Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pemenang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Berikut merupakan kategori yang akan dipertandingkan. :-

1. Pemenang

- Pertama
- Kedua
- Ketiga

2. Jalan Cerita Luar Biasa

Jalan cerita atau alur cerita yang ada haruslah tidak klise, boleh diteka dan ya, lain daripada yang lain.

3. Sinopsis Terbaik

Sinopsis cerita bebas daripada typo, bahasa wechat, penggunaan tatabahasa yang salah dan sebagainya. Menarik dan sesuai dengan jalan cerita.

4. Dialog Menarik

Sunyi rasanya cerita jika tiada dialog. Dialog bagai rencah dalam masakan. Tanpa perencah, tawarlah masakan. Oleh itu, gunakan perencah terbaik yang para peserta ada untuk menarik hati juri dan para pembaca.

5. Protagonis Terbaik

Penulis pandai menerapkan unsur sebenar watak dan pandai bermain dengan perasaan pembaca. "Boleh rasa gitu. "

6. Antagonis Terbaik

Tidak lari daripada peranan. Bersesuaian dengan tema cerita. Sama sahaja seperti protagonis terbaik bezanya permainan watak.

7. Watak Sampingan Terbaik

Setiap watak ada peranan tersendiri. Begitu juga watak sampingan. Tidak menyerlah tetapi sangat membantu jalan cerita.

Hadiah :-

Pemenang

1. Vote semua chapter untuk satu buku.
2. Cerita akan dihebohkan.
3. Percuma perkhidmatan cover buku & banner. ( Jika mahu )
4. Cerita akan dimasukkan dalam reading list kami.
5. Sticker. Sudah tentu.
6. Kritikan atau komen tulus daripada juri ( Pilihan )

Kategori lain ( Selain daripada pemenang )

1. Vote 10 chapter awal
2. Cerita akan dihebohkan
3. Cerita akan dimasukkan dalam reading list kami
4. Sticker
5. Kritikan atau komen tulus daripada juri ( Pilihan )

Itu sahaja setakat ini. Maklumat tambahan akan dikemaskini kemudian.

Soalan boleh diajukan di ruang komen.

Juri The Best Actor 2018,
C & R
#TheBestAct18

10 Disember - 25 Disember 2018





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro