Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part Nine

-Previously-

Kaizo pun meninggalkan taman itu. Apa yang dia tidak perasan,sesuatu cahaya berjalan ikutnya lalu pergi ke arah yang bertentangan dengan Kaizo.

-Presents-
Pada malam itu,Gempa sedang berlatih tentang bahasa Latin menggunakan satu penglihatan apabila sesuatu cahaya berwarna hijau dan merah jambu memasuki bilik tidurnya.

Gempa terbangun dari tempat duduknya. Dia mahu menjerit,tapi mulutnya tidak dapat bergerak,badannya terkaku di situ.

Semakin lama,cahaya itu semakin dekat dengan Gempa. Gempa menjadi panik. Apabila cahaya itu menyentuh Gempa,mata Gempa menjadi berwarna putih yang terang.

Selepas 5 saat,mata Gempa menjadi warna asal dan Gempa dapat bergerak semula.

Gempa dapat merasai sesuatu di lehernya,jadi dia memegang lehernya dan perasan yang lehernya terdapat seutas rantai yang sungguh cantik.
(Gambar di atas)

Warna rantai itu sama dengan warna aurora di langit. Gempa pun menyorokkan rantai itu dibawah kolar baju tidurnya.

Tok,tok,tok

Bunyi pintu Gempa diketuk dengan kasar. Gempa pun membuka pintu dan ternampaklah Blaze berdiri di sebelah pintu itu.

"Tok Aba panggil kat bawah. Cepat." Arah Blaze,dingin lalu turun ke bawah. Gempa pun mengikuti Blaze.

Tok Aba berada di ruang tamu,bersama dengan kembar-kembarnya yang lain. Gempa diarahkan untuk duduk di hadapan Tok Aba.

"Gempa,mulai lusa,kau dan yang lain akan masuk ke sekolah menengah. Jadi,atok dah plan yang kau akan pergi dengan mereka,dengan syarat,kau tak payah nak rosakkan nama baik kami,faham?" Tanya Tok Aba. Gempa menganggukkan kepalanya.

"Esok,kau ikut kitorang beli barang sekolah dan ambik buku-buku sekolah." Arah Taufan.

"Baik,Taufan." Jawab Gempa sambil memberikan senyuman. Taufan membalas senyuman itu dengan muka yang paling serius.

Gempa pun naik ke atas semula dan sambung latihannya. Selepas sesi latihan,dia menyiapkan barang-barang sekolah yang ada seperti beg,pensel box dan alat tulis. Dia mengambil sehelai kertas dan menulis barang yang hendak dibelinya esok.

Selepas menulis barang yang hendak dibeli,dia berbaring diatas katil dan perhatikan rantai yang berada di lehernya.

Dia dapat merasakan sesuatu tenaga yang kuat tetapi tenang dari rantai itu. Disebabkan tidak mahu berfikir panjang,dia pun tidur sahaja.

-Mimpi Gempa-
Gempa berada di satu tempat yang sangat luas san berwarna putih terang. Dia melihat sekeliling,tapi dia tidak nampak apa-apa selain warna putih.

Dia berjalan ke hadapan dan berhenti apabila rantai di lehernya bercahaya. Lantai berwarna putih itu bertukar kepada warna hitam dan Gempa menjunam ke bawah.

Bawah....

Bawah.....

Bawah......

Ia seperti tiada akhiran. Seperti....void..

Tiba-tiba,dia berhenti menjunam ke bawah,dia melihat sekeliling. Satu-satunya sumber cahaya yang ada merupakan cahaya rantai itu.

Ayat-ayat latin tiba-tiba muncul di depan Gempa. Dia membaca setiap ayat dan terkejut dengan maksud ayat latin itu.

"ego tibi dabo potestatem a petrosa ira plenæ"

"I give you the power from the stone"

Sebelum dia berfikir apa-apa,dia terbang ke atas semula dengan laju dan itulah benda terakhir dia nampak di dalam mimpi itu

-Tamat Mimpi-

To be continue....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro