Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Pindah

Sepanjang perjalanan ke rumah Hikaru,yang tak habis-habis bercakap hanyalah Acha. Hikaru dan Tadashi pula dari tadi diam membisu. Mereka seperti tak mengenali sesama sendiri. Terasa seperti Acha pula tuan kepada rumah yang dituju ini.

Ding,dong.

Loceng dibunyikan. Acha menunjukkan reaksi yang sangat gembira untuk menunggu pintu terbuka. Hikaru sekali lagi tanpa sedar tersenyum melihat telatah Acha. Tadashi yang tadi berpeluh risau terus menoleh ke arah Hikaru. Dia mencekup mulutnya sendiri dengan mata yang terbutang luas.

Mulut Tadashi laju sahaja ingin menyusun perkataan 'Acha', tapi laju lagi tangan Hikaru yang terus menutup hingga keseluruhan muka Tadashi yang kecil itu. Tadashi tergapai-gapai akibat kelemasan dalam cengkaman Hikaru.

Acha terus menoleh ke arah mereka. Cepat-cepat dua orang kawan baik itu berdiri biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sewaktu Acha kembali ke muka pintu, kelihatan ada sosok badan yang tinggi, tidak berbaju serta rambutnya yang terikat half ponytail sedang memandang tepat ke arah mereka bertiga. Tatapan yang sangat tajam sampai boleh buatkan Tadashi yang tadi biasa kini terasa seperti mahu terkucil.

Acha terdiam. Terkaku. Membatu. Apabila dia melihat Haru yang tak suka akan kehadiran dirinya sedang berdiri betul-betul di depan matanya. Acha terus menarik badan Hikaru untuk ke depan. Iyerlaaa, dia kan tuan rumah. Hikaru pula cuba untuk ukirkan senyuman tapi Haru terus berlalu pergi.

Dia biarkan sahaja mereka berdiri di luar.

     "Siapa tu?? Kenapa tak jemput diorang masuk, Haru?" Kedengaran suara yang sangat lembut dari dalam.

Hikaru melangkah masuk dengan muka yang separuh kelat memandang muka kedua ibu bapanya.

     "Hikaru bawak Tadashi dengan Acha datang ma,pa." Kata Hikaru dalam nada yang agak perlahan.

      "Ouhhh... panggil laa diorang masuk. Kamu ni Haru, tak baik la buat macam tu." Kata Puan Fuka sambil menepuk lembut bahu Haru yang duduk di sofa depan tv.

Puan Fuka menyambut Acha dan Tadashi dengan ramah sekali begitu juga dengan Encik Suzuki. Tambahan, Encik Suzuki boleh bertepuk tampar dengan Tadashi seperti mereka sudah berkenalan puluhan tahun lamanya.

Mata Haru sekali lagi memandang tepat ke arah mereka. Tapi kini pandangannya lebih tertumpu pada Tadashi yang tersenyum kelat sewaktu disambut ibu dan bapa Hikaru.

       "Meh la makan. Makcik dengan pakcik baru je siapkan makan malam. Kamu dua boleh la join kami makan sekali."

      "Pandai yeee kamu dua...datang tepat pada masanya." Sambung Encik Suzuki sambil melagakan sikunya ke Tadashi.

Elok sahaja mereka bertiga melabuhkan punggung di kerusi kayu jati itu, Haru juga turut bangun dari duduknya. Niat untuk bangun itu bukannya kerana dia mahu sertai keluarganya yang sedang menikmati makan malam tapi di sebaliknya.

Mukanya selepas berdiri tadi benar-benar nampak seperti mahu menerkam seseorang. Kelihatan wajahnya tiba-tiba menjadi kemerahan serta tangannya digenggam sehingga menampakkan urat lengan mungkin dengan urat darah pun boleh nampak.

      "Asal yang kau ni bengap sangat hah, Hikaru?!? Kau tak sedar ke apa yang orang asing ni pernah buat dekat kita, hah?!?!!" Tengking Haru secara tiba-tiba.

       "Haru,duduk!! Jangan biadap!" Suara Encik Suzuki turut mencelah.

       "Jangan biadap? Hashh... Aku penatla dengan korang ni. Tak habis-habis buat baik dekat orang asing, lepastu dia khianat family kita korang sedih semua benda. And sekarang papa cakap orang biadap?" Haru masih tidak berhenti.

       "Cukup la Haru. Jangan la--"

        "Kau takdak hak untuk bercakap." Ayat yang keluar dari mulut Haru itu membuatkan semuanya terkejut.

Hikaru cuma menundukkan kepala.

          "Aku yang buat semua benda dalam rumah ni. Aku kerja, aku juga yang bertungkus lumus dalam keluarga. Dan kau ada masa untuk sekolah, while aku...takde. Jadi kau sepatutnya diam je. Hmphh... Betul la cakap kau Tadashi yang dia tak guna." Haru terus menyarung baju hitamnya dan melangkah keluar dari rumahnya.

Semuanya yang di situ masih diam membisu. Mereka menjamah makanan yang terhidang seperti berada di tempat kematian. Sunyi sepi, penuh dengan rasa kesedihan. Setelah sekian lama terlalu menyepi, akhirnya Tadashi membuka mulut.

       "Nampaknya,dia macam masih tak boleh maafkan saya. Dia tetap bencikan saya." Kata Tadashi separuh sebak.

Hikaru memegang bahu Tadashi selepas mendengar apa yang dikatakannya.

        "Ishh kamu ni...Haru kan memang macam tu. Dia tu kan orangnya dingin. Tapi, percayalah...nanti dia ok la tu." Kata Puan Fuka, cuba untuk mengukirkan senyuman.

          "Hahh...betul tuu!! Lek,lek je." Sambung Encik Suzuki selamba. Dia seperti tak terkesan langsung dengan kejadian tadi.

Acha berasa serba salah dengan apa yang berlaku. Dia tidak tahu sama ada semua ini salah dirinya kerana datang atau Tadashi. Ye laa, sebab dua-duanya bukannya dari keluarga Osamu. Haru kan tak suka dengan orang asing.

          "Saya minta maaf yer." Sambung Tadashi lagi. Dia mengukirkan senyuman yang kelat.

Acha sudah tak dapat lagi untuk menyuap satu lagi suapan. Dia berasakan yang dia adalah punca utama pergaduhan ini terjadi.

          "Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya lah punca utama masalah ni jadi. Kalau saya tak ajak Tadashi datang sekali tadi, Haru takkan marah dekat makcik pakcik dan kau Hikaru. And kalau saya tak decide untuk datang sini memang semua benda ni takkan terjadi. Semua ni salah saya. Saya betul-betul minta maaf." Acha akhiri ayatnya dengan menundukkan dirinya.

Habis segala isi hatinya dikeluarkan. Melihat Acha yang sedang berdiri menundukkan badannya membuatkan semuanya ternganga. Tiba-tiba ada suatu suara yang sangat merdu walaupun dia sebenarnya sedang ketawa.

      "Hahahaha....lawak la kau ni Acha. Dia memang macam tu. Kejap dia ok, kejap dia tak. Tak payah la risau sangat. Haha...duduk-duduk makan yerr." Hikaru hampir semput disebabkan ketawa dekat Acha.

Dia menarik badan Acha untuk duduk kembali. Di mukanya masih tak lekang dengan senyuman. Melihat wajah Acha yang tercengang dengan apa yang terjadi membuatkan suasana yang muram tadi berubah menjadi ceria kembali.

Semuanya ketawa. Acha tersengih kelat apabila melihat mereka ketawakan dirinya. Tak tahulah nak rasa apa...tadi bersalah sekarang rasa malu gila.

Mereka sambung menjamah sajian yang terhidang.

      "Ahhh....sedapnya. Terima kasih makcik sebab masak sedap-sedap ni." Kata Acha sambil mengukirkan senyuman.

Puan Fuka menepuk bahu Acha kerana malu dengan pujian yang diberi.

        "Betul tu. Tak sia-sia saya setuju nak datang tau!" Kata Tadashi pula sambil menjilat-jilat jarinya yang masih tersisa makanan tadi.

         "Kalau macam tu, korang datang la selalu. Boleh makan sedap tiap-tiap hari, kan mama?" Hikaru pula yang cuba untuk membuatkan sifat malu Puan Fuka bertambah.

Telinga Puan Fuka mula merah. Dia terus  berlari masuk ke dapur untuk bersihkan segala perkakas yang telah digunakan. Hikaru ikut serta mamanya untuk membantu.

         "Alahhh, awak ni...tak payah la nak malu sangat. Memang awak tu masak sedap. Dannnn....sebab tu jugak la saya kahwin dengan awak,ehek." Kata Encik Suzuki dengan menepuk kuat bahu Tadashi.

Mahu terkeluar jantung Tadashi akibat terkejut.

         "Awak niiiii!!!!" Puan Fuka cuma menjerit tapi tak kuat sangat dari belakang.

Lagi sekali rumah ni terasa sangat bahagia. Semuanya ketawa.

         "Makcik, biar Acha yang tolong sambung. Makcik pergi la rest dekat depan...mesti makcik dah penat masak kann?" Acha cuba untuk menghulurkan bantuan.

         "Baiknya kamu nii. Makcik pergi depan la yee...kalau nak apa-apa tanya dekat Hikaru." Puan Fuka pun pergi ke sofa ruang tamu untuk sertai suaminya dan Tadashi yang sedang duduk.

Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga. Dan Acha dengan Hikaru pula...ishh jangan fikir yang bukan-bukan yee... Acha dengan Hikaru pula kelihatan seperti dua orang pembantu rumah keluarga Osamu yang sedang bertungkus lumus membersihkan barangan di dapur.

      "Err....Hikaru..." Acha bersuara.

      "Iyer..." sahut Hikaru dengan nada yang lembut sekali.

      "Aku nak tanya kau sikit boleh?"

       "Boleh..." Hikaru terus hentikan apa yang sedang dia lakukan dan memandang Acha untuk mendengar apa yang ingin dia tanyakan.

Acha tidak berpandangan muka saat Hikaru sedang melihatnya. Terasa seperti sangat dekat. Brother, you know it's haram to dekat-dekat.

        "Kenapa dia macam tu?" Cepat-cepat Acha nyatakan persoalannya ke Hikaru.

Hikaru mengangguk tanpa tanyakan siapa yang dimaksudkan Acha kerana dia tahu yang Acha maksudkan ini adalah adiknya sendiri, Haru Osamu.

       "Cerita dia macam ni...."

9 tahun yang lalu

Suasana petang yang sungguh indah. Tak terlalu terik dan terlalu mendung. Memang sesuai untuk budak-budak bermain di luar.

      "Woi Tadashi jom la keluar!!" Kedengaran suara budak lelaki yang serak basah sedang memanggil Tadashi untuk keluar bermain.

Tapi masih tiada sahutan. Haru memanggil sekali lagi.

      "Tadashi!!! Kau ada ke takk?!!?" Suaranya kini dikuatkan lagi.

Masih sama dengan yang tadi. Haru kecil menjadi marah dengan sikap Tadashi yang masih tak membuka pintu.

      "TADASHIIIII" Suara Haru kini dibuat-buat seperti dia tu seekor dinosaur.

      "Dia tak de la tuuu...jom la main dulu." Suara yang agak manja kedengaran mencelah.

Hikaru menarik tangan Haru adiknya untuk pergi dari situ. Haru menepis dengan kasarnya.

    "Tak, aku tak kisah. Aku nak jerit panggil dia sampai la dia keluar."

Belum sempat Haru mahu meneruskan misinya memanggil Tadashi, tiba-tiba ada seseorang yang datang dari belakang dan terkejutkan mereka berdua.

     "BAHHHH!!!"

     "AHHHHHH!!!!" Haru dan Hikaru saling berpelukan kerana ketakutan.
 
     "AHAHAHAHA! Korang berpeluk..." Tadashi rupa-rupanya yang mencetus kekecohan tadi.

Hikaru dan Haru saling berpandangan apabila mereka sedari apa yang mereka sedang lakukan. Haru cepat-cepat menolak Hikaru ke tepi dan menghadap ke Tadashi.

     "Kau pergi mana,hah? Puas aku menjerit panggil kau tau takk!!" Marah Haru dalam kecomelan.

   "Tauu...aku ada je hah...tu dekat belakang pokok tu." Jawab Tadashi selamba sambil mengorek hidungnya yang kecil itu.

    "Ewww....baik kau pegi cuci." Hikaru yang melihat kelakuan Tadashi itu berasa geli geleman.

Tadashi mengeluarkan dan melihat jarinya. Dia sudah mendapat suatu idea yang nakal lalu terukirlah senyuman jahat di bibir.
 
    "Kenapa kau senyum ma-macam t-tu?" Tergagap-gagap Hikaru dibuatnya apabila melihat kelakuan Tadashi yang berubah.

Tadashi memalingkan pandangan nakalnya ke arah Haru. Mereka seperti mempunyai telepathy. Haru juga turut mengorek hidungnya dengan kedua-dua jari telunjuk dan menggalak ke arah Hikaru.

Perlahan-lahan Hikaru melangkah ke belakang. Dan tanpa membuang masa dan memberi peluang kepada dua orang mangkuk ni, cepat-cepat Hikaru berlari menjauhi mereka.

     "Jangan lariiii Hikaru!!! Kau tak boleh terlepasss!!! " Jerit Haru kenakalan.

    "MUAHAHAHAHAHA!!!" Tadashi menyelitkan gelak jahat sebagai villain of the story.

    "AHHHHHH!!! MAMA!!! PAPA!!!" Hikaru berlari ketakutan.

Tapi keseronokkan yang dirasa bukannya lama. Ianya menjadi semakin teruk apabila Tadashi sudah tidak lagi keluar bermain bersama mereka. Walaupun mereka bertemu di sekolah, Tadashi membuat seolah-olah dia tidak pernah mengenali dua orang kawan karibnya itu.

Setiap hari tanpa jemu, Haru akan mengetuk pintu rumah Tadashi untuk  mengajaknya bermain tetapi hasilnya tetap sama. Pakcik Tatsuya yang akan membuka pintu dan memberitahunya bahawa Tadashi tak ingin untuk keluar bermain. Haru akan terus menangis di luar kerana menunggunya.

     "Kenapa kau tak nak keluar hahh...hiks...hiks... Apa masalah kau?!?" Raung Haru.

Puas Hikaru, mama papanya serta pakcik Tatsuya memujuk tapi dia tak akan berhenti menangis selagi Tadashi tak keluar.

Sampailah suatu hari, Puan Fuka yang risau melihat Haru memberontak, dia terus bertanyakan hal sebenar dekat Encik Tatsuya.

    "Kenapa Tadashi tak nak keluar?" Tanya Puan Fuka lembut.

    "Mama dia sakit...sekarang Hinata dekat hospital." Jelas Encik Tatsuya cuba menahan air mata untuk mengalir.

    "Iyer kee...dia sakit apa?? Kenapa tak bagitahu dekat saya pun yang Hinata sakit??" Tanya Puan Fuka cemas.

    "Hiks...hiks...dia...kanser tahap 4." Air mata Encik Tatsuya terus mengalir laju.

Encik Suzuki yang baru balik daripada tempat kerjanya terkejut melihat kawannya sedang menangis.

     "Kenapa ni?" Encik Suzuki terus menuju ke arah Tatsuya.

     "Dia nak tinggalkan aku...ahhh....dia dah nak tinggalkan aku dengan Tadashi." Tangis Encik Tatsuya.

     "Siapa?" Tanya Encik Suzuki lagi sambil memeluk Tatsuya yang sedang menangis.

     "Hinata." Jawab Puan Fuka sambil mengelap air matanya.

Pelukan Encik Suzuki terus kuat mendakap kawan baiknya itu apabila mendengar jawapan isterinya.

•-------------------------------•

Pada pagi yang cerah, Tadashi dan ayahnya sedang memasukkan barangannya seperti beg-beg baju ke dalam but kereta. Barangan perabotnya pula ke dalam lori yang akan dibawa ke rumah nenek Tadashi.

Puan Fuka dan Encik Suzuki juga turut membantu mereka untuk berpindah. Tiba-tiba Haru keluar dari rumahnya dan melihat apa yang sedang terjadi. Hikaru juga turut sama begitu.

    "Kenapa semua kemas-kemas?" Tanya Hikaru kepada mamanya.

    "Tadashi dia nak balik rumah nenek dia. Diorang rindu sangat dekat nenek diorang..." Jelas Puan Fuka cuba untuk tidak membuatkan anak keduanya itu marah pada Tadashi lagi.

     "Ouhhh..."

      "Diorang tipu je Hikaru... Tadashi sebenarnya dia nak pindah. Mana ada orang balik kampung bawak sampai almari sekali." Haru mencelah.

Dia memang sudah tahu apa yang berlaku walaupun dia baru sahaja berusia 6 tahun.

     "Kau jahat. Kenapa kau tak bagitau kitorang yang mama kau sakit? Kenapa kau terus menjauh dari kitorang?" Haru mendekati Tadashi yang berdiri kaku di tepi keretanya.

Tadashi akhirnya mengangkat muka dan memandang ke arah Haru. Tepat dalam mata Haru Osamu.

    "Memang aku jahat. Aku bukan menjauh sebab mama aku sakit tapi aku menjauh sebab aku tak suka dengan korang. Aku tak suka kawan dengan korang. Hikaru kau tak guna sebab aku tak habis-habis nak kena protect kau. Dan kau Haru, kau bukan adik aku. Suka hati kau nak marah aku, ikut aku pergi mana-mana. Ikutla abang kau yang lembik tuu!!! " Tadashi terus melangkah masuk ke dalam kereta.

Encik Tatsuya tak tahu macam mana nak tepis setiap ayatnya itu. Semuanya terdiam. Mata Haru pula sudah berkaca. Hikaru masih tercengang tidak tahu apa yang terjadi. Aku tak guna?

    "Baiklah!!! Mulai harini...aku tak pernah kenal kau Tadashi Tatsuya!!! KAU ORANG ASING!!!!" Haru terus menjerit melepaskan geramnya dan masuk ke dalam rumah dengan keadaan mukanya yang comot dengan air mata.

Tadashi yang berada dalam kereta pun terkesan dengan apa yang Haru katakan. Matanya mengeluarkan air yang banyak menuruni ke pipi.

    "Ahh,ahh...Haru tunggu..." Hikaru turut berlari mengikut adiknya ke dalam.

     "Aku minta maaf yer dengan sikap Tadashi tu..." Encik Tatsuya berasa malu selepas apa yang dikatakan Tadashi tadi.

     "Ehh tak pe...dia tu budak lagi. Dia cakap apa yang dia rasa je." Encik Suzuki cuba membuatkan hati kawannya kembali tenang.

Puan Fuka juga turut mengangguk tanda dia setuju dengan apa yang suaminya katakan.

Selesai sahaja proses pengangkutan barang ke dalam lori, Tadashi dan Encik Tatsuya pun bersedia untuk pergi. Kereta mereka perlahan-lahan menuju keluar dari pandangan diikuti dengan lori sewaan itu.

Sampailah sekarang ni cuma hubungan antara Haru dan Tadashi sahaja yang masih tak dapat diubah lagi. Mungkin kita merasakan itu semua cuma apa yang budak-budak katakan tapi bagi Haru yang masih kecil itu, dia memendam dan tidak lupakan sepatah pun perkataan- perkataan itu. Tiada apa yang dapat mengubah pendiriannya tentang 'orang asing'.

      

     

      

   

      

       

       

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro