CHAPTER 27
Double update! Say 'Go, Fakeeh go!' 🤣
.
.
TAHU tak perasaan aku sekarang macam mana?
Gembira! Girang!
Surat aku dibalas!
Melihat terteranya nama Ayaan Zarrar membuatkan bibirku melebar senyuman manis. Tak mampu nak keruhkan muka. Bercahaya saat melihat sebaris nama di dalam banyak-banyak surat yang masuk.
Surat itu aku kucup berkali-kali.
Bibir menyengih. Seolah orang hilang akal. Nasiblah tiada orang di sini.
Penuh kasih sayang aku buka helaian kertas itu. Melihat tulisan Ayaan yang kemas tu, semakin menggebu rasa sayang di hati. Jari-jemari membelai lembut surat itu. Hanya Tuhan saja tahu betapa bersyukurnya surat aku menemui tuan yang sepatutnya. Dan bertambah-tambah rasa kesyukuran saat si dia masih sudi membalas surat aku.
Tak ada apa yang lebih membahagiakan daripada ini. Sumpah!
--
Ke hadapan Yang Amat Berhormat Tuanku Putera Nuraisya Arabella kesayangan hati.
Moga surat ini menemui si manis di sana.
--
Argh! Aku tekup wajah dengan surat. Pandai sungguh Ayaan mengusik aku biarpun dengan sebaris ayat.
--
Wallahi, hati di sini terasa lega saat surat kesayangan bernada indah pada bacaan hati ini. Terima kasih. Namun... apa benarkah apa yang dikatakan? Saya pernah dikecewakan saat ingin melamar awak, Ara. Saya... takut perkara sama bakal berulang.
Saya yatim piatu dan tiada harta. Bagaimana pandangan keluarga awak? Bolehkah mereka menerima diri ini yang pernah membuat onar di majlis tertutup pertunangan anak mereka? Bahkan saya pernah dicari hingga ke lubang cacing dan berhadap dengan ayahanda awak, Arabella.
--
Wait, what? Ayahanda pergi cari Ayaan selepas majlis tempoh hari? Mata aku membulat.
Aku gagahkan diri menyambung pembacaan. Tidak mahu membuat kesimpulan terlalu pantas.
--
Syukur, ayahanda awak tidaklah kejam. Dia lepaskan saya... dengan syarat jangan buat lagi tindakan yang sama. Sejujurnya tempoh itu saya kalut sangat sampaikan saya bertindak di luar batas. Pasti ayahanda awak ada bercerita yang saya panjat pagar besi untuk melepasi masuk kawasan istana, kan? Maaf, tempoh lalu saya terlalu takut melihat awak dimiliki orang lain biarpun... awak memang telah menjadi milik orang.
Saya tidak bertuah. Saya gagal merebut kebahagian saya.
Peluang kedua ini... saya masih belum yakin. Awak pasti semuanya akan baik-baik? Bukan ke penceraian itu menggegarkan arasy Tuhan? Saya pasti ayahanda awak lagi fasih berkaitan hal ini. Tidak murkakah dia?
--
Oh, Ayaan... Masih lagi fikirkan orang lain. Cukuplah tentang orang lain. Tak boleh ke fokus tentang kita?
--
Saya tiada alasan untuk menolak. Andai benar jodoh itu milik kita, kita tetap akan bersamakan walaupun awak sedang menjadi milik orang?
Terima kasih kerana masih sudi menerima seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa ini.
Untuk menyakini awak, boleh ke kita berjumpa? Saya... rindukan awak. Saya rindu hendak menatap awak secara berdepan. Saya rindu hendak buatkan white coffee kegemaran awak. Saya rindu semua perihal berkaitan awak.
Sedangkan hati saya masih ada pada awak, saya harap awak takkan pernah pulangkan pada saya. Jangan pernah pulangkan. Saya enggan terima.
3 Syaaban. Boleh kita bertemu di taman hujung kota Istania? Hanya kita berdua, tanpa orang-orang daripada istana. Saya tak mahu ada yang melihat, pasti mereka sampaikan kepada ayahanda awak, Ara. Berpakaian seperti selalu awak berjumpa saya ya? Saya akan tunggu awak.
Seandainya awak tidak datang, itu menandakan pengakhiran hubungan kita. Saya akan anggap awak sudah bahagia bersama belahan jiwa awak dan saya berjanji tidak akan menganggu awak lagi. Saya akan bawa diri sejauh mungkin supaya awak dapat menyayangi suami awak sepenuh hati tanpa bayang-bayang saya.
Yang ikhlas,
Jejaka yang masih merinduimu.
Mataku basah. Surat Ayaan benar-benar menyentuhku. Kerinduannya berasas kerana aku juga merindukan si dia di sana biarpun kami dipisahkan dengan perkahwinan yang tidak terjangkau ini.
Semangat baru aku hirup dalam-dalam.
Dalam beberapa hari sahaja lagi semua ini akan berakhir. Aku dah tak perlu susah hati. Fakeeh akan lepaskan aku. Dia harus akur kemenangan berpihak pada aku.
3 Syaaban bererti lusa. Hmm... ikutkan jadual hari tu memang aku tiada hal. Fakeeh pula rasanya macam ada meeting dengan pihak mana entah. Dia sempat bagitahu sewaktu aku membaca buku di bilik pengurusannya. Biasalah aku, setiap masa dimanfaatkan dengan membaca buku supaya adalah sedikit sebanyak input dalam disumbat ke dalam kepala.
Ah, tak sabarnya nak bertemu Ayaan.
.
.
SEPERTI yang dirancang, aku curi-curi keluar. Pastikan pintu belakang istana kosong.
"Haniya, Ara keluar."
"Pergi mana tuanku? Dah nak Maghrib."
Haniya satu-satunya orang yang aku maklumkan. Okeylah tu daripada keluar tak bercakap pada sesiapa. Lagi biadap. Sekurang-kurangnya adalah yang tahu ke mana aku pergi.
"Ada hal."
"Tuanku mana pernah ada hal di luar. Semuanya tuanku Putera Fakeeh yang uruskan."
Ceh, macam perli aje tu. Aku jeling Haniya yang masih termangu-mangu melihat aku sudah pun berjubah miliknya. Tudung pun pakai tudung sarung.
"Haniya, tolong rahsiakan ya. Saya nak jumpa Ayaan."
Seperti aku jangka, dia melongo. Wajahnya pucat. "Tuanku, tak manis..."
"Ara janji sekejap aje. Haniya jangan buka mulut pada sesiapa. Ara percayakan Haniya. Ara pergi dulu!" Aku tak menunggu kata putusnya. Terus buat haluan sendiri. Pecut aku berlari keluar dari istana.
Nafas lega dilepaskan sebaik tiada tanda-tanda orang mengekori mahupun menyedari penyeludupanku. Aku pun malas nak bersoal-jawab.
Sekarang, misi aku adalah berjumpa Ayaan.
Ayaan, wait for me!
.
.
SAMPAI di tempat yang dikatakan, aku lihat ada seorang lelaki yang sedang berdiri merenung ke langit layung yang menjadi medan tarian kapas-kapas awan bersama burung-burung mengepak sayap mencari tempat pulang.
Aku senyum lebar. Oh, rindunya figura itu!
"Ayaan!" laungku dari kejauhan dek tidak sabar. Kaki makin laju melangkah menghampiri. Tangan melambai-lambai bilamana dia bagaikan mencari aku. Bibir aku menyengih melihat wajah kelirunya.
Bertembung mata denganku, senyumannya melebar.
"Arabella!"
"Ayaan!"
Sebulan lebih bagaikan bertahun-tahun kami terpisah. Oh, rindu ini menyeksakan! Kini kembali bersua, dada aku sebu dengan rasa bahagia.
"Ara!"
"Ayaan!"
Bap!
Mata Ayaan membulat. "Araaa!"
Sesaat tubuh aku jadi kaku. Pandangan aku berpinar-pinar. Seluruh dunia rasa berputar. Susuk Ayaan kelihatan jadi banyak hinggakan aku tidak pasti mana satu yang betul. Wajahnya nampak cemas dengan mata mendelik. Tangan menggagau mahu mencapai Ayaan kerana kepala aku rasa seperti hendak rebah.
"A... Ay... aan..."
"Ara! Ara!" Itu ayat terakhir yang sampai ke pendengaranku sebelum semuanya menjadi kelam. Hitam.
.
.
Bab ni pendek sebab saya nak bagi cliffhanger hehe. Apa jadi dengan Ara tu?
Jadi... Ayaan tu, watak baik ke tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro