Part 17
-Keesokan harinya,Khamis,Sekolah Menengah Pulau Rintis,2:00pm -
Gempa,Ice dan Blaze berada di dalam bilik muzik. Sementara Cikgu Zahari membeli air di kantin,Gempa memarahi Ice dan Blaze. Kenapa? Meh author flasbhack sikit.
(Amaran:Terdapat bahasa kesat di bawah,sila jangan membaca jika kamu tidak suka,terima kasih*cakap macam komputer kat mall*)
-Flashback,7:15am,Kelas 3 Amanah-
Gempa kini sedang menulis diarinya apabila Halilintar datang ke meja dia.
"Woi,kau jangan nak cederakan adik-adik aku. Blaze dan Ice,duduk jauh-jauh daripada dia." Arah Halilintar apabila melihat Blaze dan Ice.
Blaze menggumpalkan tangannya. Dia dah bertaubat,dan dia janji untuk sentiasa ada untuk kembar-kembarnya. Tetapi,Halilintar dah melampau.
"Mentang-mentang kau abang sulung,kau boleh arah kitorang?" Blaze berjalan ke hadapan dan berhenti di hadapan Halilintar.
"Blaze,jangan!" Teriak Ice. Halilintar mendengus geram.
"Ahli sihir mana yang menyihir kau,Blaze? Sebelum ni,apabila aku arah kau jangan layan si budak tu,kau ikut. Sekarang?" Halilintar meragut(?) kolar baju seragam sekolah Blaze. Gempa cuba untuk meleraikan pergaduhan itu tetapi tidak berhasil.
Pelajar lain dah ada yang memegang popcorn,ada yang entah dari mana dapat air pepsi. Solar sudah menutup telinga Thorn. Taknak bagi cinnamon roll kita tercemar dengan bahasa yang tidak elok.
"Suka hati akulah! Yang kau nak marah aku ni kenapa?!" Blaze sedaya upaya melepaskan genggaman Halilintar dari baju sekolahnya.
"Kau nak sokong pengkhianat tu,ke b#d##?! Aku penat-penat jaga kau,tahu tak!" Jerit Halilintar. Blaze hanya snyum sinis.
"Kau,jaga aku? Heh,memang taklah. Dari dulu lagi Gempa yang jaga aku,bukan kau! Si#l!!" Blaze mencarut apabila Halilintar memijak kaki Blaze dengan kuat.
"Woi! Jangan cederakan abang kembar aku,ba#i!!" Jerit Ice. Ice pun dengan kuatnya menarik tangan Halilintar supaya dapat melepaskan genggaman dari baju Blaze.
"Kau pun nak sokong si pengkhianat tu ke,Ice!?" Teriak Taufan yang dari tadi melihat pergaduhan mereka.
"Ya,kami berdua memang sokong Gempa,s##an! Puas dah!?!" Jeritan Ice sangat kuat.
"Aku tak puas lagi,ba#i! Kenapa korang sokong si jahannam tu hah?!" Halilintar pula meninggikan suara. Terdapat beberapa pancaran kilat merah dari badannya.
"Kau tu hah yang jahannam tahap gaban!!" Blaze pula bersuara apabila Halilintar mula berjalan ke arah Ice.
Asap api mula keluar dari Blaze manakala beberapa ceracak ais kecil muncul di sekeliling Ice. Halilintar mengeluarkan percikan-percikan kilat merah dari badannya.
Pintu depan dan belakang kelas itu tertutup dan membeku akibat kuasa Ice. Tingkap-tingkap turut tertutup dan membeku. Pelajar-pelajar sudah mula panik. Keadaan di dalam bilik itu sejuk dan panas pada masa yang sama.
"SUDAH KAMU BERTIGA!!" Jerit Gempa,membuatkan pergaduhan Halilintar,Blaze dan Ice terganggu.
Kawasan-kawasan yang membeku telah pun menjadi seperti biasa. Terdapat beberapa orang guru dan kebanyakan pelajar di luar kelas mereka.
Kaizo,Cikgu Papa dan pengetua(hah,ambik kau! Sampai pengetua author masukkan!) memasuki kelas tersebut.
"Halilintar,Ice dan Blaze,jumpa saya di bilik pengetua. Cikgu Kaizo,tolong jaga kelas ini dan Cikgu Papa,sila bawa pelajar-pelajar yang bukan dari kelas 3 Amanah untuk memasuki kelas masing-masing." Arah Puan Norlia,pengetua di sekolah tersebut.
"Baiklah,puan." Kaizo menganggukkan sedikit kepalanya lalu memasuki kelas 3 Amanah.
"Mari,wahai anak murid kebenaran! Murid yang bukan dari kelas 3 Amanah,sila masuk ke kelas masing-masing! Kalau tidak,esok akan ada exam matematik!" Murid-murid apa lagi? Lari macam nampak hantu lah jadinya.
-End Flashback-
"Korang ni,nanti diorang pun akan benci kau,tahu tak! Nasiblah Thorn tu kena tutup telinga,kalau tak,memang hilang innocent dia nanti!" Gempa memarahi mereka.
"Baik mamaGem. Kitorang dah tak buat dah." Kata Ice.
"Blaze?"
"Ye,aku pun dah tak buat macam tu. Tapi biarlah diorang tahu yang kita sokong kau!" Gempa hanya mengeluh kecil melihat karenah Blaze.
Reverse Gempa yang berada di dalam mindanya tergelak kecil.
"Yelah. Oh,tu Cikgu Zahari!" Mereka bertiga terus berdiri di atas pentas. Cikgu Zahari pun masuk ke dalam bilik Muzik,menutup dan mengunci pinty lalu duduk di kerusi di hadapan mereka bertiga.
"Harini,cikgu nak kamu bertiga berlatih satu lagu ni. Dua minggu yang akan datang,beberapa orang tinggi Jepun akan datang jadi,pihak sekolah nak kamu bertiga menyanyikan lagu jepun,boleh?"
"Boleh cikgu!" Balas mereka.
"Lagu apa,cikgu?" Tanya Gempa. Cikgu Zahari mengeluarkan fon dari poket dan membuka aplikasi Youtube.
Cikgu Zahari menunjukkan satu lagu Jepun kepada mereka. Mereka mendengar dengan tekun sekali.
"Best giler lagu dia!" Kata Blaze.
"Gempa akan nyanyi. Blaze main drum dan aku main gitar." Cadang Ice.
"Terbaik!"
(Chapter harini pendek,tapi tak mengapa kan? Readers?)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro