Part Two
-Di Bilik Gempa-
Gempa sedang baring diatas katil,mukanya merah,menunjukkan yang dia baru habis menangis.
Sungguh perit hatinya apabila teringat tentang hal tadi. Tak sangka keluarganya akan berkata begitu. Dia sendiri tidak tahu apa yang mereka katakan,terus tuduh orang.
'Mungkin aku boleh mesej yang lain?' Fikirnya. Dia pergi ke tandas di dalam biliknya dan membasuh muka. Selepas membasuh muka,dia duduk di atas katil dan mesej Fang menggunakan jam kuasanya.
Boboiboy Gempa
-Fang,kau tengah buat apa?
Fang
-Aku tengah mesej kau,pengkhianat.
Fang goes offline
Sungguh sakit hatinya apabila menerima mesej itu. Dia pun cuba mesej kawan-kawannya yang lain,tetapi dapat jawapan yang sama.
Gempa pun mula menangis semula. But of course,dia menangis secara perlahan supaya tiada sesiapa pun yang dengar.
Selepas berjam-jam Gempa menangis,dia pun membasuh mukanya di dalam tandas dan mengambil wudu'.
Gempa melakukan ibadah solat Zohor. Selepas melakukan ibadah solat,dia mengambil Al-Quran dan mula membacanya.
Gempa berasa tenang ketika membaca Al-Quran. Selepas membaca Al-Quran,dia pun turun ke bawah sambil memakai baju melayu,nak ready untuk solat Asar berjemaah dimasjid.
Gempa memang suka pergi le masjid,tapi disebabkan asyik ada kat angkasaja,memang jaranglah pergi ke masjid.
"Korang,jom pergi mas-" kata-kata Gempa dipotong.
"Kau pergilah!" Jerit Taufan. Hati Gempa berasa ditekan tetapi dia senyum sahaja.
"Jangan lupa solat Asar tau." Gempa mengingati mereka. Mereka buat endah sahaja. Gempa senyum dan meninggalkan rumahnya.
-Di masjid-
"Tengok,itulah pengkhianat yang diorang cakapkan."
"Haahlah!"
"Dasar pengkhianat."
"Apa guna dia jadi hero,huh? Kalau dia sendiri yang plan benda ni?"
"Itulah! Dia nak kepercayaan kita je. Nasib Boboiboy Elemental yang lain ada kan?"
"Betul,betul,betul!"
Itu merupakan bisikan hangat dari orang-orang masjid. Gempa bertabah sahaja,sambil senyum lagi.
Apabila dia masuk ke masjid,bisikan lain pulak yang mencetus. Gempa tidak cakap apa-apa sebab dia tahu ini cabaran dari Allah.
"Sudah,sudah! Ini masjid,bukan kedai mamak korang nak mengata orang!" Tok Imam tegur mereka yang mengata Gempa. Bisikan tersebut senyap tetapi dia masih diterima glare orang lain. Tok Imam berjalan kearah Gempa dan menepuk belakang Gempa dengan perlahan.
"Bertabahlah ya,Gempa? Allah nak uji keimanan kamu tu. Tok percaya yang kamu tidak bersalah,sebab kamu ni seorang yang baik,beriman pulak tu. Bertabahlah ya?" Tok Imam memberi semangat kepada Gempa.
"Baik,Tok Imam,terima kasihlah sebab percayakan saya." Balas Gempa dengan terharunya. Tok Imam memberikan senyuman.
-Di Rumah,selepas menunaikan solat Asar-
"Assalamualaikum!" Jerit Gempa apabila dia membuka pintu. Tiada balasan,jadi dia membuka selipar lalu pergi ke ruang tamu. Terdapat satu nota kecil di atas meja.
Kitorang pergi beli makanan,tak ingin nak makan masakan kau. Entah-entah kau letak racun kat dalam makanan tu. Tok Aba pergi balik ke kedai. Tadi dia nak ambik barang je. Kau jangan nak keluar,bawak malu je.
Elemental Boboiboy Halilintar
Selalunya,jika Hali nak keluar ke mana-mana,dia siap letak 'Love,your brother,Halilintar' dekat nota tu. Tapi yang ni? Ayat-ayatnya sungguh pedas,dan Hali meletakkan 'Elemental Boboiboy' dekat depan nama dia,maksudnya dia memang tak anggap Gempa sebagai adiknya lagi.
Gempa berasa seperti anak panah menusuk hatinya,oh,dia rindu sangat ayat-ayat manis Hali. Selalunya,Hali akan guna ayat-ayat manis dekat dia sebab:
1) Dia nak tunjuk rasa bersyukur
2)Taknak kena hukuman oleh Gempa kalau cakap bahasa kasar.
Setelah membaca nota itu,Gempa naik ke biliknya dan membuka laptopnya.
Waktu dia tengah layari Internet,mata kiri dia berasa rabun dan gatal.
"Mungkin aku kena periksa mata aku kot esok." Katanya pada seorang diri.
To be continue....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro