Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 23


BOLA mataku mencuri lihat seisi pustaka, memastikan tiada yang memerhati. Bukan besar pun pustaka ni tapi manalah tahu kan? Paling penting, Fakeeh.

Usai itu, mata tak lepas merenung surat Ayaan.

Segera aku koyak dan tarik isinya. Penuh debaran melihat beribu aksara tertulis di helaian itu.

Oh, Tuhan.

--

Ke hadapan tuanku puteri Nuraisya Arabella,

Moga tuanku sekeluarga sentiasa dirahmati Tuhan.

Assalamualaikum penjadi pendahuluan kata setelah sekian lama diri ini menyepi. Ara, do you know how much I miss you?

--

Bibir aku ketap. Serentak itu juga mata berpasir. Masih tak lupa dari ingatan aku wajah kecewa Ayaan saat jari aku sudah disarungkan cincin pemberian keluarga Fakeeh. Hanya lambat beberapa minit, aku dimiliki orang lain.

Dan sejak itu Ayaan pergi membawa diri. Berjauh hati. Sampaikan aku ke rumahnya pun, lelaki itu tidak sudi menerima aku. Ibarat akur dengan takdir yang tertulis.

--

Maaf... Mungkin kata itu sedikit kurang ajar bila disuarakan kepada wanita yang telah bersuami. Namun jauh di sudut hati ini masih mendambakan empunya diri yang sudah berkahwin.

Sukar, Ara. Susah untuk saya terima segalanya. Semua yang kita impikan lenyap sebaik awak terima pinangan daripada Kerajaan Alka.

Pasti kerana saya ini lebih banyak kekurangan berbanding suami awak. Saya akui. Fakeeh lelaki yang baik, lebih baik daripada saya. Bahkan dia berani mengambil awak sebagai isteri, sekaligus merampas buah hati saya.

Salahkah saya masih menaruh hati pada awak, Ara?

Berminggu-minggu saya sibukkan diri ternyata saya kalah. Telinga jikalau bisa dipekakkan, saya rela. Rakyat Istania juga nampak kemesraan Ara dan suami. Sekaligus menjadi topik hangat di mana-mana tempat saya melangkah. Hinggakan hati ini rasa rapuh sangat untuk hidup.

Bagaimana dengan janji kita, Ara?

Salahkah saya masih genggam erat janji kita?

To be honest, you look gorgeous in your wedding dress. Saya terpesona tetapi hati ini terhenyak ditikam kenyataan awak bukan milik saya. How I wish it was me to be your groom.

--

Oh, Tuhan.

Air mata yang tertahan bocor jua. Menitis berjurus-jurus. Aku tak sanggup nak habiskan bacaan. Mengapa takdir aku berbeza sekali?

Orang yang aku sayang dan cinta, mengapa kami tidak mampu bersama? Kenapa dunia enggan menyebelahkan kami?

Cinta yang seharusnya suci dan murni, kini tercemar dengan kehadiran dari Alka. Demi kuasa, aku yakin. Itu tujuan mereka.

Tergamaknya seorang anak diperlakukan begitu? Ayahanda juga memaksa aku meneruskan. Aku juga terlalu bodoh ikutkan mereka. Akhirnya aku jua yang merana walhal aku mahu memilih teman hidup sendiri.

Fakeeh bukan sesiapa.

Ayaan segalanya buat aku.

Jari aku naik mengesat birai mata. Kalau begini warkah dari Ayaan, akan aku jelaskan segalanya. Dia berhak tahu. Aku mahu dia menunggu. Sedikit masa. Cukup waktu, aku bakal dibebaskan. Aku akan pastikan aku berjaya menguasai politik Istania. Saat itu Fakeeh akan akur yang kami tidak layak bersama.

Aku kena yakin!

--

Moga bahagia, Arabella. Moga bahagia atas penderitaan saya. Saya tak kuat untuk ini. Saya tak tegar lagi melihat kemesraan awak dan suami. Jiwa ini meronta mahukan awak sedangkan saya tahu betapa haramnya untuk saya mendekati kamu. Tuanku Raja Muttaqin juga tidak suka saya disebabkan hal saya menganggu majlis pertunangan awak tempoh hari.

Di mana ruang saya dalam hidup awak, Arabella?

Saya sering tertanya-tanya. Memang betul ke awak sayangkan saya seperti mana saya menyayangi awak? Atau kita ini sekadar berkawan.

Awak kata, kita kena lari dari kebiasaan. Mengahwini rakyat marhaen itu luar biasa dan awak nak jadikan ia realiti. Namun, sayang beribu kali sayang.

Awak memilih yang biasa. Bersama dengan seseorang yang mempunyai kedudukan dan darjat yang sama tinggi. Sekufu dengan awak. Manakala saya dibiarkan berterbangan pergi.

Saya takut untuk hantar surat itu tetapi sukma ini sudah sarat dengan penderitaan. Pekung ini penuh dengan kekecewaan. Izinkan saya meluahkan biarpun surat ini belum tentu tiba ke pangkuan awak. Mungkin jikalau sampai, awak akan buang kerana telah bahagia dengan kehidupan awak.

Moga bahagia sayangku. Tidak akan pernah lenyap rasa di hati ini buat dirimu kerana diri ini telah serahkan segalanya demi cinta.

--

Habis. Tiada lagi ayat seterusnya. Aku mencari-cari helaian kertas seterusnya tetapi hampa. Memang ini satu-satunya helaian kertas yang ada.

Wajah aku keruh.

Biarpun hanya satu surat, surat ini penuh emosi. Sudah berminggu-minggu aku tidak membaca surat, hari ini aku dikejutkan dengan surat yang tak kusangkakan.

Masih ada harapan ke untuk aku bersama Ayaan? Jika benar lelaki itu masih mencintai diri ini, aku patut bersuara.

Helaian kertas kosong aku capai lalu dengan lajunya aku membalas isi surat Ayaan. Aku mahu dia tahu betapa deritanya aku di sini. Aku tidak pernah terniat menerima pinangan ini. Aku juga masih mendambakan seorang Ayaan Zarrar. Aku mahu dia bergelar suami. Dia yang selayaknya.

Sepanjang penulisan aku, air mata aku tumpah tanpa serik. Mengingati kisah kami yang terpisah dek perkahwinan aku, hati aku jadi rawan. Menyebal.

Tolonglah kembalikan semua kepada perancangan asal.

Sesudah selesai aku menulis, tanpa menunggu apa-apa aku terus keluar pustaka. Aku berlalu pergi ke The Botanica. Kawasan perumahan haiwan-haiwan itu aku mendekati.

"Sinnichi!" Panggilku.

Seekor merpati putih langsung mendekati aku dan hinggap ke bahu aku. Laju aku turunkan dia dan ikat surat aku pada kaki dia.

"Bawa ke Ayaan Zarrar."

Tak perlu aku jelaskan lebih, burung itu sudah lali. Memang surat kepada Ayaan hanya Sinnichi akan menjadi pengantara.

Aku tak harap lebih. Moga surat ini tiba dengan selamat dan hati yang terluka di sana bakal disejukkan dengan kenyataan sebenar.

Tunggu saya, Ayaan.

.

.

HARI berganti hari aku menanti ketibaan balasan surat daripada Ayaan hinggakan Haniya jadi pelik melihat aku menyoal soal surat yang sebelum ini tidak pula aku kisah.

"Tuanku puteri, apa yang tuanku nantikan?"

Haniya merapikan pakaian aku yang hendak berangkat ke gelanggang latihan. Kalau kebiasaannya aku memakan pakaian jubah muslimah, kini berubah dengan seluar panjang dan baju yang sedikit labuh. Aktiviti lasak tak sesuai jikalau aku berkain.

"Haniya, takkan Haniya tak tahu lagi?" Serasa aku Haniya paling banyak pegang rahsia aku. Lebih-lebih lagi dalam usaha aku keluar istana untuk bertemu Ayaan.

"Tuanku masih menanti lelaki itu?" Matanya membulat.

Aku senyum. "Hati Ara ada pada dia, Haniya."

"Masakan tuanku masih berharap? Bagaimana dengan tuanku Putera Fakeeh? Diakan suami tuanku."

"Haniya..." Aku berhenti melangkah. Tubuhku dipusing menghadap Haniya yang terpinga-pinga.

"Beritahu Ara, bagaimana hendak mencintai seseorang yang memang kita tidak cintai? Haniya patut lebih maklum tentang Ara. Bertahun-tahun Ara bersama dengan Ayaan, hancur lebur kerana satu perkahwinan. Hati Ara juga mahukan kebahagiaan, Haniya. Kebahagiaan Ara hanya pada Ayaan."

Haniya nampak kaku. Rahangnya tergerak-gerak hendak bersuara tetapi tidak diteruskan hajatnya. Sudahnya dia garu kepala.

"Tuanku putera tahu ke?"

"Kami dah buat perjanjian pun untuk berpisah." Ulasku mudah.

"Hah?" Mendelik biji mata Haniya. Terhenti semua perbuatan. Hanya mata setia ke arahku, memastikan aku tidak bergurau.

"Ta-tapi..."

"Haniya sendiri kata untuk bersuara demi diri sendiri. Ara tengah apply sekarang ni. Insha'Allah semuanya akan diselesaikan baik-baik. Janganlah risau. Jangan juga beritahu ayahanda dan bonda. Kelak mereka mengamuk. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu isi hati anak mereka sendiri. Ara dah bulat hati pun, Haniya."

"Tuanku..."

"Jangan pujuk Ara lagi, Haniya. Ara tahu apa yang Ara buat."

Laju aku membuka langkah ke gelanggang. Tak ambil pusing pandangan Haniya. Lantaklah orang lain nak fikir apa. Aku dah penat nak ikut kata orang. Akhirnya aku merana. Biar kali ini aku buat keputusan sendiri.

Dari kejauhan aku melihat Fakeeh menarik tali busur. Lepas, tepat pada sasaran iaitu kayu yang sudah bertanda 'X'. Tindakannya makin laju menarik tali busur dan melepaskan ke arah sasaran yang ada secara rawak. Pusing tubuh dan lepas. Pusing dan lepas. Sekelip mata dia tahu di mana sasaran lantas setiap anak panah menghunus ke sasaran yang diingini.

Selesai, dia letak busur ke tempat asal sebelum dicapai gelas lalu diteguk air kosong.

Aku yang melihat tayang wajah bosan. Sajalah tu nak tunjuk hebat. Mentang-mentang aku pegang busur pun salah teknik, dia pula berlagak handal. Ingat aku kisah sangat ke? Aku buat pun demi perjanjian kami. Untuk lepaskan diri. Tak lebih.

"Lambatnya." Tegur Fakeeh sebaik aku merapati. Aku hanya bergumam lalu memeluk tubuh.

"Dah ready ke?" Soalnya.

"Boleh ke aku cakap tak sedia?" Aku perli dia. Fakeeh sekadar sengetkan senyuman. Mengejeklah tu. Dia tahu aku anti betul semua aktiviti yang berkait rapat dengan dia, lagi dia padatkan jadual aku. Tak menang tangan aku nak buat kerja.

"Mari." Dia gamit tangan aku ke tengah. Busur diambil dan dihulur pada aku. Fakeeh berlari-lari kecil mengangkat papan sasaran ke tengah padang.

Di kawasan ini hanya ada aku, Fakeeh dan Haniya. Haniya duduk jauh tetapi masih dapat dilihat dari sini.

Tiada yang lain selain kami. Kerana kata Fakeeh, nanti ada mata yang merayap. Dengan wajah jeliknya dan tubuh yang dipeluk. Aku macam tak percaya tapi ayat Fakeeh yang satu itu takkan lepas dari kepala aku.

"Kau takkan tahu cara pandangan seorang lelaki, Ya Qalbi. Aku lelaki, aku tahulah. Kerana itu wanita perlu berpakaian menutup aurat dan seorang muslim yang taat akan menundukkan pandangan. Itu adalah wajib kepada semua umat Islam."

Pandangan lelaki... Entahlah aku tak faham.

"Seperti sebelum ni, sasaran hanyalah 50 meter. Kena tepat pada bulat merah ni. Bukan panah ke tempat lain." Jelas Fakeeh yang memegang papan panah. Siap tunjuk lagi bulat merah kerana sebelum ni, aku punyalah beria berjoget sebab anak panah terpasak di atas papan itu. Tetapi malangnya saat itu sasaran tak tepat. Kena luar bulatan sasaran. Sudahnya aku dijentik Fakeeh.

Bibir aku terjuih. "Yelah-yelah. Sibuk aje."

"Aku kan personal tutor kau. Kenalah ajar kau sampai mahir." Fakeeh mendekati aku lalu berdiri di sebelah aku. Dia silangkan tangan.

"Silakan."

Tali busur itu aku tarik. Mata mahu fokus tetapi susah sebab aku berdiri mengiring dan di hadapan aku adalah Fakeeh yang tak lepas matanya memandang aku.

Ketap bibir, aku tak perasan aku terlepaskan tali busur hinggakan anak panah tertusuk ke tanah tak jauh dari tempat aku berdiri.

"Serius? Tempoh hari lagi baik daripada harini."

"Ee, kau la menyibuk!" Bahasku semula. Tak suka dengar dia perlekehkan aku.

"Aku? Aku berdiri elok aje. Tak kacau pun."

"Berdiri la tempat lain!"

Dahi Fakeeh berkerut-kerut. Dia mencapai anak panah yang tersilap lepas tadi sebelum kembali kepadaku. Mata tak henti memandang aku.

"Kau hilang fokus sebab aku?" Bibir merah itu merekah, senyum senget.

Aku buat dungu. Anak panah di tangannya aku rampas lalu dibetulkan kedudukan di antara busur. Buat-buat tak nampak dengan wajahnya yang seperti dapat tangkap maksudnya. Ah, persetankan semua tu!

"Ya Qalbi, seriuslah!"

"Shh, diam! Aku nak fokus!" Aku tarik tali busur, arah tertuju pada Fakeeh.

"Kau tak diam aku panah kau."

"Auch, janganlah panah aku. Panah cinta tak apa, jangan jasad."

Nak tersembur air liur aku dengan telatahnya. Ya Allah, makin menjadi-jadi perangai sewel lelaki ni!

"Diri kena betul, Ya Qalbi. Lengan kena lurus, selari dengan bahu. Badan kena tegak. Mata kena tajam. Paling penting, jangan terketar-ketar nanti meleset." Fakeeh berdiri di belakang aku lalu membetulkan posisi aku. Dirinya terlalu rapat dengan aku hinggakan terasa nafas derunya yang menampar diri.

"Kepala tu pandanglah tempat sasaran, Ya Qalbi. Pandang aku buat apa? Tahulah hensem."

Bungkam. Aku gigit bibir. Ada-ada aje mamat ni. Diam sekejap tu susah sangat ke?

Nafas aku tarik dalam-dalam. Fokus, Arabella!

Namun bagaimana harus aku fokus jikalau jantung di sebalik tubuh ini sedang menggila? Berdegup sepantas kilat hingga aku jadi hilang arah. Bersentuhan tangan dengan Fakeeh pun boleh buat aku tergemap hingga hilang tujuan utama aku ke sini.

"Arabella, kau okey tak ni?"

Semestinya, tidak!

Oh, apa kena dengan aku ni?

"Kalau kau tak sihat, kita tangguhkan saja latihan kali ini."

"Tak... tak... teruskan aje." Aku enggan mengalah. Banyak masa aku akan terbazir jika aku lemah semangat. Rasa yang merasuk aku tadi aku cuba kawal dengan lafaz zikrullah. Sesungguhnya hanya Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati ini.

"Kau menggeletar sebab sakit atau sebab aku?" soal Fakeeh masih berada di posisi sama. Tak lepaskan tubuh aku. Juga berdiri sambil memposisikan tubuh aku supaya tepat untuk memanah.

"Nothing Fakeeh. Jangan tanya lagi, boleh tak?" Percikan api kemarahan mula menyala. Sempat aku berdengus. 

"Fine. Mata pastikan selari dengan arah tujuan kau. Seperti sekarang, cuba kau aim pada mana-mana kawasan bulatan. Ingat, dalam memanah bukan semata-mata tajamnya pandangan pemanah, tetapi kena sedar juga arah angin. Panahan boleh tersasar jikalau pemanah lupa keberadaan angin. Macam sekarang, tak ada angin. Jadi, kau boleh aim tepat pada bulatan merah yang kecil tu."

Habis penjelasan barulah Fakeeh jauhkan tubuh. Serentak itu aku lepaskan tali busur dan melayang anak panah itu pergi.

Tsak!

Bunyi tepukan bergema di belakang aku. Fakeeh melangkah ke hadapan aku sambil tersenyum.

"That was a good one. Walaupun sipi-sipi nak terkeluar daripada sasaran, ini boleh dikatakan cubaan yang baik. Mari, cuba lagi. Kita masih ada masa sebelum jam 6 petang."

Dan bermulalah latihan lasak aku bersama Fakeeh tanpa henti untuk dua jam berturut-turut. Memang mandi peluh aku petang itu. Tamat latihan, aku jadi kagum dengan diri sendiri. Adalah satu dua anak panah itu hampir kena ke sasaran bulatan merah itu. Makin berkobar-kobar semangat aku nak mahir ilmu memanah ini.

Akan aku tunjuk yang aku memang layak bergelar Queen Of Istania. 

Seorang ratu tanpa rajanya.

Nantikanlah!

.

.

Heyyo, susahnya nak mencari semangat menulis. Sehari mampu sepatah sobsobsob. Anyway kalau ada di antara kau orang yang beli dan support OLT, jemput-jemputlah review. Komen-komen kau orang sangat membantu aku untuk perbaiki tulisan aku dan terus menulis kisah-kisah baru. Terima kasih sudi menyokong seketul bintang sesat di bumi Malaysia ini hehe.

Dah, kau orang boleh prepare tisu dan kesabaran sebab plot will be raise up to climax i guess? Nantikan walaupun lambat update! 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro