Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Soalan - soalan






Assalammualaikum dan selamat sejahtera, para pengguna Wattpad. Berikut merupakan soalan yang boleh dipilih untuk dijadikan cerita.

Arahan : Pilih SATU soalan sahaja.

SOALAN 1

Protagonis mengalami kemurungan kerana tekanan hidup dan cabaran disekelilingnya. Insan baru muncul menghulurkan tangan atas alasan simpati namun lama - kelamaan satu perasaan mula berputik.

- Apakah tindakan bakal kekasih / kekasih protagonis?

- Cerita mengandungi unsur penderaan diri secara mental atau fizikal.

Lokasi : Sekolah.*

Wajib masukkan kata - kata : " Demi Allah, aku ikhlas tolong kau. "

Genre : Teen fiction, Romance, Fanfiction.

Markah tambahan : Gunakan lokasi* yang diberikan.


SOALAN 2

Antagonis mempunyai satu kisah silam yang sangat pahit untuk ditelan. Suatu hari, kisah silamnya terbongkar gara - gara kecuaian sendiri. Orang - orang di sekelilingnya semakin membenci dan menjauhkan diri. Inilah kisah jatuh bangun seorang antagonis.

- Buktikan antagonis merupakan satu watak yang kuat dan berpengaruh dalam cerita tersebut.

- Bagaimana dia menghadapi masalah tersebut?

- Bagaimana rahsia tersebut terbongkar?

Genre : Chicklit, Fanfiction, Romance.

Markah tambahan : Pastikan antagonis dicaci dan dimaki seteruk - teruknya.

SOALAN 3

Sahabat baik watak utama tiba - tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita. Pelbagai desas - desus mula timbul dan perkara ini mungkin bersangkut paut dengan masalah lama mereka. Watak utama mengambil keputusan untuk mencari rakan baiknya itu walau apapun yang terjadi.

- Tunjukkan usaha - usaha watak utama untuk mencari sahabat baiknya
- Semakin mudah sahabat baiknya ditemui, semakin rendah markah yang bakal diperoleh.

Genre : Short story, Teen fiction.

Markah tambahan : Masukkan unsur kejutan dan situasi dimana watak utama hampir berputus asa.


SOALAN 4

Seekor kucing telah dilanggar oleh protagonis. Atas dasar kasihan dan simpati, protagonis membuat keputusan untuk merawat dan membela kucing berbaka Munchkin tersebut. Kebahagiaan pun menjelma namun hanya sementara. Kucing yang dijaga kononnya merupakan kucing yang dikehendaki pihak polis dan pihak kerajaan. Apakah keputusan yang bakal diraih protagonis?

- Adakah kucing tersebut bakal dipertahankan atau diserahkan?

- Penulis boleh masukkan sedikit genre fantasy, horror dan sebagainya. ( 30% sahaja )

Genre : Chicklit, Fanfiction, Mystery / thriller, Humor, Short story

Markah tambahan : Kejutkan para juri dengan sifat / kelebihan / kelemahan kucing tersebut.

SOALAN 5

Pada waktu malam yang kelam , watak utama terbangun daripada tidur dan mendapati dirinya di tengah kawasan hutan yang dipenuhi belukar. Tiada telefon pintar dan dia terlupa kejadian semalam. Tiba - tiba dia dikejar manusia aneh bertopeng badut yang membawa kapak kayu.

- Ceritakan perjalanan hidup watak utama sepanjang dia dikejar badut dan pada masa yang sama, cuba mencari jalan keluar dari hutan.

- Bongkarkan identiti badut tersebut dan punca watak utama berada di hutan.

- Aksi melibatkan darah dan sedikit ganas digalakkan.

Lokasi : Hutan

Genre : Humor, Mystery / Thriller.

Markah tambahan : Cerita mengandungi plot twist.


Info tambahan=

- Protagonis = s1. watak utama dlm sesuatu cerita, drama dll; 2. penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dsb.

- Antagonis = Orang (pihak) yg kuat menentang orang (pihak) lain.

- Watak utama yang dimaksudkan ialah protagonis dan antagonis. Pilih salah satu.

- Nyatakan nombor soalan yang dipilih, nama protagonis, antagonis dan watak sampingan yang terlibat pada awal chapter.

Contoh :-

Nombor soalan - 2
Protagonis - Kurus Tarakpancit
Antagonis - Gemuk Sikitbuncit
Watak sampingan - DD Dodol, Anad Punyamember, Leman dan lain - lain. ( Yang terlibat sahaja )

Pada suatu hari, kura - kura berjumpa.. Bla - bla...

- Cerita tidak mengandungi lebih daripada 2000 patah perkataan.

- Buat satu chapter khas yang hanya mengandungi sinopsis* untuk memenangi kategori Sinopsis Terbaik.

- Masukkan LaGlace-MY dalam chapter yang diterbitkan dan gunakan #BestAct18.

* - Sinopsis merangkumi keseluruhan cerita.

- Serahkan karya selewat - lewatnya 19 Disember 2018 sebelum pukul 12 tengah malam.



Selamat menjawab soalan dan semoga berjaya.
Juri - juri The Best Actor,
C & R
#BestAct18

10 Disember - 25 Disember 2018
























Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro