Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 30

"ARGH! Lepaslah!" raungku sebaik rahangku ditarik dengan kasar oleh Waiz. Lelaki itu senyum menyeringai ke arahku, tanda mengejek. Aku jeling saja dengan dua tangan cuba meleraikan cengkamannya. Sakit!

"You're not a princess here, my dear." Waiz hambur gelak di depan mataku. Terbahak-bahak hingga menekan perutnya. Sudah itu dilayangkan aku ke tepi, terhempas ke dinding. Erangan terlepas lagi. Belakang tubuhku terasa patah. Tulang-temulang melemah.

"Kau nak tahu apa jadi dengan Istania?" soal Waiz menghampiri aku. Dia bercangkung di hadapan aku. Di tangannya ada surat khabar yang digulung. Dihulur pada aku.

Lambat-lambat aku sambut. Tiga hari sudah berlalu, bermacam benda aku lalui. Paling ngeri jikalau Waiz mahupun Uwaiz yang datang. Mereka melakukan aku seperti anjing kurap. Suka-suka hati menampar dan memukul aku. Kalau aku tak ikut kata dia, memang melayang satu tamparan.

Tubuh aku sudah susut. Memang tak larat sebab aku tak makan. Rasa macam nak pengsan tetapi Ilham tukang renjis air ke muka aku. Takut jadi benda yang tak diingini. Dia ada juga suruh makan tapi aku degil. Tak mahu. Aku tak nak buat tindakan sia-sia. Kata Ilham, dia hanya hamba.

Boleh jadi makanan itu disuruh letak racun untuk bunuh aku. Aku tak tahu tapi firasat aku kata begitu. Disebabkan itu aku cuba berlapar biarpu memang benar aku bagaikan orang gila mahukan makanan. Kalau tak waras mungkin aku makan diri aku sendiri barangkali.

Allah masih memberi nyawa kepadaku. Masih mampu hidup untuk hari ketiga ini tanpa makanan. Air penawar hanyalah wudhu yang menyegarkan aku biarpun seketika Cuma. Selebihnya aku tidur dengan harapan Allah kenyangkan aku.

Di saat kesulitan begini, hanya Ilahi bisa membantu.

Helaian akhbar itu aku teliti walaupun samar-samar penglihatanku.

Istania bakal tumpas? Sulnayah beri tawaran agama demi sekeping nyawa.

Liur aku telan. Terasa perit.

Janganlah. Jangan terima, ayahanda. Biarlah Ara begini. Biarlah Ara terima hukuman ini. Jangan korbankan agama demi Ara.

Saat itu terbit air mata menjadi hiasan mata. Aku pejam rapat. Takut kalau ditukar dengan agama. Seumur hidup aku akan dihantui jikalau benar ayahanda pilih aku berbanding agama.

"Tak lama lagi Istania akan jadi tanah Sulnayah. Jadi dah bolehlah lupakan angan-angan duduk di istana lagi ya, sayang." Sindir Waiz seraya merampas akhbar itu.

Aku kerling dia di hujung mata.

"Tapi... sebelum kau kembali ke pangkuan keluarga kau, apa kata..." Waiz gantung ayat sebelum bibirnya menyinis.

Aku teguk liur melihat wajahnya yang berubah menjadi lebih menyeramkan. Bulu roma serentak berdiri.

"Kau lahirkan anak kelahiran Sulnayah?" Lantas tudung aku dikoyakkan. Semerta juga aku meronta.

Namun apakah daya seorang wanita yang sudah tiga hari kelaparan berbanding seorang lelaki sasa yang berkuasa di empayar wilayahnya? Ilham yang di pintu juga menundukkan wajah, tidak tegar melihat perbuatan terkutuk tuannya.

"Lepaslah!" Tekak aku rasa perit. Air mata mencurah-curah keluar bilamana bibir lelaki itu menghinggap di mana-mana bahagian tubuhku sesuka hatinya.

Ikatan rambut aku terlerai sendiri. Kusut keadaanku dalam pada mencuba menyelamatkan maruah. Sedangkan Fakeeh tak pernah menyentuh aku lebih, inikan lelaki ini mencuba-cuba memperkosa. Jijik!

"Kau tahu syiah sangat menggalakkan nikah mut'ah sedangkan nabi Muhammad juga mengharuskannya. Imam kami semua menuntut kami seisi Syiah untuk mengamalkan nikah mut'ah. Kami boleh saja meniduri mana-mana wanita dengan mas kahwin yang dipersetujui. Dan untuk kau cukup sajalah bilik dan makanan yang aku bekalkan setiap hari. Nikah kita tamat usai kau hamilkan anak aku!" Pipi aku dicengkam sewaktu dia menuturkan begitu. Bibir dia jilat. Mata membulat, jelas nampak sifat gelojohnya mahu menikmati aku.

Meronta-ronta aku dalam perangkapnya. Ditenadang dan dipukul mana-mana bahagian namun tubuh ini semakin lemah. Semakin luluh hati merasai basahnya leher dan bahu aku. Jijik! Jijik!

Fakeeh! Tolong!

Saat ini aku hanya mahu lelaki itu. Tolonglah Fakeeh, tolong!

Bunyi koyakan baju mula membuntangkan aku.

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Selamatkan auratku!

Bergetar seluruh sendi tubuh saat bertemu kulit tubuh dengan kulit jemari kasarnya. Meremang. Nafas aku jadi pendek. Tak tergamak aku nak melihat. Akhirnya aku mendongak dengan air mata yang makin laju mencucuri diri. Tubuh aku melemah. Semakin lemah. Dan lemah. Tak larat lagi badan aku hendak melawan.

Aku tiada tenaga.

Ya Allah... bantulah!

Zass!

"Arghhh!!"

Kelopak mata aku buka. Terbuntang sebaik mata dijamu dengan darah memancut keluar bagai air terjun.

Bola mataku bergolek ke sisi sebelum cahaya terang memancar. Mataku mengecil mahu mengamati. Makin lama, makin jelas wajah itu.

"F... Fakeeh..." tuturku lemah. Makin lebat air mata tumpah. Sedaya upaya aku paksa diri bangkit. Tak fikir keadaanku yang sudah terburai baju. Setapak maju, tubuhku terumbang-ambing sebelum jatuh. Terasa Fakeeh menyambut aku jatuh sebelum tubuhku terasa diangkat.

Lemah kelopak mata aku dipaksa terbuka.

Fakeeh memakaikan satu baju labuh ke atas tubuhku. Ada kepala baju yang ditarik menutup kepala. Tali yang ada di baju itu ditarik lalu diikat kemas supaya tiada lagi aurat aku terdedah.

Sudah itu dia berpaling ke hadapan. Baru aku sedar, kami sudah berada di atas Lizaz. Tubuh yang lemah aku sandar ke Fakeeh. Dahi ditekap ke belakang tubuh lelaki itu sebelum bahu aku terhincut-hincut menyambut tangisan yang kembali melebat.

Ya Allah... Terima kasih!

Syukur aku panjatkan kepada Ilahi biarpun masih dalam rasa terkejut.

"Seinci lagi tangan kau sentuh isteri aku, mata pedang aku yang akan bawa kau ke neraka!" jerkah Fakeeh mengisi seisi bilik. Lizaz yang menindih Waiz terus menekan lagi tubuh itu ke bawah. Tangan Waiz terpisah dari tubuh, tidak mampu mempertahankan diri. Darah menjadi lopak di sekitar tubuh Waiz.

"Tuanku."

Mata helang Fakeeh menjeling ke muka pintu.

"Kita nak buat apa sekarang?"

"Balik. Kita ke sini untuk tuanku puteri. Kita datang secara diam-diam. Kita pulang juga secara diam-diam. Jangan sampai ada yang ikut dan tahu tentang ini. Istania belum bersedia untuk berperang." Arah Fakeeh tegas. Terus dia menarik tali kekang Lizaz. Mereka semua mula keluar dari tempat aku disembunyikan.

Keluar, baru aku tahu aku disimpan di satu rumah agam berwarna putih berkilat. Sepanjang ke pintu utama, semua orang-orang Sulnayah tersadai. Pasti mereka sudah ditumpaskan tentera Istania.

Mengingati kejadian tadi, aku hampir saja ternoda.

Nikah mut'ah. Nikah yang dilarang dalam Islam.

Apa yang Waiz kata hanyalah palsu semata-mata. Hanya kerana puak Syiah ini menolak pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab dan Uthman Bin Affan, semuanya yang dikatakan mereka ini dikatakan syirik dan penipuan. Hal ini hanya kerana mereka lebih menyakini Saidina Ali Bin Abi Thalib lebih berhak menjadi khalifah selepas Rasulullah. Disokong dengan kisah puteri Rasulullah, Fatimah Az-Zahra pernah berkelahi tentang pemimpin selepas Rasulullah sebelum Fatimah Az-Zahra menerima Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah pertama.

Nikah mut'ah diharamkan oleh Islam selepas perang Khaibar. Hanya puak Syiah yang menganggap nikah mut'ah masih sah untuk digunapakai.

Aku cengkam baju belakang Fakeeh. Aku tak tahu tetapi air mata tidak henti turun. Aku rasa bersalah pada lelaki ini. Bukan aku tak nampak wajahnya jelas tegang biarpun aku sudah di depan mata. Wajahnya berkerut seribu bahkan suaranya meninggi.

Tubuh Fakeeh terasa menengang. Jelas lelaki itu bukan dalam mood yang baik. Sudahnya aku dibiarkan begini, meratapi keadaan sendiri yang barai.

Fakeeh...

.

.

TIBA di istana Istania, Fakeeh pimpin aku. Dibiarkan orang istana membawa Lizaz pergi. Setiap satu langkah aku lemah, selemah kekuatan tubuh. Tak larat hinggakan satu tahap Fakeeh mengendong aku terus ke lobi istana. Rasa malu semua aku tolak tepi kerana aku benar-benar tiada tenaga untuk berjalan.

"Ara!!"

Suara bonda menyapa dahulu. Langsung Fakeeh turunkan aku sebelum aku ditarik masuk ke pelukan bonda. Dan-dan air mata tumpah lagi.

"Bonda..." panggilku berkali-kali. Teresak-esak dalam pelukan bonda. Harumannya aku hirup tanpa jemu. Kehangatan tubuh itu aku nikmati semahuku. Sungguh, tiga hari aku lupa erti kenikmatan dek diseksa dengan kejam.

"Ya Allah, Ara! Macam mana boleh jadi macam ni? Bonda dengan ayahanda risau tahu tak?"

Soalan bonda hanya mampu aku jawab dengan air mata.

Pelukan dilepas sebelum mata bonda merayap ke sekeliling tubuhku. Diusap-usap pipiku yang lebam dan pijar.

"Apa mereka dah buat dengan anak bonda ni! Kanda!" Wajah bonda sudah basah. Ayahanda di sebelah takut-takut aku hendak menoleh. Malu.

"Bonda. Ayahanda. Maaf Fakeeh menganggu."

Suara garau di belakangku menyapa.

"Fakeeh rasa ada baiknya Ara berehat dahulu. Dia perlukan rawatan dan rehat." Cadang Fakeeh, tegas.

Bonda hanya mengangguk bersetuju.

"Haniya, Janna dan Asiyah. Saya izinkan hanya kalian bertiga untuk masuk ke bilik kami untuk tengokkan tuanku puteri. Pastikan dia dapat rehat dan makan secukupnya. Luka-luka di badannya pun, tolong panggilkan tabib Anya."

Tiga gadis itu menurut perintah. Aku bagaikan barang diperlakukan. Bonda menyerahkan aku pada dayang aku. Perlahan-lahan Haniya dan Janna memimpin aku.

Aku pandang Fakeeh. Sedikit pun dia tak balas pandangan aku. Sebaliknya dia sedang bercakap dengan ayahanda.

Entah mengapa hati aku terasa dengan sikapnya. Sudahnya, aku naik ke kamarku untuk bersihkan diri.

.

.

.

Tak guna menyesal Ara 🥰

Hai, boleh komen kata2 semangat tak? Penulis tengah sedih pasal life dia yang lifeless ni 😔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro