Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6

(Warning: silakan hati - hati membaca kerana ada topik serta adegan 18+ yang mungkin tidak ramai dapat membaca cerita ini

Jika tidak suka silakan keluar dengan secara hormatnya. Maaf kerana cerita ini mengandungi adegan 18+

Maaf kerana membuat cerita ini tidak selesa sesetengah dari para pembaca yang lemah hati dan lemah iman. Yang berumur bawah 18 keatas keluar ya, saya tahu anda masih di sini keluar sekarang.

Btw jangan lupa vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

-------------------------------------------------------------------

Pada Tahun 2035

Tuan bahri hanya menundukkan kepalanya saat dia membagitau apa yang terjadi pada atasannya atau di kenali sebagai orang yang bersapakat padanya.

"Dasar lembab!" lelaki paruh baya yang hampir sama umur dengannya itu marah dan membuang semua kertas itu ke arah tuan bahri. Semua kertas itu berterbangan dan kini bersepah di lantai.

"Bagaiman kamu boleh tertipu hah!?" Lelaki itu menghentakkan kedua tangannya ke meja, menghasilkan bunyi yang kuat membuat tuan bahri tersentak kerana terkejut. "I-itu-" tuan bahri tergagap ingin memberi penjelasan.

"Itu apa!?" teriak lelaki tua itu murka. Lelaki tua berumur 60 lebih itu menarik nafasnya dalam - dalam barulah dia hembuskan nafasnya untuk tenangkan diri. Hari itu sejak rex, badrul, azar dan zafri tertangkap dan di bunuh oleh polis.

Entah kenapa rasanya dia sedang di perhatikan dan orang - orangnya di perjatuhkan satu persatu. Entah kenapa dia merasakan dia sedang dalam bahaya sekarang. Lelaki itu mengerutkan dahinya lalu melihat ke arah anak lelakinya sedari tadi diam melihat drama ayahnya marah pada tuan bahri itu.

Anaknya seronok melihat derita orang lain. "Ayah, kita harus dengar cerita tuan bahri dahulu. Ia nampak menarik jika kita dengar apa yang dia ingin cuba sampaikan kepada kita." katanya sambil tersenyum sinis.

Lelaki itu hanya memutarkan bola matanya bila mendengar anaknya berkata seperti itu. Tapi lelaki tua itu pertimbangkan lagi. "Baiklah." Katanya lalu melihat kembali ke arah tuan bahri. "Beritahu kami sekarang." Perintah lelaki itu dengan menekankan sedikit ayatnya.

Tuan bahri pun mencuba untuk menenangkan diri lalu memberi penjelasan. "Pada waktu sebelum rex, badrul, azar dan zafri di tangkap polis, ada seseorang mencuba memerangkap saya." Ucapnya dengan nada gelisah.

"Masa pesta saya yang naik daun kerana pertolongan tuan. Ada banyak orang yang bisnis syarikat tertinggi yang datang ke pesta-" perkataan tuan bahri di potong kerana lelaki di hadapannya tidak sabar mendengar intinya.

"Tolong terus ke isinya boleh tidak!? Saya mempunyai waktu yang suntuk!" Lelaki tua itu memotong penjelasan tuan bahri. "Ayah tolong dengarkan dulu." Anaknya sudah terbiasa melihat ayahnya marah tak bersebab jadi itu bukanlah apa - apa baginya.

"Baiklah, sambung!" Tekingnya buat tuan bahri menganggukkan kepalanya. "Yang datang ke pesta itu. Jadi saya pun tak mempersalahkannya. Tapi ada satu orang yang membuat saya tertarik. Saya cuba untuk berbual dan dia menawarkan saya untuk berkerjasama dengannya."

Lelaki tua dan anak lelaki satu - satunya itu mula tertarik dengan penjelasan tuan bahri. Siapa orang itu? Fikirnya. "Jadi dia yang menipu anda tuan bahri? Begitu?" Ucap lelaki tua itu sambil bermain misainya yang agak panjang.

"Iya tuan, orang itu menipu saya kerana tahu saya adalah orang yang tidak tahan dengan mata wang." Semestinya tuan bahri tertipu dengan wang. "Selepas seminggu dia bagi saya kontrak itu. Kontrak itu nampak asli dan saya tak baca habis kerana tak sabar untuk berkerjasama."

Tuan bahri jeda seketika lalu menghela nafasnya. "Dan.. Disitulah di mana saya berakhir disini." Lelaki tua itu tidak puas hati mendengarnya. "Tidak, ada satu lagi yang anda belum cerita. Orang yang menipu anda itu siapa?" Ucapnya.

"Itu.." Tuan bahri mengantungkan ayatnya membuat dua anak bapak itu rasa ingin tahu yang cukup tinggi. "Itu apalagi? Kenapa tidak boleh sebut nama mereka? Anda sebut nama mereka terus meninggal begitu?" Kata lelaki tua itu dengan tidak sabar. "B-bukan begitu juga tuan." Kata tuan bahri.

"Lalu?" Katanya. "Uhm.. Dia mungkin orang yang tuan kenal mungkin?" Katanya sambil menggarukkan kepalanya. Dari nada tuan bahri nadanya agak ragu - ragu. Siapa orang itu? Ada yang lebih berkuasa tinggikah darinya?

"Dia adalah..."

-------------------------------------------------------------------

Sraa..

Bunyi hujan membasahi tanah itu.

'Uwa uwa!'

dia melihat bayi itu menangis seiring dengan bunyi hujan yang turun dengan sangat deras.

Lelaki itu hanya menatap bayi yang menangis itu dengan. Di bungkus dengan kain batik berwarna coklat dan bercorak bunga itu.

Dia hanya menghembuskan asap rokok dari mulutnya itu. Tangannya erat memegang payung.

"Aku berjaya buat wanita itu meranah. Lelaki itu pula pergi ke syurga bersama wanita itu lalu anak ini...? di buang ke sini. Bodoh." Ucapnya dengan nada jengkel.

Lelaki itu mendekat ke arah bayi itu. Saat dia ingin mengacukan pistol ke arag bayi itu, bayi itu dengan peliknya berhenti menangis dan menatap lelaki itu dengan mata hitamnya yang bulat dan bersinar.

Niatnya berhenti saat melihat itu. Dia pun mengigit bibirnya. "Aku benci kau. Sampai kau besar sekalipun. Aku akan buat hidup kau meranah dan kau... pergilah ke alam yang sepatutnya kau berada."

Dia meletakkan kembali pistol itu di tali pinggangnya. Entah kenapa dia tidak ingin membunuh bayi itu. Dia benci bayi itu. Dialah yang membuat wanita itu meranah.

Dia berjaya buat apa yang dia inginkan lalu kenapa dia ingin ambil tahu lagi tentang bayi ini.

'Anak haram.' Dia membuang sisa rokoknya ke tanah dan pijak rokok itu agar apinya mati bersama perasaannya.

Dia pergi dari situ kerana takut emosinya akan berubah dan mengambil anak itu.

-------------------------------------------------------------------

Mimpi itu membuat sepasang mata lelaki yang tadi lena tidur terbuka luas.

'Siapa nama kau?'

'Hanya itu?'

'Budak seperti kau tak layak berada di sini'

'Nama aku-'

Ingatan itu terpotong seketika saat ada bunyi ketukan di pintu banyak kali membuat telinganya bingit seketika.

'Bising.' Batinnya sambil mengambil jubah tidur itu untuk menutupi badannya yang tak berbaju. Seusai ikat talinya, dia berdiri lalu berjalan ke arah pintu dan membuka pintu itu.

"Siapa pun itu tolong jangan ganggu ini masih pagi buta-" ucapnya terpotong saat lelaki yang ketuk pintu itu menjerit dengan nada yang agak nyaring.

"PAGI BUTA KEPALA KAU! NI TENGAH HARI BODOH!"

Sudahlah terobos masuk rumah orang, tak pasal - pasal dia dengar teriakkan nyaring macam itu.

"Aku fikir lepas mak aku meninggal tak ada lagi yang teriak macam tu. Senang hidup aku tapi aku rasa menyesal pula bersepakat dengan kau." Katanya dengan nada tenang tak peduli lelaki paruh baya di hadapannya ini berteriak macam orang gila itu.

Lelaki yang mengetuk pintu itu pun mengerutkan dahinya tak suka. Sementara pelayan di rumah itu hanya mengelengkan kepalanya saja.

"Maaf tuan, tapi tuan-" pelayan itu ingin menjelaskan tapi lelaki memakai jubah itu mengangkat tangan kanannya untuk memberi pelayan itu isyarat berhenti bercakap. Seolah - olah tahu tanpa mendengar penjelasan darinya.

Pelayan itu hanya menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi. "Pergh uncle. Gaya macam watak filem antagonist woh." Ucap lelaki muda di sebelah lelaki tua itu yang sedang menatap lelaki jubah ini dengan tatapan geram.

Lelaki pakai baju jubah itu hanya memutarkan bola matanya. Malas ingin menganggapi kawan anak baiknya itu.

"Ada apa yang kau ingin katakan reinard?" lelaki itu sebutkan namanya. Lelaki yang di panggil reinard menolak lelaki itu masuk diikuti oleh anak lelaki reinard.

"Rizky, ada yang ingin aku sampaikan." Tuan reinard jeda seketika kerana dia ragu - ragu ingin memberitahu hal ini kepada lelaki berjubah di hadapannya ini yang bernama rizky. "Ini tentang dia, aku dan oliver datang kemari kerana ingin memberitahu kau kalau..."

"Dia masih hidup dan... Dia datang kembali."

Mata rizky membulat. Apa!? Dia!? Tidak mungkin!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro