Reflek
Pandangan yang diberikan dari pelajar di sekolah sini seolah-olah melihat alien yang datang menakluki bumi demi koko yang dicari-cari.....eh silap silap, sorry. Balik kepada cerita, mereka melihat Acha Adzreen dengan wajahnya yang keliru, tertanya-tanya, wajah yang mengjengkelkan pun ada.
Tetapi goal yang utama bagi Acha sekarang bukanlah tentang pandangan orang lain, apa yang dia inginkan adalah kejayaan untuk dia berikan kepada orang yang bertungkus lumus terhadapnya. Selepas bercakap dengan ibu bapanya semalam, dia cuma mahu gembirakan mereka dengan kejayaannya....itu sahaja yang bermain-main di fikirannya.
Namun ada sahaja suara yang berbunyi di sekelilingnya yang membuatkan kesabarannya tercabar.
"Ni ke budak baru tu....orang Islam ke ni??"
"Cer tanya dia asal Indonesia ke.....hahahaha."
Acha cuma endahkan apa yang mereka katakan. Mungkin mereka fikir Acha tidak memahami apa yang mereka bualkan, kalau dia tidak faham bagaimanalah Acha Adzreen dapat datang dan bersekolah di Jepun selama dua tahun....haihhh.
Tapi sifat tak peduli itu terhenti apabila ada seorang budak lelaki yang berketinggian 1.78 m itu melihat dirinya sejak dia datang lagi.
"Mana bola tu?"
"Nah....tapi nak buat apa? Nak practice ke?"
"Haah, NAK. PRACTICE." Kata budak lelaki itu dengan nada yang nakal sambil melihat ke arah Acha.
Acha yang mengerti maksud lelaki itu sudah bersiap sedia untuk mengelak serangan tapi secara rahsia supaya lelaki itu tidak ketahui geraknya.
Bola sudah diangkat, daya yang digunakan nampak seperti akan menyakitkan jika terkena. Walaupun berdebar tapi Acha perlu meneliti gerak lelaki itu.
" SERANGGG!!!"
Jerit lelaki itu sehingga dapat mengalihkan seluruh perhatian kepadanya.
Sebaik bola itu berlepas dari tangan lelaki itu, reflek dari diri Acha juga terus diaktifkan. Acha mengerakkan badannya ke kiri dengan bersahaja sedangkan dalam hatinya cuma tuhan sahaja yang tahu gementarnya jika terkena bola.
Reflek yang diberikan sesungguhnya memang mengejutkan pelajar-pelajar di situ, akan tetapi ada yang lebih mengejutkan daripada itu. Serangan bola itu sememangnya tidak terkena pada Acha tapi terkena kepada mangsa yang sebenarnya pemangsa, iaitu Tadashi Tatsuya.
Tadashi Tatsuya adalah pelajar tercorot dalam akademik tapi juara dalam hal lain. Sifatnya yang tak banyak bercakap tetapi selalu menjadi yang paling bising menjadikan dirinya popular dalam kalangan pelajar mahupun guru-guru di sekolah.
Nasib malang sememangnya menimpa budak lelaki yang nakal itu apabila bolanya terkena tepat pada muka kaptennya sendiri. Bukan setakat sifat yang dinyatakan tadi sahaja popular tapi masih ada satu sifat yang cuma atlet-atlet sukan sepermainan dengan Tadashi Tatsuya sahaja yang tahu.
Dia menjadi seperti singa yang kelaparan sewaktu pemain melakukan kesalahan. Tegas yang membuatkan para atlet lain takut untuk bercakap dengannya sewaktu berlatih. Sifatnya yang tidak senyum walaupun perempuan yang bercakap dengannya sangat dikenali dalam kalangan atlet-atlet sekolah. Dan sifat itu cuma ATLET. SAHAJA. YANG. TAHU.
"Haha....pandai kau baling bola tu.....kuat sangat....bagus..." Suara yang sangat gerun itu membuatkan Acha juga turut berasa takut. Sudah pasti perasaan itu muncul apabila melihat kembali saiz Tadashi yang tingginya 1.85 m. Tambahan pula dengan badannya yang tegap, dia betul-betul membawa wataknya sebagai atlet sukan dengan jayanya.
"REIKOOOOO!!!!!" Suara singa jantan terus mengaum mengeruni setiap pelajar yang berada di koridor. Matanya pula merenung tepat ke dalam diri Reiko. Acha yang berada bersebelahan dengannya juga mengalami perubahan. Wajah Acha Adzreen yang kemerah-merahan terus pucat lesi akibat terkejut mendengar ngauman itu.
Selepas melihat Tadashi yang berubah menjadi seperti sang singa yang kelaparan, bayang si Reiko pun terus lesap dari pandangan. Mentang-mentang atlet sekolah, Reiko menggunakan kelebihannya untuk melarikan diri. Hampeh betul....
"Tak pe Reiko.....aku lepaskan kau kali nii....kau nasib baik sebab hari ni aku tak cukup tenaga.....bla...bla...bla..." Tadashi mengomel pada dirinya sendiri.
Akibat bermain permainan video hingga larut malam membuatkan Tadashi rasa tak bertenaga untuk kerjakan Reiko habis-habisan. Melihat gelagat Tadashi tadi, ketakutan yang dirasai hilang serta merta.
Tanpa sedar Acha mengeluarkan ketawa yang tak dapat ditahan lagi tetapi dengan nada yang perlahan. Walaupun begitu tetap didengari oleh Tadashi. Sebelum dia bergerak masuk ke kelasnya dia sempat memuji ketangkasan Acha Adzreen.
" Dah bagus dah reflek kau tu....tapi kena la tengok jugak kat belalang ada orang ke tak!!! Ni tak, kau elak kau selamat, lepastu aku pulak jadi mangsa. Apa la nasib aku....bla....bla....bla..." Acha cuma mendengar bebelan dari Tadashi. Acha sudah berfikr yang mungkin mereka boleh menjadi kawan....siapa tahu??
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro