Part 18
Selepas habis persekolahan,Gempa, Blaze dan Ice kini berada di taman rahsia. Semalam,Gempa telah pun menunjukkan mereka taman rahsia itu.
Blaze sedang menendang batu-batu kecil berdekatan dengan pondok berehat di taman rahsia tersebut.
Ice? Macam biasa,tidur sambil membuat salji haiwan kegemarannya,pola bear dan paus sebagai tilam.
Gempa duduk di bangku yang telah disediakan sambil melukis sesuatu.
"Gempa,kau pasti kau taknak jumpa doktor mata? Kau cakap mata kau sakitkan?" Tanya Blaze.
Gempa telah memberitahu tentang matanya semalam,dan Blaze menangis selama 5 minit tak henti-henti sehingga Ice memujuknya.
"Tak mengapalah. Kalau mata kiri aku dah betul-betul tidak boleh digunakan,baru aku akan jumpa doktor." Blaze hanya mengeluh dengan sifat degil Gempa.
Blaze memang tak suka apabila Gempa tak beritahu yang dia sakit. Blaze tengok je macam hyper dan hanya kisahkan Ice,tetapi percayalah,dia sayang dan kisahkan kembarnya yang lain.
"Gempa,please,jumpa jelah dengan doktor." Pujuk Blaze. Gempa memberikan senyuman manisnya kepada Blaze.
"Kau terlalu risaukan akulah,Blaze. Aku akan okay jelah!" Blaze tidak percaya dengan kata-kata Gempa tetapi nak buat macam mana? Bertabah jelah.
"Blaze,aku akan suruh Reverse Gempa untuk yakinkan Gempa untuk jumpa dengan doktor. Kalau boleh,aku akan suruh Reverse Gempa untuk kawal Gempa." Kata satu sura di dalam minda Blaze.
Itu ialah Reverse Blaze. Seperti Reverse yang lain,dia memiliki rambut putih,beberapa helai rambut coklat dan mata merah darah.
Baju yang dipakai sangat berlainan dengab Blaze. Reverse Blaze memakai baju putih dan sedikit jingga berlengan panjang. Seluar hitam cair,kasut hitam dan jingga pekat,topinya digantikan dengan headphone dan memakai sarung tangan tanpa jari.
"Tak perlulah sampai nak kawal Gempa,bijak. Pujuk jelah." Blaze membantah idea alter egonya itu.
Reverse Blaze tidak membalas bantahan Blaze.
"Haish,alter ego kita ni memang takkan balas balik ke selepas kita membantah idea diorang?" Tanya Blaze kepada diri sendiri.
"Blaze,kejutkan Ice. Reverse Gempa suruh kita jumpa dengan doktor. Aku dah malas dengar dia merungut." Ajak Gempa. Mukanya jelas kelihatan ekspresi menyampah.
Reverse Gempa bersorak di dalam minda Gempa,siap menari-nari lagi.
Blaze mengejutkan Ice dari tidurnya. Selepas mereka semua sudah mengemas barang,mereka pun berjalan ke hospital mata.
Setelah tiba di depan hospital tersebut,mereka menyarungkan hoodie mereka. (Mereka sentiasa membawa hoodie hitam,dan,mereka telah menukar baju di taman rahsia tu)
"Maaf,Doktor Hariz ada di sini?" Tanya Gempa kepada jururawat yang berada di kaunter.
"Ada. Bilik Doktor Hariz yang paling hujung,sebelah tandas." Balas jururawat tersebut.
"Terima kasih kak jururawat." Kata Gempa. Mereka bertiga pun pergi ke bilik yang dicakapkan.
Blaze mengetuk pintu tersebut. Selepas mendengar perkataan 'masuk',mereka bertiga memasuki bilik itu.
"Ahh,Gempa. Kamu bawa kembar kamu? Mereka sudah tahu ke?" Tanya Doktor Hariz.
"Kami sudah tahu. Thorn pun sudah. Yang belum tu Halilintar,Taufan ngan Solar." Balas Ice walaupun itu bukan soalan untuk dia.
"Oh. Gempa,kamu ada apa-apa masalah ke?" Gempa menganggukkan kepalanya sedikit.
"Doktor,mata kiri saya sudah semakin kabur. Apa maksudnya ini?" Doktor Hariz menyuruh Gempa untuk duduk di kerusi khas. Blaze dan Ice duduk di tempat duduk tetamu.
-SKIP TIME,DI RUMAH-
Gempa sedang membaca lirik lagu yang perlu dinyanyikan oleh mereka 2 minggu lagi.
Lagu tersebut bertemakan lagu ala-ala rock dan merupakan opening bagi satu Anime kegemarannya.
Dia dapat memerhati yang aura Blaze berubah dalam masa dua hari. Aura yang dulu warna merah pekat dan memiliki sedikit hitam,berubah kepada merah cair.
Akan tetapi,aura Solar sudah semakin pekat,sama dengan Halilintar. Taufan? Ada masa yang aura dia akan jadi cair lepastu pekat balik.
"Berita buruk,Gempa. Reverse Halilintar dah semakin lemah." Reverse Gempa memberitahunya.
"Macam mana dengan Reverse Taufan?" Tanya Gempa.
"Reverse Taufan pun semakin lemah. Tetapi masih lagi berjuang. Reverse Solar sedaya upaya membuat Minda Solar mengingati kau semula,tetapi masih tak berhasil." Balas Reverse Gempa. Gempa membuat muka pelik.
"Lupa aku? Tapi,tadi dia ingat je aku." Reverse Gempa membuat muka cemas. Dengan segera,dia meneleportkan Gempa ke dalam minda Gempa. Badan Gempa seperti tertidur di atas katil.
-Minda Gempa-
(P/S:
"Gempa"-Gempa yang bercakap.
"Gempa"-Reverse Gempa yang bercakap
Gempa-Jalan cerita)
"Kenapa kau bawa aku ke sini,Rev?" Tanya Gempa. Tiba-tiba dibawa masuk ke minda kau disebabkan alter ego kau,siapa je yang tak terkejut?
"Kau kan tanya soalan tadi. Sebab itu aku panggil kau supaya aku boleh jawab." Balas si Reverse Gempa. Gempa menganggukkan kepalanya.
"Ya,dia memang ingat kau,tapi, Minda Solar atau kami memanggilnya RealSelf,-Real Solar- telah terperangkap,manakala dia mengawal Solar. Real Solar telah melupai kau,dan sebab itu Reverse Solar sedaya upaya cuba membuat Real Solar mengingati kau semula." Terang Reverse Gempa.
"Sekarang,Real Halilintar turut hilang memorinya sedikit demi sedikit tentang kau. Reverse Halilintar semakin lemah dan tak bermaya." Sambung Reverse Gempa.
Sebelum sempat Gempa menanyakan soalan,Gempa telah sedar dari 'tidurnya'.
-Tamat perbualan-
Gempa bangun dari katilnya. Dia melihat sekeliling. Matanya masih sakit.
Dia ingat apa yang Doktor Hariz memberitahunya tadi.
"Gempa,mata kiri kamu dah semakin hilang daya melihat,dan tak lama lagi,mata kiri kamu akan hilang daya melihat. Bila? Saya anggarkan esok atau lusa. Tapi,saya ini bukanlah Tuhan yang Maha Esa. Allah yang menentukan,bukan manusia."
Tanpa disedari,air mata menitis dari mata Gempa. Siapa je yang tak sedih apabila mata korang bakal buta?
Gempa mengelap air matanya lalu duduk di kerusi meja belajarnya. Dia melihat aplikasi whatapps di fonnya.
Blaze telah pun membuat group baru.
BlazyFire had make a new group
'Penyokong MamaGem!'
Gempa menekan ikon baru itu.
BlazyFire had added you-TheEarthMama
BlazyFire had added IcethePolaBear
BlazyFire had added CinnamonThorny
BlazeFire had added TheEnergyKaizo
BlazyFire had added ZahariMusicTeacher
BlazyFire had added DoctorHarizEyeSpeacialist
TheEnergyKaizo:Kenapa add kan aku?
ZahariMusicTeacher:Haah,Blaze. Dgn cikgu lagi kamu letak.
DoctorHarizEyeSpeacialist:Saya pun?
BlazyFire:Senanglah kalau kita nak chat. Lagipun,bolehlah nak bincang siapa yang sanggup menfitnah Gempa!
IceThePolaBear:Betul jugak tu. Lagipun,kita boleh fikirkan cara untuk memperbaikkan nama Gempa.
CinnamonThorny:Betultu! Thorny setuju!
TheEarthMama:Ikut sukahati koranglah.
Gempa tersenyum sahaja. Keadaan akan bertambah baik dan pada amsa yang sama,bertambah buruk...
Hello readers sekalian! Author di sini! Harini,memang sepatutnya author ada interview MRSM,tapi ditangguhkan sebab author dari daerah Petaling dan pusat peperiksaan tu kat Bangi.:')
Tapi,nanti akan ditetapkan tarikh yang baru. Juga,terima kasih sebab doakan author dapat berjaya interview MRSM dan setia membaca buku ini.
Sebenarnya,author nak buat buku baru. Buku anime yang diinspirasi daripada Boku No Hero Academia/My Hero Academia.
Tapi,buku tu bukanlah fanfic. Hanya,author terdapat idea daripada anime yang dicakapkan.
Author dah fikirkan sinopsis,tapi tak pasti nak buat atau tidak. Berikut adalah sinopsis buku tersebut! (Buku tersebut dalam bahasa melayu)
Tajuk:-Belum pasti lagi-
Watak Utama:Hibino Keizia dan Hibino Kaito(buat masa ni)
Sinopsis:
Dunia yang penuh dengan penjahat dan penyelamat,
Dilahirlan dengan kuasa dan ada yang tidak tetapi masih mahu mempertahankan dunia,
Dilahirkan dengan kemampuan dan ada yang tidak.
Ini merupakan kisah tentang dua orang kembar tak seiras dalam dunia ini,Keizia dan Kaito.
Mereka berdua terpilih untuk memasuki Hero Academy,mendapat kawan baru dan 'lawan'.
Pada masa yang sama,mereka berdua perlu merahsiakan rahsia terbesar mereka.
"Apa maksud semua ini?!"
"Kenapa!?"
Rahsia yang lama disimpan telah terbongkar,
Kawan menjadi lawan,
Lawan kekal menjadi lawan,
Dikhianati,
Tetapi,
Masih menyayangi.
Bacalah buku ini untuk mengetahui kisah mereka!
Ni merupakan sinopsis yang paling author berasa bangga😍😍.
Apa pendapat readers?
Assalamualaikum,dan tata! Author Out!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro