CHAPTER 33
FAKEEH berangkat ke Alka pun aku tak dapat teman. Sedih hidup. Dia betul-betul pergi ke sana bersendirian. Meninggalkan aku.
Termenung aku seharian. Di malam hari, mahu saja meraung. Katil yang selama ini berkongsi bersama Fakeeh, terasa luas pula tanpa kehadiran Fakeeh. Nak berguling-guling pun boleh. Kuak lentang apatah lagi. Tetapi itu tidak mengujakan aku sepertimana Fakeeh ada di sini.
Argh, bila Fakeeh nak balik?
Seksa sangat begini.
Itulah. Bila ada depan mata, aku buat tak pandang. Aku tak bersyukur sepanjang kehadiran dia. Aku persiakan apa yang dia cuba untuk pandang dia. Ego sangat seolah-olah akulah yang paling bijak dengan segala aturan takdir. Lupa yang Maha Berkuasa.
Sounds desperate but at least he tried.
Perasaan yang hadir aku kurung. Natijahnya, aku tipu diri sendiri. Tipu dia. Tipu semua orang.
Hakikatnya... aku mula menyenangi kehadiran Fakeeh. Dia tidak seperti saat kali pertama aku bertemu dia. Sebelum kahwin memang dia tu poyo semacam. Dominan dan posesif. Selepas akad, sifat itu masih ada. Hanya tidaklah sekejam sebelum berkahwin. Bahkan selepas kahwin, bahasanya melembut dan penuh santun. Panggilan pun lembut menyapa telinga.
Haih, kenapalah aku tak perasan betapa Fakeeh sudah cuba menjadi yang terbaik untukku? Setelah semua yang terjadi, dia lebih menyerlah berbanding Ayaan.
Betullah yang haram itu bakal mengecewakan.
Halal juga yang aku benci. Sayangnya, kini Fakeeh pun mungkin sudah naik lelah dengan aku. Ada lagi ke peluang aku pujuk Fakeeh?
"Oi!" Kepalaku ditunjal, mematikan segala bual bicara dengan diri sendiri. Terus aku berdecit. Siapa berani sangat main kepala orang ni? Ini yang rasa nak marah.
Melihat si dia tersengih-sengih, mata aku mendelik. Pantas tubuh itu aku dakap.
"Diah!"
Erat pelukan aku pada kawan aku yang seorang ni. Tak ada ribut mahupun hujan, tahu-tahu muncul depan mata.
"Eh! Eh! Jangan cekik aku woi! Tak padan dengan keding!" Belakang aku ditepuk-tepuk. Tergelak aku mendengar omelannya. Lepas pelukan aku senyum lebar. Tak sangka kawan aku berlayar dari Inabah untuk ke mari. Terharu!
"Rindu kau!" luahku spontan.
"Aku pun rindu Fairuz."
"Hah? Mamat mana ni?" Berkerut dahi aku.
"Ala, haritu aku jumpa dia dekat majlis kahwin kau. Mamat smart bertanjak tu. Yang buat persembahan silat. Kau ni, orang hensem pun tak perasan. Mata kau ni ada masalah gamaknya."
"Ah, tak kisahlah."
Malas aku nak ambil tahu siapa si Fairuz tu.
"Ni, apa cerita Ara? Kau dah okey ke?" Madiah tuang air ke dalam gelasnya. Memang dah tersedia di atas meja. Mula-mula aku pelik mengapa dihidangkan aku air siap seteko. Rupanya mereka dah tahu puteri Inabah ni datang.
"Mesti kecohkan." Aku ketap bibir.
"Sangat."
Terus aku mengeluh. Wajah aku raup.
"Aku ni memang bodohlah."
"Macam mana kau boleh kena culik. Spill la kawan."
Hujung mata aku beradu ke cermin. Tenggelam menyaksikan kehijauan padang di belakang istana. "Ayaan."
"Lelaki..."
"Ya, lelaki yang aku sanjung sangat tu." Selarku terus. Dan-dan keluhan lepas lagi.
"Wait. Ara... bukan aku dah cakap ke masa kau kahwin dulu? Belajar untuk terima Fakeeh. Walaupun kau tak kenal dia siapa dan kau tak tahu keperibadian dia, tak bererti kau boleh senang-senang buat dia macam tu." Suara Madiah berubah lembut.
Aku menjuih. Bahu jatuh. "Itu kesalahan aku paling aku sesali, Diah. Aku tak tahu cara apa lagi yang perlu aku guna untuk perbaiki semua ni. Semua orang mesti marah dengan aku."
"Orang marah sebab sayang, Ara."
"Diah, teruk sangat ke rumors pasal aku?" korekku. Nak juga tahu apa yang mereka tahu.
Wanita itu terherot-herot bibirnya memikir. Sempat dia cicip air panas itu.
"Setakat yang telinga aku dengar... teruk jugalah. Waktu kecoh berita akhbar Sulnayah tersebar, kami semua ingat itu palsu. Yelah, sebab Sulnayah kan antara seteru negara Islam. Kami tak nak percaya dengan berita yang dibawa. Tak lama kemudian, negara-negara Islam musykil sebab Istania tak keluarkan apa-apa kenyataan untuk nafikan tuduhan itu. Waktu meeting IWAM (Islamic World Association Meeting), abi aku cakap memang Istania kena desak untuk cerita hal sebenar. Dari situlah mula IWA (Islamic World Association) tahu yang kau hilang. Dan berita palsu Sulnayah tu menjadi sahih. Ada sesetengah negara IWA mengutuk juga Istania. Tak kurang yang membela. Yang aku tahu, huru-hara juga. Kau banyakkan, selama tiga hari kehilangan kau hampir 5 kali meeting diadakan. Abi aku punya sibuk tak payah cakaplah. Tengah malam baru nampak batang hidung dia dekat istana."
Wajah aku pucat. Sampai ke tahap itu ke?
"Siapa wakilkan Istania?"
"Raja Muttaqin." Lagi putih wajah aku. Kelu. Ah, tak dapat bayangkan keadaan ayahanda menepis semua tuduhan tak berasas IWA. Mesti ayahanada tertekan.
"Diah... apa aku dah buat ni?" Hampir teresak aku di situ. Mula aku tak senang duduk. Berkali-kali angkat punggung dan letak semua. Bibir digigit. Tangan meramas sesama sendiri.
Teringat pula Fakeeh yang sudah berangkat ke Alka. Ada perjumpaan IWA ke?
"Inabah tak keluarkan kenyataan apa-apa. Abi kata, mungkin keluarga kau ada masalah sikit. Lagi satu, kedudukan Istania terlalu hampir dengan Sulnayah. Bersebelahan. Jadi, memang tak mustahil kalau Sulnayah bertindak agresif. Dalam hal ni, Inabah cuma mampu nasihatkan Istania untuk perketatkan kawalan sempadan."
Mendung wajah aku. Berselirat kepala memikirkan andaian tuduhan yang bakal ditimpa Istania. Oh, aku patut ikut Fakeeh dan hentikan semua ni.
Aku seorang saja yang bermasalah. Istania tak salah. Semua orang patut tahu perkara itu supaya Istania tak perlu menerima semua jenis kencaman. Huwa!
"Dah, kau jangan fikir sangatlah. Tahulah ayah dengan suami kau buat kerja."
"Dah tu aku nak buat apa? Semua ni salah aku. Tak adil mereka yang kena pening kepala untuk aku." Luahku kesal.
"Hubungan kau dengan Fakeeh macam mana lepas dia selamatkan kau?"
Satu perkara lagi yang buat aku rasa macam nak meraung. Fakeeh tak layan aku! Sedih weh!
"Dia merajuk kot."
"Mahunya tak? Suami mana aje tak jadi gila bila isteri hilang?" Terasa bagaikan Madiah menyindir aku. Aku ni memang tak reti menghargai. Bila ada, aku kutuk Fakeeh. Bila kena culik sekali, baru tahu betapa tingginya langit dengan bumi. Celupar sangat mulut ni. Degil sangat hati ni. Ego!
"Macam mana aku nak pujuk dia, Diah? Dia sikit pun tak nak bercakap dengan aku."
"Sungguh kau nak pujuk dia? Kau sayang dia tak?"
"Jujur, Diah. Bila dia tak ada, baru aku tahu betapa pentingnya Fakeeh. Dulu aku selalu mengelak. Aku nafikan perasaan aku. Walhal... aku dah jatuh dengan Fakeeh. Aku mula rindu bila dia tak ada. Aku rasa nak menangis bila dia tak layan aku." Soal malu aku tolak tepi. Aku dah tahap botak kepala fikirkan cara untuk tarik perhatian Fakeeh. Rindu nak gaduh dengan dia. Rindu dengan annoying dia. Rindu nak tengok dia senyum. Paling penting, rindu nak dengar dia panggil aku Ya Qalbi. Ah, gila bayang sudah!
"Betul kau nak pujuk dia?"
"Betullah! Aku dah terdesak sangat ni!" Nak meraung melayan Madiah tanya soalan sama berulang-kali. Dia tak nampak ke betapa desperate aku nak tawan hati suami yang tawar.
"Senang je Ara oi nak pujuk suami ni."
"Ye ke? Macam mana?"
Madiah senyum lebar hingga aku naik pelik. Rasa lain semacam senyuman dia.
"Kau goda dia."
.
.
FAKEEH pulang dari Alka, aku meluru ke arah dia. Membontoti Fakeeh naik ke bilik kami. Pintu aku kunci, mahukan privasi berdua.
"Fakeeh." Aku merapati Fakeeh di atas katil.
Panggilan aku tidak bersahut.
Tangannya aku capai, menghentikan aktivitinya yang mengapai satu buku. Aku tak tahulah buku apa tapi macam buku sejarah. Fakeeh menarik, aku tahan.
"Fakeeh, saya nak bercakap dengan awak."
Panggilan diri aku ubah. Tak mahu berkasar lagi. Nanti nafsu aku makin jadi degil dan tidak menghormati orang di hadapan aku.
"Aku nak rehat."
"Please, Fakeeh. Sekejap aje."
Tak menjawab, Fakeeh labuhkan duduk di tengah katil. Dibiarkan aku memegang tangannya.
Kebisuan mendominasi.
Aku teguk liur. Nafas dihembus perlahan.
"Saya... nak minta maaf. Saya tahu saya salah."
"Salah? Kau ada salah?"
Tersentap hati aku ibarat disimbah dengan asid. Pedih!
"Saya salah. Saya yang degil sangat. Saya tak hormat awak sebagai suami. Saya sakitkan hati awak. Saya ego dengan awak. Saya keluar tak bercakap. Saya percayakan orang lain daripada suami saya sendiri. Semua tu salah saya." Aku menunduk. Pandangan aku jadi kabur dek air mata yang bertakung. Menunggu masa untuk tumpah.
Lama aku menanti balasan Fakeeh tetapi seolah-olah tidak akan menemuinya. Aku panggung kepala dengan pandangan yang sudah berkabur. Wajah Fakeeh hanya statik merenung. Terus aku gigit bibir.
"Okey. Aku nak tidur."
"Fakeeh!" Suara aku tertekan hingga akhirnya tumpah juga air mata aku. Tangan sudah menangkap lengan Fakeeh, enggan membenarkan lelaki itu berbaring.
"Apa?"
"Awak tak nak maafkan saya ke?"
"Jadi, kau nak kemaafan aku sahaja?"
Geleng. "Saya nak kita cuba balik."
"Cuba apa?"
"Hubungan ni."
Fakeeh lepas tawa sinis.
"After what you did?"
Lemah semangat betul bila bercakap dengan Fakeeh. Takut ayat aku bakal disalahtafsir. Takut juga susunan kata aku yang tak betul.
Keluhan terlepas dari bibir lelaki itu. Dia tarik lengan yang berada dalam genggamanku. Rambut diraup ke belakang.
"Apa yang kau dapat daripada kau punya rebellion? Apa yang kau nak tunjuk dekat aku?" soal Fakeeh. Daripada dia yang tak mahu bercakap, kini banyak pula patah perkataan meluncur dari bibir lelaki itu. Namun semua soalannya bagai mahu menghukum aku. Ah, aku memang layak pun.
"Saya minta maaf."
"Cukup, Ara. Aku tak nak dengar kata maaf kau. Aku nak tahu, apa yang kau dapat dengan tindakan kau? Kepuasan?"
Aku telan liur. Awalnya... mungkin ya. Sekarang, tidak lagi.
"Saya salah."
"Aku tak tahulah Arabella. Aku runsing. Kenapa tergamak sangat kau buat aku macam ni? Kalau kau benci sangat pun, tolonglah. Aku manusia, Arabella. Aku pun ada maruah aku. Kau fikir aku ni siapa?" Setiap satu kata Fakeeh, setiap itu juga semakin dalam rasa sakit yang ditetak ke dada. Suara Fakeeh cukup menyesakkan aku. Janganlah mengalah dahulu Fakeeh...
"Saya... minta maaf." Sungguh, bibir ini hilang diksi hendak bercakap. Semua ditelan rasa sesal.
"Berat sangatkan mulut tu nak bagitahu aku kau nak ke mana?"
Saat itu aku terfikir. Yang tahu aku keluar hari itu hanyalah Haniya. Haniya tak cakap ke yang aku keluar jumpa Ayaan. Tapi, aku pesan suruh rahsiakan. Agaknya memang Haniya ni lurus bendul.
"Saya minta maaf, Fakeeh." Buku lima aku menekan paha sendiri. Wajah tertunduk dan bila begini, rasa sebu menderu-deru datang menyapa hati. Memaksa air mata terbit dan menanti masa untuk tumpah. Bagaimana ya waktu mereka sedar aku hilang? Panik?
"Suami jenis apa aku ni, Arabella? Aku tak tahu isteri aku ke mana. Saban hari orang bertanya dan betapa calarnya maruah aku untuk kata yang aku tak tahu. My own wife but I didn't know where she went. How funny is that." Gelak hambar terlepas dari bibir Fakeeh. Telinga aku berdesing. Jelas plastik tawa itu. Bahkan kedengaran perit.
Pejam mata, tumpah air mata ke buku lima. Meligih hebat tubuh aku membayangkan wajah Fakeeh saat disoal keberadaanku. Pasti kecewa. Pasti malu.
Ya Allah, kenapa aku kejam sangat dengan Fakeeh?
"Ayahanda mampu jaga kau selama 22 tahun dengan baik tanpa calar balar. Sampai waktu aku, tak sampai sebulan kau dah hilang. Pulang pula hampir diperkosa. Kau tahu tak apa aku rasa?" Keluhan berat menjadi nokhtah.
Aku sudah tersedu-sedan. Esakan tak perlu kata, menjadi melodi malam hari.
Fakeeh meluahkan rasa sudah cukup mencengkam jiwa aku. Membakar lagi rasa serba-salah yang bersarang. Cukup-cukup hebat menggetarkan saraf hati.
"I failed, isn't?"
Aku tak menjawab. Lambat-lambat aku dongak. Jelas wajah parah Fakeeh. Berkerut seribu tetapi paling menyayat hati adalah senyuman pahitnya. Nampak sangat lelah.
"Kau sedar tak..." Fakeeh dongak sebelum aku perasan lelaki itu bagaikan menyapu pelupuk mata. Kedua-dua belah sebelum dia ambil nafas berat.
"Dah sebulan sejak perjanjian yang kau katakan tu. Aku dah kalah. Aku tak mampu buat kau jatuh cinta dengan aku."
Dum!
Tubuhku kaku seketika. Sungguh, aku lupa tentang itu. Oh tidak...
Kalau kes culik aku tak jadi, mungkin waktu ini yang aku nanti-nantilan selama ini. Tetapi kali ini sebaliknya. Aku tak ingin. Ya Allah, aku nak tarik balik kata-kata aku. Aku tak batalkan perjanjian tu. Aku tak nak hilang Fakeeh!
"Fa... Fakeeh... no..."
Aku geleng kecil. Tak mahu dia teruskan soal itu.
"Aku gagal, Arabella. Kau dah cukup untuk tunjukkan pada aku betapa bencinya kau pada aku. Aku rasa kita berdua dah tahu siapa pemenangnya dan aku lelaki yang berpegang pada janji."
"Fakeeh, jangan! Saya pun... saya pun tak berjaya lepasi semua yang awak minta. Saya pun gagal. Kita sama-sama gagal. Bererti kita akan tetap bersama!" bidasku, mahu mengubah keputusan Fakeeh. Lebih tepat, menyelamatkan hubungan kami. Aku tak mahu kehilangan Fakeeh. Wallahi!
"Ara... aku lebih arif untuk tentukan itu. Kau dah cukup berjaya. Setiap hari, kau tunjukkan peningkatan dan biarpun tanpa aku, kau masih tetap boleh teruskan. You can be the queen without a king." Halkum Fakeeh bergerak tak seiring. Bahkan anak mata Fakeeh gagal untuk fokus pada aku.
"Aku akan bagi apa yang kau nak, Arabella."
Kepala menggeleng laju. Tangan aku sudah berada pada hujung bajunya, menarik supaya dia tidak meneruskan kata. Takkanlah ini pengakhirannya?
"Fakeeh! Saya sayangkan awak!"
Lelaki itu senyum tipis. "Selepas kau tahu siapa Ayaan sebenarnya? Sayang ke? Atau aku tempat melepaskan rasa yang baru dikhianati? Hmm?"
Sinis.
Aku tiada daya untuk membalas. Tiada jawapan.
"Bersaksikan hari ini... Nuraisya Arabella binti Aslan Muttaqin, aku Fakeeh Al-Attar bin Zahin Imtiyaz..." Menggeletar seluruh tubuh aku mendengar nama kami berdua disebut penuh dengan lancar.
"Fakeeh!" Aku merayu sangat, jangan teruskan! Tolong!
Ini mimpi ke? Tolong, jangan jadikan ia satu realiti. Aku tak sanggup. Tuhan! Allah!
"Aku c...."
.
.
Cause I can't make you love me if you don't
You can't make your heart feel something it won't
Here in the dark, in these final hours
I will lay down my heart and I'll feel the power
But you won't, no you won't
'Cause I can't make you love me, if you don't
I'll close my eyes, then I won't see
The love you don't feel when you're holding me
Morning will come and I'll do what's right
Just give me till then to give up this fight
And I will give up this fight
- I Can't Make You Love Me (Bonnie Raitt)
.
.
Cliffhanger! Haha! Tak apalah Fakeeh, you already did your best. Kalau Ara tak nak, meh dengan saya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro