Part Eight
(Lagu di atas tiada mengena pun dengan chapter ni. Mungkin ada sikit tapi salah satu sebab author letak lagu ni sebab author tengah dengar lagu ni sambil tulis chapter hari ini)
Gempa dan Kaizo tengah berjalan-jalan di bandar Pulau Rintis selepas sahaja Gempa habis memeriksa matanya.
Mereka tengah berbual tentang lagu kegemaran masing-masing. Gempa pun baru tahu yang Kaizo pun suka lagu Billie Eilish. Kaizo pun baru tahu yang Gempa pun suka lagu Billie Eilish,Alec Benjamin dan Christina Perri.
Sekarang,mereka ada di taman yang terbiar. Gempa pun membuka hoodnya dan meletakkan topinya di bangku bersebelahannya.
"Kau pandai menyanyi atau bermain alat muzik?" Tanya Kaizo.
"Dulu saya pernah terjumpa violin ayah saya,lepastu saya pun belajarlah online cara nak bermain violin. Ice ada piano/keyboard kat rumah dan dia pandai main piano tu. Saya pun ada beli flute guna duit sendiri dan saya dah practice banyak kali. Selalunya saya akan practice kat sinilah." Balas Gempa dengan panjang lebarnya.
Kaizo kagum,dalam masa lima,hampir enam,bulan,Gempa lah yang paling banyak berubah. Dulu,Boboiboy langsung tak boleh nak bermain alatan muzik,tapi sekarang,Gempa lah yang mengubah dirinya jadi orang yang lebih baik.
Kaizo tersenyum kearah Gempa,pipi Gempa menjadi hangat dan merah. Kaizo smirk apabila dia nampak pipi Gempa sudah berubah ke warna merah.
"Nanti esok,kau bawaklah alat muzik kau tu. Aku nak dengar." Cadang Kaizo.
"Baiklah." Balas Gempa,"Saya kena balik dulu,jumpa lagi,Kai." Sambung Gempa. 'Kai' merupakan nama gelaran yang diberikan untuk Kaizo oleh Gempa. Kaizo tersenyum ketika mendengar nama panggilan tersebut.
"Selamat tinggal,Gem." Kata Kaizo. Gempa pun meninggalkan taman itu. Kaizo melihat sekeliling taman itu.
(Gambar ada di atas)
Taman tu memang cantik,tapi orang lain tak pernah jumpa taman ni. Orang terakhir yang dapat masuk sini telah mengatakan yang:-
"Sesiapa sahaja masuk ke satu taman rahsia,akan mendapat keberkatan. Juga,sesiapa yang masuk ke taman rahsia tersebut,mereka tidak boleh mengatakan lokasi taman itu."
Dan taman rahsia itu memang wujud. Orang itu tidak menyatakan apa keberkatan yang diberi,tapi Kaizo mengesyaki yang kepandaian dan cepat menerima ilmu merupakan salah satu keberkatan.
Orang tua itu juga pernah bercakap:-
"Kepada orang yang telah dikhianati oleh keluarganya,kawan-kawannya dan masyarakat akan mendapat permata lagenda di dunia kita. Permata gabungan Moonstone,Amethyst dan Sapphire. Dinamakan Permata Aurora. Permata ini akan datangnya dengan sendiri apabila menemui tuannya."
"Lagenda mengatakan bahawa Permata Aurora merupakan permata yang memilih tuannya apabila seseorang dikhianati dan disangka buruk oleh hampir setiap manusia. Kepada mereka yang mendapat permata ini,mereka akan dikurniakan kuasa-kuasa yang hebat."
"Yang pertama,fasih dalam kesemua bahasa. Yang kedua,kuasa melijat orang mati dan aura manusia. Yang ketiga,Kuasa berkaitan dengan minda. Dan yang terakhir,kuasa Crystal campuran daripada Moonstone,Amethyst dan Sapphire."
Kaizo berfikir yang Gempa bermungkinan akan mendapat permata ini.
Kaizo pun meninggalkan taman itu. Apa yang dia tidak perasan,sesuatu cahaya berjalan ikutnya lalu pergi ke arah yang bertentangan dengan Kaizo.
To be continue.....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro