CHAPTER 35
DEMAM!
Rasa macam putus urat. Fakeeh boleh gelak saja waktu aku maklumkan pada dia. Sukalah dia. Yang menanggung tu aku.
Lepas subuh memang terlantar macam mayat atas katil. Makan sarapan dan ubat, terlena terus aku.
Bangun, bonda jenguk aku. Dia ada tanya macam mana boleh demam sedangkan aku duduk dalam istana saja. Aku cakaplah demam terkejut. Segan nak jujur sebenarnya.
Mula-mula memang bonda berkerut dahi. Yelah dah seminggu sejak kes aku kena culik, pelik kalau demam terkejut sebab tu.
Sekali satu saat, akal bonda laju saja memproses. Dia tak banyak cakap tapi bibir dia senyum memanjang sampai aku naik segan. Bahang rasanya bilik. Memang bonda tak usik apa-apa tapi aku rasa malu bertubi-tubi dengan sengihan dia. Argh, mestilah dia faham. Aduh, buat malu ajelah boleh demam.
"Rehat elok-elok. Kejap aje demam ni. Tak payah mengada-ngada." Pesan bonda siap cubit pipi aku.
"Mana ada mengada." Mencemik aku sambil mengusap pipi yang menjadi mangsa cubitan.
"Eleh, sekejap lagi merengeklah nak suami."
"Bonda!"
Bonda gelak kecil. Menggeleng kepala dia. Paling penting, senyum tak lekang. Aku demam pun dia bahagia ya?
"Dahlah. Bonda nak keluar. Nanti bonda panggil Fakeeh tengokkan Ara. Manja sangat."
"Mana ada manja." Gerutuku.
"Orang lain Ara boleh bohong. Tapi bukan dengan bonda."
Argh, okeylah aku kalah macam ni. Bonda ni, suka sangat macam ni. Apa yang susah sangat nak sokong aku?
"Kalau dah berisi tu maklum-maklumkanlah." Sempat lagi bonda usik di muka pintu. Membulat mata aku. Bantal aku ambil dan tekup wajah. Menjerit di situ.
Malu!
"Ya Qalbi, kenapa tekup muka tu? Sesak nafas nanti."
Suara yang tak asing itu memanggil kepala aku untuk mendongak. Jatuh bantal di tangan. Wajah Fakeeh menyapa. Dia masih lengkap berpakaian rasmi. Mungkin baru lepas habis meeting.
Berbalas pandang dengan Fakeeh, semerta bayangan semalam menjelma. Terus aku alihkan wajah. Tak boleh nak pandang Fakeeh. Aku sorok muka di balik bantal.
“Ya Qalbi?”
Bungkam. Berat mulut nak bersuara. Segan!
“Hey, kenapa ni? Panas lagi tak badan?” Bantal di hadapan dia alihkan. Merenung ke arah aku. Tangan Fakeeh mengagau menyentuh dahi aku.
“Tak panas. Dah sihat?”
“Erm. Tepi sikit.” Pintaku perlahan. Tak mahu dekat sangat.
“Hurm? Malu ke?”
Soalan Fakeeh menjerat aku. Nak aje aku jerit yang memang aku malu. Tentang semualah. Dia tak boleh fikir ke?
Tiba-tiba Fakeeh gelak. Merdu tetapi membakar lagi pipi aku. Panas macam kena panggang.
“Ya Qalbi, apa yang kita buat tu tak salah la.”
Aku tarik muka. Bukan sebab salah ke tak. Itu tak menjadi masalah. Memang aku dah rela pun cuma macam mana nak cakap?
“Okey, cuba cakap. Apa yang Ya Qalbi malukan?”
Dia tarik tangan aku. Dudukkan supaya lebih kemas. Jemari aku disambungkan dengan miliknya dan diramas kecil.
Aku menoleh ke sisi. Tak berani pandang dia. “Sorry. Badan saya tak cantik.”
Khali.
Aku tak harap pun Fakeeh balas, cukup dia diam. Kalau dia ulas lagi bertambah malu aku. Hanya dia saja tahu segalanya tentang aku. Hanya dia, aku dan Allah.
“Ya Qalbi…”
“Jangan komen. Saya tak nak dengar.” Cantasku. Tak rela diri diperkecilkan.
“Dengar dulu.”
Aku mengeluh.
“Yesterday was beautiful, okay. Ya Qalbi tak perlu malu. I love it. A lot."
Ah, begini rupanya rasa malu nak bercakap soal dalam kelambu. Aduh, dahlah ubah topik. Tak nak cakap lagi. Biar segalanya disimpan dalam hati masing-masing saja.
“Awak tak ada kerja ke?” tukasku.
“Tak. Baru habis meeting. Teringat isteri saya demam, itu yang datang sini. Lega tengok Ya Qalbi dah tak panas macam pagi tadi.”
“Fakeeh…” seruku.
“Yes Ya Qalbi?”
Keberanian dikutip untuk membalas pandangan Fakeeh. Lama mata aku menala ke seinci wajah lelaki itu. Dengan bibir merekah senyum, dia nampak menawan. Warna gelap tubuhnya nampak dia lebih maskulin. Bagilah lelaki lain yang cerah macam tepung, aku nak Fakeeh juga. I just love who he is.
“Saya tak tipu bila saya cakap saya cintakan awak.”
“I know.”
Dahi aku berkerut. “How?”
“Semalam.”
Terus aku terbatuk. Menggelabah Fakeeh capai gelas di sisi katil yang berisi air dan dihulur pada aku. Laju aku teguk air.
Fakeeh ni pun! Terus aku jeling dia yang tayang sengih nakal. Tak ada benda lain yang difikirnya. Dasar lelaki.
“Main-main la awak ni, Fakeeh.”
“Maaflah. Kepala saya ni tak boleh fikir sangat. Tapi kalau sebetulnya, I sense that the time I saved you.”
“Maksudnya?”
“You looked so helpless, Arabella. The urge to save you is killing me. Knowing that guy touched you, aku rasa macam nak bunuh. Sedangkan aku pun belum sentuh kau begitu, hak aku bagaikan dicarik-carik.” Dengusan terlepas dari celah gigi Fakeeh yang diketap. Urat-urat muncul
Terus kami dilanda sayu. Aku usap lengan dia sebelum dipeluk. Kepala direhatkan ke bahunya. Kalaulah waktu itu Fakeeh tiada, mungkin aku takkan begini. Paling tidak, aku dan Fakeeh akan berantakan. Aku yakin. Syukurlah semua dah selamat.
“The way you held me ya Qalbi… I just knew how much you need me.” Kami berbalas pandangan. Jelas di mata aku lelaki itu pandang aku semahunya. Jemari aku mengusap rahangnya.
Aku tak patut habiskan masa marahkan takdir. Allah lebih Maha Mengetahui. Ada sebab aku diberi kepada Fakeeh.
“Saya tak rela kalau saya perlu hilang awak, Ya Qalbi. Percayalah, aku rela kalau Allah nak uji aku dengan papa kedana atau perkara lain tapi diuji dengan kau, aku tak mahu. Aku selalu doa supaya Allah tak jadikan kau ujian aku sebab aku takkan mampu tenang. Just like that time you vanished.” Fakeeh senyum kecil. Ditarik kepala aku lalu dilabuhkan kucupan pada dahi aku.
“Kesian awak. Degilkan Ara?”
“Yesterday was the most peaceful night I had.”
Aih, semalam lagi. Sudah-sudahlah tu fasal semalam!
Aku kembungkan pipi, protes. Asyik semalam aje. Semalam daj lepaslah.
“Betul Ya Qalbi. Waktu Ya Qalbi hilang sebelum tu, saya tak mampu tidur. Pejam mata, teringat pada Ya Qalbi. Saya tak tahu keadaan isteri saya macam mana. Saya elok ada katil dan sebagainya, bagaimana pula dengan Ya Qalbi? Akhirnya saya terjaga sampai ke pagi fikirkan Ya Qalbi. Allah jelah tahu rasa di hati ni waktu itu.” Tak perlu aku tanya, Fakeeh selesa bercerita.
Aku dipagut rasa kasihan. Tiga hari aku tiada, maksudnya tiga harilah dia tak tidur? Allah.
“I’m so sorry.”
Dia menggeleng. “Tak perlu. Semua ni ada hikmah. Ada sebab Allah tarik Ya Qalbi. Dia nak didik saya jadi suami yang lebih baik. Saya tahu kalau saya bukan suami yang terbaik. Saya banyak sakitkan hati Ya Qalbi sampai Ya Qalbi benci nak pandang muka ni.”
“Takkk! Itu salah Ara. Ara yang ego.”
“I don’t want to talk about it, honestly. Tiga hari yang ngeri untuk dikenang semula. Syukur, Allah pulangkan Ya Qalbi semula.” Lagi dia kucup dahi aku.
Buat seketika kami hanya membisu. Melayan emosi sendiri. Mengenangkan perbuatan aku yang menghuru-harakan dunia. Wallahi aku nak tahu apa yang terjadi dalam setiap perjumpaan IWAM. Tapi aku yakin Fakeeh enggan bercerita.
“Fakeeh…” seruku.
“Hurm.”
“Kenapa… awak tak ceraikan saya? Bukan saya minta tapi…” Semakin kejap pelukan aku pada lengannya.
“Bukan ke memang sudah tempoh sebulan daripada perjanjian kita tu? Atau sebab saya mengaku saya sayang awak, kira awak menang?”
Fakeeh usap kepala aku. Tenang aje rasa. Aih, kenapalah aku berdegil sangat sebelum ni? Kalau tidak, boleh peluk mamat ni hari-hari.
“Itu bonus saat tahu Ya Qalbi sememangnya sayangkan saya. Selain itu, perjanjian tu langsung tak valid Ya Qalbi. Setiap perjanjian yang termeterai perlu ada surat hitam putih dan saksi. Kita buat tu sekadar berdua. Saya layankan sajalah walaupun tahu tak valid. Sebab waktu tu Ya Qalbi punya degil tu rasa macam nak cubit-cubit. Mengada. Ada dia suruh kita buat dia jatuh cinta dalam masa sebulan? Terlalu kacang!” Fakeeh bangga diri. Senyuman jelas melebar.
Aku di sebelah sudah monyok. Laa, ye ke tak sah? Aku ni memang bahalol betullah. Dunia ni kan ada undang-undang, pandai-pandai aku saja. Memang patutlah Fakeeh tak melatah. Sebab jelas-jelas aku syok sendiri. Sedangkan dua negara buat perjanjian pun kena ada surat hitam putih dan disimpan rapi oleh peguam dua negara.
Macam ni nak jadi Queen of Istania? Buat malu aje. Adeh.
“Yelah yelah. Syukur tak valid. Ara macam nak meraung bila Fakeeh sebut nama penuh Ara. Rasa macam dunia kiamat. Nasib tak jatuh talak. Sebab Ara baru sedar yang halal itu terlalu hot untuk ditepis.”
“Hot ke?” usik Fakeeh galak.
“Ee, hot la! Lagi-lagi tunggang Lizaz. Fuh, panglima perang manalah ni yang buat mata tak berkalih. He look hot.” Jujur. Terang-terang aku cakap.
Fakeeh memang hot pun. Teringat waktu perkahwinan kami. Waktu bom dilepaskan di utara Istania. Cara dia panggil Lizaz. Cara dia naik Lizaz. Paling penting, cara dia usung aku bersama. Hehe.
“It’s okay. Panglima perang tu dah jadi milik Ya Qalbi dah. And will always be. Insha’Allah.”
“Kenapa panggil Ya Qalbi?” soalku tiba-tiba. Pelukan aku lepaskan. Sudah itu aku lentokkan kepala ke riba Fakeeh. Saat ini nak buat apa-apa pun aku dah tak malu atau segan. Kerana rasa cinta di hati mendamaikan segala perasaan yang bercelaru.
Kekura tangan Fakeeh aku capai lalu diletak ke dahi. Nak bermanja dengan dia. Seperti tahu-tahu, Fakeeh usap kepala aku tanpa jemu. Suka sangat aku dengan usapannya. Lembut.
“Dah lama saya cop nama Ya Qalbi tu untuk isteri saya.”
“Yelah, tapi kenapa Ya Qalbi?” Aku capai sebelah lagi jemari Fakeeh lalu ditilik. Disambung dengan aku. Jelas besar tapak tangan suami aku ni. Jari dia runcing tapi aku suka tengok urat-urat di tangan hingga ke lengannya. Timbul.
“Qalbi tu kan hati. Tapi kalau hati dalam bahasa inggeris adalah liver. Qalbi yang saya maksudkan tu adalah heart. Jantung. Badan manusia perlukan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Dan seorang Fakeeh Al-Attar perlukan Nuraisya Arabella untuk terus hidup. Sepertimana pentingkan jantung dalam hidup manusia, Ya Qalbi sangat penting dalam hidup Fakeeh Al-Attar."
Dongak, mata kami bersambung. Aku senyum manis. Rasa bergetar jantung mendengar penjelasan dia. Sampai macam tu sekali dia anggap aku ni?
“So, janganlah lari lagi. Penat nak kejar.” Hidung aku dicuitnya.
Tawa aku hambur. Rasa comel pula Fakeeh ni.
“Kalau Ara ni Ya Qalbi, Fakeeh pula apa? Peliklah kalau Fakeeh guna kata ganti nama ‘saya’. Pelik sangat.” Ulasku selamba. Aneh betul kalau Fakeeh guna saya dalam bicaranya. Selama ni kan aku dengan dia macam anjing dengan kucing. Aku-kau tu lagi rasa ngam. Tapi takkanlah sampai ada anak masih guna aku-kau? Ada yang kena sekeh dengan bonda.
"How about habib?" Soalku.
Dahi Fakeeh berkerut. "Itu bukan restoran dekat pekan ke?"
Eh eh budak ni. Tak fasal-fasal kedai dapat nama. Okey tak apa. Kita cuba yang lain.
"Ya hayati? Qamari?"
"Officially no. Walid panggil ibunda qamari tahu tak? Ibunda sangat sukakan bulan. Itu sebabnya."
Eh? Ye eh? Tak pernah dengar pun walid panggil ibunda begitu.
Hmm...
"Ya albi?"
"Samalah dengan ya Qalbi tu sayang oi."
Aku tayang sengih. Saja je. Okey lain ya. Hmm, apa agaknya yang sesuai? Fakeeh ni susahlah nak bagi nama khas.
"Ya sodiqi."
Kali ini Fakeeh bergumam panjang. "Yang setia... I kinda like that but..."
"Ada pula tapi-tapi dia ni." Muncung!
Fakeeh geli hati melayan aku. "Lain?"
Hmm...
"Ya qazma? Sweetheart?"
"I love how you pronounce the kof (ق)."
"So jadilah ni?" Mataku bersinar.
"Lagi?"
Mati terus senyuman aku. Apa payah sangat laki aku ni? Cerewet kalah perempuan sungguh.
"Love? King? Honey? Dear? Atau nak simple, abang atau kanda?" Semua aku bantai cuba. Dah susah sangat Fakeeh nak terima. Ada juga akhirnya aku panggil nama dia saja. Menyesal tanya nak panggil apa. Kan berjela-jela ideanya.
Tapi sebab tak nak Fakeeh guna 'saya'. Serius pelik. Nak menangis mendengarnya.
"Mana dapat banyak-banyak ni?" Tak menjawab, Fakeeh tanya soalan lain pula.
"Tu la. Ara dapat banyak surat daripada fans kita."
"Kita ada fans?"
"Ada! Tu yang sedang baca kisah kita ni." Aku senyum manja, memaut pinggang Fakeeh. Siap jelir lidah. Saja nak usik pembaca. Khususnya yang single.
Moga jodoh sentiasa doakan kalian terpelihara dari dosa couple. Tak dapat jodoh dunia, jodoh akhirat masih ada.
"Merepeklah Ya Qalbi ni."
"Dah tu nak panggil apa? Kesian fans kita cadangkan. Sedap pun sedap. Mencair Ara membacanya."
Tak tipu. Rasa macam nak guna semua. Biarlah hari-hari panggilan lain. Variasi gitu. Biar pening kepala Fakeeh nak ingat.
“Ya rohi.” (sebutannya Ruu-khi) (روخي)
Tersentak aku. Terbang hilang segala lamunan. Aku menyoal semula Fakeeh. “Apa dia?”
Fakeeh senyum. “Ya Rohi. Maksudnya, belahan jiwa.”
Goyah hati ni mendengar kelembutan suara Fakeeh. Aduh, bonda parahlah macam ni.
“Ya rohi…” sebutku perlahan. Berkali-kali. Bibir tak henti mengoyak senyum. Sambil aku picit-picit jari dia.
“Okay approved.” Jawabku, tersengih melihat dia bulatkan mata.
“Kena luluskan dulu ke baru boleh pakai?”
Mengekek aku gelak. Oh, bahagianya.
“Saja je, Ya Rohi. Sedap bunyinya. Ya Qalbi dan Ya Rohi. Dua-dua maksud daripada bahasa arab. Pandai la suami Ara ni.” Tangan aku meliar memaut leher Fakeeh. Niat nak peluk dia tetapi membuntang mata aku sebaik Fakeeh labuhkan bibir ke atas milikku.
“Hey! Pandai ya sekarang?”
“Mestilah. Dulu ada wanita ni dia punya garang kalah singa. Agaknya singa pun takut dengan dia.”
Alasan!
"Hmm... Kenapa Ya Rohi? Kesian fans bagi cadangan. Semua kena reject."
"Hey, mana ada reject. Ya Rohi terima dan bersyukur dengan segala idea yang diberi. Qazma sounds so good but I have my own reason. Mungkin idea-idea fans ya Qalbi tu ya Rohi bagi dekat kawan-kawan Ya Rohi. Manalah tahu mereka nak naik pelamin nanti, senang."
Jauh betul sampai kawan-kawan dia jadi tempat pujukan fans. Tak baik la Fakeeh ni.
"Ya Rohi itu belahan jiwa. Ya Qalbi itu jantung. Dan, kalau sesiapa nak gapai jantung tu, dia kena mendahului ya Rohi si belahan jiwa. Dia kena langkah mayat Ya Rohi dulu."
Pegun. Tak berkelip aku pandang Fakeeh ni.
Seketika aku maniskan mulut. Okeylah, tak kisahlah apa pun nak dipanggilnya asalkan sedap telinga mendengar.
“Ya Rohi…” seruku.
“Ya Qalbi.”
Aku panggil lagi dia dan Fakeeh sentiasa sedia menyahut. Terus aku tekup wajah ke dada dia.
“Tak bolehlah macam ni. Too much sweetness.”
Tawa Fakeeh menjadi melodi petang itu. Di balik dadanya aku senyum panjang. Bahagia.
Benar, yang halal itu lebih indah.
.
.
Thank you yang suggest. Banyak sangat sambil saya macam nak guna semua haha.
So why Ya Rohi?
Idk, sounds more comfort. Lembut je nadanya.
Ya Qalbi-Ya Rohi.
Meanwhile author dia, Ya Single Abadi 🤣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro