BAB 8
(Warning: silakan hati - hati membaca kerana ada topik serta adegan 18+ yang mungkin tidak ramai dapat membaca cerita ini
Jika tidak suka silakan keluar dengan secara hormatnya. Maaf kerana cerita ini mengandungi adegan 18+
Maaf kerana membuat cerita ini tidak selesa sesetengah dari para pembaca yang lemah hati dan lemah iman. Yang berumur bawah 18 keatas keluar ya, saya tahu anda masih di sini keluar sekarang.
Btw jangan lupa vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)
-------------------------------------------------------------------
Pada Tahun 2035
Sepasang mata coklat gelap itu menatap refleksi dirinya di cermin yang saiznya luas dan panjang itu. Tangannya bergerak lincah membutangkan kemeja lengan panjang berwarna putih yang tersarung di badannya.
Wajahnya terukir senyuman yang sangat besar kerana hari ini ialah hari spesial untuknya. Seusai dengan membutangkan semua butang kemejanya dia pun beralih ke tali leher warna hitam yang tergeletak di atas meja.
Saat tangannya ingin menggapai tali leher hitam itu. Dia pun berfikir seketika. 'Hm cara mengorat wanita mesti mereka tergoda dengan lelaki yang tak tertutup dada. Ok jadi aku harus buka sikit butang supaya dada aku terlihat.' Fikir oliver.
Alhasil dia tidak jadi memakai tali leher hitam itu. Dia pun mengenakan kot hitam dan membiarkan sahaja di buka sama dengan tiga butang yang menampakkan dadanya.
(Sumber: pinterest)
"Oz, sediakan jam tangan." Perintahnya. Saat dia perintah robot kecil di bawah kaki lelaki itu mengangguk dan mengubah dirinya menjadi meja yang di penuhi dengan jam miliknya. Lelaki itu mula bersenandung ria memilih jamnya.
(Sumber dari pinterest)
Lelaki itu teruskan melihat koleksi jamnya. Sedar ia berasa semua jam yang di tunjukkan murah (𝑝⃪𝑎⃪𝑑⃪𝑎⃪ℎ⃪𝑎⃪𝑙⃪ 𝑠⃪𝑒⃪𝑚⃪𝑢⃪𝑎⃪ 𝑚⃪𝑎⃪ℎ⃪𝑎⃪𝑙⃪ ) itu dia pun akhirnya jumpa jam yang selalu dia pakai itu. Jam yang menambat hatinya selalu selain wanita.
(Sumber dari pinterest)
Rolex Datejust 41mm 126333 half golden yang akhirnya dia pilih. Dia pun lilitkan jam itu ke pergelangan tangan kanannya. 'Barulah nampak kacak.' Puji lelaki itu dengan diri sendiri dalam kepalanya.
"Oz tukar ke koleksi jam tangan ke koleksi perfum." Perintah lelaki itu lagi. Robot itu mengikuti perintah lelaki itu dan menukarkan dirinya menjadi menjadi meja dengan koleksi - koleksi perfum mahal di depan lelaki itu.
Lelaki itu pun mula mencari perfum yang ingin dia pakai untuk menarik para wanita malam ini. Dia pun tertarik dengan satu perfum yang baru saja dia beli kemarin. Dia pun ingin mencuba perfum itu.
Dia pun semburkan minyak wangi itu ke lehernya, pergelangan tangan dan seluruh badannya. Saat lelaki itu puas dengan penampilannya dia pun memerintahkan robot tersebut mengemas biliknya yang berselerak.
Saat dia keluar bilik dia nampak ayahnya yang sedang menunggu untuk membicarakan sesuatu. "Kenapa lambat sangat ni oliver-" ucap tuan reinard saat dia memusingkan badannya untuk melihat anak lelaki satu satunya.
Matanya terbeliak saat melihat gaya oliver dengan bau minyak wangi yang kuat itu menusuk hidung tuan reinard membuat dadanya sesak dan pening kepala apalagi melihat perangai oliver. "Oliver! sepatutnya kamu pakai tali leher, ini hari ulang tahun kamu jadi tolong ambil serius sikit oliver!"
Oliver dimarahi hanya menampilkan senyum tak berdosa. "Aduh daddy ni, biarlah oliver nak pakai apa pun kan, lagipun oliver nak bersenang - senang dengan perempuan hari ni." Katanya sambil tersengih menampilkan giginya yang rapi dan putih itu.
"Kan daddy dah cakap, kita harus fokus dengan misi kita bukan kamu bersenang - senang dengan para wanita sini oliver." Tegas tuan reinard berkata namun oliver hanya buat tidak tahu saja. "Peduli apa oliver daddy, lagipun hari ni hari ulang tahun oliver kan?" Balas balik oliver membuat kepala tuan reinard makin pening.
"Argh! Terpulang kamulah oliver yang penting kamu fokus dengan misi kamu faham?" tuan reinard sekali lagi mengingatkan oliver tentang misi mereka. "Relax daddy, i know what im doing." Oliver mengedipkan sebelah matanya dan berlalu pergi membuat tuan reinard mendengus geram.
"Your son is interesting." Tiba - tiba suara lelaki di belakangnya membuat tuan reinard terperanjat dia buatnya. Dia pun memusingkan badannya ke belakang. "Kau jangan buat aku sakit jantung boleh tak?" tanya tuan reinard pada lelaki itu. Lelaki itu hanya memutarkan bola matanya malas.
"Kau yang tak perasaan aku dekat sini." Ucap lelaki itu. "Diamlah rizky." Ucap tuan reinard yang terlanjur bengang dengan sikap rizky. Rizky tidak menghiraukan itu dan dia pun melihat orang - orang yang berada di bawah itu. "Jadi... Kau yakin rancangan kita berjaya?" tanya tuan reinard ragu - ragu.
"Kau ragu dengan aku?" bukan menjawab namun rizky menanyakan tuan reinard kembali. "Bukan begitu, tapi kita tidak tahu gerak geri musuh." Rizky memandang tuan reinard yang nampak gelisah. Dia tahu tuan reinard takut kalau ada yang terjadi dengan oliver. Nampak gaya oliver pun seperti tidak ingin menjalankan misinya.
"Kau tidak perlu risau reinard, kau lupa kita ini siapa? Organisasi R. Organisasi yang terpengaruh sedunia. Orang lain memerlukan teknologi dan perkhidmatan kita. Kau tak perlu risau kalau soal rancangan kita gagal. Kita ada back up yang lebih ramai dari mereka ada."
Ucap rizky dengan nada tenang. Mencuba untuk tenangkan sahabatnya itu. Tuan reinard pun menghela nafas lagi. Ya juga apa yang perlu di takutkan kan? Tuan reinard menganggukkan kepalanya. "Pandai juga kau berkata - kata eh?" gurau tuan reinard.
"Bukan apa tapi kita lebih hebat dari mereka," Rizky jeda seketika lalu menatap tajam ke pada orang yang sudah banyak berkerumunan untuk sambut hari jadi oliver. Dia melihat teliti setiap orang dahulu lalu berkata...
"Jasina celeste tu bukan lah apa - apa pun di bandingkan kita."
-------------------------------------------------------------------
Oliver tersenyum ke semua orang lagi - lagi dengan para wanita. Banyak wanita yang cair bahkan yang sudah bersuami. 'Hari ni aku nak mangsa macam mana ya?' batin oliver dengan matanya yang meliar ke seluruh tempat. Saat mata oliver tertuju pada wanita yang dia ingin jadikan target tiba - tiba acara ulang tahunnya di mulakan.
Oliver pun memutarkan bola matanya. 'Cis! daddy ni orang baru nak target wanita tu, buat macam manalah oliver kau harus jalankan misi kau.' Oliver pun menutupkan niatnya untuk dekat ke wanita itu. Saat tuan reinard berucap dan menyuruh oliver potong kek.
Semua pun menyanyi dan memberi hadiah seperti pada umumnya. Selepas itu mereka pun menuju ke belakang tempat di mana klub malam berada. Jadi di luar sahaja nampak seperti parti orang kaya tapi di dalamnya ialah tempat di mana haram itu berada.
Disinilah business haram itu di jalankan. Bagi para korporat mesti mereka terbiasa akan hal ini. Bersetuju dengan kerjasama mereka dan ada syaratnya. Jual beli pelacur, jual beli dadah, berjudi, minum arak, senjata terlarang dan juga info - info penting yang di simpan rapat.
Oliver pun mula mencari mangsa sementara tuan reinard memeriksa tetamu yang baginya agak mencurigakan. Rizky yang dari tadi memerhatikan bertanya pada reinard. "Ada tetamu yang mencurigakan?" Reinard mengelengkan kepalanya.
"Tidak ada. Aku sudah suruh penggodam kita periksa tapi tidak ada yang curiga sama sekali." Reinard dan rizky hanya diam sebelum membuat rancangan seterusnya. Mereka pastikan membuat semua tetamu tidak pulang dan tidur mabuk - mabuk di sini, kerana tempat ini sudah mereka ketatkan pengamanan.
Di sisi lain oliver masih belum jumpa mangsa yang dia inginkan kerana dia sudah mencuba semua wanita. Jadi dia perlu cari wanita yang betul - betul menarik perhatiannya. Dia pun duduk di kerusi klub itu. Dentuman lagu yang kuat, para tetamu yang menari, ada yang berasmara di sana, dan bermain judi.
Tapi tiba - tiba ada yang menarik perhatiannya. Seorang wanita berambut blonde dengan mata biru yang pandang kiri dan kanan. Seolah - olah dia sedang mencari sesuatu. Dia terlihat perempuan itu nampak gelisah membuat dia tersenyum sinis.
'Nampaknya aku telah jumpa mangsa aku malam ni...' Fikir oliver. Dia pun berdiri dari tempat di mana dia duduk tadi dan berjalan ke arah wanita yang berjalan hulur ke hilir itu. Langkahnya semakin dekat dengan wanita itu. Dia pun menepuk bahu wanita itu dengan perlahan. "Helo cik, kenapa anda nampak gelisah?" tanya oliver pada wanita itu.
Wanita sedikit terperanjat dan memusingkan tubuhnya ke empunya suara tadi. Saat saja dia lihat oliver matanya terbeliak seketika kerana ketampanan oliver. Oliver pun tersenyum bangga kerana dia memang kacak pun. 'Macam mana? Tampan kan?' Fikir oliver.
"Maafkan saya, tadi saya sesat sebab kawan saya hilang entah kemana." Akhirnya wanita itu bersuara membuat detak jantung oliver berdegup dengan laju. "Oh iyakah? mungkin kawan awak telah bersenang - senang ke VIP, apa kata kita nikmati juga kan? Nama saya oliver reinard, awak?" tanya oliver pada wanita itu.
"Nama saya valentine stone." Wanita itu perkenalkan dirinya sebagai valentine stone. Mereka berdua berjalan bersebelahan. Oliver cuba untuk tenangkan valentine sambil mengajak untuk berbual. Maklumlah buaya berpengelaman dia pun akan mulakan aksi merayunya. Tanpa sedar dirinya sudah terperangkap.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro