Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part Five

-Previously-

Tengah sedap berkaraoke secara perlahan,tiba-tiba ada ketukan di pintu. Gempa menghentikan aktivitinya dan membuka pintu.

Orang yang ada di hadapan pintu ialah......

-Presents-

Orang itu ialah Kapten Kaizo,tetapi dia tak pakai suit misi dia,Kapten Kaizo memakai baju T-shirt hitam dan seluar jeans biru gelap.

Gempa menjadi kelam kabut,adakah Tapops sudah mengetahui tentang fitnah ini?

"H-hai kapten,jemput m-masuk." Jemput Gempa. Kaizo mengangguk dan duduk di sofa berdekatan. Gempa pun duduk di hadapan Kaizo.

"K-kenapa kapten datang?" Tanya Gempa.

"Aku nak beritahu sesuatu." Balas Kaizo. Gempa menelan air liurnya.

"Tapops dah tahu tentang benda ni,dan hampir semua orang fikir yang kau bersalah kecuali Cattus dan power sfera yang lain." Sambung Kaizo.

"Kapten...masih percayakan saya ke?" Tanya Gempa sambil menundukkan kepala. Kaizo memengang pipi Gempa perlahan dan membuat Gempa pandang tepat-tepat di mata Kaizo.

"Kalau aku tak percayakan kau,aku takkan bagitahu benda ni.-" Kaizo menurunkan tangannya dari pipi Gempa,"Lagipun,aku tahu yang kau takkan buat benda macam ni." Sambung Kaizo lagi.

Gempa sangat terharu,dia menangis di situ. Kaizo memeluk Gempa dan Gempa menangis di dada Kaizo.

"Terima kasih sebab bagitau,kapten." Katanya kepada Kaizo. Kaizo memberikan senyuman kepada Gempa.

"Sama-sama. Dan jangan panggil aku kapten jika kita tidak pergi misi,Gem." Kata Kaizo kepada Gempa. Gempa hanya memberikan senyuman yang manis sebagai balasan.

Setelah beberapa minit,Gempa tertidur di dada Kaizo.

'Cute.' Fikir Kaizo apabila melihat wajah comel Gempa. Kaizo mengelap air mata Gempa dan mengangkat Gempa bridal style dan meletakkan Gempa di dalam biliknya.

(Kaizo dapat tahu tu bilik Gempa sebab setiap bilik Elemental ada symbol masing-masing dan yang ada pasangan kembar tu share bilik. Dia sorang je yang tak share bilik sebab tak ada pasangan kembar.)

Selepas meletakkan Gempa di atas katil,Kaizo meninggalkan rumah itu dan pergi semula ke rumah banglo Fang.

"Abang pergi mana tadi?" Tanya Fang apabila Kaizo tiba di rumah.

"Jalan-jalan." Balas Kaizo pendek. Fang mengangguk lalu sambung membuat kerja sekolahnya.

Kaizo naik ke tingkat atas dan pergi ke biliknya. Setelah mengunci pintu biliknya,Kaizo pun duduk di atas katinya.

Mindanya fikirkan tentang Gempa. Dia memang suka Boboiboy dari dulu,tapi bila Boboiboy berpecah,perasaannya hanya ada untuk Gempa.

Dia juga terfikirkan fitnah ini. Dia sangat-sangat pasti yang Gempa takkan buat macam tu. Gempa,mengkhianat kawan-kawannya? Tak masuk akal.

Kuasa Gempa keluar apabila sifat persahabatan dan sifat untuk memperlindungkan orang yang Gempa sayang ada. Jika dia tidak ada sifat tu,memang takdeklah kuasa Gempa yang sekarang ni.

Kaizo mengeluh,manusia memang tak boleh fikir ke?

'Manusia,nak buat macam mana?' Fikir Kaizo.

To be continue....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro