Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 4

(Warning: silakan hati - hati membaca kerana ada topik serta adegan 18+ yang mungkin tidak ramai dapat membaca cerita ini

Jika tidak suka silakan keluar dengan secara hormatnya. Maaf kerana cerita ini mengandungi adegan 18+

Maaf kerana membuat cerita ini tidak selesa sesetengah dari para pembaca yang lemah hati dan lemah iman. Yang berumur bawah 18 keatas keluar ya, saya tahu anda masih di sini keluar sekarang.

Btw jangan lupa vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

-------------------------------------------------------------------

Pada Tahun 2014

1 tahun telah berlalu dan aku masih ingat lagi tentang lelaki misteri itu. Sejak saat itu. Dia tidak pernah muncul lagi dalam hidup aku. Dia hanya muncul sekali sahaja. Membuat aku tertanya - tanya. Adakah dia tahu sesuatu?

Aku hanya berdiam diri. Umur ku sekarang 8 tahun. Saat semua kanak - kanak berumur sebegini, mereka sudah belajar di sekolah. Makan yang sedap - sedap. Dapat merasakan kasih sayang keluarga. Tapi aku? Aku hanya di sini saja.

Di seksa, di kurung, di caci maki, apalagi? Kecil - kecil aku sudah di ajar untuk mencuri, aku adalah budak yang tak tahu apa - apa. Aku sudah berakal seperti orang dewasa. Sangat tak masuk akal bukan? Hari ini, aku mengelap meja di dapur bersama pembantu rumah.

Aku melihat puan ròse datang bersama puan audrey. Mereka berdua memasuki ruang dapur sambil menatap aku dengan tatapan jijik, mengejek dan rendah kepada ku. Puan rose ialah istri kepada tuan lucifer. Mereka berdua mengambil minuman dan nampak satu sudu tak tercuci dekat singki.

Puan audrey pun mulakan batu apinya "aduh kak ròse ada pemalas tak cuci sudu" ucap puan audrey. Aku hanya mengelap meja dengan pembantu rumah. Badan pembantu itu tiba - tiba mengeras seperti batu. Dia takut apa - apa terjadi pada aku dan dia tak dapat membantu.

Lantas puan ròse menarik rambut ku. Ini bukan kali pertama aku di tarik rambut macam ni banyak kali. Sampai tercabut. Aku hanya diam sambil menahan rasa sakit yang amat pedih. Saat aku ingin mencuci satu sudu itu, yang aku tidak tahu kenapa boleh tertinggal. Perasan tadi aku sudah cuci semua.

Selesai cuci satu sudu puan ròse meletakkan cawan kat singki begitu juga dengan puan audrey. Puas mereka kerjakan aku. Saat mereka keluar dari dapur mereka langgar badan aku yang masih kecil ini dan belakang aku terlanggar meja. Pembantu rumah hanya menundukkan kepalanya.

Saat mereka benar - benar keluar dari dapur pembantu rumah itu memeluk aku "neng jasina nggak apa - apa kan?" Ucapnya aku hanya mengelengkan kepala. "Nggak apa - apa bibi divya" ucap aku. Bibi divya ialah pembantu rumah di sini.

Dia kerja di sini saat dia masih muda sebelum aku lahir katanya. Meskipun begitu dia tahu bagaimana perangai setiap orang di rumah ini. Dia suruh aku panggil dia bibi divya. Bibi divya merupakan orang indonesia. Lupakan itu mari kita lanjut.

Bibi divya adalah orang yang bantu aku secara diam - diam meskipun dia sebenarnya takut. Tapi dia tidak peduli. Dia tidak berani menolong aku depan - depan kerana takut di pecat.

Bukan setakat di pecat, mereka tidak boleh mencari kerja lain, dan boleh di saman, kenapa boleh begitu? Kerana keluarga ibu aku ialah kaya dan berpengaruh tinggi itulah yang aku dapat tangkap saat bibi divya bercerita.

Lalu kenapa aku masih di sini? Kenapa mereka ingin dera aku? Mereka boleh saja buang aku saat aku masih bayi kan? Aku harap mereka mempunyai sikap baik hati dan sedar akan semua kesalahan mereka dan perbuatan mereka.

-------------------------------------------------------------------

Pada Tahun 2017

Tapi aku salah.

Mata aku terbeliak saat aku memeluk hopey yang berdarah. Aku menangis dan memeluknya. Aku lihat tuan lucifer hanya memadang ku dengan tatapan kosong, dan tak berhati perut itu. Dia membersihkan tangannya yang kotor dengan darah hopey.

"Tuan.. Anjing ini tidak bersalah.." Badan aku yang kurus bergetar - getar ketakutan saat aku mencuba untuk bersuara. "Aku tahu itu... Tapi kaulah punca segala masalah tu." Mata aku terbeliak lagi. Aku lah punca segala masalah itu? Iyakah?

"Pelacur itu pun menolong kau selama ini buat aku geram dan ingin membunuhnya... Tapi tak apa sebab aku lebih memilih untuk siksa hidupnya" Tidak! Bibi divya! Air mata ku jatuh seperti air terjun.

"Aku telah bunuh anjing yang kononnya kawan kau dan aku telah pisahkan pelacur yang tolong kau secara diam - diam itu. Kau fikir aku bodoh?" Ucap tuan Lucifer lagi. "Mulai saat ini, kau akan aku ajar cara yang betul untuk hidup dekat sini."

Tuan Lucifer dan ahli keluarga yang lain masuk ke dalam rumah meninggalkan aku sendiri di luar. Aku menangis teresak - esak. Pedih, sakit, geram, benci dan segala rasa itu bercampur menjadi satu. Iaitu dendam.

Kenapa mereka sanggup melakukan ini kepada aku? Apa salah aku sebenarnya? Aku jijik sangat ke? aku memandang hopey yang berada dalam pelukkan aku sekarang ni. Hanya kepalanya saja yang aku peluk yang lain semua hancur termasuk ususnya.

Tergamak mereka lakukan begini pada aku. Hati aku berkecai. Aku hanya seorang budak yang ingin tumbuh dewasa yang haus akan kasih sayang. Apa yang susahnya? Aku ingin kasih sayang meskipun ia adalah palsu.

Aku tak peduli dengan bau busuk dari hopey itu. Aku masih hairan kenapa aku masih boleh hidup setelah di lakukan begini? aku melihat keatas. "Kenapa?" Ucap ku namun soalan semudah itu tidak ada satu pun yang menjawabnya seolah - olah jawapan itu ada pada aku sendiri.

Hujan deras yang turun membasahi badan aku yang kurus seperti lidi itu. Lemah dan tak berdaya. Aku hanya menangis tak peduli kalau aku sakit atau tidak. Dalam kepala aku sekarang ini, hanya berfikir macam - macam soalan. Segala memori pedih dan sakit itu. Bibi divya yang senyum hangat kepada aku.

Aku sudah menganggap bibi divya adalah orang yang sifat keibuan. Aku melihatnya seperti ibu aku sendiri. Meskipun bibi divya penakut dia tak segan menolong aku secara diam - diam walaupun tahu apa hukumannya.

Lalu hopey ialah anjing yang tak bersalah tapi mereka buat dia seperti ini. Dia hanyalah haiwan dan haiwan juga perlukan kasih sayang. Aku melihat kepala hopey itu. Matanya membulat sempurna. Darah yang keluar dari lehernya dan matanya membuat aku menangis tanpa henti.

Rasa sebak di dada dan aku rasa sesak nafas di buatnya. Aku teringat lagi saat bibi divya menyanyikan lagu itu. Dia pernah ajar aku dulu. Dia jugalah ajar aku ABC dan segala hal yang budak patut tahu. Aku tak tahu apa tajuknya tapi liriknya begini...

'You are my sunshine, My only sunshine
You make me happy, When skies are gray
You'll never know, dear How much I love you, Please don't take, My sunshine away'

'The other night, dear As I lay sleeping
I dreamed I held you In my arms When I awoke, dear I was mistaken So I hung my head and cried'

Meskipun aku tak faham bahasanya tapi entah kenapa aku rasa sangat sedih. Baiklah kalau ini yang mereka inginkan. Aku tidak peduli lagi. Aku melihat api dapur itu. Ada sesuatu yang bisik dekat telinga aku. Bahawa aku patut bakar rumah ini.

Aku harus tunggu sampai aku remaja dan saat itu akan bakar mereka dan aku akan bunuh diri setelah itu. Semakin mereka bahagia, semakin mereka terseksa kelak. Sampai mereka berada di bangunan yang tertinggi disitulah aku akan menolak mereka sampai mereka jatuh ke jurang dalam dan gelap tanpa penghujungnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro