BLURB
THE BROKEN VOW
"Only the King can attract the Queen"
👑👑👑
Kunjungan dari Kerajaan Alka menemukan PUTERI NURAISYA ARABELLA dengan PUTERA FAKEEH AL-ATTAR yang kebetulan mengikuti kunjungan kali ini.
Hidup Arabella jadi tak tenang bilamana ayahandanya meminta dia menemankan Fakeeh sepanjang tempoh mereka di sini. Bagi Arabella, Fakeeh menyakitkan hati. Berlagak macam tuan besar dan suka mengarah. Dia benci!
"Kau tu tetamu ajelah dekat sini. Tak payah lagak macam tuan rumah!" - Arabella
"Ayahanda kau juga yang kata untuk buat istana ni macam istana aku sendiri." - Fakeeh.
Bengang! Dan bila rasa sakit hati, pada buah hatilah Arabella meluah. Buah hati yang ayahandanya tidak tahu kewujudannya. Bahkan seluruh rakyat. Hubungan Arabella dengan teman lelaki misteri, AYAAN ZARRAR hanya mereka dan segelintir yang tahu. Kerana tiap kali menemui teman lelaki, Arabella sanggup tukar rupa hanya kerana Ayaan hanyalah rakyat marhaen. Pastinya ayahandanya tidak berkenan.
"Kita jumpa ajelah ayahanda saya. Saya dah tak kisah, Ayaan. Dia nak mengamuk atau maki pun, saya tetap nak jadi isteri awak!" - Arabella
"Orang akan mengata." - Ayaan
"Apahal nak kisah pasal orang lain pula?" - Arabella
Fakeeh pula tak henti menganggu hingga tembelangnya pecah. Hubungan Arabella dengan Ayaan bukan lagi sulit. Ugutan Fakeeh melemahkan Arabella hingga terpaksa ikutkan saja permintaan Fakeeh supaya Fakeeh tidak membongkarkan pada ayahandanya.
"Easy, kahwin dengan aku." - Fakeeh
"Aku cintakan Ayaan! Bukannya kau!" - Arabella.
Bukan namanya Fakeeh hendak mengalah. Dengan senjata percintaan terlarang Arabella itu, mudah untuk buat wanita itu tunduk.
"Only a king can attract the queen. Not him, my queen. It's me. You can't get away from your king." - Fakeeh
👑👑👑
Hai semua!
Selamat datang ke The Broken Vow
Kembali lagi saya dengan story baru dan tema yang baru. Fantasi, Islamik, Romantik. Saya tak janji cerita ini akan jadi menarik tetapi harapnya penulisan saya sampai untuk difahami pembaca semua. Menulis fantasi tak semudah yang disangkakan jadi maaf atas segala salah silap lebih-lebih lagi jika dunia TBV ini tidak dapat ditelusuri kerana kekurangan penjelasan daripada penulis sendiri.
Menarik tak blurb dia? Should I continue or shouldn't I? Honestly tak yakin nak menulis fantasi lagi setelah saya baca feedback untuk LYKM tapi the urge to write this story is so tough to ignore.
Kalau saya yakin, saya publish bab satu. Kalau tak yakin, saya take down buku ni semula.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro