nipis dan halus aku suka. Tebal memang aku tarik biar tercabut dagu sekali pun tak apa.

"Hensemnya. Suami siapa ni..." Omelku sendirian. Tak lupa tawa kecilku.

Ooo tak nak layan? Tak apa.

Aku dekatkan bibir ke telinga Fakeeh. Ditiup-tiup.

"Ara..."

Sengih saja aku dengar. Selagi dia tak nak layan, hadaplah. Lagi kuat aku tiup telinga Fakeeh.

Aku sedar jikalau tangan Fakeeh sudah merayap ke belakang tubuhku, memaut pinggang aku.

"Hey, kenapa nakal sangat ni?"

Tak semena-mena, kedudukan tubuh kami sudah terbalik. Terkebil-kebil aku pandang Fakeeh di atasku. Deru nafasnya tak sekata.

Senyuman aku tayang. Lehernya aku paut.

"Janganlah merajuk ya Rohi, suamiku. Esok nak makan apa? Ara masak tapi janganlah minta yang complex sangat. Ara amatur aje." Hidung aku lagakan dengan miliknya.

"Hmmm... Susu kurma dengan roti pun dah cukup untuk sarapan."

Fuh, lega dengar. Nasib dia tak suruh masak nasi. Kalau tidak, bergaduh agaknya. Dia kan lidah pelik sikit.

"Okey, mari tidur." Ajakku. Tak terasa nak panjangkan perbualan. Mata pun bukan main mengantuk. Sejak dua menjak ni aku kena study balik pengajian perubatan aku disebabkan ada peperiksaan yang perlu diambil. Nasiblah Tok Guru Wahyu berperikemanusiaan. Disebabkan kes culik haritu, dia tangguhkan ujian aku. Syukur diberi peluang untuk ambil lagi. Kalau tidak, meranalah aku di tempat yang sama. Boleh pecah kepala otak wo!

"Tidur? After what you did?" Kening Fakeeh ternaik sendiri.

"I did what?"

Makin meruncing senyuman di bibir Fakeeh.

"Ya Qalbi prefer anak lelaki dulu ke anak perempuan?"

"Hah? Kenapa tiba-tiba ni? Tak terasa awal ke?"

"Just tell me."

Bola mata aku bergolek ke atas. Memikirkan.

Kalau diikutkan, aku tak terfikir nak ada anak. Apatah lagi dengan Fakeeh. Tetapi itu semu sudah berubah. Aku sudah tak kisah kalau keluarga kecil kami ini berkembang. Soal anak, tak banyak yang aku fikirkan. Kerana aku rasa masih awal. Namun kalau betul mahukan jawapan...

"Anak lelaki."

"Kenapa?"

"Sebab mudah dididik, I guess? Kalau perempuan, susah. Ya Rohi mesti banyak kena keluar ke sana sini selesaikan hal negara jadi tugas anak akan beralih ke Ara. Ara tak fikir banyak pun tapi satu aje Ara fikir. Kalau anak lelaki, dia boleh bimbing adik-adik dia lebih-lebih lagi bab solat. Buatnya kalau satu waktu Ara datang haid, tak ke jenuh nak menerang? Yelah kalau anak perempuan, mesti Ara kena jadi imam anak-anak kita tapi bila ada anak lelaki, mudahlah. Ara tak boleh solat, anak lelaki boleh imamkan. Sebab pernah jadilah pada Ara. Sampai Ara merajuk bila bonda kata dia tak boleh solat padahal tak sakit apa-apa." Hujung bicara aku ketawa.

Teringat kisah lama. Punyalah aku masam muka dengan bonda. Tak puas hati kenapa tak perlu solat walhal sihat walafiat aku tengok bonda. Siap marah bonda lagi. Aku ingat ayat yang aku cakap dengan bonda.

"Bonda kalau tak solat, Allah marah. Bonda suka kan kena marah? Bila Allah marah, Allah tak sayang. Tak boleh masuk syurga. Bonda memang tak nak masuk syurga dengan Ara kan?"

Waktu tu aku kecik lagi. Tujuh tahun kot. Tak ingat. Tapi, aku ingat sebab akhirnya ayahanda la jadi perantaraan. Dia tukang jelaskan itu ini walaupun aku tak faham sangat.  Aku berbaik dengan bonda bila kitaran haid bonda berhenti. Bila datang waktu itu, memang aku masam muka. Dah jadi tabiat.

Sampailah aku alami sendiri waktu umur 12 tahun, barulah aku malu sendiri. Siap minta maaf dengan bonda.

Tercuit hati Fakeeh dengar alasan aku. Aku turut tersenyum. Malu sebenarnya tapi tak apa. Aku jujur saja.

"Apalah Ya Qalbi ni."

"Betullah. Waktu tu tak faham apa-apa."

"Sekarang dah fahamlah?"

"Lebih daripada faham. Alhamdulillah hehe. Ya Rohi pula macam mana? Do you prefer baby boy first or baby girl?"

Tak acilah kalau aku aje. Fakeeh pun kena juga.

"Ya Rohi tak kisah. Anak lelaki dulu boleh. Anak perempuan dulu pun boleh. Cukup anak kita lahir sihat walafiat. Soal peribadi dan perwatakan anak-anak kita, semua boleh dibentuk." Anak rambut aku yang menutup sipi mata diambil Fakeeh lalu digulung ke jarinya.

"Setuju."

Fakeeh jeling ke arahku. Terus aku gelak.

"Pandai-pandai aje nak setuju. Tadi kata nak anak lelaki dulu."

"Alaa... Tak kisah pun ya Rohi. Macam Ya Rohi katakan. Asalkan dia sihat walafiat. Itu pun sudah jadi satu nikmat."

"And actually... I can give you both in same time." Serentak itu juga Fakeeh tarik selimut menutupi tubuh kami.

.

.

.

Next bab lambat sikit ye. Btw doakan urusan saya dipermudahkan. Sesungguhnya hati ini sangat takut tetapi tetap berharap. Moga ada rezeki buat saya dan batch saya. Takutttt

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro