Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

(Warning: silakan hati - hati membaca kerana ada topik serta adegan 18+ yang mungkin tidak ramai dapat membaca cerita ini

Jika tidak suka silakan keluar dengan secara hormatnya. Maaf kerana cerita ini mengandungi adegan 18+

Maaf kerana membuat cerita ini tidak selesa sesetengah dari para pembaca yang lemah hati dan lemah iman. Yang berumur bawah 18 keatas keluar ya, saya tahu anda masih di sini keluar sekarang.

Btw jangan lupa vote dan komen, selamat membaca! (ノ^_^)ノ)

-------------------------------------------------------------------

Pada Tahun 2013

'Prash!'

Aku lantas terbangun saat merasakan seluruh badan ku basah serta bau busuk dari air itu sangatlah menyengat ke hidung ku. Aku mengusap muka ku yang dibasahi dengan air kotor bercampur lumut.

Dan ada juga aku selalu nampak dalam buku yang aku curi, tentang haiwan - haiwan, dan sekarang ini yang melekat di badan aku ialah cacing dan aku terasa gelinya, aku melompat - lompat seperti orang gila yang membuat si pelaku itu ketawa.

Senang melihat penderitaan orang lain, dan aku hanya lompat dan mengusap seluruh tubuhku agar cacing itu jatuh ke semen lantai, hopey pula mengongong kepada pelaku itu. Si pelaku itu menendang anjing tersebut "diamlah! Bodoh punya anjing!" Ucapnya.

Aku melihat pelaku itu, wanita umur 30 ke atas, melihat aku dengan tatapan ejeknya itu, yang aku tahu di hadapan aku sekarang ini. Dia ialah salah satu kakak ipar mama ku, iaitu abang mama punya istri. "Makcik" ucap ku perlahan.

Wanita itu mengerutkan dahinya sambil menjulingkan matanya keatas "excuse me?" Katanya sambil menganyunkan kipas kertas itu ke wajah ku. "Ma'am audrey" ucapnya dengan uh.. Apa ya? Gedik? Gedik itu.

Macam mana aku boleh lupa? audrey bianca. Dia taknak panggil aku makcik sebab jijik dengan aku. Anak murahan, anak haram, anak luar nikah dan anak pelacur. Aku hanya menatap wanita ini, dia pun mulakan pandangan tak suka kepada ku, atas dan bawah di pandang.

Mulutnya bergerak mengunyah gula - gula getah itu dengan sengaja bunyi di kuat - kuatkan agar aku berasa rimas. "Tunggu apalagi? Cepatlah" dengan angkuh, dia mengangkat dagunya. Suruh aku panggil dia dengan perkataan yang dia selalu ingin aku sebut.

"Ma'am audrey." Ucap ku membuat dia tersenyum puas. "Bagus, bagus, barulah nampak gadis yang penurut." Dia ketawa sambil menutup mulutnya menggunakan kipas kertas itu. Entah kenapa aku rasa tak suka akan dirinya dan keluarga mama makin kuat.

"Ada apa ma'am audrey kejutkan sina?" Ucap ku dengan perlahan namun masih dapat di dengari olehnya. Bibir ma'am audrey tertarik ke atas, senyumannya membuat aku merasa tak sedap hati, aku memang tak rasa selamat pun dari dunia ini.

"Saja jer nak tengok anak emas kesayangan aunty ni" dia ketawa lagi, ketawanya bukan ikhlas dan aku tahu itu. Dia mengejekku, tak habis - habis nak sindir aku. Lepas saja dia ketawa dia berpusing dan berlalu pergi dari situ saja. Puas nampak dengan apa yang aku alami sekarang ini.

-------------------------------------------------------------------

(Note: Kerana ia terlalu brutal takut sesetengah pembaca trauma, tapi kalau ingin tahu juga apa yang jasina lalui, baca terus kerana seiring cerita flashback jasina akan makin lama makin terdedah ಥ_ಥ walaupun sudah di bagi warning masih tidak sanggup untuk menulis ini secara brutal maafkan author)

-------------------------------------------------------------------

satu minggu kemudian...

Aku sudah terkurung waktu yang lama hingga aku boleh di keluarkan kembali, banyak juga seksaan aku kena bagi, contohnya kena paksa makan makanan basi. Di tampar, di caci maki seperti biasa, di paksa minum air longkang.

Tekak aku terasa geli dan ingin muntah saat itu juga, aku rasa lemah dan tak berdaya, sangat kurus, penuh lebam dan luka, muka pucat lesi seperti mayat hidup. Rambut aku pula selalu di tarik dan di potong sembarangan jadinya pendek dan tak kemas.

Baju yang aku pakai pula hanyalah baju besar putih yang kotor, ini adalah baju terbuang dekat store ini, aku jumpa selepas pertama kali aku di kurung, aku tidak tahu apa pun itu. Dan aku menangis terus menerus. Aku pernah di kurung di kotak gelap yang kecil.

Hanya pas - pas di ukuran aku yang masa itu kecil, masa itu aku rasa sesak nafas, aku di kurung entah berapa lama sehingga aku tak sadarkan diri. Lalu aku di letakkan sahaja di depan kandang anjing. Di biarkan tak berdaya seorang diri.

Hari ini aku 'berkerja' di rumah agam itu, menolong pembantu rumah, pembantu rumah tahu pekara ini dan rasa kasihan pada diri ku. Mereka ingin membantu namun tak mampu kerana mereka takut. Mereka hanya menolong diam - diam saja.

Saat aku cuci lantai besar di ruang tamu itu menggunakan tuala kecil, aku melihat ada tetamu datang. Aku segera ke dapur, aku memang akan selalu begini kalau ada tetamu datang, kerana keluarga mama tidak ingin orang lain lihat aku.

Tapi malangnya tetamu itu nampak, dia seorang lelaki tinggi, kacak, nampak muda seperti umur 20 an gitu, memakai setelan jas. Aku hanya menyorok di balik dinding. Matanya tak lepas memandang aku. Entah kenapa aku rasa ada perasaan yang tidak menyedapkan hati.

"Oh tuan rizky" ucap pakcik atau mau mereka ingin aku panggil dia tuan lucifer. Ketua keluarga di sini. Dia baru sahaja memakai pakaian segak sambil menurun tangga. Lelaki yang di panggil rizki pun hanya mengangguk sambil masih memandang kearah aku yang masih menyorok.

Mukanya yang serius dan tenang tidak berubah riak wajahnya saat tuan lucifer mendekat kearahnya. Tuan lucifer tarik tuan rizky ke sofa dan mereka berbincang soal business. Saat matanya mengalih pada tuan lucifer aku pun terus berlari kecil ke arah pintu belakang dapur.

Entah berapa jam mereka di situ berbual, aku hanya duduk di luar sambil melihat langit, aku pun pergi ke arah bilik ku. Aku terjatuh kerana aku terburu - buru ingin membaca buku yang aku curi lagi hari ini. Saat aku ingin bangun...

Ada bayang - bayang besar di belakang ku dan aku melihatnya, aku pun pasrah siapa yang berada di belakang aku ini, aku memutar badan ku dan melihat lelaki itu, yang di panggil rizky tadi. Dia hanya menatap aku dengan sangat dalam, tajam dan sesuatu yang dia sembunyikan.

Namun mukanya sama sekali tidak bereaksi apa - apa, dia hanya memandang aku, dia pun tunduk untuk menyamakan tinggi aku yang masih pendek dan kecil ini. "Hati - hati" ucapnya. "Nama mu?" Tanya lelaki itu.

Aku pun ragu- ragu ingin menjawab kerana dia orang yang aku tak kenal namun aku menjawab juga. "jasina.." Ucap ku. Dia hanya mengangguk "hanya jasina?" Ucapnya aku hanya mengangguk aku tak tahu nama panjang aku apa.

Aku hanya tahu nama aku jasina saat aku tak sengaja nampak mykid ku di simpan oleh ma'am audrey saat dia lagi tergesa - gesa mencari kunci keretanya. Aku tak ingat nama penuh aku apa. Dia hanya diam seketika.

"Nama penuh?" Aku lantas menjawab "tak tahu" dia pun mengkerutkan dahinya heran tapi dia mengangguk saja. Dia pandang aku atas bawa lagi "budak seperti kau tak layak berada di sini" ucapnya lagi lalu dia pun berdiri. Entah kenapa aku rasa perkataannya ada maksud.

"Rizky abraham, itu nama penuh aku. ingat itu baik - baik." Dia pun membaguskan tali lehernya. Saat dia memusingkan badannya dan berjalan pergi dari sini. Entah kenapa aku rasa pertemuan aku dengannya memang disengajakan. Aku tidak tahu aku salah dengar atau apa tapi...

"Ingat sampai kau mati"

Itulah yang aku dengar darinya sebelum dia pergi. Saat itu aku tak jumpa lelaki misteri itu lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro