CHAPTER 28
KALI terakhir yang aku ingat... hitam. Dunia aku berubah gelap.
Namun sebelum semua itu terjadi, masih segar ingatan tentang jejaka yang aku cintai.
Ayaan Zarrar. Nama seindah rupa. Kali pertama berjumpa, aku tak sedar hatiku rupanya sudah dicuri. Padahal aku ke sana hanya untuk menunjuk muka sewaktu kali pertama kafe itu dibuka. Ayahanda juga datang untuk merasmikan. Tak sedar ada lelaki bernama Ayaan yang selaku pelayan boleh menjadi tumpuan hati.
Perhatian aku benar-benar tertumpu sebaik Ayaan tanpa berfikir dua tiga kali membantu anak kecil yang berlarian seisi kafe hingga terjatuh. Apatah lagi menjadi insiden berat saat anak itu perlu dibawa ke tabib dek air panas yang tumpah ke atas anak kecil itu. Ayaan jugalah orang pertama yang mengendong anak itu supaya menemui rawatan segera.
Sejak itu aku menaruh suka. Kata orang, crush. Ya, aku crush pada lelaki itu sehingga sanggup datang ke kafe hari-hari untuk menatap si dia. Tak sangka pula satu hari aku boleh terlelap disebabkan kepenatan seharian di akademik meditasi. Sudahnya, Ayaan menyedari kehadiran aku. Sampaikan sempat selimutkan aku dengan baju sejuknya.
Ah, malu jika mengingatkan tentang itu. Namun, dari situ juga hubungan kami mula rapat sehingga aku mula menyakini dia lelaki yang baik-baik untuk dijadikan seorang suami.
Di saat bahagia mula menjelma, hadirlah Fakeeh Al-Attar dari kerajaan Alka datang dengan hasrat menyunting aku. Parahnya, aku mencintai orang lain. Atas aturan takdir juga, aku menjadi milik Fakeeh. Bukan milik lelaki yang aku cinta.
Antara dua insan itu, aku tak pasti hati aku berpihak pada yang mana. Ada kalanya aku rasa Fakeeh tidaklah teruk sangat tetapi separuh belahan jiwa ini masih mendambakan Ayaan. Di kiri ada Ayaan, di kanan ada Fakeeh. Aku tidak boleh tamak tetapi hati ini sukar dikawal.
Sekejap aku sejuk dengan perilaku Fakeeh namun sekejap juga aku boleh melompat-lompat menerima surat daripada Ayaan. Hinggakan aku buntu, pada siapa sebenarnya kasih aku ditumpahkan?
"Nuraisya Arabella."
Suara yang agak familiar pada pendengaranku mula mengetuk pintu mimpi aku. Hilang semua yang ingin aku perkatakan. Otak mula meransang pelupuk mata untuk mendelik. Menamparkan bebola mata berwarna coklat kecairan yang aku terima dari ayahandaku.
Pandangan mulai samar-samar. Aku mengerang sebaik rasa sakit menjalar di saat cahaya lampu tepat memanah iris mataku. Tekup mata semula, aku buka lambat-lambat.
Ruang yang asing menjadi jamahan mata.
Aku dekat mana ni?
Rasa panasaran yang hadir memaksa tubuh supaya bangkit. Mahu mengetahui keberadaan diri.
Bangkit, aku jadi aneh. Sungguh, bilik ini bukan bilik aku mahupun mana-mana bilik yang ada di istana Istania.
"Ara, awak dah sedar?"
Pusing kepala, Ayaan mula tersenyum. Namun nampak lemah dengan tubuhnya yang juga susut.
Eh, Ayaan?
Puing-puing memori mula kembali mengingatkan aku suasana sebelum aku dijemput mimpi. Ya, aku bertemu dengan Ayaan. Tetapi itu di hujung kota. Sekarang, aku di mana?
Ayaan sahajakah di sini?
Kepala terteleng ke seisi bilik. Tak ada apa selain dua pintu yang aku tidak pasti di mana. Yang aku tahu, ada toto besar di tengah-tengah bilik. Kipas pun bertiup perlahan dengan lampu yang terang. Tingkap langsung tiada.
Aku menunduk melihat diri. Masih sama pakaian lusuh milik Haniya namun ada yang pelik. Juntaian rambut hingga ke pinggang. Seketika, wajah aku pucat.
Rambut?!
"Argh!" Tunak mata ke arah Ayaan, aku terus kecut perut.
"A... Awak buat apa pada saya?" Sedaya upaya aku ikat rambut sebelum dibawa masuk ke dalam baju, mengurangkan dedahan aurat yang jelas-jelas haram.
"Bertenang, Ara. Ambil tuala ni, tutup kepala awak." Ayaan menolak tuala putih ke arah aku. Berdesup aku balut kepala aku. Tubuh terus aku peluk. Rasa malu bertubi-tubi mengenangkan Ayaan sudah melihat auratku.
"Awak buat apa dekat saya, Ayaan?" Bergetar suaraku. Hujung mata mula membasah. Janganlah kata yang bukan-bukan. Aku tak boleh terima andai Ayaan bertindak luar jangka kepada aku.
"Ara..." Ayaan duduk di hujung sudut bilik dengan lutut dinaikkan. Wajah menunduk.
"Kita diculik."
Apa? Culik? Siapa yang nak culik?
"Siapa nak culik?"
Dia geleng kepala.
"Ayaan..." seruku. Sungguh, aku mahu tahu kebenaran.
"Awak ada sentuh saya ke? Tell me you don't." Mataku pejam rapat bersama pelukan lutut yang semakin erat. Toto di situ juga aku bawa membalut diri. Biarpun sudah begini, aku masih rasa tidak selamat. Aku masih berdua dengan lelaki itu di tempat yang tertutup. Takut mula menerpa diri.
Mata Ayaan membulat. Gelengan kepalanya menjadi lebih kejap. "Tak!"
Kalau begitu, syukurlah.
"Awak ada sakit dekat mana-mana ke? Sebab semalam... kepala awak kena hentak."
Tangan meraba belakang kepala. Ditekan sedikit, terasa peritnya. Aduh, apalah yang menghentak aku semalam?
"Berapa lama lagi kita akan di sini?" soalku dengan nada yang perlahan.
"Saya tak tahu, Ara."
"Kita masih di Istania, bukan?"
Ayaan memandang aku sayu. "Mungkin."
"Kalau kita masih di Istania, Fakeeh akan bantu."
"Ara... awak masih berharap pada Fakeeh?"
Tersentak aku mendengar soalan Ayaan. Nampak aneh ke?
"Dia mesti nak selamatkan isteri dia. Tak begitu?"
"Bagaimana awak mendidik diri awak menyayangi dua orang lelaki? Atau sebenarnya sayang awak pada saya dah dikikis pergi?"
Pegun. Benarkah apa yang Ayaan katakan? Aku menyayangi dua lelaki?
"Saya... tak perlukan Fakeeh."
"Jadi kenapa awak berharap Fakeeh akan datang? Bukan ke itu maksudnya awak masih ada sedikit rasa untuk dia?"
Lidahku kelu hendak menutur. Perasaan pada Fakeeh? Perasaan apa? Cinta? Aku tak rasa begitu. Sayang? Erm.. sayangkah aku? Rindu? Hmm, di saat ini aku mengaku jikalau aku mahukan dia di sini. Berdua dengan Ayaan menimbulkan kerisauan dalam hati aku. Apatah lagi Ayaan bukan mahram untukku dan dia pernah melihat auratku yang terpelihara rapi daripada pandangan ajnabi. Berbeza jikalau aku dengan Fakeeh. Biarpun dia menyakitkan hati, ikatan halal menjamin keselamatan. Berminggu aku tidur sebilik dan sekatil dengannya pun Fakeeh tetap tak melampaui batas walaupun dia berhak.
Akhirnya aku biarkan soalannya tergantung tanpa jawapan.
"Maaf." Suara Ayaan bergema. Aku sekadar bergumam.
"Sudah berapa lama kita di sini?" soalku enggan mahu Ayaan terasa hati.
"Genap 15 jam."
Darahku berderau. 15 jam aku bersama dengannya di sini?
Kalau dicongak, semalam aku bertemu dengan Ayaan pada jam 6 petang. Jadinya, sekarang sudah jam 9 pagi. Ya Allah, semalaman aku di sini dengan Ayaan. Bagaimana agaknya keadaan di istana? Apa aku dah buat ni?
"Kalau awak rasa badan melekit, pergilah mandi. Di pintu sana ada tandas." Maklum Ayaan.
Sekilas saja aku pandang pintu yang bertutup. Rasanya kelenjar air kencing aku pun terbantut kilangnya dek kerisauan melanda. Nak mandi apatah lagi. Risau dengan segala kemungkinan.
Kebisuan mengisi ruang untuk beberapa ketika sebelum kami tersentak dengan bunyi pulasan pintu.
Dari luar, datanglah tiga orang lelaki yang berbadan tegap dan besar. Seorang berdiri di pintu yang aku yakin satu-satunya pintu keluar. Dua lagi menghampiri kami lebih tepatnya aku. Menyedari aura kegelapan dan bahang kejahatan, tubuh mula mengesot ke belakang. Tuala pun bagaikan melonggar di kepala.
"Selamat pagi tuanku puteri Nuraisya Arabella."
Aku teguk liur kesat. Garau suaranya ada nada menyinis.
"Kau tak bersama lagi ke dengan dia? Satu malam kau di sini, tak rasmikan?" Seorang lagi menyoal kepada Ayaan sebelum dua-dua gelak besar.
Wajah aku memerah. Nak pandang Ayaan pun aku tak berani. Soalan mereka tu memang tiada bertapis.
"Siapa izinkan kau tutup rambut kau? Kau dah cantiklah, tak perlu tutup. Tayang saja pada satu dunia." Tangan si dia mula merentap kain tuala dia kepala.
"Argh, jangan!" rayuku separa menjerit. Sebelah erat menahan tuala daripada ditarik. Tolonglah jangan aurat aku.
"Bro, jangan. When a lady says no, it's a no." Tahu-tahu Ayaan sudah tepis tangan lelaki yang dekat denganku. Dia menolak lelaki itu ke belakang, menjauhi aku. Semakin aku memencilkan diri ke sudut bilik. Sumpah aku takkan mampu berlagak tenang berada dengan empat lelaki dalam satu bilik.
"Wow, sejak bila kau jadi alim macam ni bro?" Bahu Ayaan dipaut. Dia menyengih sinis.
"Sudahlah. Lepaskan aje Ara."
"Kau siapa nak mengarahkan kami?"
Ayaan jatuh tersungkur ditolak kawan lelaki itu. Satu tumbukan dilayangkan ke Ayaan. Suara erangan terlepas.
"Sudahlah tu Uwais."
"Kau orang siapa?" Keberanian aku kutip untuk menyoal.
Tiga pasang mata terus menumpu ke arahku. Pegangan aku pada toto diketatkan.
"Lupa pula kami nak perkenalkan diri. Saya, Waiz Abidillah." Lelaki yang tadi cuba menarik tuala di atas kepala aku tersenyum sinis. Dari tepi bibir hingga ke cuping telinga, ada garisan parut besar yang mengerikan. Rambut yang botak juga menyerlahkan lagi kejantannya. Tak kurang tubuh yang paling besar di antara lelaki-lelaki lain.
"Aku pula Uwais Ubaidillah." Lelaki itu bangun dari menerpa ke arah Ayaan. Mengesot Ayaan ke tepi. Lebam di bawah rahangnya. Darah juga terpalit keluar dari bibir. Tubuh sasa itu hanya mengenakan singlet hitam, memaparkan otot-otot ketulnya.
"Yang sana, Ilham Hanafi." Kata Waiz, merujuk kepada lelaki yang berdiam di muka pintu. Tubuh biasa-biasa tetapi mata helangnya setia menikam aku bagai aku inilah habuannya. Liur ditelan.
"Kau orang nak apa dari aku? Aku tak ada apa-apa."
Waiz tergelak sambil menepuk dahinya. Dia mencekak tuala di bahagian leher. "Kau lupa ke yang kau tu puteri mahkota kerjaan Istania?"
"Kenapa kau culik aku?"
"Amaran kepada Istania." Ujarnya selamba. Dia bercangkung di depanku. Mengusap kepala aku yang berbalut. Aku cuba elak tetapi aku pula yang kena. Sedar-sedar pipi dah merah. Disepak. Aku gamam.
"Kita lihat bagaimana Istania hidup tanpa sang puteri ini. Kasihan, tiada siapa tahu keberadaannya. Mungkin, kau ni sebenarnya tak penting pada Istania." Dia gelak lagi sambil menepuk kasar kepalaku.
"Waiz, bagilah budak tu payment. Kesian aku tengok." Uwais bangun lalu menghampiri Ayaan. Waiz langsung menarik keluar bungkusan tebal dari sebalik bajunya. Dihulur pada Ayaan.
Melihat Ayaan menyambut, mataku membulat.
"Ayaan!"
Berselirat kepalaku dengan seribu persoalan.
Lelaki itu bagaikan takut-takut memandang aku. Dia sudah berlari ke arah Ilham yang menjaga pintu.
"Ayaan, a... awak tipu saya?"
"Ma... maaf Ara."
"Ayaan, apa semua ni? Jelaskan pada saya!" jeritku tak hirau perkara lain.
Bahu Ayaan mengecut. Kepala terteleng menghadap aku. Halkumnya naik turun. "Saya perlukan duit."
Auch. Hatiku hancur. Demi duit? Demi harta?
"Awak tak sayang saya ke? Sanggup awak buat saya macam ni?"
"Ara, tolong. Saya akan jelaskan tapi saya sangat perlukan duit ni."
"For what?! Murah sangat ke cinta saya sampai awak sanggup pilih duit?" Dadaku berombak. Nafas kasar berderu-deru melepasi lubang hidung.
"Ara... anak saya dah tenat. Dia perlu buat pembedahan sekarang."
Khali.
Telingaku tegak mendengar ayat yang baru meluncur keluar.
"A... anak?"
"Saya minta maaf, Ara. Saya dah lewat."
"Ayaan!" Tak menahan lagi Ayaan terus berdesup keluar, meninggalkan aku bersama lelaki-lelaki yang tak mampu untuk dipercayai. Tapi yang lebih menyakitkan adalah hati aku ini.
Ayaan dah ada anak? Dia dah berkahwin? Aku sayangkan suami orang?
Dada aku sebu dengan rasa keliru. Hujung mata semerta berpasir, menghasilkan manik-manik cecair jernih.
"Kesian. Tuan puteri ditipu hidup-hidup." Uwais yang menjadi pemerhati sedari tadi melepaskan tawa yang bagi aku sangat-sangat menyindir aku.
Terkilan.
"Ilham nanti hantarkan makanan dekat budak ni. Kesian, baru terkejut. Dahlah, aku nak keluar. Ilham jangan lupa. Pastikan juga dia tak lari. Dia ni lubuk Sulnayah. Istania bakal hancur di tangan kita. Tanah Istania akan jadi tanah kita. Very soon." Uwais dan Waiz berangkat pergi. Ditepuk bahu Ilham dan berlalu pergi, membiarkan aku dengan dunia aku. Yang masih dihenyak kenyataan yang aku tak pernah tahu.
Aku menunduk. Anak mata aku bergetar. Tangan menekup mulut. Air mata yang mula meluncur jatuh tidak mengangguku. Hanya menjalankan tugas untuk berjurus-jurus menuruni pipi.
"A... Ayaan... why?"
Sungguh aku mahukan jawapan. Jadi, selama ini aku ditipu hidup-hidup? Sangat tak logik kalau nak kata Ayaan bertemu seseorang selepas perkahwinan aku. Baru sebulan lebih aku bergelar isteri, mustahil sekali anak dia boleh lahir dalam tempoh sesingkat itu. Bermakna... Ayaan memang suami orang dari awal pertemuan kami lagi.
Ya Allah... kenapa aku tak pernah tahu?
Kenapa hati aku terdorong menyayangi lelaki milik orang?
Ya Allah... Ya Allah...
Pengkhianatan jenis apakah ini?
"Makan ni. Halal." Satu plastik roti berguling di depan mataku. Dongak, Ilham hanya memandang aku tanpa emosi. Dia letakkan botol kosong berisi air putih juga sebelum berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan. Bunyi pintu dikunci jelas kedengaran.
Spontan, tubuhku rebah. Mengiring lalu meringkik. Beberapa saat, esakanku berlagu. Makin lama makin laju.
.
.
Oppsss... Padan muka kau Ara 🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro